Ucapan Ketua PKR Perak, Dr. Muhammad Nur Manuty.
Gerombolan Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) pada awalnya dilarang berlabuh di jeti utama Pulau Pangkor, bagaimanapun rombongan telah menukar arah ke jeti Sungai Pinang Kecil yang disambut oleh penduduk dan ahli-ahli PKR, DAP dan PAS Pulau Pangkor. Di Markas DAP Pulau Pangkor, kelihatan penduduk menyambut kehadiran DSAI dengan penuh semangat dan tepukan terutamanya warga-warga emas Pulau Pangkor yang terdiri daripada nelayan dan peniaga kecil. Dato' Ngeh Koo Ham bagaimanapun tidak dapat turut bersama kerana rancangan ceramahnya di tempat lain terpaksa di tunda masa dan sukar untuknya hadir ke Pangkor, begitupun wakilnya tetap bersama.
Pautan Misi OM :
1. Save Teluk Rubiah di www.facebook.com/SaveTelukRubiah
2. Bersama Pemimpin di www.facebook.com/Sahabat.DSNizar
3. Perkasakan Pondok di www.barakahdigital.blogspot.com
No comments:
Post a Comment