Showing posts with label TEOH. Show all posts
Showing posts with label TEOH. Show all posts

BUKAN ARAHAN YASMIN! "Putus Cinta? Kunjunglah SPRM!"

Story yang di'subtitle'kan ini diterima tru email oleh sahabat dari kolumpo, sdr fendi. Tidak ada kena mengena dengan yang mati mahupun hidup, tayangan untuk SPRM+PDRM=UMNO!!!

T-SHIRT untuk dijual, klik blog labun KulupSakah. Kut2 la kuar mhi nanti pakai baju ni.

PUTUS CINTA? KUNJUNGILAH SPRM

TEOH:TURUN IKUT TINGKAP BUKAN TANGGA!!

hmmmmmm...............pdrm+sprm=umno. awal2 lagi dah macam ni, macamana la nak percaya diakhir keputusannya nanti.

Ada pulak yang kata macam ni : " kerana tangga ada kesan darah, mendiang teoh tidak turun dari pejabat sprm melalui tangga kerana takut darah, maka mendiang mengambil keputusan untuk turun melalui TINGKAP bukan TANGGA"

APA LA MALANGNYA, kesudahannya pasti sudah jatuh ditimpa tangga.

Inkues Teoh: Darah di ruang tangga?

Lawatan Koroner Azmil Muntapha Abas dan pegawai inkues ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Shah Alam telah menimbulkan lebih banyak persoalan mengenai kematian Teoh Beng Hock.

Ini kerana kesan, yang mungkin darah, ditemui di ruang tangga dari tingkat 14 - pintu masuk utama ke pejabat SPRM - ke tingkat 15 pejabat tersebut.

Lebih banyak kesan terdapat dalam sebuah bilik di tingkat 15. Yang memeranjatkan ialah koroner dimaklumkan bahawa polis tidak mengambil sampel dari kesan tersebut.

Peguam Lim Lip Eng yang mewakili keluarga Teoh berkata, pada mulanya koroner dijadualkan melawatkan keseluruhan tingkat 14, tetapi para peguam meminta supaya dilihat sekali tingkat 15.

"Kami sedang menaiki anak tangga ke tingkat 15 melalui pintu belakang. Bila kami sampai ke tingkat 15, kami dapat ada kesan sepanjang dua kaki atas lantai anak tangga tersebut.

"Kami bertanya kepada pengarah SPRM (Selangor) mengenainya, tetapi beliau tidak tahu. Pegawai penyiasat polis berkata beliau akan memeriksa kesan tersebut," kata Lim.

Apabila tiba di tingkat 15, mereka tidak dibenarkan melihat setiap bilik di situ.

Lim berkata, mereka ternampak lebih banyak kesan pada satu dinding bilik apabila mereka melihat menerusi kaca pintu.

"Ia nampak seperti darah. Saya tidak dapat katakan secara pasti. Sekali lagi, kami bertanya kepada pengarah dan pegawai penyiasat dan mereka kata mereka tidak tahu mengenainya dan tidak memasukkannya sebagai sebahagian daripada siasatan," kata Lim yang juga ahli parlimen Segambut.

Sumber : malaysiakini

TEOH : YASMIN ADA CERITA

Yasmin Ahmad ada bercerita tentang Teo Beng Hock

Pada 16hb Julai, kira kira 2 minggu selepas kematian Teo Beng Hock, Yasmin Ahmad ada menyiarkan artikel berkaitan mendiang itu. Ianya adalah artikel ke dua terakhir sebelum kematiannya, hari ini. Artikelnya ....

Someone please wake me from this nightmare and tell me that this did not happen in my country and that Teoh Beng Hock is safe at home with his family.

Terdapat 44 komen yang dia terima dan Yasmin ada membuat jawab balas. antaranya,

yasmin said...

if he was murdered, his parents/family have the right to decide the fate of his murderer/murderers.

in an islamic state, the perpetrators will sampai ajal too. because i hear his mother wants them dead.

July 17, 2009 1:02 AM

---------------------------
yasmin said...

errmmm... could it be it's cos i'm a malaysian and i'm human?

July 17, 2009 3:11 AM
---------------------------
yasmin said...

diana, no one has speculated anything here, yet you are saying, "don't speculate"?

this is precisely what i cannot stand about this whole affair. some people in power are so defensive!

my mother and i were watching rtm news - a man with a moustache said at great length that we should not suspect foul play before investigation results.

my mother said, "do they think we are 2-year olds?"

July 19, 2009 4:28 AM

---------------------------

yasmin said...

yes wahdi, but if this had happened to a member of your family, would you be as accepting? takdir is takdir, but in islam, if someone were murdered, his family decides the fate of his murderer.

salaam.

July 19, 2009 8:51 PM

---------------------------
yasmin said...

amen to that, kamal.

in today's the star, his parents were seeking help from the PM himself! good on them! god-willing, some changes are gonna come.

July 20, 2009 10:52 AM

Dia perihatin, dia bimbang ... seperti juga kita.

Tak sangka .. hari ini beliau meninggal dunia. Pernah menjadi kontroversi dengan filem arahannya, Sepet dan Rabun. Lahir pada tahun 1958, setahun selepas kemerdekaan dan meninggal pada tahun ini. Umurnya 51 tahun, bersamaan dengan umur Michael Jackcon.

Hmmm .. ramai sungguh orang ternama yang meninggal pada tahun ni. Pemimpin yang terdiri dari ADUN dan Ahli Parlimen ... Bintang dunia terkenal dan pengarah filem tempatan. Terasa bagai satu peringatan.

