Habibseekers: Ulama Tidak Mampu Seperti Blogger?


Selepas bicara Pak Habib - Syed Hussien Al-Attas perihal blogger dari pengalamannya sebagai penulis (kisahnya baca di SH Al Attas: Blogger Santak Raja Macam Tu Je!),  ini pula kata-kata sahabat Pak Habib yang hadirnya tanpa diduga. Namanya Habib Rizieq dari Indonesia turut diberi peluang membicarakan  didepan bloggers yang bertamu di Wadi Hussien Janda Baik bersama Uncleseekers.

Habib Rizieq : Blogger akan mampu melakukan yg tidak mampu dilakukan ulama , tuan guru, kiyai & para cendiakawan. Mencari redha Allah, blogger harus indipenden walaupun terpaksa melawan arus. Satu-satu ketika kita kena lawan arus, kita lawan arus! Memang melawan arus itu berat, melawan arus itu luar biasa risikonya.

Tulislah Apa Saja.....

Penulis tamu OM: Norman

TAPI JANGAN LUPA TANGGUNGJAWAB KITA PADA ALLAH
Gambar Hiasan

Tulislah apa sahaja samada kisah anak, isteri, suami, ibu bapa, soal kerja, politik, percutian dan sebagainya tetapi jgn lupakan utk sampaikan mesej dakwah kita. Kalau tak hari2, dua hari sekali. Kalau tidak seminggu sekali, dua minggu sekali asalkan kita tunaikan tanggungjawab sebagai hamba.

Warna Hijau Bukan Hak Eksklusif PAS

Penulis Tamu OM: Norman

KALAU MENANG JGN LUPA DIRI...

Jika bertanya kpd saya, perjalanan penyokong PR masih jauh lagi walaupun pilihanraya hampir tiba. Jika menang sekalipun prosesnya agak rumit dan memerlukan masa utk kestabilan.

Maklumlah dah 55 tahun rumah pun dan usang, nak baik pulih pastilah mengambil masa . Paip airnya tentulah dah berkarat dan mesti diganti termasuk mangkuk jambannya. Kena panggil Tuan Guru lagi nak halau jin2 yg dah lama duduk di dlm yg sudah seronok tiba2 hdk dihalau kenalah dibuat dgn berhati-hati.

SH Al-Attas: Egonya Blogger Santak Raja Macam Tu Je!

Hari minggu yang lalu aku berkesempatan bersama admin page Kita Semua Unclesekeers turun ke Wadi Hussien Janda Baik sertai Perjumpaan Bloggers, Facebookers & Aktivis bersama Pak Habib- Syed Hussien Al-Attas The Writer (panggilan Abah) & Uncleseekers atas kerjasama MediaPerak.Com.

Aku ke sini naik kereta paling laju dalam dunia dengan penuh ego, yang benarnya kalau korang naik motor Yamaha Ego pun boleh potong kereta aku. Selepas subuh tak sempat bersetubuh, aku ambil Atan yang biru matanya terpancar ego contact lensnya meneruskan perjalanan dari Manjung. Warga MediaPerak yang lain, Hadie egonya tak mahu naik dengan aku, dia, Ummu Aiman, Ummi Anni dan KakYah semua sama egonya tumpang kereta Fawi Amin yang besor egonya...huhuhuuuu.

Kenapa Hina PM Saya....Why Why Why???

Oleh Penulis Tamu OtaiManjung : Norman

Terkejut saya menatap berita utama sebuah akhbar tabloid yg tertera 'Najib Pengecut'. Rupa-rupanya al kisah PM yg dikasihi tidak hadir dlm pergulungan hujah yg dibuat oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim...


Bila saya baca hujah tersebut tidak mampulah utk saya mempertahankan PM yg saya kasihi. Mana boleh bila kita bentangkan belanjawan tetapi kita tidak mahu berhujah utk dlm pergulungan kepentingan rakyat. Maaf PM 'tak dapet nak menolong...' u kena dtg sebagai tanggungjawab u sebagai ketua negara demi utk rakyat.

Visit Perak Year 2012 (2.5): Hentikan Tangisan Penyu Segari!

Projek yang bakal menggugatkan sistem ekologi kali ini terletak di Segari berhampiran dengan Pusat Pengurusan Penyu, Pasir Panjang Segari. Pusat ini terletak 2 km dari Pekan Segari dan 5 km dari Simpang Jalan Lumut – Pantai Remis. Pantai Pasir Panjang Segari merupakan tempat pendaratan utama penyu di Negeri Perak. Aku percaya tempat ni ramai yang tak tahu termasuklah orang Manjung sendiri apalagi orang luar...ahh, penyu bukan boleh buat duit! Kurang promosi salah satu puncanya, dan aku terbaca salah satu blog tentang pengalamannya ke sini, itupun terjumpa tempat ni sebab ada dalam 'GPS', kalau dia tak guna gps mungkin terlepas pandang juga, sunyi, lengang & sedih - korang baca kisahnya di Pusat Pengurusan Penyu, Pasir Panjang Segari, Perak

Visit Perak Year 2012 (2.0): Ng Yen Yen bagus!

