Showing posts with label PKR LUMUT. Show all posts
Showing posts with label PKR LUMUT. Show all posts

CHUA JUI MENG AT DINER & CULTURE NIGHT AMK LUMUT

23.07.2011: Kg. Selamat, Sitiawan, Perak.

Majlis Makan Malam Pemimpin Pakatan Rakyat anjuran Angkatan Muda Keadilan Lumut dengan kerjasama Biro Kebudayaan & Kesenian PKR Lumut.


DATO CHU JUI MENG


YB KULASEGARAN


DATO' NGEH KOO HAM


SDR HAMIDUN, WAKIL DS NIZAR


DR SUMMUGAM

SAVE TELUK RUBIAH!
OTAI MANJUNG PAGE
OTAI MANJUNG FANS

DSAI: VIDEO SEKITAR HALANGAN DI PANGKOR, CERAMAH DI TELUK RUBIAH.

23.04.2011, Pulau Pangkor, Perak.


Ucapan Dato' Seri Anwar Ibrahim di Pulau Pangkor.


Gerombolan Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) pada awalnya dilarang berlabuh di jeti utama Pulau Pangkor, bagaimanapun rombongan telah menukar arah ke jeti Sungai Pinang Kecil yang disambut oleh penduduk dan ahli-ahli PKR, DAP dan PAS Pulau Pangkor.


Di Markas DAP Pulau Pangkor, kelihatan penduduk menyambut kehadiran DSAI dengan penuh semangat dan tepukan terutamanya warga-warga emas Pulau Pangkor yang terdiri daripada nelayan dan peniaga kecil. Dato' Ngeh Koo Ham bagaimanapun tidak dapat turut bersama kerana rancangan ceramahnya di tempat lain terpaksa di tunda masa dan sukar untuknya hadir ke Pangkor, begitupun wakilnya tetap bersama.


BHGN 4/4: 23.04.2011, Teluk Rubiah, Seri Manjung, Perak.

Dato Seri Anwar Ibrahim mengakhiri Program sekitar Manjung dengan ceramahnya di Teluk Rubiah yang dihadiri ribuan penduduk.

Pautan Misi OM :
1. Save Teluk Rubiah di www.facebook.com/SaveTelukRubiah
2. Bersama Pemimpin di www.facebook.com/Sahabat.DSNizar
3. Perkasakan Pondok di www.barakahdigital.blogspot.com

TERTUNDA: CERAMAH MAT SABU Di LEKIR


10.05.2011, Batu 12 Lekir, Manjung.

Ceramah dimulakan oleh Hj Misbah Munir, namun tidak sempat rakam penuh. Penceramah kedua oleh YB Ng Suee Lim selaku ADUN Sekinchan, Selangor yang lebih dikenali sebagai Wak Ng Suee Lim atau Cina Jawa. Dan Hj Mohamad Sabu mengakhiri ceramah malam tersebut.

Pautan Misi OM :
1. Save Teluk Rubiah di www.facebook.com/SaveTelukRubiah
2. Bersama Pemimpin di www.facebook.com/Sahabat.DSNizar
3. Perkasakan Pondok di www.barakahdigital.blogspot.com

TERTUNDA: CERAMAH 'WAK' NG SUEE LIM Di LEKIR


10.05.2011, Batu 12 Lekir, Manjung.

Ceramah dimulakan oleh Hj Misbah Munir, namun tidak sempat rakam penuh. Penceramah kedua oleh YB Ng Suee Lim selaku ADUN Sekinchan, Selangor yang lebih dikenali sebagai Wak Ng Suee Lim atau Cina Jawa.

Pautan Misi OM :
1. Save Teluk Rubiah di www.facebook.com/SaveTelukRubiah
2. Bersama Pemimpin di www.facebook.com/Sahabat.DSNizar
3. Perkasakan Pondok di www.barakahdigital.blogspot.com

TERTUNDA: CERAMAH 'WAK' NG SUEE LIM Di TELUK RUBIAH


BHGN 3/4: 23.04.2011, Teluk Rubiah, Seri Manjung, Perak.

YB Ng Suee Lim, Adun Sekinchan dan juga Setiausaha Pemuda DAP Selangor juga dijemput berceramah di Teluk Rubiah sempena program Dato' Seri Anwar Ibrahim sekitar Manjung.