Betapa rapuhnya manusia .. bila bila pun boleh di panggil pulang. Dalam pada itu masih ada yang cuba menongkat langit, gila kuasa.

Sumber : http://wartamaya.blogspot.com/

TEOH : HIMPUNAN AMAN BUKAN LILIN NIZAR @ MANJUNG


Dato' Ngeh menjelaskan isu kematian Teoh yang menjadikan rakyat tertanya2 kepada persoalan yang timbul. Dan pada hari ini, rakyat menjadi tidak yakin kepada badan-badan kerajaan yang bertanggungjawab yang telah menjadi tunggangan kepada pihak-pihak tertentu. Kredibiliti PDRM juga meruntum kerana tunggangan ini. Mesti dipulihkan bagi memelihara keselamatan negara ini, jangan biarkan rakyat dalam ketakutan.
(-disimpulkan melalui ucapan Dato' Ngeh-)


Terima Kasih atas kerjasama pihak polis yang bertugas kerana membenarkan himpunan ini bermula dan berakhir dengan aman. Malam ini, kita sama-sama melakukan tugas dan mendengar suara-suara rakyat.


Dikhabarkan oleh brader ManjungMari, pihak DAP tidak memberikan lilin kepada muslim yang hadir memberi sokongan bagi mengelakkan ia menjadi isu yang menutup isu sebenarnya yakni Keadilan untuk Beng Hock, Jawapan untuk Rakyat.





#Tq ManjungCenter pinjamkan kamera.

TEOH : 1 KONSPIRASI?

OM layan.....

Misteri satu konspirasi???

Misteri demi misteri menyelubungi kematian Teoh Beng Huat. Dari cara dia mati.... sehingga lah kemunculan blog misteri yang memaparkan dokumen-dokumen misteri. Yes.... dokumen-dokumen yang cuba memberi gambaran seolah-olah berlaku hanky-panky dalam peruntukan wang yang diberikan kepada ADUN dan EXCO-EXCO DAP.

Apakah ada pihak yang cuba mengalihkan pandangan kepada punca atau sebab sebenar kematian Teoh dan cuba memalitkan kesalahan kepada pihak lain khusus nyer DAP?? Siapa tuan punya blog tersebut dan bagaimana dia boleh memperoleh dokumen-dokumen tersebut? Ini yang menjadi misteri.... Apakah dokumen-dokumen tersebut dokumen sahih dan ori atau dokumen yang direkacipta untuk satu lagi konspirasi?

Penubuhan blog dan pendedahan dokumen-dokumen tersebut merupakan satu percubaan untuk memberi gambaran buruk dan tangapan negatif terhadap DAP dan seterus nyer satu konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

ADUN dan EXCO DAP yang cuba dibabit dan dipersalahkan.... khusus nyer Ronnie Liu, telah menafikan segala yang didedahkan di dalam blog misteri tersebut yang dikenali sebagai Truth for Teoh Beng Hock dan empunya blog pula hanya hanya memberi profile diri nyer sebagai 4TBH. Nak tengok kalau, klik di sini. Siapakah sebenar nyer gerangan manusia 4TBH ini??? Apa muslihat dia sebenar nyer?? Memperjuangkan keadilan dan kebenaran untuk Teoh Beng Huat atau pihak lain seperti SPRM???

Rasa nyer.... ini cuma satu usaha untuk mengalihkan kemarahan rakyat terhadap kematian Teoh daripada SPRM kepada DAP, khusus nyer Ronnie Liu. Bijak..... bijak.... Tapi jangan ingat rakyat banggang dan akan menelan bulat-bulat apa yang dijamukan kepada mereka. Ingat Yop.... Teoh Beng Huat dijumpai mati, di bangunan SPRM dan bukan nyer di bangunan DAP. So.... jangan terkeliru dan jangan mudah terpedaya dan most importantly... don't let diri kita dibanggangkan!!

Walau pun, satu inquest telah ditubuhkan untuk menyiasat kematian penuh misteri mendiang Teoh Beng Huat..... tapi jangan ler mengharap sangat yang the whole truth akan prevail. Takut nanti... penubuhan nyer setakat melepaskan batuk di tangga dan ini hanya merupakan satu usaha untuk 'cover up' the real truth dengan memberikan hasil yang mengelirukan dan tak masuk akal. Dengan kredibiliti Sistem Kehakiman.... SPRM dan PRDM berada pada tahap yang meragukan dan memalukan..... komer ingat, demer boleh buat penyiasatan yang telus dan adil ke?? Usah harap sangat ler..... Apa-apa pun, wallahualam ler....

Semua episod ini merupakan satu misteri yang mungkin juga merupakan satu konspirasi yang tak menjadi dan makan diri sendiri. Makan diri siapa agak nyer, ya??? No need to say la..... I think you all pun tau. Ha ha ha ha..... Tau sama tau, sudah lah!!!!

By A Mum Of Three Mohd
Sumber : http://motherof3mohd.blogspot.com/

LILIN TEOH : BRADER SUNNY TOLONG ULAS!!

Gambar dicilok dari blog bujangsusah.
Gua takde hal pasal gambar ni....tapi tak tahu lak Tan Sri Brader Sunny gua cakap harus harus.......
Zambry takde hal kut pasal bos dia.....

Apapun. tan sri brader sunny gua pasti diam lagi...harus harus diam.

TEOH : TIADA YANG DIREMAN?

