UNDI POS PUNYA HAL @ MANJUNG

Sebelum ni, OM ada kisahkan pada bulan Jun yg lepas tentang undi pos di dun Pangkor, kawasan Zambry. Bulan ramadhan yang lepas, Zambry ada bagi 'sumbangan' kpd mat-mat navy sepertimana Sya-reformis alkisahkan di blognya.

Harapan gua, pemimpin pakatan rakyat kaji hal ini dan 'counter' mana yang sepatutnya. Jadikan Bagan Pinang sebagai 'ujian'nya dan jika berkesan, lakukanlah strategi ini di mana-mana kawasan yang mempunyai undi pos samada peratusnya rendah atau tinggi. Ini kerana anggota tentera kita masih 'terikat' dgn 'yang menurut perintah', walaupun sebenarnya mereka juga mempunyai persepsi seperti orang awam. Jika tidak kesampaian di Bagan Pinang, olahkan sebelum PRU akan datang bukan bila ada PRK, baru nak ambiltahu hal-hal ini, udah terlambat.

Gua pernah di kejar oleh jabatan perkhidmatan awam (JPA) selepas PRU 11, gua heran selama 8 tahun JPA tak pernah minta balik pinjaman gua semasa 'sekolah' di Ipoh. Sangka gua, seperti 'perjanjian pinjaman' jika keputusan gua mencapai tahap 3 pointer ke atas akan dikalihkan ke 'biasiswa'. Rupanya selepas PRU11 yang mana gua pangkah bukan parti pemerintah, sampailah surat JPA agar gua settlekan pinjaman lalu.

Gua masukkan balik cerita berkaitan seperti di bawah ini...............

PRU: ISTERI MAT NAVY IKUT SUAMI (Kisah 1999)
9:23 PM / Posted by Otai Manjung Man / July 2009


OM dapat sumber ni dari blog Isteri Mat Navy, baca dibawah....semenjak gambar Panglima TLDM yang OM siarkan bersama DS Nizar bagi menyatakan sokongan kpd PR, ramai mat-mat navy yang jengah kat blog OM. Ada juga yang minta tunjukajar buat blog sebagai permulaan, samada suka2 atau pasal bisnes partime. OM pun bukan pakar pun.....

Tak kisah la....janji mat-mat navy ni dapat info yang lebih jelas. Ada juga yang suruh OM buat kerja 'bawah tanah' sebarkan maklumat kepada mat dan minah navy untuk tidak mengundi lagi untuk HJ Zambry (H-haram J-jadah) bagi DUN Pangkor yang mana DUN bagi undi navy di lumut dan begitu juga undi pos.

Sebelum ni, OM diberitahu oleh otai-otai navy (ada yg dah pencen), mereka sebenarnya diberi sampul dan dalamnya termasuklah kertas undi untuk isteri meraka, maksudnya ada navy pangkah 2 kali di dalam Dewan Sidek TLDM Lumut untuk PRU 12 baru2 ini. Untuk menguatkan lagi, baca kisah Isteri Mat navy kat bawah ni..........

12 November 1999 : Pilihanraya Umum ke 11 (Realiti pertama bersuamikan Tentera) (dari blog Isteri Mat Navy)


12 November 1999 : Pilihanraya Umum ke 11
• Terasa ingin mencoretkan pengalaman pertama setelah berumahtangga dengan hubby dan menghadapi Musim Pilihanraya Umum ke 11 di Lumut• Sebagai isteri anggota tentera secara automatik kawasan membuang undi adalah mengikut alamat suami ingatkan masih mengikut alamat Kad Pengenalan

• Tak jadi balik kampong, rasa2 tempat mengundi di Kampung Pundut, Lumut• Ketika itu, bahang pilihanraya memang terasa sehingga ke Pengkalan TLDM Lumut bilamana pertama kali pembakang mewujud pakatan yang dikenali sehingga kini Barisan Alternatif

• Isu yang sangat berkaitan dengan Mantan Timbalan Perdana Menteri (Anwar Ibrahim)• Ada di kalangan warga Navy ketika itu secara sedar atau tidak tiba-tiba terlalu sentimen dengan pergolakan politik negara walaupun hakikat sebenar Warga Tentera perlu bersifat berkecuali.

• Paling ketara apabila berlaku insiden ‘boo – mengeboo’ di Stadium TLDM ketika Timb Perdana Menteri (Pak Lah ketika itu) memberi ucapan (tak ingat apa majlisnye) ketika proses berkempen bermula

• Yang pasti dalam seminggu sebelum tarikh pilihanraya terdapat nota yang ditujukan kepada semua Anggota Keselamatan disiarkan di dalam TV seperti Awasan Merah, Kuning, Biru dan Putih (tengok TV di tempat kerja – masa tu tak de TV di rumah)

• Tepat jam 12 tengah malam 12 November 1999, Pangkalan TLDM Lumut telah dikejutkan dengan bunyi siren yang panjang dan dimaklumkan semua anggota di bawah ‘awasan kuning’

• Punye la nak tahu apa makna “awasan kuning” aku kejutkan Hubby yang sememangnya memang ‘tido mati’• Bila ditanya terus bingkas Hubby bangun minta sediakan Pakaian Celoreng nya, Kenapa?!!