Pautan Misi OM :
1. Save Teluk Rubiah di www.facebook.com/SaveTelukRubiah
2. Bersama Pemimpin di www.facebook.com/Sahabat.DSNizar
3. Perkasakan Pondok di www.barakahdigital.blogspot.com

TERTUNDA: CERAMAH DRS KHALIL IDHAM LIM Di TELUK RUBIAH


BHGN 2/4: 23.04.2011, Teluk Rubiah, Seri Manjung, Perak.

Drs Khalil Idham Lim juga dijemput berceramah di Teluk Rubiah sempena program Dato' Seri Anwar Ibrahim sekitar Manjung.

Sebelum berangkat ke Teluk Rubiah, DSAI dijemput untuk memberi pesanan kepada muslimin & muslimat yang hadir kuliyah Ustaz Sidek Nor yang kebetulan mengakhiri kuliyahnya. Ustaz juga nerupakan sahabat lama DSAI dan pernah dicalonkan bagi DUN Pasir Panjang ketika era Reformasi 1999, yang kini diwakili oleh Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin sebagai ADUN.

Pautan Misi OM :
1. Save Teluk Rubiah di www.facebook.com/SaveTelukRubiah
2. Bersama Pemimpin di www.facebook.com/Sahabat.DSNizar
3. Perkasakan Pondok di www.barakahdigital.blogspot.com

TERTUNDA: CERAMAH NUR MANUTY PKR PERAK Di TELUK RUBIAH


BHGN 1/4: 23.04.2011, Teluk Rubiah, Seri Manjung, Perak.

Ucapan Ringkas Ketua PKR Perak, Dr. Muhammad Nur Manuty yang turut dalam program Dato' Seri Anwar Ibrahim sekitar Manjung.

Sebelum berangkat ke Teluk Rubiah, DSAI dijemput untuk memberi pesanan kepada muslimin & muslimat yang hadir kuliyah Ustaz Sidek Nor yang kebetulan mengakhiri kuliyahnya. Ustaz juga nerupakan sahabat lama DSAI dan pernah dicalonkan bagi DUN Pasir Panjang ketika era Reformasi 1999, yang kini diwakili oleh Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin sebagai ADUN. Link: http://otai-manjung.blogspot.com/2011/05/tertunda-ds-anwar-ibrahim-di-surau.html

Pautan Misi OM :
1. Save Teluk Rubiah di www.facebook.com/SaveTelukRubiah
2. Bersama Pemimpin di www.facebook.com/Sahabat.DSNizar
3. Perkasakan Pondok di www.barakahdigital.blogspot.com

TERTUNDA: DS ANWAR IBRAHIM DI SURAU MADAH MANJUNG.


23.04.2011, Surau Madah Fasa 1A, Seri Manjung, Perak.

Sebelum berangkat ke Teluk Rubiah, DSAI dijemput untuk memberi pesanan kepada muslimin & muslimat yang hadir kuliyah Ustaz Sidek Nor yang kebetulan mengakhiri kuliyahnya. Ustaz juga nerupakan sahabat lama DSAI dan pernah dicalonkan bagi DUN Pasir Panjang ketika era Reformasi 1999, yang kini diwakili oleh Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin sebagai ADUN.


Jamaah menyambut ketibaan DSAI

Sebelum itu, DSAI ke Pulau Pangkor yang mana gerombolan DSAI pada awalnya dilarang berlabuh di jeti utama Pulau Pangkor, bagaimanapun rombongan telah menukar arah ke jeti Sungai Pinang Kecil yang disambut oleh penduduk dan ahli-ahli PKR, DAP dan PAS Pulau Pangkor. Di Markas DAP Pulau Pangkor, kelihatan penduduk menyambut kehadiran DSAI dengan penuh semangat dan tepukan terutamanya warga-warga emas Pulau Pangkor yang terdiri daripada nelayan dan peniaga kecil. Dato' Ngeh Koo Ham bagaimanapun tidak dapat turut bersama kerana rancangan ceramahnya di tempat lain terpaksa di tunda masa dan sukar untuknya hadir ke Pangkor, begitupun wakilnya tetap bersama.

