SANGGAH BRADER SUNNY YG TAK DISIARKAN MM


Buat Tan Sri Brader Sunny gua...........

Baca artikel yang disiarkan Milenia Muslim (MM) di Pergi Jahanam Lah UMNO.. Ust Ahmad Awang Sangkal Terhadap Mufti Perak.. (Klik gambar di blog ManjungMari).

Tapi ada yang tidak disiarkan Milenia Muslim (MM), untuk mendapatkan ulasan yang tidak disiarkan, sila baca di Krisis Politik Perak Ahmad Awang Sangkal Harussani (blog Ustaz Ahamad Awang).

Gua dah jenuh sangkal BRADER sunny gua yang dah terlebih melayunya dari Islam, bab isu ini gua ada komen di CERITA DISEBALIK MUSIBAH (KEMPEN SIRI 3), cuma dulu masih lagi ada hormat, la ni gua dah tak kenal Tan Sri Mufti Dato Seri Harussani, yang gua kenal Tan Sri Brader Sunny yang turut diam dalam 'Jom Heboh' di Perak setelah me'restui' Zambry menjadi MB Haram yang di harussssss....kan.

BLOGGERS & PAS SANTAI @ MANJUNG

Semalam bersama pimpinan PAS Lumut dalam program "Blogers Lumut Bersama Pimpinan Pas Kawasan" yang julung-julung kali diadakan di manjung dan barangkali merupakan yang pertama diadakan di Malaysia menurut ucapan YDP Pas Kaw Lumut yang mendapat sambutan yang boleh dibanggakan.

Antara Bloggers yang hadir adalah Manjung Corner, Otai Manjung, Manjung Mari,Info Sendiri, Meniti Nur12, Pejuang Muda, DPPKLumut, Madah dan Pusat DUN Pasir Panjang. Yang tidak dapat hadir antaranya, Manjung Center, Putra Aro, Hablumminnas, Taman Melati, Pemuda Pas Sg. Pinang, Nisa Lumut, Tunduki Hatimu dan lain-lain mengikut perkiraan OM dari list Manjung is Live (bicara politik)!.

Cerita lanjut dan gambar, boleh layari Blogers Lumut Bersama Pimpinan Pas Kawasan (blog dppkl), Pergi Jahanam Lah UMNO.. Sedutan Kisah Perjumpaan Blogger Lumut... (blog ManjungMari) dan Bloggers Bertemu di Restoren Hasnah Tomyam (blog Pusat Dun Pasir Panjang).

Peristiwa ini amat dihargai dan ribuan terima kasih kepada Lajnah Penerangan Pas Lumut sebagai penganjur. Sebagai blogger, penghargaan dari ucapan YDP akan dikenangkan dan berusaha kami terus menyampaikan suara-suara kecil ini yang secara tidak langsung menyampaikan segala aktiviti berkaitan di manjung kepada pembaca yang tidak diperolehi di media massa perdana. Malah, YDP akui dengan adanya blog2 ini dapat membantu mesej dan aktiviti Pakatan Rakyat kepada pembaca2 terutama sekitar manjung.

Dalam program ini, para bloggers dapat mengenali Pimpinan Pas Lumut dan secara tegasnya para bloggers bebas berbicara mengikut rentak tersendiri dan mempunyai pengikutnya yang tersendiri. Namun, setiap penulisan adalah menjadi tanggungjawab para bloggers. Keberanian inilah yang menjadi kelebihan para bloggers. Bagi Blog yang mewakili parti, pastinya ia terhad dan harus mengikut landas parti tidak seperti bloggers yang tidak mewakili mana2 parti.

Kejadian ini, mengingatkan OM kembali di zaman reformasi 1999 dan pru10. Ketika itu, OM di Kuala Lumpur yang PAS nya lebih terbuka bila bersepakat dgn PKR. Untuk mengundi OM pulang ke Manjung (dun pasir panjang) dan membantu PAS Manjung berkempen, namun pada ketika itu jurang antara para reformasi dan ahli PAS agak 'kurang mesra', seolah-olah ada halangan. Namun pada hari ini, PAS Manjung lebih memahami kami dan boleh duduk semeja. Detik ini, menjadikan PAS Manjung lebih disenangi oleh puak2 seperti kami ini, dan berjaya menarik 'orang muda manjung' dari golongan yang baru mengenal politik hinggalah yang 'bermain musik dijalanan manjung'.

Inilah keterbukaan PAS Lumut yang OM kagumi. Dengan penuh harapan agar ia berterusan dan berkembang, menerima kritikan dan cadangan dari orang di luar PAS. Sepertimana usul brader Manjung Mari ingin menjemput brader Mat Saman Kati yang mendapat perhatian YDP, OM amat bersetuju bagi mendapatkan pengalaman 'realiti', 'seksi dan blues'nya bagi mengukuhkan ikatan ini dan halatuju bloggers Manjung.