Hairan siasatan hampir selesai tiada satu pun di reman
Adnan Ibrahim
Fri Jul 24, 09 9:51:27 am MYT

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar memberitahu siasatan polis berhubung kes kematian mengejut setiausaha politik kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock kini tinggal 10 atau 15 peratus untuk dibereskan, dan ia dijangka siap sepenuhnya sebelum inkues bermula minggu depan.

Namun begitu apa yang pelik sehingga kini tidak ada seorang pun di reman atau mereka disyaki ditahan dalam kes kematian mengejut tersebut.

Apakah polis sudah mempunyai rumusan yang diatur cukup hebat sehingga dapat meyakinkan rakyat bahawa Teoh membunuh diri?

Apakah terdapat perancangan bersama pihak polis dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menutup kes sebenar kematian yang sebelum ini diklaskan sebagai mengejut?

Ini kerana terdapat dakwaan peguam keluarga Teoh, Lim Lip Heng sebagaimana dilaporkan media maya menyifatkan pihak polis mahu "melepaskan para pegawai SPRM dari sebarang beban" ekoran kejadian kematian mengejut Teoh itu.

Ahli Parlimen Segambut itu juga berkata, dalam siasatan ke atas tunang dan ahli keluarga Teoh, pihak polis ingin tahu apakah mendiang berada dalam keadaan tertekan, melakukan tindakan yang boleh membunuh dirinya atau menghadapi masalah kewangan.

"Tetapi keluarga (Teoh) menafikan semua itu. Teoh ceria dan tidak ada masalah di tempat kerja. Teoh tidak ada masalah kewangan, bergaul dengan baik dengan setiap orang dan dalam persiapan untuk perkahwinannya," kata beliau.

Lim juga memberitahu, pihak polis juga mengemukakan "soalan yang menarik" kepada tunang Teoh, Soh Sher Wei iaitu sama ada Teoh menukar kasutnya setiap hari.

Ia berkaitan dengan pendedahan pegawai penyiasat bahawa kasut Teoh kelihatan terkoyak ketika mayatnya ditemui.

"Mereka bertanya apakah Teoh mempunyai banyak pasang kasut dan kasut saiz apa yang dipakainya... tunang Teoh memberitahu bahawa Teoh mempunyai beberapa pasang kasut dan beliau jarang menukar kasutnya melainkan rosak tetapi pada hari yang malang itu beliau memakai kasut baru," kata Lim.

Seorang lagi peguam, Eric Tan Pok Shyong mendakwa, kebanyakan soalan polis difokuskan kepada kemungkinan Teoh tidak terbunuh akibat tindakan pegawai SPRM.

"Contohnya, mereka bertanya tentang karakter Teoh, pernahkah beliau merungut tentang kerjanya sebelum mati, dan cuba mengaitkan dengan kerjanya dan kemungkinan beliau membunuh diri akibat tekanan tersebut," kata beliau.

"Mereka juga bertanya adakah Teoh menghisap rokok. Saya meneka satu-satunya sebab mereka bertanya soalan tersebut adalah untuk cuba menyimpulkan bahawa beliau mungkin terjatuh dari tingkap ketika menghisap rokok di situ," katanya.

Bagaimanapun, keluarga Teoh menolak kemungkinan beliau membunuh diri dan memberitahu bahawa Teoh juga bukan seorang perokok.

JIka dakwaan seumpama ini mahu diwujudkan oleh pihak yang melakukan siasatan terhadap kes tersebut, nescaya kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan bertambah bermasalah selepas keperibadian beliau sendiri banyak menimbulkan tanda tanya.

Najib perlu memastikan pegawai beliau bekerja bagi memastikan kejayaan satu Malaysia untuk memulihkan sokongan kaum Cina dan India kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).

Ini bermakna Najib tidak boleh berkompromi dengan pihak pegawai beliau sendiri yang tidak menguntungkan kerajaan dan slogan serta dasar membawa perubahan yang secara tidak langsung menarik kembali sokongan rakyat kepada BN.

Sementara keluarga dan kawan Teoh menyifatkan Teoh bukan seorang mudah tertekan dengan kerja dan tugas yang dibebankan keatas beliau.

Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Hwa ketika ditemui di Kajang, memberitahu beliau mengenali Teoh tiga tahun dahulu dan menyifatkan Teoh sebagai orang yang baik dan muah diajak berunding.

Tambah beliau dengan sifat dan tingkah laku Teoh yang beliau kenali maka amat tidak munsabah untuk mengklasifikasikan Teoh seorang yang mudah tertekan dan mengambil jalan singkat dalam mengakhiri kehidupan beliau. _

Sumber : harakahdaily.net

edited : .: lhbmstr:.

TEOH: NAK TAHU, TOLAK BN!

Satu Lagi Suruhanjaya?
Posted July 23, 2009 by myzaidibrahim
Categories: 1

Kata Dr Mahathir orang Melayu mudah lupa; saya pula kata orang Malaysia juga mudah lupa. Dari tragedi kematian Teoh Beng Huat, ada antara kita yang sudah pun puas hati dengan pengumuman penubuhan Suruhanjaya Diraja oleh kerajaan Barisan Nasional. Seolah-olah dengan adanya pengumuman itu, semua masalah akan selesai.

Nampaknya ada orang Malaysia sudah lupa dalam soal salah laku polis dan kes-kes kematian semasa siatan dan sewaktu dalam tahanan. Mereka sudah lupa bahawa cadangan-cadangan pokok yang dibuat oleh Tun Dzaiddin dan Tun Hanif dalam Laporan Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) lima tahun lalu masih belum dilaksanakan.

Mereka juga lupa mengenai cadangan-cadangan Suruhanjaya Diraja yang diketuai oleh Tan Sri Haidar mengenai kes pita video V.K. Lingam. Walaupun kandungan laporan itu sudah dimaklumkan kepada umum, dan secara “prima facie” memang ada kes salah laku oleh orang-orang ternama, tindakan susulan yang sepatutnya dilaksanakan oleh Peguam Negara tidak pun berlaku.

Kini satu lagi sejarah hitam berlaku dalam negara kita di mana Teoh menjadi mangsanya. Rakyat Malaysia sekali lagi mahu sa buah Suruhanjaya untuk menyiasat kematian Teoh. Nampaknya sekali lagi kita akan dipermainkan, dan sudah pasti kita akan terus kecewa dan hampa.

Perdana Menteri menyediakan dua badan untuk menyiasat kes tersebut. Oleh kerana rakyat mahukan Suruhanjaya Diraja, maka Najib menghadiahkan satu Suruhanjaya tapi ia hanya untuk menyiasat prosedur yang digunakan oleh pihak penyiasat, iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Yang menyiasat soal pokok yang lebih besar dan penting, iaitu mengenal punca sebab kematian Teoh yang memang semua orang ingin tahu; Najib menyerahkan tugas yang maha berat itu kepada seorang majistret, iaitu pegawai mahkamah yang paling rendah pangkat dan kedudukannya di bawah kawalan Peguam Negara.

Jadi, marilah kita sama-sama fikirkan sendiri, sejauh mana hasil siasatan sa orang majistret dan sama ada kebenaran akan terserlah nanti. Saya jangka satu lagi “cover up” akan berlaku.

Ingin dingatkan bahawa Suruhanjaya Diraja di bawah undang-undang hanya boleh membuat cadangan-cadangan sahaja. Tindakan muktamad terhadap orang yang didapati bersalah bergantung kepada Peguam Negara. Kalau Peguam Negara kata tak ada salah laku, maka dengan itu tak wujudlah kesalahan, walaupun Suruhanjaya Diraja mendapati ada kesalahan. Tengoklah apa yang berlaku dalam kes pita video Lingam. Sampai hari ini, yang jelas bersalah masih belum di bawa kamuka pengadilan.

Kalau rakyat mahu tahu dengan sebenar-benarnya mengenai bagaimana dan sebab-sebab Teoh, A. Kugan dan 1,500 orang lagi yang mati dalam tahanan sejak 6 tahun lalu, hanya ada satu cara sahaja – KITA MESTI MENOLAK BN. Biarlah Pakatan Rakyat pula diberi peluang memerintah. Itu sahaja harapan kita untok mengetahui perkara yang sabenar.

Sumber : http://myzaidibrahim.wordpress.com/

TEOH: NYALAAN LILIN DS NIZAR TAK PADAM-PADAM!!

Adun gua, MB gua memang dasyat!! Sekali nyala lilin tak padam2.


Zambry Haram 'j' pun dalam gelap tengok gak, nak bagi hukum tak berani sebab tak tahu apa2 pasal agama, tapi rupanya Zambry Haram 'j' pun sokong tok guru gua dalam diam selama ini terpaksa tak duduk diam bila seterunya, adun gua pegang lilin...'power' betul lilin MB gua. Gua nyala lilin takde sape pun nak tengok....ya la MB gua kan MB lu orang jugak, pasal tu semua tengok MB gua yang juga ADUN gua.


Tok Guru gua cakap yang Zambry lagi hina, kan dah kena jelaga asap lilin tu, bertambah hitam si hati hitam tu. Pemuda Lumut pun bersuara, isunya kematian Teoh dan banyak lagi lah bloggers 1Malaysia yang ulas pasal MB gua dan lilin ni, termasuk la brader gua ManjungMari dan adinda gua Manjung Center.


Untuk menghilangkan jelaga di muka Zambry haram 'j', Brader Sunny gua berbicara...Nizar haram..haram Nizar..., melayu jgn ikut cina, tapi belajar ikut cina. pening gua dgn brader Sunny gua yang dah jadi pejuang melayu merdeka! Semenjak dua menjak ni, tan Sri brader Sunny gua udah tukar jadi Haramsanasini, okey lah tu kalau Islam yang haramkan, jangan harus-harus haram macam Jom Heboh di tempat Zambry haram 'j'. Yang MB haram ni pun jadi harus-harus. Oh, lupe, brader gua ni makan gaji kerajaan haram hukumnya harus-harus. Sunny, sunny, sunny! lu dahulukan bangsa dari agama, orang dah merdeka, brader masih nak perjuangkan kemerdekaan. Gua hentam lu bukan gua PAS, tapi gua pun rasa harus-harus gak hentam lu.

Lu diam aje bila x-pm pegang bahu dato' michelle, dan bini najib laga2 pipi dgn bollywooder, takde bunyi pun...harus-harus, lebih harus duk diam la!!

Gua masuk istana, lu pun masuk istana. Gua diajar mohon sembah (paras hidung) untuk raja hilir, lu pun sembah gak. Gua mohon sembah mengadap (paras dahi) kat sultan & raja muda gua, lu pun sembah gak. Dah adat istiadat di raja melayu, gua ikut je laaaa. Tapi bila gua mohon sembah derhaka, lu lari gila baban. Melayu..melayu..melayu kata lu. Kita kena jaga melayu! akidah melayu! Gua pening la dgn lu.....tapi santapan di raja lu baca doa, gua amin...gua tak lari.


Sebelum gua celah, gua nak cakap dalam om ni bukannya ahli pas, kami bersuara ikut pendirian kami. Jangan lak hentam PAS kerana gua, gua bukan ahli PAS. Nanti ada mufti tegur PAS pulak kerana gua. Gua tetap bersama PAS, tapi PAS belum tentu bersama gua.......


Esok (sabtu ni)gua nak nyala 2 lilin kat sitiawan, 1 untuk mendiang Teoh dan 1 lagi khas untuk Tan Sri Brader Sunny gua yang dah gelap gelita, moga dengan nyalaan ini Brader Sunny gua nampak cahaya kebenaran sepanjang jalan sebelum menemui jalan maut. Untuk Zambry, lilin tak guna dah, gua baling kasut aje kat muka dia.


Sape nak join gua, sabtu jumpa di taman ilmu sitiawan jam 8 mlm. Itupun kalau lu orang nak tgk gua dan Dato' ngeh nyala lilin la, bagi 'panas' badan sebelum gua dgn tok guru gua berarak kat KL mansuhkan ISA.


Apapun, nyalaan lilin ADUN gua merangkap MB gua memang 'class', sampai ke hari ini masih tak cair dan tak terpadam!! Yang cair Zambry dan cahaya lilin NIZAR juga membantu Zambry ke jalan keluar Pejabat MB gua. BUBAR DUN PERAK!!


Seterusnya gua layan cerita dari blog ibnuhasyim ni, ada gak pekdahnya....lilin & lilin kerajaan.

TEOH : NIK AZIZ TERGAMAM, TERKEJUT, SEBAK, SEDIH

Warkah Takziah Daripada Tuan Guru Nik Aziz Kepada Keluarga Mendiang Teoh Beng Hock

27 Rejab 1430 / 20 Julai 2009

Ibu bapa kepada
Mendiang Teoh Beng Hock
D/a Pejabat YAB Menteri Besar Selangor
Tingkat 21, Bangunan SSAAS
40502 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan.

Warkah Takziah

Saya cukup tergamam apabila menerima berita penuh misteri di hari pemergian mendiang Teoh Beng Hock pada awal petang 16 Julai 2009. Lebih tragik apabila bencana yang menimpa mendiang, berlaku sewaktu beliau sedang menjadi tetamu kepada SPRM; ketika beliau sedang memberikan kerjasama ke atas sebuah kes dalam siasatan.

Dalam Islam, tidak syak lagi tetamu wajib dihormati, bahkan dilindungi. Tidak boleh sekali-kali timbul sebarang syak akan status keselamatan tetamu dalam apa jua keadaan kerana sebaik-baik tetamu diterima sebagai tetamu maka Islam secara otomatik mewajibkan jaminan perlindungan diberi oleh tuan rumah. Jaminan perlindungan ini meliputi soal maruah, air muka, keturunan, harta benda dan nyawa. Ini soal hak asasi yang dijamin oleh Islam. Ini konsepnya.

Bagaimanapun, apa yang berlaku di Plaza Masalam di Shah Alam pada Khamis yang sugul itu cukup-cukup membuatkan saya menjadi terkejut. Hati saya sebak, enggan menerima dan tidak dapat menahan kesedihan. Saya sungguh-sungguh tidak dapat membayangkan bagaimana ini semua boleh terjadi. Saya cukup yakin, untuk dilantik ke jawatan Setiausaha Politik, sudah tentu mendiang adalah seorang yang terdidik, telah melalui liku-liku pengalaman, dan terdedah dengan pelbagai rancah kehidupan. Bukan senang untuk melahirkan satu-satu bakat, kebolehan dan ketokohan.

Kepada kedua ibu bapa dan seluruh ahli keluarga mendiang, saya mohonlah berpesan supaya teruskan bersabar. Tabahkan hati sewaktu mengharungi ujian yang segenting ini. Di sisi Islam, jika Allah menguji kita dengan sesuatu musibah nescaya di sana akan ada kebaikan yang akan menanti kita. Terus bersangka baiklah. Sementara menantikan sebuah Suruhanjaya Bebas di Raja yang perlu di lantik dalam tempoh terdekat, izinkan saya mengangkat sekawat nota takziah buat Tuan , Puan serta seluruh ahli keluarga. Insya-Allah, kita akan dapat mengetahui punca sebenar yang telah meragut nyawa mendiang melalui siasatan yang sehabis telus dengan pembentukan Suruhanjaya yang sangat diperlukan ketika ini. Jika dalam banyak hal kita sering bercakap tentang integriti dan ketelusan , maka inilah ketika untuk membuktikannya.

Dari siasatan Suruhanjaya itu, rakyat berhak untuk mendapat maklumat penuh tentang apa yang sebenarnya telah terjadi. Sudah tentu andaian-andaian longgar yang sekadar mengesahkan, “mendiang mati kerana jatuh dari tempat yang tinggi” tidak boleh diterima. Saya berharap, jangan ada satupun fakta biarpun sejarum patah, yang sengaja ditinggalkan di dalam peti siasatan sewaktu mengendalikan pos mortem ke atas tragedi ini.

Dalam hal ini, semua pihak harus sedar bahawa melakukan siasatan dan bercakap benar adalah menjadi kewajipan. Jika tidak, di akhirat kelak, dari segi Islam semua orang akan tetap diheret juga untuk dipaksa bercakap benar.