Lencong ke Jeti Sg Pinang kecil Pangkor, Link 1: http://www.facebook.com/video/video.php?v=1357272427841Link
Sambutan Penduduk Pangkor, Link 2 : http://www.facebook.com/video/video.php?v=1358331574319

Ceramah Penuh di Pangkor, Link 3 : http://www.youtube.com/watch?v=5KGSxaWVt0k

Pautan Misi OM :
1. Save Teluk Rubiah di www.facebook.com/SaveTelukRubiah
2. Bersama Pemimpin di www.facebook.com/Sahabat.DSNizar
3. Perkasakan Pondok di www.barakahdigital.blogspot.com

TERTUNDA: CERAMAH NUR MANUTY PKR PERAK Di PANGKOR.

23.04.2011, Pulau Pangkor, Perak.

Ucapan Ketua PKR Perak, Dr. Muhammad Nur Manuty.

Gerombolan Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) pada awalnya dilarang berlabuh di jeti utama Pulau Pangkor, bagaimanapun rombongan telah menukar arah ke jeti Sungai Pinang Kecil yang disambut oleh penduduk dan ahli-ahli PKR, DAP dan PAS Pulau Pangkor. Di Markas DAP Pulau Pangkor, kelihatan penduduk menyambut kehadiran DSAI dengan penuh semangat dan tepukan terutamanya warga-warga emas Pulau Pangkor yang terdiri daripada nelayan dan peniaga kecil. Dato' Ngeh Koo Ham bagaimanapun tidak dapat turut bersama kerana rancangan ceramahnya di tempat lain terpaksa di tunda masa dan sukar untuknya hadir ke Pangkor, begitupun wakilnya tetap bersama.



Pautan Misi OM :
1. Save Teluk Rubiah di www.facebook.com/SaveTelukRubiah
2. Bersama Pemimpin di www.facebook.com/Sahabat.DSNizar
3. Perkasakan Pondok di www.barakahdigital.blogspot.com

SIARAN TERTUNDA: TUKAR TIUB, MOTIF VIDEO SEKS

21.04.2011, Seri Manjung.

Wacana Santai Bersama Sdr Hishamuddin Rais Blogger Tukar Tiub (http://tukartiub.blogspot.com/) bersama Sdr Khairul Anuar Timbalan Ketua AMK Malaysia, anjuran AMK 'GRAGUK' Lumut di bawah Sdr Khairil Azhar Timbalan Ketua AMK Perak.



Pandangan terbuka kaitannya Politik Antarabangsa dengan Politik Tanah Air, isu yang harus diperlihatkan yang mana ia melibatkan pembabitan pemimpin politik tanah air. Justeru, isu terkini yang panas perihal video seks yang diluar jangkaan politik yang memusnahkan kredibiliti politik tanah air, politik songsang ini hanyalah mahu mengekalkan kuasa jahat. Matlamatnya hanya mahukan PAS sebagai Parti TERKUKUH dalam Pakatan Rakyat agar meninggalkan PR, ini kerana Pakatan Rakyat akan kukuh selagi PAS bersama Pakatan.

Wacana ini berlangsung seminggu sebelumnya berlaku kerosakan Institusi Islam oleh Trio yang melakukan 'SUMPAH LAKNAT' yang tersasar dalam Syariat Islam kerana menuduh dan membabitkan orang lain, sedangkan ia hanya untuk bermatlamat untuk membela tertuduh. 2 - 3 hari ini, jelas motif yang dibincangkan dan diutarakan benar terjadi yang mana pelawaaan PAS bersama BN oleh Bapak Perdana Menteri. Lebih mengelirukan hari ini (30.04.2011) menolak PAS ke dalam BN kerana memperjuangkan Islam, beerti bukanlah DAP tidak menerima konsep perjuangan PAS malah MCA yang penuh rasisnya turut mengugut BN sekiranya PKR boleh berjuang menghapuskan keistimewaan Bumiputra & Melayu khususnya, Presiden akan memberi undi kepada PKR. Tapi ditolak oleh PKR dan disambut sinis yang mana sepatutnya MCA cadangkan kepada rakan BNnya bukan PR.

Pautan Misi OM :
1. Save Teluk Rubiah di www.facebook.com/SaveTelukRubiah
2. Bersama Pemimpin di www.facebook.com/Sahabat.DSNizar

DINNER PKR LUMUT; UBAH SEKARANG SELAMATKAN MALAYSIA

26.03.2011, Dewan Lido, Sitiawan.