Terima Kasih dan Tahniah PAS LUMUT !! OM sambut cabaran ini dan cuba mendapatkan bloggers bukan melayu di manjung seperti sdr. jason ling dan Bénévole Anonymne dari blog Dato' Ngeh Koo Ham agar bersama untuk menjadikan ia lebih majmuk dan realiti Malaysia.

OM percaya yang hadir tidak menilai hidangan yang disediakan, 'Sedap atau Tidak' seperti wartawan KOSMO yang hampir 'maut dalam misi ke pelantar minyak', tetapi tujuan dan ucapan YDP yang penuh bermakna DIFAHAMI. BTW, memang segalanya sedap malam semalam, free plak tu, begitu jugalah harapan kalau boleh setiap bloggers manjung menulis 'biar sedap dan 'free' (bebas) memberi maklumat, kritikan dan pandangan walau sepatah dua kata.

Terima Kasih sekali lagi, Kalau boleh buat lagi.

*Pak hamidun, nanti om free, om ke ofis tolong masukkan semua xtvt adun pasir panjang yang tak kenal erti penat di blog Pusat Khidmat.

CERITA BETUL: REJIM TERSILAP TEROKAM

TERIMA PANGGILAN TALIPON: 5.30 pm 09/08/09


P.T.A Manjung : "salam Satu Malaysia"...

P.P.A Manjung : "waalaikum salam....aik,lain macam salam tu sheikh?"

P.T.A Manjung : "menyahut seruannnnnnnn!!!!"...

"maap le ganggu,Tuan dikehendaki hadir ke pejabat

agama tepat jam 7 mlm ni...@#$#$%^% "

P.P.A Manjung : "ada hal apa sheikh, cam nafas kerbau jer?"

P.T.A Manjung : "arahan dari Ipoh,ntah le"...(buat bodoh plak).

"minta di panjangkan kepada semua pegawai".


DI PEJABAT AGAMA MANJUNG : 7.00 MLM 09/08/09


P.P.A Manjung 1 :"apa misi kita ni sheikh,lama tak skodeng".

P.P.A Manjung 2 :"aku pukul 6 dah sampai"...ramai nih!!

P.P.A 3-30 : "yesssssss"!!!!!

P.T.A Manjung :"Salam Satu Malaysia"...

"anda semua dikehendaki pula berjamaah

di Masjid An-Nasriyah"...

"itu saja arahan setakat nih"...

P.T.A2 Manjung : "$&&*%$%$#$^&*&*&(*????????

"ASP....^%^^&^%$%"

"*&&^%%#$$#&%DSP"

"SB$#@%^*^&^&*&^????

"dah stanby kt sana"......

#$$%^^%^%$#$#$#??


DI MASJID AN-NASRIYAH : 7.30 mlm 09/08/09

kelihatan ramai jamaah sedang menunggu azan magrib...........
sembahyang magrib berjamaah...melimpah ruah!
setelah selesai solat berjamaah....
kelihatan kelibat P.T.A Manjung menuju ke mimbar...
berbincang sesuatu dengan s.u,timb. pengerusi & ajk masjid..

P.P.A2 Manjung :"#$%^(&*&*%^%#$$##@%%^^&&*&*??

P.P.A Manjung 1 : "laaaaaaaaaaaaaaa..aku ingat nak tangkap sapa?

"ustaz nak bagi kuliah agama"....

P.P.A manjung 2 : "P.T.A kata takde tauliah"...

"ustaz jemputan.....

"tak boleh cakap politik".......

P.P.A Manjung 1 : "mana satu ustaz tuh"..jangan main2

"kita mai 1 batalion ni"........

P.P.A Manjung 2 : "ustaz tu tak mai,ust teluk intan ganti kut"...

P.P.A Manjung 1 : "sapa ustaz tu?

P.P.A Manjung 2 : "mmmmmmmmmmmmm...

P.T.A manjung : "Ustaz Nasarudin Tantawi..

"Ketua Pemuda Pas Malaysia......

mereka pulang bersama sb2 dengan begitu saja...
hasil tangkapan tak dapat....
tapi klim over-time jgn lupa....

******inilah bahana H1ishamudin N1ajib ONE M'SIA
******dey zamberi kadiaq!!!!!!last warning ha....




sumber: ahli kariah,P.P.A Manjung...

ARAK DAN UMNO

Malas nak ulas banyak, tengok je gambo lama yang perlu kita remind.





Kalau dah taubat, alhamdullillah. Jangan plak "erkkkkk (mabuk), alhamdullillah.

BUKAN ARAHAN YASMIN! "Putus Cinta? Kunjunglah SPRM!"

Story yang di'subtitle'kan ini diterima tru email oleh sahabat dari kolumpo, sdr fendi. Tidak ada kena mengena dengan yang mati mahupun hidup, tayangan untuk SPRM+PDRM=UMNO!!!

T-SHIRT untuk dijual, klik blog labun KulupSakah. Kut2 la kuar mhi nanti pakai baju ni.

PUTUS CINTA? KUNJUNGILAH SPRM

ZAMBRY DAN KASUT

OM: Oleh kerana zambry tahu akan sampai kasut2 rakyat ke mukanya, maka kasut didahulukan bagi memujuk tokey2 kasut agar tidak membaling ke mukanya.

Bandar Kasut!!
IPOH - Kerajaan Negeri Perak mahu mengukuhkan lagi industri pembuatan kasut tempatan yang sudah bertapak di sekitar Lembah Kinta sejak lebih 100 tahun lalu dengan mewujudkan 'Bandar Kasut Ipoh' di kawasan Bukit Merah dan Menglembu di sini.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Pertandingan Reka Kasut Malaysia (MFDC) 2010 anjuran Pertubuhan Industri Kasut Perak di sini semalam.

TEOH:TURUN IKUT TINGKAP BUKAN TANGGA!!

hmmmmmm...............pdrm+sprm=umno. awal2 lagi dah macam ni, macamana la nak percaya diakhir keputusannya nanti.

Ada pulak yang kata macam ni : " kerana tangga ada kesan darah, mendiang teoh tidak turun dari pejabat sprm melalui tangga kerana takut darah, maka mendiang mengambil keputusan untuk turun melalui TINGKAP bukan TANGGA"

APA LA MALANGNYA, kesudahannya pasti sudah jatuh ditimpa tangga.

Inkues Teoh: Darah di ruang tangga?

Lawatan Koroner Azmil Muntapha Abas dan pegawai inkues ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Shah Alam telah menimbulkan lebih banyak persoalan mengenai kematian Teoh Beng Hock.

Ini kerana kesan, yang mungkin darah, ditemui di ruang tangga dari tingkat 14 - pintu masuk utama ke pejabat SPRM - ke tingkat 15 pejabat tersebut.

Lebih banyak kesan terdapat dalam sebuah bilik di tingkat 15. Yang memeranjatkan ialah koroner dimaklumkan bahawa polis tidak mengambil sampel dari kesan tersebut.

Peguam Lim Lip Eng yang mewakili keluarga Teoh berkata, pada mulanya koroner dijadualkan melawatkan keseluruhan tingkat 14, tetapi para peguam meminta supaya dilihat sekali tingkat 15.

"Kami sedang menaiki anak tangga ke tingkat 15 melalui pintu belakang. Bila kami sampai ke tingkat 15, kami dapat ada kesan sepanjang dua kaki atas lantai anak tangga tersebut.

"Kami bertanya kepada pengarah SPRM (Selangor) mengenainya, tetapi beliau tidak tahu. Pegawai penyiasat polis berkata beliau akan memeriksa kesan tersebut," kata Lim.

Apabila tiba di tingkat 15, mereka tidak dibenarkan melihat setiap bilik di situ.

Lim berkata, mereka ternampak lebih banyak kesan pada satu dinding bilik apabila mereka melihat menerusi kaca pintu.

"Ia nampak seperti darah. Saya tidak dapat katakan secara pasti. Sekali lagi, kami bertanya kepada pengarah dan pegawai penyiasat dan mereka kata mereka tidak tahu mengenainya dan tidak memasukkannya sebagai sebahagian daripada siasatan," kata Lim yang juga ahli parlimen Segambut.

Sumber : malaysiakini

RAJA NAZRIN: RASUAH DAN SAMSENG!!

Adakah ia ditujukan kepada UMNO Perak dan Zambry Haram Jadah?!?!?! Raja Nazrin dalam ucapan dan memperingatkan '7 wasiat Raja-Raja Melayu' ada berkata perihal rasuah:

"Sebenarnya rasuah merendahkan martabat seseorang insan ke taraf abdi, menjadikan insan hamba kepada harta, kepada kekayaaan, kepada kebendaan dan kepada jawatan yang diperoleh secara haram".


"Walaupun ianya kotor dan jijik, ironinya semakin ramai yang berlumba untuk mendapatkan kuasa supaya berpeluang melakukannya, malah melakukannya dengan penuh tipu muslihat untuk terlepas dari undang-undang dan hukum dunia," titah baginda.


"Lalu tenggelamlah kesungguhan usaha untuk memerangi rasuah dalam retorik kepura-puraan. Akibatnya takhta runtuh, pemimpin jatuh, negara lebur dan rakyat melarat," titah baginda.


(OM: Isu rasuah juga dimulakan oleh UMNO dengan penuh muslihat untuk merampas kerajaan Pakatan Rakyat dan menjawat MB Haram)


Petikan dari : Malaysiakini
Artikel Lain : 'Bukan memerintah cara samseng'

"Demokarasi tidak bererti apa saja boleh dilakukan. Tentu sekali ia tidak bererti pemerintahan secara samseng," titah Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah.