Ini selaras dengan firman Allah SWT yang bermaksud,

“pada hari (itu) dibukakan segala rahsia. Maka sekali-kali tidak ada bagi manusia itu satu kekuatan pun dan tidak (pula) seorang penolong”- [ on the day when men’s consciences are searched (for belief, intention etc.) (at the moment) men shall have no power (to defend himself) and no helper.”] - ( Surah Ath Thaariq : Ayat 9 dan 10).

Sementara itu, teruskan bersabar dan kuatkanlah kesabaran.

Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS merangkap
Menteri Besar Kelantan

Sumber : http://www.blogtokguru.com/

TEOH, SELAMAT TINGGAL SAYANG

Tunang: Teoh, selamat tinggal sayang
Jul 22, 09 7:37pm

Berikut teks luahan hati Soh Sher Wei kepada tunangnya Teoh Beng Hock di upacara penghormatan terakhir kepada setiausaha politik exco kerajaan Selangor pada 20 Julai 2009. Ia diterbitkan semula untuk dikongsi bersama dengan mereka yang tidak dapat hadir di Alor Gajah, Melaka.

Beng Hock, kau tiba-tiba pergi tanpa sebarang pesan.

Kau kata, masih banyak yang kita ingin lakukan bersama.

Banyak lagi tempat yang sepatutnya kita kunjungi

Kau kata akan menemaniku sepanjang perjalanan hidup ini

Tapi apa yang harus kulakukan sekarang?

Bagaimana dapat kita bertemu lagi?

Kau sentiasa di ingatanku

Aku selalu mengingatimu...

aku mahu dikau kembali, muncul semula di pangkuanku

Dalam beberapa hari ini, aku sentiasa menantimu

Tetapi ia sungguh mengecewakan

Aku hanya ingin tahu sama ada kau selamat, apakah kau menderita?

Jangan biarkan aku terus menunggu?

Aku mahu menemuimu sekali lagi.

Cukuplah walau sekali.

Bila titisan air mataku tidak dapat menghidupkan dirimu

Aku terpaksa menerima hakikat kau telah pergi buat selama-lamanya

Hari ini, aku masih perlu mengucapkan selamat tinggal

Aku berjanji, aku akan jalani kehidupan seadanya.

Tetapi, kau mesti berjanji sentiasa di sisiku,

dan kita bersama-sama membesarkan (bayi ini).

Beng Hock, perjalanan kita berdua dalam hidup ini sudah berakhir.

Tetapi aku berharap, kalaulah ada kehidupan selepas ini, aku amat berharap kita dapat bersama-sama meneruskan perjalanan kita.

Kekasihku, semoga dikau tenang di alam abadi.

Sumber : Malaysiakini

TEOH : AMARAN YANG TIDAK DIENDAH!!

(Artikel ini adalah terjemahan kepada artikel asal The writing was already on the wall so long ago oleh Raja Petra.)

Semuanya telah diberitahu lebih awal. Amaran demi amaran diberikan tetapi tidak dipedulikan kerana yang memberi amaran ialah Malaysia Today. Malaysia Today dianggap bukan sumber maklumat yang sah. Malaysia Today dianggap penyebar khabar-khabar angin dan cerita-cerita karut.

Apabila BPR (sekarang SPRM) menculik keluarga seorang inspektor polis, Malaysia Today membongkar cerita tersebut. SPRM menculik isteri dan anak seorang Inspektor polis yang menyiasat tentang ketua kumpulan haram diatas arahan pegawai atasan polis yang berpangkat ASP.

Inspector tersebut hanya menjalankan tugas seperti yang diarahkan dan membuka satu fail dan penyiasatan tentang aktiviti pelacuran, pengedaran dadah dan judi haram. Dan ini menyebabkan tiga ketua sindiket ditahan.

Apa yang dimahukan oleh SPRM amat mudah. Mereka mahukan Inspektor polis tersebut mengubah laporannya supaya tiga ketua sindiket tersebut boleh dibebaskan.

Dan ispektor polis tersebut perlu melakukannya sekiranya mahukan isteri dan anaknya dibebaskan.

Inspektor polis tersebut enggan melakukannya. Sebaliknya dia membuat satu laporan polis. Begitu juga dengan isternya. Tetapi tiada tindakan susulan dibuat oleh pihak polis. Tiada pegawai SPRM yang ditangkap ataupun diheret kemahkamah kerana kesalahan menculik

SPRM kemudian membocorkan maklumat tersebut kepada media bahawa mereka sedang menyiasat seorang pegawai kanan polis, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (CCD), kerana kesalahan tidak mengisytiharkan harta bernilai 27 juta ringgit. Sepatutnya siasatan SPRM adalah rahsia kerana tertakluk dibawah OSA, tetapi itu tidak menja hal. Lagi pun, OSA hanya digunakan terhadap penyokong pembangkang dan bukan mereka yang berkuasa.

Walaubagaimanapun, Pengarah CCD tidak didakwa kerana tidak mengisytiharkan harta bernilai RM27 juta. Dia didakwa kerana menyalahgunakan harta milik polis untuk kegunaan sendiri, sesuatu yang dilakukan oleh semua pegawai kerajaan, menteri dan ahli politik setiap hari dan minggu. Tetapi jenayah sebenar yang dilakukan oleh Pengarah CCD ini ialah menahan beberapa ketua kumpulan haram Cina yang mengawal jenayah pelacuran, Ah long, dadah dan judi haram diseluruh Malaysia.