Majlis Makan Malam Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia anjuran PKR Cabang lumut yang bertujuan mengutip dana, menyampaikan sumbangan kepada yang memerlukan, Penghargaan kepada Perjuangan J/Kuasa PKR Lumut terdahulu dan kini serta Ucapan Penerangan isu-isu semasa dalam pelbagai bahasa oleh:-





Sdr Khairil Azhar - Timbalan Angkatan Muda Keadilan Negeri Perak.


MP Shanmugan - Ahli Majlis Pimpinan Negeri Perak merangkap Ketua Cabang PKR Lumut.


Dr. Shanmugan - AJK PKR Pusat merangkap Timbalan Cabang PKR Lumut.


Dato' Ngeh Koo Ham - Ahli Parlimen Beruas merangkap ADUN Sitiawan dan Pengerusi DAP Perak.


YB Kesavan - ADUN Hutan Melintang merangkap Ahli Majlis MPP PKR Pusat.


Dr. Mohd Nur Manuty - Pengerusi PKR Negeri Perak.


Dr. Khairudin Dato' Abd Malik - Timbalan Pesuruhjaya 2 Negeri Perak.

Pautan Misi OM :
1. Save Teluk Rubiah di www.facebook.com/SaveTelukRubiah
2. Bersama Pemimpin di www.facebook.com/Sahabat.DSNizar

PKR LUMUT & DATO MANSUR DI SITIAWAN

GAMBAR SEKITAR MAJLIS BERAMAH MESRA BERSAMA DATO MANSOR HJ OTHMAN TIMBALAN KETUA MENTERI PULAU PINANG.

27 OKTOBER 2010 - 9pm, BERLANGSUNG DI HOTEL CRYSTAL, SITIAWAN.



Program berjalan lancar, dan Dato Mansur memberi penerangan isu-isu semasa perihal kerajaan PR Pulau Pinang. Antaranya isu pemulangan rm100 duit haram umno yang masih tidak diperolehi kerajaan Pulau Pinang, isu Lim Guan Eng 'sembelih' lembu korban yg di'super impose' dr gambar DS Nizar , isu Lim Guan Eng ganti agung dlm doa yg diputarbelitkan dan lain2 isu. Beliau juga menjelaskan perjuangan PKR dgn imbasan permulaan dan menjadikan parti yang lebih demokratik dr segi perjalanannya, terbuka dan sistem yg senantiasa perbaiki segala kelemahan yg berlaku.

Sedikit coretan yg takde kena mengena dgn Dato Mansor oleh team OM yg hadir, secara 'mata kasar'nya kami terpanggil utk menyatakan ada benda yang 'something happen' PKR cabang Lumut yang gua tak boleh lanjutkan di sini, mohon "yang berkenaan" menjelaskan di ruang komen di sini. Harapan adalah moga 'kesakitan yang masih tak terubat lagi ini' tidak mengganggu-gugat PRU akan datang. Bukan team OM tak mahu ulas tapi kami bukan 'ahli' utk mengukuhkan gambaran ini dan tidak layak utk ertikan perjalanan yg berlaku di depan mata kami dari segi dalaman parti.

Moga perkhabaran ini dapat 'membuahkan hasil yang lebih baik' kpd mereka yang masih lalai dalam politik kepartian ini. Mgkin rumah belum siap sepenuhnya, kerana itu masih ada 'tukul-tukul' yang tak habis lagi berbunyinya. Maaf jika coretan ini tidak menyenangkan pihak tertentu tapi mereka harus 'keterbukaan' utk mencapai kata putus. Kami tak faham, apatahlagi rakyat di luar sana.

Warga OM mahu lihat 'kemajuan' bukan 'kerajukan' yang berterusan. Satu pesanan dari warga OM, "JANGAN ADA 'SIFAT' MACAM UMNO".