Teluk Rubiah sudah tergadai dan hilang dari dunia pelancongan, malah akan menjejaskan kawasan pelancongan sekitarnya Teluk Batik & Pulau Pangkor. Baca di bahagian 1 - Visit Perak Year 2012 (1) atau boleh layari cerita yang lebih detail di Teluk Rubiah: Vale of Tears for The Malaysia Project. Cuma di bahagian 1 aku tak bagitau musnahnya Teluk Rubiah berkait dengan 'Rampasan Kuasa Perak 2009', apabila seseorang yang mendapatkan jawatan MB dari kuasa monarki pihak Istana, maka agak sukar bagi MB itu untuk mengatakan tidak apa yang berkaitan dengan kehendak istana. Utk lebih lanjut korang baca di Nizar vs Zambry: Siapa Lulus Teluk Rubiah (1) & Nizar vs Zambry: Siapa Lulus Teluk Rubiah (2).

Gambar Hiasan: Zambry menerima kunjungan Kedutaan Brazil, buah tangan untuk Zambry -Sulam Benang Emas.... hmmmmm baik ada makna tu! Mungkin sbg penghargaan syarikat Vale (Brazil) menakluki alam Teluk Rubiah & sebahagian Teluk Batik.

Visit Perak Year 2012 (1): Hamidah Sukses!

Tahun 2012 adalah Tahun Melawat Perak, ramai yang tahu tapi ada juga yang buat tak tahu atau memang tak tahu menahu langsung. Apa yang tak kena?! Pelancongan dibawah jawatan Hamidah Osman (Sungai Rapat) - Exco Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan & Hal Ehwal Wanita. Seorang Exco Pelancongan sekaligus Exco Industri. Aku tertanya-tanya bagaimana dia nak usulkan & bantah sesuatu kaitan kepentingan dlm portfolio yg dibawahnya, ibarat dia sbg exco industri bawa cadangan buat projek industri di pusat pelancongan, & sbg exco pelancongan adakah dia akan bantah projek industri di zon pelancongan yg diusulkannya?! Oh itu kerja pembangkang kalau nak bangkang & bantah, kerja dia mungkin cadang & setuju je.... aku blurr! Aku nak bawa korang pergi tengok kisah disebalik tempat-tempat pelancongan yang diindustrikan dan bakal diindustrikan....jom!

Gambar Hiasan: Bergaya semua orang besar pergi makan besar. Aku perasan tempat ni semata utk ambil gambar dlm satu majlis, berapa plak kos utk 'studio' gambar ni.....hmmmm, Curi-curi Wang Malaysia!?

Perihal Zambry Kadir VS Belia Masjid Manjung (Politik 1st, Agama 2nd) - Part 3

Sambungan dari :-
Perihal Zambry Kadir VS Belia Masjid Manjung (Politik 1st, Agama 2nd) - Part 1
Perihal Zambry Kadir VS Belia Masjid Manjung (Politik 1st, Agama 2nd) - Part 2

Sebelum aku meneruskan kronologi dari PART 2, posting kali ini aku biarkan gambar berbicara pada hari kejadian. Sebab ada la mamat dlm msgnya kat fb kata aku politikkan isu ini, wei! sape politikkan sape! Apa yang cuba dibongkarkan di sini memang kerja orang politik yang mendahulukan kepentingan politik mereka, takkan aku nak salahkan tokey ikan kat pasar. Sebelum tu, aku ulas skit sebelum perbicaraan gambar itu.

Perihal Zambry Kadir VS Belia Masjid Manjung (Politik 1st, Agama 2nd) - Part 2

 
Persatuan Belia Masjid Daerah Manjung adalah satu-satunya Persatuan Belia Masjid berdaftar di negeri Perak.

Sebelum isu ini, bertahun yang lalu bekas Imam Masjid Daerah Manjung juga pernah menjadi mangsa politik UMNO, aku selitkan kembali cerita kisah Imam iaitu Ustaz Huri Alias. Ustaz ni kalau khutbah semua orang mata segar, yang ngantuk tak jadi lelap, aku tak tahu samada dia baca teks atau dia olah ikut caranya. Tapi kalau dengar pun boleh tahu dia abaikan teks yg disediakan, dia banyak sentuh kelalaian kerajaan dan pengamatan realiti kehidupan manusia hari ini. Pergh! pedas bro! Pakcik-pakcik yang totok pun tercengang mendengarnya.

Perihal Zambry Kadir VS Belia Masjid Manjung (Politik 1st, Agama 2nd) - Part 1

Lama benor aku tak update blog sampai aku sendiri tak jenguk blog aku sendiri. Antara sebabnya aku lebih melakukan aktiviti aku di alam nyata dan alam maya di beberapa page facebook yg terpaksa update setiap hari. Dah bersawang blog ni nampaknya, tapi aku tak kisah sebab aku lebih melayan MediaPerak.Com dalam mengharungi isu-isu terutamanya di Perak, itupun orang PR sendiri ramai yang hentam team MediaPerak sebab tak puashati atas kritikan terhadap mereka. Oit! depa kritik sebab nak betulkan apa yg tak betul, buang budaya umno itu sebelum nak tumbangkan umno! Dan jgn jadi umno lebih dari umno, kalau tak serupa je korang!

