LAGI GAMBAR/VIDEO TERKINI - KDSI TERBAKAR

Gambar penuh KD SRI INDERAPURA yg masih terbakar hingga kini


Kepulan asap dilihat dari jalan dalam Pangkalan TLDM Lumut

Juga kelihatan dari 'airport' KD RAJAWALI

Dari Jalan masuk Pintu Harimau Lumut

Pagi ini, sebelum ke tempat kerja, luar biasanya bunyi siren BOMBA
memecah hening pagi di sekitar pekan Lumut. Aku meninjau ninjau di sekitar kalau kalau nampak, asap tebal tapi tak juga kelihatan.Selepas je minum pagi, bergegas aku ke tempat kerja. Dalam perjalanan yang aku nampak (spt gambar diatas)

Aku pasti ini sesuatu yang tidak kena kepada kapal2 yang 'berthing'. gambar ini diambil didalam base Navy. 7.47 pagi.

Inilah yang dapat dilihat. KD Sri Inderapura (1505) sedang dijilat api. Punca kebakaran tidak diketahui. Kebakaran yang menyedihkan bagi kapal yang berusia lebih 30 tahun ini.

Kepada yang mahu melihat edisi video, aku juga sempat mengambil satu babak. Pada masa ini, dah lewat nak masuk kerja.

Download disini .KD Sri Inderapura - kebakaran
**sehingga pkul 10.00 pagi ini, pihak bomba & maritim masih lagi mengawal kebakaran.
**akan di update

Sumber : Blog Aku Dan Sesuatu (
KD Sri Inderapura (1505) Terbakar - 08.10.2009 )
#Gua tunggu Menteri Pertahanan ulas..., dari kawasan parlimen dia boleh nampak asap terbakar kalau pakai teropong!! Duit 'rakyat' hangus terbakar!!

No comments: