SUARA PERUBAHAN DALAM PAS

Tuan Guru Nik Aziz sudah bersuara! Sebelum ini, ramai bloggers telah bersuara tapi tidak diendahkan, rakyat tidak didahulukan, parti diutamakan.

Bertindaklah untuk rakyat, dengarlah luahan majoriti pengundi yang tidak berparti, nilaikanlah luahan rakyat, inilah suara-suara yang memberi kemenangan.

Kami bekerja bukan untuk parti, bukan kerana nama tapi ingin 'mewujudkan' pemimpin rakyat bukan pemimpin parti untuk membela kehidupan rakyat bukan kehidupan parti!

Desakan dan tekanan antara faktor kemajuan untuk mara ke hadapan! Sudah masanya untuk perubahan. Jangan Syok sendiri beb!

Jika dulu kita mendesak bekas PM untuk berundur, mereka boleh lakukan, kenapa tidak kita yang lebih terbuka! Berundurlah secara terhormat demi rakyat sebelum rakyat berundur kepada pihak yang mahukan perubahan.

1 comment:

cicitHJHASSANu said...

muktamar khas adalah penting...
tapi yang lebih penting menerima keputusan muktamar itu nanti samada ianya tidak menepati citarasa pihak tertentu...

dan janganlah melatah walaupun beberapa pihak tidak menyokong dalam apa jua isu yang mendesak sehingga sanggup menggadai prinsip yang pada mulanya dipersetujui bersama...

walau hari ini kemuncup telah dicabut tak mustahil kemuncup lain akan melekat di lain hari...

apa yang penting!kerjasama.