Baginda menegaskan dalam mana-mana perjalanan demokrasi, ada peraturan tentang bagaimana masyarakat harus diperintah, dan di Malaysia, peraturan ini termaktub dalam perlembagaan negara.

"Perlembagaan kita menjelaskan tidak saja hak-hak kita tetapi juga had terhadap hak-hak itu. Had ini menentukan bahawa keputusan tidak dibuat oleh mereka yang memiliki kuasa paling kuat, suara paling lantang dan bertindak secara paling kasar," ujar baginda.

Raja Nazrin menyampaikan syarahannya berjudul "Imbued with Integrity, Endowed with Ethics: Foundation for Managing Malaysia through Enlightened Value-Driven Leadership" di Syarahan Tunku Abdul Rahman ke-25 anjuran Institut Pengurusan Malaysia malam tadi.

Baginda menegaskan: "Jika kita berusaha untuk menyelesaikan pertikaian menerusi pemerintah samseng dan tidak mengikuti undang-undang, pertikaian kita tidak sesekali akan dapat diselesaikan". (OM : alkisah bagaimana sidang DUN 7 Mei di Perak yang melaksanakan 'kesamsengan' dengan menarik keluar Speaker Perak dan dikurung di bilik. Dan mencabul undang2 dgn membawa masuk anggota polis dan samseng bertali leher)

"Di bawah sistem pemerintahan kita, kehakiman telah diamanahkan dengan tugas penimbangtara terakhir dalam perkara berhubung tafsiran perlembagaan.

"Bila mahkamah telah membuat keputusan, menjadi tanggungjawab semua mematuhinya. Keputusan kehakiman tidak dapat tidak berakhir dengan pihak yang menang dan yang kalah, tetapi kehakiman tidak harus sekali-kali dijadikan korban," ujar baginda. (OM: Mahkamah Tinggi telah mengistiharkan DS Nizar adalah MB yang SAH, tapi Zambry Haram Jadah tidak akui malah menuntut mahkamah rayuan membatalkan keputusan mahkamah tinggi dengan tindakan kehakiman yang jelas menjadi tunggangan UMNO. Rakyat melihatnya dengan penuh kecaruan terhadap kebebasan penghakiman ini)

"Adalah amat penting wujud kebebasan dan keadilan kehakiman. Tanpanya, kedaulatan undang-undang tidak dapat ditegakkan.

"Dan bila kedaulatan undang-undang tempang, ia mesti dipulihkan sepenuhnya,"
titah Raja Nazrin Shah.

Baginda bertitah sejak pilihanraya umum Mac tahun lepas, cabar-mencabar politik kerap berlaku dan lebih tegang, dan ini berkemungkinan berterusan buat beberapa waktu akan datang.

"Tetapi apa juga perbezaan kita, keprihatinan kita ialah untuk mewujudkan bentuk negara yang boleh kita banggakan.

"Kita mempunyai sistem pemerintah yang baik yang telah memberikan khidmat yang baik. Rakyat Malaysia hendaklah berusaha memperkukuh sistem ini".

Baginda menarik perhatian bila terdapat kelemahan, "kita perlu mengakuinya dan berusaha mengatasinya".

SUMBER : MALAYSIAKINI


BUBAR, BUBAR, BUBAR DUN PERAK!! PERTAHAN HAK RAKYAT

I.S.A : FRU DIBERI AMARAN


AMARAN RASULULLAH KEPADA F.R.U

Tragedi 1 Ogos merupakan pengulangan beberapa tragedi menyayat hati yang dapat dilihat di negara kita. Peristiwa tindakan ganas pihak polis, khususnya FRU bertindak ke atas himpunan aman rakyat, merupakan malapetaka kepimpinan BN yang masih tidak belajar dari kesilapan lampau. Tindakan rakus menyembur gas pemedih mata, semburan air kimia ke atas himpunan aman tersebut ternyata mengundang kemarahan masyarakat di negara ini dan badan-badan hak asasi antarabangsa.

Himpunan yang berjalan secara aman dengan kawalan Unit Amal bagi memastikan tidak berlaku tindakan di luar batas yang dibenarkan oleh pihak penganjur. Himpunan hari itu tentulah akan berjalan dengan santai dan berakhir dengan baik seandainya mereka tidak disembur gas pemedih mata serta tindakan ganas pihak FRU. Sayang, himpunan aman ini akhirnya bertukar kelam kabut, bilamana sebilangan rakyat yang berhimpun dikejar, ditangkap, digari dan dijemur dalam trak berjam-jam lamanya. Tembakan gas pemedih mata dan semburan air kimia menyaksikan kanak-kanak, remaja dari pelbagai kaum terpaksa berlindung di mana sahaja. Mungkin bagi pihak FRU dan polis, tindakan ini adalah lambang keegoan dan kemegahan. Megah kerana berjaya menghalang himpunan, berjaya memecahkan himpunan rakyat. Namun apakah ianya berakhir di situ sahaja?