Aku terpanggil utk menulis perihal isu yg berlaku 3 bulan yang lalu walaupun maklumat yg bocor ini dapat aku kesan pada hari kejadian dan sebelumnya iaitu program Karnival & Perasmian Belia Masjid Manjung yang menjadi mangsa politik Umno Lumut. Dan aku tak heran sebab aku tahu lama perangai umno lumut punya game, dan maklumat org umno sendiri yg bocorkan bukan sapepun! Tgk isu Teluk rubiah, ada jugak mamat umno ajak berdemo isu Teluk Rubiah pasal Vale (Brazil) pasal Vale bagi Tokey Sekinchan Ikan Bakar utk kontrak penyediaan makanan pekerjanya, macam takde orang tempatan yg boleh sediakan.

VIDEO ZAID & G15 SERTAI PAS KEMBALI KEPADA UMNO

Zaid Hanafiah yang lebih dikenali Zaid Galaksi bersama 14 ahli UMNO Lekir telah sertai PAS baru-baru ini yang diraikan oleh Dato' Seri IR Nizar Jamaluddin sebagai Adun Pasir Panjang. Ia memberi impak kepada UMNO Bahagian Lumut terutama Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Ketua Bahagian merangkap Menteri Besar Perak yang tidak senang dengan perkara ini. Bahkan UMNO Lumut melakukan 'spin' dengan mengatakan Kumpulan 15 (G15) ini telah kembali kepada UMNO.

Kisah mereka sertai PAS dari blog ManjungMari, klik - Kerana mu Zambry, Mereka keluar dari parti UMNO Bahagian Lumut..

Ikuti wawancara santai ini oleh Team MediaPerak.Com bersama Zaid ke atas pertuduhan kembali kepada UMNO, pengalaman ketika dalam UMNO dan penyertaan sebagai ahli PAS.


SAVE TELUK RUBIAH: HIJAU3.0 & BERSIH3.0!

Ayuh Kita Turun Esok 28 April 2012; 12.00tgh KLCC berarak ke Dataran 2.00ptg.
www.facebook.com/SaveTelukRubiah

 


 SOLIDARITI SELAMATKAN TELUK RUBIAH!

ADUAN MASALAH PENDUDUK TERHADAP VALE


Sinar Harian hari ini , 8 Mac 2012 memaparkan aduan penduduk 13 buah rumah Kg. Dato' Seri Kamaruddin (KDSK) yang menghadapi masalah kerosakan peralatan rumah, keretakan dinding dan mengancam keselamatan penduduk serta pelajar sekolah yang berhampiran (baca di Lori Ganggu Ketenteraman Penduduk). Disamping itu ia menimbul rasa tidak selesa penduduk dengan keaadaan bunyi bising dan gegaran dari punca lori-lori yang mengakibatkan keretakan dinding rumah.

Namun Sinar tidak menyatakan laluan lori itu diluluskan oleh Majlis Perbandaran manjung (MPM) bagi laluan lori kontraktor projek Industri bijih besi VALE dan TNB Janamanjung. Aktivis Sahabat Alam Malaysia & Jaringan Aktivis Alam Sekitar Perak (JAASP) turut bersama wartawan Sinar mengikuti aduan pnduduk ini.

Sebelum kejadian ini, tahun lepas 5 Oktober 2011, JAASP telah mengadu kepada Vale terhadap Kontraktornya melanggar undang-undang - memasuki & meletakkan kenderaan berat ke kawasan perumahan  Taman Seri Manjung, Fasa 1A. Baca aduan dan laporan di Lori Kontraktor Projek Teluk Rubiah Gugat Ketenteraman Penduduk! (klik)

 Laluan yang direstui MPM, ia bukan laluan yang dijanjikan oleh VALE utk laluan pembinaan.

Banner yang dipasang oleh penduduk Kg. Dato's Seri Kamaruddin

Semasa penerangan di dalam Dialog Vale bersama NGO Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Aktivis Team Save Teluk Rubiah (Jaringan Aktivis Alam Sekitar Perak) yang turut disertai oleh Wartawan Free Malaysia Today (FMT) pada 5 Okt 2011 (Klik: Dialog Vale vs Aktivis Alam), Vale berjanji tidak akan mengganggu ketenteraman dengan menggunakan laluan alternatif yang jauh dari perumahan.

 Pembentangan laluan alternatif kerja pembinaan Vale dalam sesi Dialog

Pada bulan Februari lalu, aktivis JAASP mengadu laluan di tempat perumahan penduduk tempatan dan Sekolah kepada Pegawai Hubungan Sosial Vale Cik Rafidah. Alasan yang diberi adalah MPM tidak meluluskan lagi laluan alternatif tersebut, ia bukan kesalahan Vale.

Dari alasan itu, JAASP menyatakan sekiranya MPM tidak meluluskan laluan tersebut Vale sepatutnya tidak boleh memulakan lagi kerja-kerja pembinaan sehinggalah MPM meluluskan laluan itu. Malah sebelum ini, laluan dihadapan Sekolah Kebangsaan Seri Manjung, Hospital Seri Manjung & laluan diantara KDSK - Fasa 3A, Seri Manjung telah menerima kesan jalan beralun dan rosak.

Oleh yang demikian, JAASP tidak yakin sepenuhnya dengan kata-kata manis Vale untuk menjaga Alam Sekitar Teluk Rubiah ketika pengoperasiannya nanti, ini kerana perkara seperti ini diperingkat awal lagi telah pun berlaku pelanggaran janjinya.

