Selamatkan Sekolah Gandhi! (3)

 Sambungan dari Bahagian 1 & Bahagian 2



Trailer ini adalah sebahagian dari rakaman pada tahun 2010 & data sejarah semasa pergolakan team A & B di mana satu pihak cuba menggadaikan tanah milik ini dan pihak bertentangan mempertahankan tanah milik ini. Dokumentari asal 1jam lebih ini juga terdapat pandangan & hasrat bekas pelajar sebelum merdeka. Ia didirikan oleh waris terdahulu dengan kutipan dana dari titik peluh pekerja ladang estet yang kini dipertanggungjawabkan kepada komiti Dindings India Association (DIA). Setiap penama pelbagai kaum yang menyumbang ada tertulis dalam dokumen yang dipegang oleh waris generasi hari ini antara faktornya untuk membina pusat menimba ilmu.

Namun hari ini, DIA berusaha menghalau pihak sekolah dan menafikan niat usaha orang terdahulu. Amanah yang diberikan tidak dihiraukan lagi. Namun pihak sekolah & PIBG berusaha menyelamatkan sekolah ini atau setidak-tidaknya menangguh penutupan sehingga pembinaan sekolah baru siapsedia digunapakai. Begitupun beberapa aktivis tempatan mahu ia kekal kerana ia mempunyai nilai sejarah yang boleh diangkat sebagai khazanah negara dan seharusnya ia ditambahbaik bukan dirobohkan.

911: Jom Bantah AES di Parlimen Kong Cho Ha!

 AES, kemalangan tidak berbau tapi AES boleh bau duit pengguna jalanraya! Selagi namanya pengguna jalanraya depa tibai...24 jam operasi. Jangan ingat kalau jam 3.00 pagi jalan lengang boleh desup kat jalan had lajunya 30km/j, bahaya....hantu kak limah nak melintas.

 
[Ni senarai Lokasi AES di Parlimen Lumut YB Menteri Pengangkutan sendiri. Sumber: Saifullah Zulkifli - koordinator 911]

AES berkhidmat untuk selamatkan nyawa korang, juga nyawa hantu kak limah serta mengkayakan nyawa tokey-tokey AES sahabat para menteri. Kalau nyawa melayang, macamana korang nak bayar surat saman yang sampai ke rumah dan .... kalau tak bayar nyawa-nyawa ikan lah si tokey AES semua samannya orang yang mati eksiden bawa laju. Sayangnya AES terhadap nyawa pengguna jalanraya, siapalah AES tanpa nyawa korang yang berkederat cari rezeki untuk beri makan kpd 'penjaga nyawa'...kapitalis bikin duit dengan nyawa kita.

Apa Jadi Jika Umno Tewas

 Penulistamu OM: Norman
 BENARKAH PARTI INI AKAN BERKUBUR

Selepas saya mengulas andaikata Pakatan Rakyat berjaya memenangi pilihanraya, seorang rakan Facebook (org Sabah) ptg tadi lepak minum ptg dan berbual dgn saya dan bertanya apa pula jadi kpd ahli UMNO. Tanyanya lagi, "Betul ke you rasa, Umno akn berkubur" (Yg bertanya ini adalah bekas Pemuda Bahagian dan Perwakilan Umno).

Saya katakan ketika usia belasan tahun, saya pernah juga membantu parti Umno ini. Mana tidaknya ibu saya bersama beberapa org guru seperti Cikgu Zakaria, Cikgu Osman dan arwah Cikgu Ramli, Cikgu Zawiyah dan beberapa nama lagi yg kini berpindah ke PAS adalah pengasas kpd penubuhan Umno Manjung. Pendek kata awal 80 an dulu, guru2 masih menguasai penubuhan Umno.

Ibu saudara, adik saudara (wakil rakyat Umno Perak), bapa saudara (bekas ADUN Perak), abg ipar, bapa mertua dan kawan2 ramai yg Umno. Ingat lagi sewaktu kempen Semarak Tun Dr Mahathir. saya antara diarahkan utk memujuk kawan2 mengikuti rombongan ke Kg. Gajah. Bas, wang dan makanan disediakan selain diberikan t-shirt....mewah.