Mereka menahan peguam yang bertindak bagi pihak Pengarah CCD tersebut. Pegawai SPRM menahan beliau pada malam raya dan menggari beliau selepas memperlakukan seolah-olah peguam tersebut seperti seorang perompak bank. Untuk memastikan peguam tersebut mendapat malu, beliau ditahan dalam operasi ala Hollywod, dimana beliau ditahan dihadapan seluruh staf beliau.

Malaysia Today menulis semua ini. Malaysia Today bukan sahaja menulis semua ini malah mengulang cerita ini berkali-kali untuk memastikan tiada siapa yang terlepas cerita ini. Tapi tiada tindakan dibuat. Tiada siapa yang menafikan cerita ini. Lebih penting lagi, tiada siapa yang melakukan sesuatu tentang apa yang dibongkar oleh Malaysia Today.

SPRM telah menjadi alat untuk mereka yang berkuasa untuk sekian lama. Secara rasmi, BN mempunyai 14 parti komponen dimana Umno menjadi peneraju utama. Secara tak rasmi, BN mempunyai 17 parti komponen. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah komponen ke15, PDRM adalah komponen ke 16, dan SPRM ke 17. Mereka berkhidmat untuk kepentingan Umno dan Perdana Menteri.

Bila ditanya, mereka akan menjawab. “Siapa yang tembak? Mana pistolnya? Mana buktinya?” Tak ada siapa yang menembak…tak ada pistol…tak ada yang mati…jadi tiada jenayah yang berlaku!

Hari ini, ada mayat bergelimpangan. Ianya adalah mayat seorang pemuda Cina, setiausaha politik kepada ADUN Seri Kembangan yang ditangkap dan disiksa oleh pegawai SPRM. Ya…dia telah disiksa. Dan dia disiksa kerana SPRM mahu dia bercakap.

Tetapi dia tak boleh bercakap. Dia tak bercakap kerana tiada apa-apa yang hendak dicakapkan. SPRM mahukan beliau memerangkap rakan-rakan dalam pembangkang. SPRM mahumenyabitkan rakan-rakan beliau dalam pembangkang diatas beberapa kesalahan jenayah yang SPRM dakwa dilakukan oleh pembangkang.

Dia cuba menerangkan bahawa dia bukan degil. Dia cuba menerangkan bahawa tiada jenayah yang telah dilakukan. Dia cuba menerangkan bahawa rakan-rakannya dalam pembangkang tidak melakukan jenayah dan itu semuanya hanyalah khayalan SPRM.

Jadi, mereka terus menyiksa beliau. Dan dia tidak mampu menahan siksaan. Lagipun, dia bukan lah yang bersifat ‘macho’. Dia merupakan seorang yang berperawakan lembut dan akan berkahwin hari Jumaat ini. Itu sahaja yang dia mahu.

Mereka mengugut akan membunuhnya sekiranya dia tidak mahu bercakap. Dengan linangan airmata, dia meminta belas kasihan dan memohon belas kasihan supaya jangan mengapa-apakan dia. Pegawai SPRM mengugut akan mencampak beliau kebawah sekiranya dia enggan bercakap. Dia menangis dan melutut memohon agar tidak diapa-apakan.

Mereka mengheret beliau ketengah-tengah bilik dan membuka tingkap. Satu kesilapan berlaku. Sepatutnya ia hanyalah satu ugutan. Mereka hanya mahu menimbulkan ketakutan. Mereka sebenarnya tidak mahu menghumban lelaki tersebut kebawah. Mereka hanya mahu beliau melihat kebawah.


Lelaki muda tersebut panik. Dia meronta apabila melihat ketinggian dimana dia akan dicampak. Pegawai-pegawai SPRM tidak dapat mengawalnya dan terlepas. Lelaki tersebut terjatuh dan meragut nyawa beliau.


SPRM kemudian mengumumkan bahawa mereka telah membebaskan Teoh Beng Hock malam sebelumnya. Mereka gagal memberitahu bahawa SPRM bukan membebaskan Teoh sebaliknya menghantar Teoh kealam lain. Tiba-tiba mereka menjumpai mayat tersebut. Dia melompat. Dia membunuh diri. Dia mengambil nyawanya sendiri. Dia tidak pernah disiksa. Dia tidak diheret ketingkap untuk diajar bagaimana hendak terbang.

Keadaan ini sudah berlarutan untuk satu jangka masa yang lama. SPRM bertindak seolah-olah mereka Tuhan. Mereka menculik keluarga dan menyiksa mereka yang ditangkap. Mereka mengugut untuk membunuh sisiapa yang mereka tahan sekiranya enggan bercakap.

Dan sekarang, lelaki muda ini telah mati. Tetapi tiada sesiapa yang akan didakwa. Tiada sesiapa yang akan menerima hukuman kerana lelaki ini mengambil nyawanya sendiri. Mengapa dia mengambil nyawanya sendiri…tiada siapa tahu. Dia tidak pernah disiksa. Dia tidak pernah diugut untuk dibunuh. Dia tidak diheret ketingkap. Dan dia secara tidak sengaja telah terjatuh.

Inilah yang akan diberitahu oleh SPRM kepada kita semua.

Sumber : http://bagindareformasi.blogspot.com/

TEOH : PANJAT TINGKAT 14 NAK AMBIL HP?!?!?!

