SAVE THE TELUK RUBIAH! (9)

Gesa pindahkan projek kilang besi!!!!

IPOH 23 Julai – Persatuan Alam Sekitar Perak menggesa kerajaan negeri memindahkan projek kilang memproses bijih besi yang bakal dibangunkan di Teluk Muroh dekat Lumut ke kawasan lain kerana dibimbangi akan menjejaskan kawasan peranginan Teluk Batik.

Presidennya, Abdul Rahman Said Ali menjelaskan, projek menelan kos yang tinggi itu mungkin boleh dipindahkan ke tempat lain yang berdekatan seperti di kawasan perindustrian Kampung Acheh di Sitiawan.

Katanya, lokasi tapak pembinaan kilang besi yang terletak di bekas Hutan Simpan Teluk Muroh terlalu hampir dengan kawasan tumpuan pelancong.

”Ia bertentangan dengan wawasan Majlis Perbandaran Manjung (MPM) yang mahu menjadikan daerah itu sebagai tumpuan pelancongan dan maritim di pantai barat,” katanya di sini semalam.

Menurut Abdul Rahman, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir juga perlu mengambil langkah mewartakan semula kawasan hutan simpan yang berkeluasan kira-kira 480 hektar itu.

”Berdasarkan laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) yang disediakan oleh Vale S.A, syarikat Brazil yang bertanggungjawab membina kilang besi itu, mereka akan membina pelabuhan sendiri dengan jeti kira-kira 300 meter dari pantai Teluk Muroh dan menggali dasar laut sedalam 30 meter dan selebar 550 meter.

”Pelabuhan dan jeti ini untuk memudahkan kapal besar membawa bahan mentah dari negara lain untuk diproses menjadi kepingan besi dan dieksport semula ke seluruh Asia,” katanya.

Selain dikhuatiri menjejaskan pemandangan dan daya tarikan Teluk Batik, ia juga dibimbangi akan menimbulkan masalah pencemaran serta merosakkan sistem ekologi di kawasan terbabit.

Sumber : http://www.malaysiazoom.com/gesa-pindahkan-projek-kilang-besi-2/

No comments:

My POST