Persoalannya, salahkah rakyat berhimpun bagi menyatakan bantahan terhadap akta yang zalim ini, setelah pelbagai cara dilakukan bagi menentangnya. Rakyat telah gunakan seluruh saluran lain. Bantahan dalam Dewan Negara dan Dewan Rakyat, surat, kenyataan, seminar, resolosi bengkel bahkan tandatangan rakyat telah dibuat. Apa lagi bagi rakyat untuk menentang akta yang zalim ini. Kezaliman tiada kompromi dalam Islam, Nabi tidak mengaku umat mereka yang menyokong kezaliman, sehingga Baginda memberi amaran:

“Sesiapa yang berjalan bersama orang yang zalim bagi membantunya, sedang ia mengetahui kezaliman orang tersebut, maka telah terkeluar ia dari Islam” - Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Baihaqi.

Kerana itu Imam Nawawi dalam syarahnya dalam juzuk 17, hal 190 sewaktu menghuraikan hadis :

“Ada dua golongan dari ahli neraka, yang belum aku saksikan iaitu suatu kaum yang membawa cemeti seperti ekor sapi untuk memukul manusia, dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka bertelanjang, yang menanggalkan tutup kepala, yang menarik kepada maksiat. Kepala (rambut) mereka diikat seperti bonggol unta. Mereka ini tidak akan memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya, sedangkan bauannya dapat dihidu dari jarak sekian-sekian”. -(Hadis Muslim)

Imam Nawawi menyatakan yang dimaksudkan dengan golongan yang keluar rumah ditangannya ada cemeti, mengejar dan memukul manusia ialah polis ( FRU). Wallahu a'lam. Apakah itu sebenarnya dimaksudkan, namun mari kita meneliti sifat yang dinyatakan oleh Rasulullah dengan tidak menuduh sesiapa, kalau bukan FRU siapa lagi.

Lihat pula sebuah hadis yang juga diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Hurairah sabda Baginda:

“Hampir sahaja sekiranya kamu panjang umur, maka kamu akan melihat sekelompok orang yang pada tangan mereka ada cemeti (cota) yang diikat seumpama ekor sapi mereka berangkat keluar dari rumah dengan kemarahan Allah dan mereka kembali ke rumah mereka dalam kemurkaan Allah”.

Apakah hati kamu puas bilamana kamu berjaya memukul orang-orang tua, membelasah kanak-kanak, menangkap muslimat dan menyemburkan gas kepada para ulamak. Demi Allah kalaupun kezaliman ini tidak dibalas oleh Allah di dunia, kita pasti bertemu di akhirat.

Apa yang berlaku di hadapan mata kita menyaksikan bagaimana rakyat yang tidak berdosa diterajang, dipukul dengan cota, digari, diheret setelah mereka ditembak dengan gas pemedih mata hanya kerana berhimpun untuk membantah akta yang zalim ini. Tindakan ini tentunya akan mengundang kemarahan rakyat, namun sekalung tahniah diucapkan kerana rakyat kerana tidak membalas bantahan dengan kekerasan, tiada satu pun tingkap kedai pecah, tiada sebuah kereta pun yang diserang, tiada sebarang kerosakan harta awam. Inilah akhlak yang dipamir oleh rakyat.

Lalu demi membenarkan tindakan kejam meraka dicari pelbagai alasan luar, kononnya demonstrasi tersebut menyebabkan berlakunya kesesakan jalan yang teruk. Sebenarnya puluhan himpunan yang dianjurkan melibatkan berlaku kesesakan jalan raya. Kalau kerajaan boleh mengisytiharkan penutupan jalan semata-mata bagi memberi laluan kepada pelumba basikal, pelumba jalan kaki, pesta perayaan pelbagai agama, perarakan pesta hiburan, bahkan beberapa orang artis pernah membuat konsert di tengah Chow Kit Road, apa payah pula untuk memberi laluan sekadar dua jam kepada rakyat untuk berhimpun menyerahkan memorandum rakyat kepada Istana, kamudian mereka bersurai dengan aman. Menyaksikan tindakan ganas yang ditunjukkan ini, maka benarlah kata-kata A. Samad Said:

“Kalau kerajaan tidak melayan tuntutan rakyat di jalan raya, kita mesti terjemahkannya dalam pilihanraya”.

TEOH: TIADA UJIAN MENYELURUH!

UNDIAN KDN : 92% TUNTUT I.S.A DIMANSUHKAN

Undian: ISA zalim, tuntut mansuhkan

Majoriti pengunjung laman web berita Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggesa akta ISA dimansuhkan kerana ia disifatkan sebagai kejam. Daripada 522 responden, setakat ini, 481 atau 92 peratus mahu Akta Kementerian Dalam Negeri (ISA) dihapuskan, sementara hanya 36 responden bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk menyemak akta kontroversi itu.


MAKLUMAT LANJUT DAN SUMBER DARI : http://www.malaysiakini.com/news/110055

TEOH : ADA DARAH MISTERI!?!?!

Darah ada, tangkap takde?!?!

HINDARI H1N1 DIJANGKITI 1MALAYSIA

Di Manjung, kes-kes berkaitan selsema babi semua dikuarantinkan dan di posting ke Hospital Ipoh. Ada maklumat juga, TLDM juga tidak terlepas dari simptom jangkitan ini, ada beberapa jabatan di tutup. Boleh dikatakan daerah ini dalam keadaan waspada.

OM load video cara untuk menghindari H1N1 selain kaedah doa seperti Tok Guru serukan.

PETIKAN HARAKAH : H1N1, bala dan keengkaran orang agama tegur kemungkaran - Tok Guru

KOTA BHARU, 5 Ogos (Hrkh) - Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengkiaskan, virus H1N1 yang semakin serius melanda negara hari ini adalah satu bala atas kemungkaran yang berlaku.

Bala ini katanya akan datang tidak mengira samada di kawasan itu ada golongan agama atau sebaliknya, semuanya akan ditimpa.

Lebih-lebih lagi apabila ada golongan agama yang 'membisu' yang tidak mahu menegur atau menasihati kemungkaran yang berlaku, ujarnya sinis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan terkini virus H1N1 yang melanda negara yang kini menyebabkan 12 kematian.

Bercakap lanjut mengenai isu H1N1, Tok Guru bagaimanapun berharap semua pihak berdoa kepada yang Pencipta selain berusaha dengan kaedah perubatan.

Beliau turut mahu semua pihak berganding bahu bagi mengatasi kemelut ini, kerajaan pusat, rakyat mahupun kerajaan-kerajaan negeri.

"Kita kena serah kepada Allah, bala ini bila mari(datang) dia jangan kata tak ada kena mengena dengan tuhan, alim ulama sebut ia akan kena termasuk kepada orang baik, kerana apa mungkin kerana dia tidak nasihaT dan tak tazkirah.

"Oleh itu kita kena kerjasama semua sekali, rakyat mahupun kerajaan kena bekerjasama, jika tidak habis kena bala, bumi ini tuhan punya, justeru kita tidak boleh buat pandai-pandai," katanya.

Lanjut di sini.





I.S.A : DIUPAH DAN POLIS BERLEBIHAN...


SEKITAR HIMPUNAN ANTI I.S.A, slide yang kedua requested by rakyat. Slide sebelum ni, korang jenguk2 le posting sebelum2 ni. Mana upahnye?!?! Kalau dah mentaliti UMNO ni semuanya duit..rasuah...duit...rasuah..duit, ingat kami turun kerana upah ke! Pigi dah, ingat ini perhimpunan umno yang perlu disogok baru mai ka?! Nak lawan umno kami tak perlu diupah.
Yang diupah tu adalah PDRM - FRU. Rakyat tanggung upah depa, rakyat dapat apa dari depa?!?!?!

Apa yang kami dapat ni ha......

Polis 'berlebihan' tembak gas, air - PETIKAN DR MALAYSIAKINI
Ogos 4, 09

Polis menembak gas pemedih mata dan meriam air "berlebihan sehingga membawa kesan kepada mereka yang berada di kawasan berdekatan" perhimpunan besar membantah akta ISA pada Sabtu lalu, kata Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini.

"Suhakam ingin mengulangi pendiriannya bahawa ISA mesti dimansuhkan dan digantikan dengan undang-undang baru yang lengkap yang menyeimbangkan keselamatan negara dan juga hak-hak asasi sebagai Akta Anti-Keganasan bagi menangani kegiatan terorisme dan tindakan ganas terhadap massa," kata naib pengerusinya Tan Sri Simon Sipaun.

Kenyataan itu turut ditandatangani oleh empat lagi pengerusi jawatankuasa kecil Suhakam: Datuk Dr Michael Yeoh, Datuk Choo Siew Kioh, Datuk Khalid Ibrahim dan Datuk Dr Denison Jayasooria.
MEMANG BERLEBIH PUN....

KETUA PEMUDA PAS TAK SETUJU DGN TUAN GURU!

Letih tak habis lagi....posting sekitar ceramah di Pasir Panjang baru2 ini terlepas pandang, nak tengok cerita lanjut di blog brader manjung mari kat sini.

Cuma nak tambah skit, Ustaz Nasarudin Ketua Pemuda PAS ni suara seiras-iras Tuan Guru Hj Hadi...terpukau lak jap. Lebih terperanjat, ustaz boleh tak setuju kenyataan Tuan Guru Nik Aziz - 'umno celaka', ustaz kata sepatutnya 'umno sangat celaka' mengikut sifat2nya......ambik kau! sambil menerangkan nas-nas yang membolehkan ada masanya kena 'garang' !! kalau tak puak ni buat nohen je..... dah jenuh cakap baik-baik, macam tu jugak umno makin teruk. Tapi sekali Tuan Guru kata "JAHANAMLAH UMNO', demam seminggu tak sudah-sudah umno dan media2 juaknye.!


haha...pergi jahanam la umno. bravo, ustaz bravo! dalam wacana kasi Waaa chaaa!! sama dia.
JAHANAM UMNO! MANSUH ISA! BUBAR DUN PERAK! JUSTICE 4 TBH, ANSWER 4 RAKYAT!

Sebelum ke ceramah, sempat la jamah makan malam bersama Ketua Penerangan Pemuda PAS dan Ketua Pemuda PAS di rumah keluarga sdr Azam.


'BATERI KENA CUKUP NAK LAWAN DENGAN UMNO NI!!' -petikan dari ceramahnya ketika microphone dah mula bateri out.


SEKITAR CERAMAH BUBAR DUN - 1 BLACK PERAK

I.S.A: SELAMAT PULANG KE MANJUNG BERSAMA FRU!

Kita berjaya!! Pulang dgn penuh aman dan harmoni.

FRU 'tolong ESCORT' kami agar tak berlaku huru-hara dalam perjalanan ke Perak. Hampeh!


Dalam trak semua pakat tidur....


Kami ke Manjung, FRU balik masuk kandang cawangan Ipoh! Depa pun demo gak semalam siap pakai helmet merah lagi. Yang huru-hara itu kerja depa la. Persoalanya, "WHO LET THE DOGS OUT?!?!"

PERJALANAN KAMI, 'BORN TO END I.S.A!'

SIAPA YANG BIKIN SUSAH?!?!?!

Ini kerja siapa yang menyusahkan orang ramai!?!?!?!

1 MALAYSIA TO END I.S.A


Baru lepas kena belasah dgn sb sampai baju koyak, nasib ada brader yang sanggup buka baju bagi kat Dr. hatta. Namun masih bersemangat untuk teruskan perjalanan untuk memansuhkan i.s.a.


Apek ni semangat dasyat....Justice 4 TBH.


KAUM HAWA TURUT MEMBANTAH


Mamat Poland datang melancong ke KL, bila tengok polis ramai dia tanya salah seorang dari kami, 'Apahal semua ni?. Setelah di explain dia join skali, dia cakap kat Poland pun ada undang2 seperti I.S.A dah 20 tahun..gua cakap kat Malaysia dah 50 tahun...., OKAY! I JOINED U.


TERSEREMPAK DENGAN MAT SABU


Orang tua ni, kita sudah bagitau jangan main dgn asap, tak sempat lari. Kami datang beri pertolongan cemas.


Tengah duk lari, terjumpa Adun ni, SOLO AJE....LU ORANG KENAL KUT.

Nak load satu2, mata dah pedih kena asap, layan slide aje lah...

I.S.A : PERJALANAN KAMI, HADIAH UTK RAKYAT!

Hadiah untuk rakyat!

BERSEDIA BERKORBAN MENYAMBUT HADIAH 'BOM ASAP' UNTUK RAKYAT.
Dah standby pakai glove, sahabat ni memang hati kering. Sepatutnya penganjur sediakan baldi air, agar mudah kami capai 'bom' ini dan rendamkan dlm air terus mati.

NO FEAR

WAJA MENJADI MANGSA KEGANASAN FRU.



DAH MACAM KERETAPI PAKAI ENJIN ARANG BATU.
Empunya kereta ni boleh ambil gambar ni, 'claim' kat FRU!
Gambar lain akan menyusul kemudian, mata dah pedih kena asap.........

I.S.A: CARA ANWAR IBRAHIM

Pihak sana bersuara perhimpunan ini mainan politik sesetengah pemimpin pembangkang! Suara ini sudah dijangka seperti biasa, tak perlu ulas pun rakyat 1Malaysia dah tau apa pemimipin2 Bini Najib 1Malaysia bercakap.

Pemimpin melayu kuno, CheDet, kata demonstrasi ini bukan budaya kita, ini budaya anwar ibrahim! La..ingatkan pembawa melayu moden ini sudah memodenkan fikirannya bahawa situasi inilah yang menjatuhkannya walau bertahan di dahan yang patah menunggu hari-hari kejatuhannya. Rupanya pemimpin melayu moden ini telah menjadi kuno kembali apabila menidakkan cara rakyat merintis sesuatu hak mereka di pertahankan dan menjadikan malaysia yang lebih berbudi, aman dan harmoni dalam masyarakatnya yang berbilang kaum, Bukan kaum UNMO sahaja yang boleh hidup di Malaysia!

I.S.A antara senjata utama UMNO mengukuhkan pemerintahan zalimnya di Malaysia. Kalau Tan Sri Brader Arunsunny tidak merestukan akta ini pastinya UMNO bertindak, jika tidak brader sunny tak mau tolong melayu lagi. Apa susah, I.S.A di tukar nama sepertimana 'Sure Heboh' yang diharamkan brader sunny, prihatinnya umat melayu tukar nama jadi 'Jom HeboH' yang belum 'pasti heboh' - tak 'sure heboh'.

Maka, I.S.A seperti sebelum ini disyorkan namanya dipinda ke Ikut Suka Arunsunny. Brader sunny diam....... harus sana harus sini.

Malam ni turun ke markas pas tgk ceramah tgk apakata ketua pemuda, jangan dibawa isu perpaduan udah le, baru je kena kejo dgn topi merah tunggangan melayu united, jgn paksa untuk berbaik2 dengan orang telah hentam sahabat2 di Kuala Lumpur. Harap takde topi merah kat pasir panjang, kalau datang pun utk dgr ceramah ok, jgn sembur kami dgn asap, berdengung nanti!

Brader Sunny tak tahu ada ceramah '1 HITAM PERAK - bubar dun perak' satgi, kalau tidak mesti haram sana haram sini. kalau haram gak, kita tukar nama jadi '1 HITAM ZAMBRY', dah memang MB haram...haram jadah!

I.S.A : PRO & ANTI IBARAT NAJIB & NIK AZIZ

Hari ini peristiwa yang boleh kita lihat perbezaan suasana yang gerun dan aman di Malaysia!

Tuan Guru menyambut kehadiran PM 1Malaysia di Kelantan dengan penuh aman dan harmoni!! Najib terkezut katanya....mana taknya, biasa kalau Najib dia sambut macam dibawah ni.......

Kehadiran rakyat 1Malaysia pula di sambut dengan kawalan ketat malah menghuru-harakan suasana yang sepatutnya berlaku dengan aman dan harmoni. Malah sebelum hari kejadian, sudah ada pak polisi yang ditugaskan untuk mematahkan perjalanan rakyat ke istana negara. BTW, tunggu hukuman rakyat di Permatang Pasir untuk masa terdekat ini.


SAKSIKANLAH ANTARA PUAK 'NIK AZIZ' (anti isa) DAN PUAK 'NAJIB' (pro isa)


ANTI I.S.A
Anti ISA kena belasah cukup-cukup, tiada belas bagi mu.

Yang anti ISA tangkap dan tangan semua terikat, ini arahan siapa??!!


PRO I.S.A
Periksa baju je, OK takdehal, janji Pro Najib!!


Lepak dan bersantai, takde sape nak ganggu! Anjing pun tak berani salak kat depa ni!!
Tan Sri Brader Sunny gua mesti tengah mengangkang ketawa tengok melayu kena belasah dan tangkap....tangkap...tangkap!! Member gua pun tangkap gak tapi tangkap gambo le! kalau gua boleh tangkap macam polis, gua tangkap brader sunny gua sumbat i.s.a, biar dia tahu apa itu i.s.a!! Masa tu kita pakat tukar I.S.A jadi Ikut Suka Arunsunny.



I.S.A : PERJALANAN SAHABAT OM

jam 10.00 mlm ni - 4 anti i.s.a ni sedang menuju ke taman melewar!

Tak gi shah alam ke? tgk pyan habib, kulup sakah dll............entah gua tunggu sms dr 4 anti i.s.a ni.
Apapun, cybershot slr korang harus gunakan dengan cemerlang! selamat berjuang!

Gua kat sini tgh hentam harus sana harus sini yg mengalahkan 'menate'!

ANTI I.S.A @ MASJID JAMEK

OM Kintan , OM PoG dan 2 rakan dari Manjung melaporkan dari tempat kejadian tapi tak boleh nak update, anak gua baru keluar hospital hari ini, dah 4 hari tido wad. Alhamdullillah, semua stabil. Terima sms jam 4 ptg dari sekutu di KL : 'bersantai kede mamak, baru lepas main kejo-kejo...nanti blk kul 12mlm.". Semua selamat sekutu OM, tapi dilaporkan banyak yang tertangkap seawal pagi hinggalah ke petang, bukan baju merah aje yang memenuhi setiap ceruk malah topi merah juga turut serta, bukan turut demo tapi bertempur! dan menghuru-harakan suasana aman. Hampeh....!!!

Gambar dari kamera OM kena tunggu esok, tak sempat online di KL. Harap pulang dengan selamat! tahniah!

Layan warta bloggers.....

Buat Tan Sri Brader Sunny gua, merepek lu dah tak boleh pakai, lu melayu purba yang nak memodenkan melayu! Macam biasa lu harus sana harus sini, ikut suka aji la nak kata apapun! Gua tak ngaku lu mufti gua, malu wei!!