• Hubby maklumkan semua mesti melapor ke Unit masing-masing dalam tempoh 1 jam.. mak aii macam tu ke??!! (Bayangkan betapa cuak nye hati ni)• Ditanya bila balik?? Katanya tak pasti, abis tu camana nak tahu perkembangan? (masa tu kat umah tak de telefon, tak de TV dan Radio – maklum la, baru nak hidup : dah la dok kat blok C jauh dari kedai, tak de motor, kereta.. hubby dah bawak… giler kan??? Bole je dok kat umah senyap sunyi… nasib baik ketika tu tengah gile membuat jahitan ‘crosstich’)

• Bayangkan perasaan aku selama 48 jam tak de apa-apa maklumat mengenai status hubby

• Tanya jiran? Emm 1 blok ada 6 rumah je, semua balik kampong (sebab2 : cuti sekolah la, bersalin la, suami kat oversea la)

• Yang pasti, hanya dapat call hubby pada pagi hari Isnin (itu pun dari opis) dapat info - semua anggota keselamatan seluruh negara diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga sehingga suasana pilihanraya dalam keadaan selamat dan tenang.

• Balik dari Opis hubby jemput … Tuhan je yang tahu betapa leganya hati ni… Meleleh air mata.. Tapi Hubby aku tetap macam tu.. Macam tak de perasaan (pandai simpan perasaan).. Boleh lagi bercerita pengalaman di kuarantin..

• Itulah pelajaran dan pengalaman pertama aku untuk menghadapi kenyataan berdepan dengan tugas hubby sebagai anggota tentera.

3 comments:

TukangKritik said...

salam akhie, saya nak betulkan fakta-
Gua pernah di kejar oleh jabatan perkhidmatan awam (JPA) selepas PRU 11, gua heran selama 8 tahun JPA tak pernah minta balik pinjaman gua semasa 'sekolah' di Ipoh.

Sangka gua, seperti 'perjanjian pinjaman' jika keputusan gua mencapai tahap 3 pointer ke atas akan dikalihkan ke 'biasiswa'. Rupanya selepas PRU11 yang mana gua pangkah bukan parti pemerintah, sampailah surat JPA agar gua settlekan pinjaman lalu.

Setahu saya hanya yang memperolehi kelas pertama 3.7 sahaja boleh dikecualikan jika kelas dua sepeti akhi hanya bayar 30 persen, tetapi jika akhie tidak lapor diri mungkin kena bayar penuh kepada JPA. jadi persoalan kenapa selepas 8 tahun baru cuba bayar balik?

saya bukan penyokong UMNO tapi jangan hina penjawat awam...kalau nak psiko punj cuba cari fakta betul. maafkan saya

salam alaik

terima kasih

Unknown said...

Salam tukangkritik,terimakasih atas komen ini. Gua juga ingin membetulkan fakta sedikit, dalam perjanjian tak de plak kata suruh gua lapor diri malah gua pernah ke jpa utk bertanya akan hal ini selepas gua di'confirm'kan kerja di sebuah kilang jepun, namun katanya tunggu surat dr jpa utk pembayaran jika perlu.

Mulanya gua hanya ingin memberitahu jpa, bahwasanya gua punya 'result' semua sem tahap sijil dekan (average 3.89)malah gua juga pernah dipanggil utk melanjutkan pelajaran ke Jepun atau Korea dibwh tajaan jpa, namun ketika itu gua terpaksa tolak atas sbb yg tidak boleh dielakkan. sape tak nak g belajo org sponsor?!?!?!

Lps dpt surat jpa, gua bayar bukan tak bayar, secara bulanan yg ditetapkan jpa, bgmanapun 2 tahun sudah gua tak byr hingga arini. Tahun lepas dpt surat dr jpa mohon gua byr balance, namun gua buat surat rayuan dan kepilkan segala 'result' gua dan sijil2 khidmat gua pd jabatan2 kerajaan agar 'balance' itu diabaikan ikut budibicara/pertimbangan jpa dan gua cc kan kpd menteri. Hingga arini gua tak dpt feedback dr jpa dan gua anggap 'diam tandanya setuju' atau mgkin jpa nak tgk gua pangkah apa plak lps ni?!?!

Gua pun bukan mana2 penyokong parti malah gua tak hina pun penjawat awam dlm penulisan gua. Gua tak psiko pun, tapi itulah realiti faktanya. maafkan gua, dan terimakasih sekali lagi atas respon lu dan kehadiran dlm OM.

Wassalam.

cicitHJHASSANu said...

Setahu saya hanya yang memperolehi kelas pertama 3.7 sahaja boleh dikecualikan jika kelas dua sepeti akhi hanya bayar 30 persen, tetapi jika akhie tidak lapor diri mungkin kena bayar penuh kepada JPA. jadi persoalan kenapa selepas 8 tahun baru cuba bayar balik?

saya bukan penyokong UMNO tapi jangan hina penjawat awam...kalau nak psiko punj cuba cari fakta betul. maafkan saya


mana ada istilah pinjaman nak menuntut ilmu,kira biasiswa udah le...yang bersusah payah nak kutip utang,susah ke nak lupuskan.
toke-toke elok jer langsai!!!!

jangan jadi penyokong ameno...
baik jadi ahli ameno!!!!
penyokong tak ke syurga...

gua pernah jadi penjawat awam...
kalo terasa dihina,anda masih ada harapan untuk dipandang mulia!!!!

gua pun rasa terhina sebab dok dalam suasana yang tak produktif...
memang diri banyak kelemahan...
tapi terpaksa bergantung dengan dahan yang bukan setakat reput,nak buat kayu api pun tak laku....
semuanya kerana 'sui' kepala penjawat awam nun di Putrajaya...

BERANI BERUBAH SETELAH KEBAH!!!!