Kritikan ini sebagai tanda 'sayang' yang mahu lihat wadah harapan rakyat ini terus relevan dan berarah mencapai kata putus yg baik utk semua, jika rakyat diam, maka itu tanda 'tidak sayang' lalu dibiarkan seperti umno. Kesempatan ini, bukan ingin melambung tinggi YDP PAS Lumut, dia tak perlu pujian dari kami,namun realitinya ydp berani hadapi kritikan yg lebih hebat dr ini dan pertemuan usrah 'ahli'nya diundang yg 'bukan ahli' lalu dia menjawab segala persoalan yg berminda di fikiran rakyat spt team om dan persoalan itu terjawab. Ia lebih transperansi, menerima pandangan luar kotak parti dan capai pertemuan misi masing2. Spt kami juga perlukan sahabat utk tegur sbg pemangkin dan perbaiki segala kekurangan, dan ydp 'tegas' agar kami terus menerus melihat dari luar, menilai baik dan buruk serta rentakan suara-suara rakyat utk diambilkira. Anwar Ibrahim berjaya bawa kami keluar dr parti pemerintah, Anwar Ibrahim berjaya kenalkan kami dgn parti-parti politik Barisan Alternatif, tak kenal maka tak cinta, dari sebuah 'penjajahan minda' kepada 'minda yang bebas lebih terbuka' dgn izin Allah.

Jangan biarkan majoriti rakyat yg tidak berparti terus beranggap 'Parti Politik Semuanya Sama'......

ISU 'DUIT HARAM' PULAU PINANG - SDR JOHARI

‎10.10.10 Batu 9, Lekir, Sitiawan.

Sedutan dari Majlis Sambutan Aidilfitri & Ulangtahun ke11 PKR Lumut anjuran Ranting PKR Lekir. Jemputan Khas DS Nizar dan Mustafa Kamil Ayub, Pengerusi PKR Perak, dan Rakan-Rakan Reformasi dulu dan kini.

UCAPAN PEMIMPIN SAMBUTAN ULANGTAHUN PKR LUMUT

10.10.10 Batu 9, Lekir, Sitiawan.

Sambutan Aidilfitri & Ulangtahun ke11 PKR Lumut anjuran Ranting PKR Lekir. Jemputan Khas DS Nizar dan Mustafa Kamil Ayub, Pengerusi PKR Perak, dan Rakan-Rakan Reformasi dulu dan kini.


Sdr Tazalli (CekLi) dari Ranting Lekir


Sdr Mat Nor antara Pemimpin awal Reformasi di Lumut


Sdr Mustaffa Kamil Ayub Ketua PKR Perak merangkap Naib Presiden PKR

Bersambung, isu 'Pemulangan Duit HARAM' oleh UMNO Pulau Pinang oleh Sdr Johari.

SAMBUTAN ULANG TAHUN KE 11 PKR LUMUT

10.10.10
Jemputan Khas DS Nizar dan Mustafa Kamil Ayub, Pengerusi PKR Perak, dan Rakan-Rakan Reformasi dulu dan kini. Anjuran RANTING PKR LEKIR.



DS NIZAR @ MANJUNG

Maaf, gambo OM tak dpt nak load lagi, esok kut. Korang baca kat blog sahabat-sahabat OM yg turut serta dlm operasi 'menjahanamkan umno' di manjung.

1.
http://hjfawi.blogspot.com/2009/08/dato-seri-ir-hj-nizar-sukaneka-rakyat.html (blog hablumminnas : hj fawi)
2.
http://hjfawi.blogspot.com/2009/08/dato-seri-ir-hj-nizar-pasar-malam-teluk.html (blog hablumminnas : hj fawi)
3.
Sekitar Program Dato dan Datin Seri di Manjung (blog PerakExpress.com : sya/anaz)
4.
Pergi Jahanam Lah UMNO.. Tazkirah DS IR Nizar Di Surau Fasa 2D Seri Manjung.. (blog ManjungMari : hj mat desa)
5.
Pergi Jahanam Lah UMNO.. Sepetang Bersama DS IR Nizar Di Pasar Malam Padang Tembak, Teluk Murok Lumut. (blog ManjungMari : hj mat desa)
6.
Sekitar Akviti DS Nizar di Manjung (blog Manjung Center : petey/amin)
7.
http://manjung-center.blogspot.com/2009/08/majlis-makan-malam-dap-lumut-bersama-ds.html (blog Manjung Center : petey/amin)
8.
Bersama dengan Haji Nizar dalam lawatannya di Pasir Panjang (blog Pusat Khidmat DUN Pasir Panjang : En. Hamidun)
9.
Majlis Makan Malam DAP Cawangan Lumut (blog Pusat Khidmat DUN Pasir Panjang : En. Hamidun)