Himpunan Selamatkan Teluk Rubiah (JAASP) yang diadakan pada 31 Mac 2012

"Dimanakah janji-janji mereka ketika sesi dialog bersama aktivis sebelum melaksanakan kerja pembinaan? Hal ini ternyata penduduk tidak boleh mempercayai kata-kata Vale. Kita gusar dan ragu terhadap Vale apabila pengoperasian kilangnya terhadap alam sekitar yang dijangka bermula pada tahun 2014. Vale harus menghentikan operasi pembinaannya buat sementara waktu hingga kelulusan laluan sebenar diluluskan", kata Penyelaras Himpunan Selamatkan Teluk Rubiah yang diadakan pada 31 Mac yang lalu.

 Ini laporan versi Sinar Harian:-
LUMUT - “Cari sahaja laluan alternatif lain, kami sudah tak tahan dengar bunyi bising dan masalah rumah retak,” luah seorang penduduk Kampung Datuk Seri Kamaruddin (KDSK), Ahmad Lotfi Tarmiji, 49.

Menurutnya, kenderaan berat ternasuk lori yang menggunakan laluan di hadapan rumah penduduk sedikit sebanyak menimbulkan rasa kurang selesa dan mengganggu urusan harian.

“Setiap hari lori-lori dengan membawa muatan berat menggunakan laluan di rumah kami sehingga berlaku bergegar.

“Malah banyak harta benda rosak, termasuk dinding rumah retak,” katanya kepada Sinar Harian.

Difahamkan, lori itu menggunakan laluan daripada Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Seri Kamaruddin ke simpang Klinik Desa Kampung Datuk Seri Kamaruddin menuju ke projek pembangunan di Teluk Rubiah. Lori berkenaan mula beroperasi dari jam 7.30 pagi dan berlarutan sehingga ke petang malahan ada sebilangan lori yang beroperasi 24 jam.

Ahmad Lotfi sendiri mengakui keadaan rumahnya kini turut retak sejak dua bulan lalu, malah sambungan paip rumahnya juga tercabut akibat gegaran yang kuat.

“Tanda amaran memperlahankan kenderaan sudah diletakkan oleh penduduk sebelum ini, malangnya tidak diendahkan,” katanya.

Katanya, kenderaan berat yang sering lalu-lalang turut mengundang risiko keselamatan kepada pelajar sekolah.

“Jalan alternatif perlu disiapkan segera supaya lori-lori ini tidak lagi menggunakan laluan hadapan rumah kami.

“Diharap pihak berkenaan mengambil tindakan segera untuk mengatasi masalah ini,” katanya.

Sementara itu, suri rumah, Nor Azizah Shafie, 49, berkata, dia sekeluarga tidak tahan dengan keadaan gegaran kuat daripada lori itu.

“Saudara-mara pernah berkunjung ke rumah dan merasai sendiri gegaran itu namun ternyata mereka tidak tidak selesa dengan keadaan bunyi bising ini.

“Bayangkan kami yang menetap di sini. Kami berharap agar masalah ini dapat diselesaikan segera dan pihak berkenaan tidak lagi menggunakan laluan ini,” katanya.

Katanya, sebanyak 13 rumah terlibat dengan masalah itu dan penduduk terpaksa menanggung akibat kesan daripada pergerakan lori-lori berkenaan.

ESOK 31.03.2012 - HIMPUNAN TELUK RUBIAH

HIMPUNAN TELUK RUBIAH -31.03.2012, 10.30AM di Pintu Masuk Teluk Rubiah
oleh Jaringan Aktivis Alam Sekitar Perak (JAAS Perak)dari gabungan NGO-NGO Persatuan Alam Sekitar Perak, Sahabat Alam Malaysia, Perak Green Pioneer, Media Perak, Perak Consumer Association dan Coalition of Concerned Citizens of Perak (CCCP) dan Kumpulan Aktivis 'Save Teluk Rubiah', Team Bukit Merah serta Team Anti-Lynas. Semua Dijemput Hadir! 

 Maklumat Lanjut: 

BIARKAN BUMI KAMI HIJAU!
SIAPA VALE DI MATA DUNIA! KENAPA MALAYSIA MENERIMANYA?!

VALE DIANUGERAH SYARIKAT PERBADANAN TERBURUK DI DUNIA 2012

IMAM, CROMOK & JERNIH SINARMU (VIDEO)

19Feb2012, Bekas Imam Daerah Manjung (kini Masjid Jalan Hospital Ipoh), Ustaz Mohamad Huri Alias di Konsert Khalifah Seni. Bakat tersembunyi walaupun selama ini namanya menjadi bualan perihal khutbahnya yang cukup lantang serta menghilangkan rasa mengantuk. Pengisian realiti suasana umat hari ini, dan kini Ustaz membuka langkah baru seorang Imam menyampaikan seni dengan izinNYA.

Petikan gitar oleh Ustaz Huri layan Another You-Cromok (Non-HQ) di belakang tabir Konsert Khalifah Seni.
 
