Showing posts with label 1ST ADMIRAL HJ IMRAN. Show all posts
Showing posts with label 1ST ADMIRAL HJ IMRAN. Show all posts

PERASMIAN MARKAS SG WANGI : TUAN IBRAHIM TUAN MAN

30.05.2011, Markas PAS Sg. Wangi, Ayer Tawar.

Perasmian Markas Baru Cawangan Sg. Wangi, Ayer Tawar dilancarkan oleh Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. Jemputan Ceramah: Tn Hj Noh Ahmad (YDP PAS Lumut) - SIRI1/5, Laksma (B) Tuan Hj Mohd Imran (PAS Lumut) - SIRI2/5, Raja Iskandar (Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak) - SIRI3/5, DS Nizar Jamaluddin - SIRI4/5 dan Dato' Tuan Ibrahim SIRI5/5.












Pautan Misi OM :
1. Save Teluk Rubiah di www.facebook.com/SaveTelukRubiah
2. Bersama Pemimpin di www.facebook.com/Sahabat.DSNizar
3. Perkasakan Masyarakat di www.lensamasyarakat.blogspot.com

DINNER & MESYUARAT AGUNG PAS S'WAN BARAT 2011

31.03.2011, Horizon Garden Restaurant, Seri Manjung. Mesyuarat Agung Tahunan PAS Cawangan Sitiawan Barat Tahun 2011 di rasmikan oleh YDP Lumut, Tn Hj Noh Bin Ahmad. Pemilihan berjalan lancar dan menerima masuk Ahli Baru bagi cawangan Sitiawan Barat.

Sekitar Majlis Makan Malam & Mesyuarat Agung Tahunan PAS Cawangan Sitiawan Barat 2011.
Lensa Fawi di PAS SITIAWAN BARAT

Ucapan Aluan Ketua PAS Cawangan Sitiawan Barat, Laksamana Pertama (B) Tn. Hj. Mohamad Imran Bin Hj. Abd Hamid sebelum pembubaran Jawatan Kuasa sedia ada.

Ucapan Perasmian oleh Tn. Hj. Noh Bin Ahmad selaku YDP PAS Kawasan Lumut.

Berikut adalah Jawatan Kuasa Yang Terpilih sessi 2011-2013 :-
KETUA CAWANGAN: Laksmana Pertama (B) Tn Hj Mohamad Imran
NAIB KETUA CAWANGAN: Hj. Rahim
SETIAUSAHA: En. Muhammad Huda
BENDAHARI: Hj. Jamaluddin
KETUA PENERANGAN: Hj. Ahmad Fuad
KETUA J/KUASA PEMUDA: En. Ismail
KETUA J/KUASA MUSLIMAT: Hjh. Che Saliha
AHLI JAWATAN KUASA:
- Hj. Shahruddin
- Hj. Sa'im
- En. Ahmad Nazri
- Hj. Aminuddin
- YM Raja Zailani
- En. Norizat
- Hj. Roslan
- Hj. Ahmad Saifuddin
- Pn. Radiatul
- Hjh. Ishrat
- Hjh Rohani

*Sumber dari rakaman video, jika ada kesalahan adalah tidak disengajakan. SELAMAT MENJALANKAN TUGAS YANG DIAMANAHKAN, MOGA DIRAHMATI ALLAH!

Pautan Misi OM :
1. Save Teluk Rubiah di www.facebook.com/SaveTelukRubiah
2. Bersama Pemimpin di www.facebook.com/Sahabat.DSNizar

ZAMBRY: PERTEMBUNGAN DUA LAKSAMANA?!?!

Alkisah Dr Zambry dulunya cukup gentar insan yang bernama Ir Nizar, namun kelahiran seorang bekas Laksamana TLDM yang menceburi politik Islam dalam meneruskan misinya menjana kehidupan bersyariat berlandaskan Islam dalam ketenteraan terutamanya warga TLDM, Lumut yang terletak di DUN Pangkor membuatkan Zambry & Zahid Hamidi melakukan sejarah yg hina dan dipergunakan badan Tentera Laut DiRaja Malaysia.

Yang Digeruni Laksma Zambry yakni Laksamana Pertama (B) Tn Hj Imran
Mukadimahnya di http://manjongmari.blogspot.com/2010/05/blog-post.html, belum sah pun lagi tapi cukup membuat Zambry ketaq dengan bayang-bayangnya sendiri.

TLDM sekali lagi menjadi mangsa politik UMNO. Tatkala pembelian kapal selam jutaan ratus ringgit yg penuh pelbagai isu, komisyen tertinggi di dunia, termahal di antara negara yang menggunakan kapal selam yg sama namun kerosakan teknikal menggagalkannya untuk menyelam yang diakui oleh Panglima Tentera Laut, dan yang paling tragis dimana orang yang terlibat dalam nego-pembelian ada yang mati terbunuh hingga hancur mayatnya. Ada baiknya lebihan komisyen 530juta itu dijimatkan untuk TLDM, sudah tentu TLDM memperolehi peralatan-peralatan dan teknologi ketenteraan yg efisyen dan terkini jika disalurkan peruntukan dgn baik, tapi sayang, pihak itu hanya memikirkan keuntungan sahaja, bukan keperluan sebenar dan membantu kemajuan TLDM.


