VIDEO JAMUAN AIDILFTRI WANITA PR LUMUT

04.10.2010, Taman Samudera, Seri Manjung.

Beberapa pemimpin PR turut hadir, DS Nizar selaku Adun P.Panjang dan Ahli Parlimen Bkt Gantang, Dato Ngeh Koo Ham adun Sitiawan dan Ahli Parlimen Beruas, En. Shanmugam selaku Ketua PKR Lumut, Ustaz Suhardi Mantan Ketua PKR Lumut, Hj Noh selaku YDP PAS Lumut, Puan Roha Ketua Muslimat PAS Lumut, Tuan Hj Imran dr PAS caw. Sitiawan Barat, En. Hamidun sbg Pegawai Pusat Khidmat DUN P.Panjang, Sdr Jason dari DAP Sitiawan, Ketua Pemuda DAP, wakil AMK Lumut, dan ahli-ahli serta pimpinan parti di dalam Pakatan Rakyat.


YDP PAS Lumut, Hj Noh Ahmad mengingatkan semua ahli parti dalam Pakatan Rakyat terus bekerja untuk rakyat yang mengharapkan PR akan memerintah kembali Perak. Perkukuhkan parti-parti dalam Pakatan Rakyat untuk tidak menghampakan rakyat yang telah dicabuli hak mengundi mereka setelah rampasan berlaku di Perak.

Puan Roha Ketua Muslimat PAS Lumut merangkap Wakil Wanita PR Lumut. Antara isu yg disentuh berkenaan isu YB Teoh @ YB Surau, Gambar superimpose muka DS Nizar ke YB Lim Guan Eng sembelih lembu korban, dan mengingatkan agar Pakatan Rakyat terus bekerja utk rakyat dan mencapai misi PRU13.

En. Shanmugam, Ketua PKR Lumut yang baru dilantik. Antara isu yang disentuh berkenaan isu 'Gandhi School' di mana MB Haram, Dato' Zambry enggan berurusan malah tidak mahu bersemuka dengan rakyat.

*Ucapan DS Nizar akan di'upload'kan.

No comments:

My POST