 Ustaz Huri Wawancara Hijrah Artis


Ustaz Huri mengalunkan lagu ciptaannya sendiri 'Jernih SinarMU' di Konsert Khalifah Seni (Visual HD) yang berlangsung pada 19 Feb 2012 di Marina Island Lumut.  
Bermunajatku Sepertiga Malam
Memohon Restu DariMU Illahi
Berikanlah Aku Sinar Petunjuk
Yang Akan Menyuluh Suram Hidupku

Pabila Hati Dipalit Gelita
Jalan Yang Hina Menjadi Pilihan
Walaupun Tahu Mengundang Bencana
Namun Semuanya Sudah Terhijab

(Chorus)
Tuhan..Dengarkanlah
Ku Ingin Kembali...
Terimalah....Rayuanku...
Kerna Sesungguhnya
KAUlah Yang Pengasih
Dan KAU Jua Maha Penyayang

Pabila Kelam Kini Menjadi Jernih
Telah Nyatalah Jalan Yang Terang
Akan Ku Redahi Walaupun Berliku
Hingga Ke Titis Darah Terakhir
(Ulang Chorus)

FENOMENA RIBUT HASAN ALI Di MANJUNG (GAMBAR & VIDEO)

27.02.2012, Stadium Seri Manjung.
 
Fenomena yang diakui biasa berlaku dalam siri road tour JATI oleh Dr Hasan Ali. Rakaman ini dirakamkan sebelum aktivis ke kawasan perumahan yang dilaporkan mengalami bencana hujan ribut petir sekitar daerah Manjung. Khemah Pentas di tengah padang tidak dapat digunakan.

 


Video Suasana sebelum hujan ribut petir reda & pengakuan Dr Hasan Ali suasana ini juga berlaku di Melaka malah lebih dasyat lagi (10 kali ganda katanya):

MALAM DERITA BANGSA (GAMBAR & VIDEO)

05.02.2012, Felcra Changkat Lada, Seberang Perak. (Laporan Tertunda)

 Malam Derita Bangsa Anjuran BAPA & PAKSI. Persembahan Kebudayaan Rakyat : Pak Salleh Bakar, Dinsman, PyanHabib Rahman, Rahmat Haron, Mel Wings. Panel Forum: Mohammad Nizar Jamaluddin, Hishamuddin Rais, Mazlan Aliman, Razman Zakaria, Dinsman. Moderator: Muhaimin Sulam.


 Lagi Gambar Sekitar di Album Sekitar Malam Rakyat Terluka

  
Forum Malam Derita Bangsa 


Pak Salleh Bakar

  
Rahmat Haron

  
Mel Wings

  
Pyanhabib

  
Hishamuddin Rais a.k.a TukarTiub 


Mel Wings

  
Dinsman

  
Penutup Malam Derita Bangsa

1BLACK PERAK (GAMBAR & VIDEO)

 Cerita tertunda: 06 Feb 2012, Pohon Demokrasi, Ipoh. Himpunan 1Black Perak memperingati 3 tahun rampasan kuasa kerajaan pilihan Rakyat Perak.

 Lagi Gambar di FACEBOOK OM

Video Ucapan Pemimpin PR Perak:

  
 Pembukaan: Nyanyian Lagu kebangsaan 'NEGARAKU'

  
 Ucapan Pengerusi Penganjur YB Nga Kor Ming, Wakil PKR Dr. Lee Boon Chye & Wakil PAS Ustaz Abu Bakar. 

  
 Ucapan DAP YB Dato Ngeh Koo Ham.

  
Ucapan Speaker YB Sivakumar.

 
Ucapan Menteri Besar Pakatan Rakyat YB DS Ir Nizar Jamaluddin.

TRAGEDI BENCANA ALAM FASA 3A MANJUNG

02.02.2012, Seri Manjung, Fasa 3A.

Simpati kepada seluruh Mangsa Ribut Petir Seri Manjung, Fasa 3A yang dilanda musibah petang 02.02.2012. Mengikut keluarga mangsa yang daftar kepada J/K Komuniti Penduduk secara sukarela (Kecemasan) diumumkan lebih kurang 170 pintu rumah dari 400 buah rumah setempat. Sebelum kejadian Ribut Petir yg kuat, Petir & Guruh menyelubungi sesetengah tempat sekitar Manjung.


Pelbagai Wakil-wakil badan Politik, PDRM dan Jabatan serta syarikat-syarikat besar spt TNB JanaManjung (TNBJM) dan Boustead Naval Shipyard (BNS) datang menghulurkan bantuan teknikal dan juga material serta sumbangan kecemasan bagi mengatasi segera. Ia biasa, lumrah budaya Malaysia, kehadiran bagi sesetengah pihak hanya ketika masyarakat menghadapi musibah, segala bantuan perlu diumumkan. Yang tak pernah nampak muka sebelum ini, mala tu ramai yang tayang muka, muka bakal-bakal calon pun muncul. Bagaimanapun penduduk hargai dan ini sememangnya kewajipan pihak-pihak yang berkaitan. Kebanyakan mangsa adalah pekerja BNS, Pegawai Tinggi BNS umumkan ‘pemberian cuti’ kepada Mangsa yang bekerja BNS, secara tak langsung ia mengurangkan beban keluarga utk atasi bencana yg mereka hadapi, Terima Kasih BNS!