PDRM + SPRM = UMNO. Husam pun macam gua, tak caya polis. Gua takut last-last polis cakap macam ni,

"Siasat punya siasat ,Bla...Bla...besar punya kemungkinan, jam 3 pagi Teoh baru sedar handphonenya tertinggal kat pejabat SPRM, lalu dia ke pejabat SPRM dan dapati sudah ditutup. Nak taknak dia panjat bangunan SPRM, sampai tingkat 14 dan dia terjatuh. maka terburai dan kes bersuraiiii..."

Gua cakap bukan polis cakap, hope polis tak tiru gua. Hari ini PDRM cakap....






‘Teoh mati 4-5 jam sebelum ditemui’
kemaskini 4.13pm Siasatan awal mendapati Teoh Beng Hock sudah meninggal dunia empat atau lima jam sebelum mayatnya ditemui dekat pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pukul 1.30 tengah hari Khamis lalu, kata ketua polis negeri.

Menjawab soalan kemungkinan setiausaha politik seorang exco kerajaan Selangor itu jatuh dari Tingkat 14, yang menempatkan pejabat SPRM itu, Datuk Khalid Abu Bakar berkata:“kemungkinan besar.”

Ditanya mengenai barang-barang yang diambil dari pejabat SPRM itu semalam, Khalid berkata, polis melihat semula tempat kejadian dan apa yang tertinggal pada hari pertama kejadian.

Petang semalam, polis mengambil beberapa dokumen dan selak tingkap di Tingkat 14 bagi membantu siasatan kematian Teoh yang menimbulkan pelbagai pertanyaan.

Dalam sidang media bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan di ibu pejabat polis negeri di Shah Alam hari ini, Khalid berkata, rakaman CCTV menunjukkan setiausaha politik kepada Ean Yong Hian Wah memasuki bangunan itu jam 5.15 petang Rabu.

Bagaimanapun tiada rekod Teoh keluar keesokannya selepas dilaporkan selesai siasatan jam 3.45 pagi Khamis.
Khalid juga berkata, polis sudah mendapat telefon bimbit Teoh daripada seorang pegawai penyiasat SPRM.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut berkenaan rekod telefon tersebut kerana masih dalam siasatan polis.

Musa, dalam sidang itu, berkata polis setakat ini telah berjaya menyiasat 60 peratus kes kematian tersebut.
Teoh, 30, setiausaha kepada pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram Selangor ditemui mati di koridor Tingkat Lima plaza berkenaan selepas disoal siasat berhubung kes salah guna peruntukan DUN oleh beberapawakil rakyat.

http://www.malaysiakini.com

TEOH: SPRM, PDRM, UHH NO!

Cakap-cakap rakyat terluah dengan bermacam-macam mainan diminda mengikut logik akal mahupun logik ala 'C.S.I'. PDRM memberi amaran supaya tiada pihak yang memutarkan fakta, cakap lebih balai cerita.

Gua tak peduli kat PDRM bab-bab macam ni, malah tak yakin dgn PDRM, mana taknya baru buat 'himpunan tribute' dah kena halau! Balik kata PDRM kat rakyat, jangan berhimpun, PDRM nak jalankan tugas terhalang, tak mahu surai, balai cerita 1..2..3..tangkap!

Kan bagus PDRM buat kerja dengan cepat, betul dan amanah untuk kes ini, tangkap pi lah SPRM. Semua minta tubuh Suruhanjaya DiRaja siasat kes ini, bukan rakyat aje pemimpin BN pun cakap ini sahaja yg boleh diyakini di sini. Pemimpin BN lebih tahu yang PDRM tak boleh pakai kerana UMNO jua...UMNO perosak PDRM, UMNO perosak BN. 1 Malaysia dah tahu!! UMNO buat-buat tak tahu, padahal dia tahu dia yang panggil polis datang dan masuk ke DUN untuk 'merampas DUN Perak'.

Gua bertambah pening bila PDRM kata setelah bedah siasat awal, kecederaan akibat jatuh dari paras tinggi tapi didapati tiada kecederaan luaran, namun tidak menolak berkemungkinan ada unsur kianat. Kini ianya diklasifikasikan sbg 'kematian mengejut'. Sumber gua ambil di sini dan gua menunggu siasatan lebihnya.

SPRM, SPRM, gua dah nampak jalan UMNO gunakan SPRM dari dulu lagi...dah lama dah!. Di Perak pun ia terlibat?!?!?! jalan cerita ada mirip (siri rampasan kerajaan PR). Awalnya di Perak, barangkali kes rasuah 2 adun PKR yang timbul adalah kerjasama SPRM dan UMNO, bila mereka lompat bebas mungkin UMNO perintah kat SPRM 'takdak kes'. UMNo bagi habuan kat mamat bebas-bebas ini untuk masuk dalam barisan, bukan rasuah......, SPRM boleh tidurrrrrrr. Nasib 2 adun ini setuju lompat, jika tidak barangkali ada 2 adun di Perak dah mati macam kes ini kerana lompat juga tapi 'lompat dari tingkap 14 laaaaaa'.

Bagi gua, SPR, SPRM, PDRM semua 'yang menurut perintah' UMNO. Ini antara senjata yang tinggal kat UMNO untuk mengekalkan kuasa. Ulas lanjut lagi, nanti gua kena tibai macam ni.......jadi gua stop dulu.

MAJLIS BANTAHAN DI HADAPAN BANGUNAN PLAZA MASSALAM PADA 16 JULAI LALU....

JUSTICE FOR BENG HOCK