Om nak ucapkan tahniah kat adik2 dan brader bloggers lain kerana turut serta dalam program DS Nizar di manjung. Ada juga bloggers lain yg turut dlm beberapa program PAS akan tetapi mereka bertugas atas Parti mereka seperti bloggger INFOSENDIRI, tenaga mereka diperlukan oleh JK. Sekurang2nya YDP akan berbangga kerana kekuatan bloggers ini mem'berita'kan apa yang tidak di'berita'kan di akhbar2 perdana. OM percaya sekiranya idea YDP Lumut untuk mengeluarkan risalah tentang aktiviti PAS di Lumut, insyaallah akan berjaya. Tambahan 'wartawan percuma' ini giat mengikuti program PAS atau PR di manjung.

Team Perak Ekpress yang tak kenal erti penat macam ADUN Pasir Panjang, setiap ceruk pasti mereka muncul. Nasiblah sya ada tolong jenguk2 anak DS, kalau tak orang culik pun sape pun tak sedar, habis dah rakyat semua kerumun DS terpaksa lah layan. Bapa diatas duk berceramah, anak dah tertido dipangkuan Datin Seri. Itulah ADUN yang tak kenal erti penat dan terpaksa berkorban demi rakyat dan tugas. Anaz plak byk bg ilmu kat gua pasal kamera, kamera ok orangnya tak ok, sya tanya pun gua tak bleh jawab, gua tahu hanya snap aje....hahaha, tapi gua teruja hdcam rm13000 yang anaz citekan. sama2 kita cari sponsor....hehehe.

Masa majlis makan malam DAP, ucapan2 DS Nizar ringkas tapi padat dan padu!! Kehadiran dlm 600-800 org, bergegar dewan bila mendengar ucapan semangat DS Nizar. YB Nga Kor Ming pun lagi dasyat walaupun gua tak faham apa yang dia cakap dlm chinese, tapi suaranya dapat mengangkatkan tangan gua untuk sama2 bersetuju!! Hoyei!! Hoyei!!

Petang sat ni tadi, Pak sheikh ustaz faisal terserempak dgn OM, dan minta kerjasama link kan blognya yang akan muncul. Buat Pak Sheikh, bolehlah bertazkirah di blog anta yang pastinya ana dan rakan2 mentelaahnya.

Gambo2 tunggu la esok......

BANTAHAN PEMANDU KERETA SEWA @ MANJUNG

Pagi tadi terima sms dari Naib timb. Pengerusi PKR Lumut untuk berjumpa. Oleh kerana harini sibuk dr pagi sampai ke petang, lewat ptg baru dapat bertemu dengan En. MP Shanmugam.




Rupanya beliau hendak memberikan salinan surat 'PERMASALAHAN KERETA SEWA DI KLIA, LCCT DAN LAPANGAN TERBANG PENANG' kepada YAB DS Najib PM untuk di'publish'kan, OM takde masalah. Beliau menekannya perkara ini baru berlaku kepada beliau yang ditahan pihak JPJ atas kesalahan 'mencuri penumpang'. Sila klik gambar di bawah untuk baca.

Perkara ini tidak pernah berlaku dari zaman pemerintahan Mahathir dan Paklah, tapi kini entah kenapa menjadi satu kesalahan. Baginya, beliau terpaksa mengambil pelanggan 'setia'nya yang selalu ke luar negeri, dan pelanggannya itu menelefonnya untuk mengambilnya setelah tiba di airport. Perkara sebegini seolah menyekat 'periuk nasi' pemandu kereta sewa yang dibenarkan perjalanan semenanjung Malaysia.

Oleh demikian, seramai 62 orang pemandu kereta sewa turut membantah tindakan ini dan diusulkan surat kpd PM 1Malaysia melalui PKR Lumut. Dimaklumkan surat ini disediakan oleh sdr Yusri AMK Lumut merangkap S/U Sekretariat PR Lumut dan ditandatangani oleh En. Shanmugam.




KERATAN SINAR HARIAN


TANDATANGAN PEMANDU KERETA SEWA DI MANJUNG MEMBANTAH TINDAKAN INI