Krew OM dimaklumkan oleh seorang sahabat utk liputi kejadian ini, amaran ini telah di’dialog & santai’ bersama Nelayan-Nelayan sebelum kejadian ini pada 31.01.2012 di sebuah kunci air Permatang, Pasir Panjang, gambar di seperti video di bawah ini. 


Program itu untuk ‘sekolah’kan masyarakat tentang pentingnya lestarikan alam sekitar, menghindari kemusnahan alam dan hak-hak sebagai nelayan terutamanya. Ia satu langkah permulaan untuk Nelayan Permatang oleh gabungan NGO Sahabat Alam Malaysia, Persatuan Alam Sekitar Perak, Persatuan Pengguna Pulau Pinang dan Persatuan Kebajikan Nelayan Pulau Pinang bersama Aktivis Alam Sekitar Manjung terhadap pendidikan dan apa perlu sebagai hak untuk mendapatkan persekitaran alam yang sihat, bersih dan selamat. Namun agak kesal bagi sesetengah pihak terhadap aktiviti ini dengan menghina nelayan-nelayan Permatang Pasir Panjang seperti dibawah ini, dan sebagai aktivis Om menjawab penghinaan itu spt gambar bwh ini. Maaf cakap, ini orang sekutu Umno Lumut yang tak pernah nak ambil iktibar.


Berbalik kepada peristiwa bencana, ada anak muda yg prihatin gua kenali yg bertindak lebih baik dr menunggu kehadiran orang-orang besar, J/K komuniti juga bertindak dgn sukarela, pendaftaran mangsa dibuka dan hubungi pelbagai agensi. Anak muda ini memberi no tel Pegawai TNB JanaManjung ketika J/k umumkan siapa yang ada no tel TNBJM. Kehadiran Pegawai Tinggi TNBJM menjamin sumbangan kecemasan sebyk RM10,000 kepada komuniti, juga permasalahan kuasa elektrik di rumah mangsa juga TNB sediakan Jurutera bertugas serta merta. Satu perkara tentang TNBJM, Pusat Operasinya di Teluk Rubiah mgkin ia antara efek berlakunya bencana ini namun sifat keterbukaan Pegawai Masyarakatnya membuat aktivis boleh bekerjasama dalam melestarikan alam, antara cadangan sumber arang batu kepada sumber angin. Bahkan Pegawai Masyarakat sendiri bersama Pegawai Tinggi TNBJM malam itu berjumpa Aktivis untuk mendapatkan gambar-gambar rumah yang terkesan dari bencana ini dan sempat menyatakan kerjasama dengan Aktivis Manjung melalui NGO Sahabat Alam M’sia & Persatuan Alam Sekitar Perak untuk menanam bakau sejumlah 500 pokok. Dan PT TNBJM mohon adakan kajian atau percubaan dalam kuantiti yang sesuai untuk pastikan ia boleh tumbuh di kawasan-kawasan yang dimaklumkan oleh Nelayan-Nelayan Permatang Pasir Panjang di dialog bersama aktivis alam sekitar 2 hari lepas. Terima Kasih TNBJM!

Bila mana penduduk kata perlu membuat report polis, PDRM hulurkan kemudahan dengan membuka kaunter di lokasi, asalnya setiap wakil rumah diperkecilkan ikut blok utk wakili membuat report, kalau tak jenuh 170org nak kedepan, siapa nak gotongroyong utk bantuan bagi rumah yg perlu diatasi dahulu bagi keselamatan isi rumah malam itu. Nak buat repot kena bagi salinan fotokopi mykad, datang anak muda ini tegur kat mana jam lewat macam ni kedai fotokopi mana ada yg buka, dia syorkan sesiapa yg ada scanner printer boleh dipinjamkan dahulu. Dtg org yg hulur, Selesai masalah! Terima Kasih PDRM kerana melancarkan rondaan di perumahan mangsa-mangsa agar tidak berlaku sebarang yang tidak dingini dan cubaan mengambil kesempatan.

Namun, agak lucu tiada siapa bentangkan punca kejadian, Ya Bencana Allah, kenapa? Iktibarnya? Tentang Kaji cuaca spt di huraian bawah ini?!

Laporan Jabatan Meteorologi Malaysia, AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH

Dari rekod kaji cuaca secara online bacaan taburan hujan 24jam 02.02.2012 12:00UTC ; Seksyen C: Amaran Ribut Petir Menyeluruh. Boleh mencecah kelajuan Angin 50km/j dan laut gelombang 3.5meter. Bahaya Kepada Bot Kecil.

SEMUA TIDAK DIBANGKITKAN! Kecuali seorang Ustaz yang gua kenali yang sempat bertazkirah perihal bencana sebelum berhenti tazkirah untuk memberi laluan MB yang baru sampai. Ya yang perlu adalah atasi situasi cemas ini dahulu, tak dinafikan, tapi jika menunggu seorang MB hampir 2 jam menjadi utama, maka tidakkah kesempatan masa itu diperbincangkan mencari punca dan cara atasi jangka masa panjang boleh dibuat bersama penduduk, ambil pandangan setiap penduduk, selami masalah sebenar mereka, tubuhkan komuniti bencana ambil tindakan, bukan hanya datang sekadar menyelesaikan jangka pendek. Penduduk sebenarnya ramai yang merungut, ia bukan kejadian kali pertama .Cuma kali ini lebih dasyat. Tengoklah kesannya, antaranya bumbung melayang lebih 50 meter spt di https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1878093048031&set=a.1878054967079.55458.1712422991&type=3&permPage=1 dan boleh mendatangkan kemalangan jiwa. Ada yang berterbangan ke atas rumah jiran, kata mereka sampai bila ini harus mereka tanggung yang harusnya rumah menjadi perlindungan dan keselamatan keluarga. Tapi rumah yang mereka duduki tidak lagi berada di ZON SELAMAT?!?!

