PKR LUMUT & DATO MANSUR DI SITIAWAN

GAMBAR SEKITAR MAJLIS BERAMAH MESRA BERSAMA DATO MANSOR HJ OTHMAN TIMBALAN KETUA MENTERI PULAU PINANG.

27 OKTOBER 2010 - 9pm, BERLANGSUNG DI HOTEL CRYSTAL, SITIAWAN.



Program berjalan lancar, dan Dato Mansur memberi penerangan isu-isu semasa perihal kerajaan PR Pulau Pinang. Antaranya isu pemulangan rm100 duit haram umno yang masih tidak diperolehi kerajaan Pulau Pinang, isu Lim Guan Eng 'sembelih' lembu korban yg di'super impose' dr gambar DS Nizar , isu Lim Guan Eng ganti agung dlm doa yg diputarbelitkan dan lain2 isu. Beliau juga menjelaskan perjuangan PKR dgn imbasan permulaan dan menjadikan parti yang lebih demokratik dr segi perjalanannya, terbuka dan sistem yg senantiasa perbaiki segala kelemahan yg berlaku.

Sedikit coretan yg takde kena mengena dgn Dato Mansor oleh team OM yg hadir, secara 'mata kasar'nya kami terpanggil utk menyatakan ada benda yang 'something happen' PKR cabang Lumut yang gua tak boleh lanjutkan di sini, mohon "yang berkenaan" menjelaskan di ruang komen di sini. Harapan adalah moga 'kesakitan yang masih tak terubat lagi ini' tidak mengganggu-gugat PRU akan datang. Bukan team OM tak mahu ulas tapi kami bukan 'ahli' utk mengukuhkan gambaran ini dan tidak layak utk ertikan perjalanan yg berlaku di depan mata kami dari segi dalaman parti.

Moga perkhabaran ini dapat 'membuahkan hasil yang lebih baik' kpd mereka yang masih lalai dalam politik kepartian ini. Mgkin rumah belum siap sepenuhnya, kerana itu masih ada 'tukul-tukul' yang tak habis lagi berbunyinya. Maaf jika coretan ini tidak menyenangkan pihak tertentu tapi mereka harus 'keterbukaan' utk mencapai kata putus. Kami tak faham, apatahlagi rakyat di luar sana.

Warga OM mahu lihat 'kemajuan' bukan 'kerajukan' yang berterusan. Satu pesanan dari warga OM, "JANGAN ADA 'SIFAT' MACAM UMNO".

Kritikan ini sebagai tanda 'sayang' yang mahu lihat wadah harapan rakyat ini terus relevan dan berarah mencapai kata putus yg baik utk semua, jika rakyat diam, maka itu tanda 'tidak sayang' lalu dibiarkan seperti umno. Kesempatan ini, bukan ingin melambung tinggi YDP PAS Lumut, dia tak perlu pujian dari kami,namun realitinya ydp berani hadapi kritikan yg lebih hebat dr ini dan pertemuan usrah 'ahli'nya diundang yg 'bukan ahli' lalu dia menjawab segala persoalan yg berminda di fikiran rakyat spt team om dan persoalan itu terjawab. Ia lebih transperansi, menerima pandangan luar kotak parti dan capai pertemuan misi masing2. Spt kami juga perlukan sahabat utk tegur sbg pemangkin dan perbaiki segala kekurangan, dan ydp 'tegas' agar kami terus menerus melihat dari luar, menilai baik dan buruk serta rentakan suara-suara rakyat utk diambilkira. Anwar Ibrahim berjaya bawa kami keluar dr parti pemerintah, Anwar Ibrahim berjaya kenalkan kami dgn parti-parti politik Barisan Alternatif, tak kenal maka tak cinta, dari sebuah 'penjajahan minda' kepada 'minda yang bebas lebih terbuka' dgn izin Allah.

Jangan biarkan majoriti rakyat yg tidak berparti terus beranggap 'Parti Politik Semuanya Sama'......

No comments:

My POST