Dan lebih malangnya, hujung tahun lepas, TLDM sekali lagi diperalat untuk memberi anugerah pangkat LAKSAMANA PERTAMA (KEHORMAT) yang julungkalinya dalam sejarah ketenteraan dan Malaysia dimana seorang Menteri Besar yg merampas kerajaan berkhidmat 2 tahun ditauliahkan.


KUALA LUMPUR, 3 NOVEMBER 10 – Majlis pemakaian Pangkat Laksamana Pertama (Kehormat) kepada Menteri Besar Perak, YAB Dato’ Seri Dr. Zambry Abd kadir telah disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam satu majlis ringkas di Kementerian Pertahanan Malaysia. Pemakaian pangkat tersebut diberikan kepada YAB Dato’ Seri Dr. Zambry Abd Kadir selaku Menteri Besar Perak yang telah memberi komitmen yang tinggi terhadap warga TLDM. Semangat yang ditunjukkan terserlah apabila beliau sering dilihat ‘turun padang’ dan kerap melibatkan diri dalam majlis-majlis keraian serta kebajikan anjuran TLDM di Pangkalan TLDM Lumut, Perak.

YAB Dato’ Seri Dr. Zambry Abd Kadir merupakan Menteri Besar yang pertama dalam sejarah yang dianugerahkan pangkat Laksamana Pertama (Kehormat). Sebelum ini semua Menteri Besar atau Ketua Menteri dianugerahkan dengan pangkat Brig Jen (Kehormat). Sehingga kini seramai 13 orang yang terdiri daripada pegawai-pegawai tinggi kerajaan, tokoh-tokoh akademik dan masyarakat telah dianugerahkan pangkat Kehormat oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Penganugerahan pangkat ini turut membuktikan keyakinan kerajaan dan TLDM terhadap beliau yang begitu mengambil berat terhadap pembangunan dan the Navy People khususnya di Pangkalan TLDM Lumut. Majlis pemakaian pangkat tersebut turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YB Dato’ Dr. Ismail Ahmad, Panglima Angkatan Tentera, YBhg Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin TUDM, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, YB Dato’ Seri Dr. Abdul Rahman Hashim dan panglima-panglima perkhidmatan lain.

Sumber : http://www.perak.gov.my/index.php/bm/component/content/article/103-artikel/263-mb-perak-dianugerahkan-pangkat-laksamana-pertama-kehormat-di-atas-komitmen-tinggi-kepada-tldm

Nota OM: Mudahnya seorang MB yang merampas kerajaan, dan pilihan Mahkamah Rejim diberi kehormatan yang lebih tinggi berbanding Sultan-Sultan. Agak-agak kalau perang, laksma mana yang nyorok dulu? cukup baginya utk sorok ditempat gelap, tapi seragam Panglima tu kena tanggal la baru musuh tak nampak apa......wakakakakakakakakakakaaaaaaaaaaaaaaa. Malaysia , malaysia semua boleh! negarakuku.

UCAPAN AIDILFITRI 1ST ADMIRAL (R) HJ IMRAN TLDM

Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Hj Abd Hamid TLDM, adalah ketua PAS cawangan Sitiawan Barat, Sitiawan, Perak. Beliau bersara dari TLDM iaitu pada 1 April 2010 yang lalu. Sumber selanjutnya di : Bakal Calon Pakatan Rakyat N52 DUN Pangkor

Video by Otai Manjung ; Editor by Madzamtoklah Madzam

Bakal Calon ADUN Pangkor yang menggegarkan MB Mahkamah, DS Zambry. Kehadirannya menyentap dan menggusarkan pihak lawan, berbagai tekanan dan sekatan cuba dilakukan, namun Panglima tetap dgn perjuangannya. Dulu Yang Menurut Perintah, Kini Yang Menurut PerintahNYA.

Nota : Sekalung tahniah buat PAS Lumut di bawah YDP Hj Noh Ahmad yg membuka ruang kepada non-parti memberi pandangan utk sama-sama mendokong wadah perjuang ini di sekitar Manjung dan memperlihatkan golongan profesional turut serta dalam jemaahnya. Usaha orang terdahulu kini diamanahkan kpd generasi seterusnya.

THE MAKING OF UTUSAN 1st ADMIRAL (R) TN HJ IMRAN

07.09.2010
Sitiawan.
Gambar sumber :
Warga OM

Rakyat perlukan pemimpin yang bersuarakan rakyat, Moga Allah memelihara mereka dari anasir-anasir yang tidak senang dengan kebangkitan rakyat marhaen, tetapkan kesabaran walau ada sebarang sekatan dan dugaan dr mereka yang gentar terhadap pemimpin menerajui perubahan.





Rakaman ucapan sedang diedit kerjasama oleh : Madzamtoklah Madzam