 Lihat apa persekitaran kalian. Tidakkah Alam juga memainkan peranan? Orang Manjung ambil-ambil tahulah apa yang di Rancangan Tempatan Daerah Manjung, tengok di RAHSIA PEMBANGUNAN MANJUNG dan STRATEGI PEMBANGUNAN MANJUNG oleh MSK-MalaysiaTimes. Moga Ujian ini dihadapi dengan tabah dan carilah iktibar serta ikhtiar agar ia tidak berulang lagi! Terima Kasih komuniti dan penduduk setempat yang sempat dirakamkan rumahnya serta aduan-aduan yang diberitahu kepada krew OM. 

Persekitaran yang tidak seimbang dan berhampiran kawasan terbesar pendudukan manusia daerah Manjung serta Zon-zon sensitif Alam Sekitar. data diperolehi oleh NGO- Sahabat Alam Malaysia.

1. Projek Kilang Memproses Bijih Besi di Teluk Rubiah, Daerah Manjung.
Berkaitan Perancangan Fizikal

• Tidak mematuhi dan mengguna-pakai pelan perancangan fizikal;
• Tidak mematuhi dan mengguna-pakai peruntukan perundangan*; dan
• Tidak mematuhi dan mengguna-pakai asas pertimbangan utama menyemak
Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekelilng (Laporan EIA) yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar.

2. Kegiatan Pemusnahan Hutan Paya Laut di Daerah Manjung, Perak
Berkaitan Perancangan Fizikal, Perhutanan dan Perikanan
• Tidak mematuhi dan mengguna-pakai pelan perancangan fizikal;
• Tidak mematuhi dan mengguna-pakai peruntukan perundangan*;
• Tidak bersungguh-sungguh mmenguatkuasa peruntukan perundangan*, dan
• Tidak mematuhi dan mengguna-pakai Dasar Perhutanan Negara, 1978.

3. Kegiatan Pemusnahan Hutan di Hutan Simpan Segari Melintang,
Daerah Manjung, Perak
Berkaitan Perhutanan
• Tidak mematuhi dan mengguna-pakai peruntukan perundangan*.

4. Cadangan Pembangunan Kawasan Pelancongan Teluk Segadas Pulau Pangkor, Daerah Manjung, Perak
Berkaitan Perhutanan

Hutan Simpanan Kekal dikenal-pasti telah dimansuhkan tidak diganti mengikut Seksyen 12, Akta Perhutanan Negara, 1984
i. Hutan Simpan Lumut - 5.24 hektar - 8 Julai 2009
ii. Hutan Simpan Teluk Muroh- 121.16 hektar - 6 Januari 2010
iii. Hutan Simpan Pangkor Selatan - 2.20 hektar- 31 Disember 2009

Maklumat Teluk Rubiah terkini di : Save Teluk Rubiah .
 Dari Peter Van Der Lans: The worldwide Reef Check network, registered as an NGO in Malaysia in 2007 wrote a report about Pulau Sembilan. It's important to realize that not only Vale Industries has an effect on the situation at Pulau Sembilan.... as the report clearly shows: http://www.pulau-pangkor.com/support-files/sembilan-islands-report.pdf

VIDEO KETIBAAN NAJIB DISERBU AKTIVIS @ MANJUNG!

28 Jan 2012, Sitiawan, Manjung, Perak.

Rumah Terbuka Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina 2012.
Minit ke 2:00 - 2:50, Najib diserbu sebaik turun dari bas.

NGO & Aktivis Persatuan Alam Sekitar Perak, Sahabat Alam Malaysia & Persatuan Pengguna Perak bersama Warga Manjung yang prihatin menyerbu ketibaan Najib dengan penyerahan Memo tentang Kemusnahan Alam Sekitar khususnya di daerah Manjung.
 
Keratan Akhbar Sin Chew

Bantahan ini berjalan dengan Aman dan berjaya menyampaikan memo tersebut yang disambut sendiri oleh Najib setelah diasak berkali-kali dan jeritan namanya. Rakyat berhak untuk mendapatkan persekitaran yang Sihat, Bersih dan Selamat, luahan oleh para aktivis dan warga tempatan.


Cerita disebalik tabir peristiwa ini, Gerakan Anak Muda - MalaysiaTimes.My (MSK)

 

RESOLUSI ALAM UNTUK ZAMBRY KADIR!