Kalau Engkau Aku Dah Benci

Penulistamu OM: Norman


 
Nyonya Mansor "......kalau engkau aku dah benci, keturunan engkau pun aku tak mahu! Anak kau tak ada..."

KENAPA TAK BOLEH KAHWIN DGN ORG KELANTAN?

Kita mudah menghukum hanya kerana 1 atau 2 perkara berlaku. Semasa remaja, saya selalu diperingatkan oleh kawan2 atau org tua2, jgn kahwin dgn org Kelantan atau org N.Sembilan. Org N.Sembilan kononnya sebab adat perpatih dan Kelantan kerana semangat kenegeriannya.

Gagal Halang Nizar Tanam Pokok AEON Manjung

Sebelum bertolak ke Himpunan Kebangkitan Rakyat di Negeri Sembilan Sabtu pagi baru ni (3 Nov), 2 orang aktivis Pertubuhan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) dan salah seorangnya merupakan Pegawai Khas DS Nizar sempat mengikuti upacara menanam pokok komuniti setempat di AEON Seri Manjung. Ada cerita disebalik program ini yang sepatutnya tidak berlaku.......

 Pengurusan & Lembaga Pengarah AEON menyambut kehadiran Nizar

Hamidah Derma Media Perak Melancong Plak!

Mula dulu wujudnya Media Perak (MP), blog milik Hamidah sesedap mulutnya tuduh MP dibayar oleh Pakatan Rakyat (PR) Perak dalam mematahkan serangan 125, 700 viewers video 'Hamidah Halau Rakyat' rakaman MP di sesi dialog masyarakat setempat. Bukan Midah je cakap macam tu, ada juga orang parti dlm PR pun anggap MP dibiayai PR walaupun depa tak tahu apa. Itu dulu.... sekarang terbalik.

Sejak MP mengkritik pimpinan PR lain plak bunyinye orang parti dlm PR,...lebih tak kurang sama je. ... masih ada mentaliti budaya umno dlm PR, tapi bukan semua. Umno berjaya resapkan budaya ini dlm pemikiran terutamanya orang melayu. Bila kritik je tiba-tiba jadi pihak lawan, ertinya dua-dua tak berapa nak raikan kritikan & perbezaan pendapat. Tapi kalau korang kritik sultan, korang bleh kena tangkap...hina Nabi, hina hukum Allah takpa dalam negara ini. Terkini semalam terpancut dlm facebook, aktivis Ahmad Abd Jalil ditangkap atas tuduhan hina sultan dr sebuah negeri.... dlm isu ini aku nampak sultan lebih mulia dari Nabi & Tuhan. Simpati kepada mangsa terbaru dan ahli keluarganya yang barangkali tak boleh tido dibuatnya.

Fakta jelas kes sultan negeri yg sama, kenapa yek...

3 Jam Bersama Awie

Penulistamu OM : Norman
KAWAN TETAP KAWAN

Walaupun Sabah hanyalah 2 jam 15 minit perjalanannya dari Kuala Lumpur tetapi masih ada yg belum tiba di Sabah ini. Sudah ketentuan Allah saya cari makan di sini, bunyi jauh tetapi masa perjalanan ia lebih cepat daripada perjalanan Kuala Lumpur ke Manjung Perak.

Di Sabah kawan tidak ramai. Dlm masa yg sama musuh pun kurang...Insyallah. Tapi dlm kejauhan ini saya tidak putus2 menerima kunjungan sahabat handai dari Kuala Lumpur. Tak kira kawan sekampung, kawan sekerja, kawan atas kawan dan sebagainya.

Selain itu ada juga rakan2 artis yg masih sanggup mengunjungi saya walaupun sudah 7 tahun saya sudah melupai dunia glamor ini. Apapun bagi saya kawan tetap kawan dan begitulah juga prinsip mereka.Terima kasih hubungan sillaturahim tidak terputus.

Antara mereka pernah bertemu saya di Sabah ini seperti Edrie Hashim, Man Keedal, Ella, Rahmat Mega, Sham Kamikaze, Hattan, Isma Halil, Joe Wings, Bob Lokman, Iwan (Dangdut), Awie dan beberapa nama lagi.