Isu Kemusnahan Alam Sekitar samada kemusnahan Hutan, Bakau & Zon Sensitif Alam Sekitar di sekitar Perak & Manjung terutamanya menyatukan individu-individu ke dalam satu kumpulan tidak berkepentingan politik yang mencapai kata sepakat akan bergerak dalam Pilihan Raya Umum 13 akan datang untuk turut berkempen menjatuhkan pemerintah yang melanggar hukum alam terutamanya bagi kawasan Parlimen Lumut atau sasaran tepat DUN Pangkor yang kini menjawat sbg MB Mahkamah Perak. Solidariti ini merupakan peringatan buat semua pemimpin poltik dan bakal pemimpin, jika kalian teruskan perkara ini berlaku lagi di masa datang, kalian juga akan terima kebangkitan ini.

Teguran oleh Jabatan Audit Negara didalam Laporan Ketua Audit Negara- Aktiviti Jabatan / Agensi Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Perak Tahun 2008 adalah jelas merumuskan bahawa Pihak Berkuasa Negeri  lemah khusus tentang aspek pematuhan undang-undang dan penjagaan alam sekitar didalam pengurusan hutan, kerjaan negeri tidak bertindak untuk atasinya.


Begitu juga teguran melalui surat oleh NGO-NGO sperti Sahabat Alam Malaysia, Persatuan Alam Sekitar Perak dan Persatuan Pengguna Perak tidak jalan, melalui akhbar juga tidak dipedulikan, melalui media internet tidak diendahkan, justeru kata sepakat menubuhkan satu 'movement' terbuka yg prihatin terhadap alam terutamanya daerah Manjung, mereka dan masyarakt yang prihatin akan bongkar habis-habisan bagi menyelamatkan bumi hijau Perak, atau sekurangnya mengelakkan dari terus dijahanamkan oleh pemerintah yang mahu meneruskan kedurjanaan ini.

Teluk Rubiah hari ini (Gambaran Sebelum dan Sekarang di FB-Peter Van Der Lans  update di Pulau-Pangkor.Com dan di Facebook.Com/SaveTelukRubiah )

Kuasa dijadikan 'tiket' menghalalkan segala kemusnahan alam demi kekayaan kroni dan orang-orang yang berkepentingan. Alasan lunak pelbagai untuk meluluskan kemusnahan hutan dan pusat riadah zon pelancongan menjadi mangsa transformasi. Akta dimanipulasikan, mengambil sbhgn hutan simpan kekal tapi tidak digantikan mengikut akta, hingga hari ini terus-terusan hutan, bakau dijadikan hak peribadi. Sedarlah wahai pemimpin, apakah kalian tidak lihat bencana yang Tuhan bentangkan, oh, mereka mudah lupa!


Projek Kilang Memproses Bijih Besi di Teluk Rubiah, Daerah Manjung, Perak
Berkaitan Perancangan Fizikal:
1. Tidak mematuhi dan mengguna-pakai pelan perancangan fizikal;
2. Tidak mematuhi dan mengguna-pakai peruntukan perundangan*; dan
3. Tidak mematuhi dan mengguna-pakai asas pertimbangan utama menyemak Laporan Penilaian Kesan  Kepada Alam Sekelilng (Laporan EIA) yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar.
*Sumber : Sahabat Alam Malaysia & Persatuan Pengguna Dan Alam Sekitar Perak

Apakah Hutan Simpan Kekal itu disimpan kekalkan utk kroni bikin duit? Kita tahu Jabatan Hutan terapit dan dikambinghitamkan oleh pemerintah atas kelulusan MB, mereka juga gusar melihat rakusnya pemerintah membiarkan Alam dicantas. Mereka ada akta tapi tidak boleh bertindak kerana penguatkuasaan bukanlah milik mutlak Jabatan Hutan, mereka sekadar 'Yang Menurut Perintah'.

Semasa pentadbiran Zambry Abdul Kadir seluas kira-kira 3,948 hektar Hutan Simpanan Kekal dikenal-pasti telah dimansuhkan tidak diganti mengikut Seksyen 12, Akta Perhutanan Negara, 1984. *Sumber : Sahabat Alam Malaysia & Persatuan Pengguna Dan Alam Sekitar Perak.

Kenapa & Siapa Zambry?! :- 
Siapa Zambry Kadir? (1)
Siapa Zambry Kadir? (2)
Siapa Zambry Kadir? (3)
Siapa Zambry Kadir? (4)
Dan Bahagian Seterusnya, ikuti di MalaysiaTimes.My

Hey Zambry, sedarkah kamu Orang-orang Jabatan Hutan menangis jagaan mereka diabaikan, dan mereka tidak akan memilih pemimpin yang terus menekan mereka utk memberi hutan dibalak-haramkan berleluasa tanpa aturan hukum alam. mereka hanya mahukan hutan dibangkitkan kembali agar generasi akan datang dapat terus hidup dengan oksigen bersih yg Tuhan Kurniakan. Jagailah nikmat Tuhan itu kerana Tuhan Pencipta Alam itu juga adalah Pencipta kamu sekalian. Jangan sesekali cuba memanggil musibah dengan tindakan benak kerakusan manusia itu sendiri! Tika musibah melanda, yang terseksa adalah rakyat mu!

Solidariti ini adalah untuk sekalian manusia, kita punya hak, hak untuk hidup dalam suasana alamya bersih, sihat dan selamat, ia termaktub dalam Haka Asasi Manusia Sejagat, Bangkitlah! Jangan biarkan alam ini terus menjadi mangsa Si Perakus!

Alunan Solidariti dalam Bahasa Alam!