Manjung dikepung!

24.10.09

Setiap laluan masuk ke Manjung@Lumut bermula dari malam tadi hingga saat ini masih dikawal ketat anggota polis sempena Pelancaran Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Perak.

Program yang pada awalnya dirancang di Padang Astaka Sitiawan,telah diubah ke Tokong Kong Hock Keong Lumut, namun sekali lagi terpaksa diubah ke Markas Pas Batu 9 Lekir pada pagi tadi kerana halangan polis yang diperkuatkan dengan unit FRU. Maklumat dalaman memberitahu dipercayai ianya didalangi oleh MB Haram Zambry.

Walaupun dihalang, program ini telah berjaya dilancarkan Ds Ir Nizar Jamaludin dan beberapa pemimpin PR di Lekir di hadapan ratusan pemuda yang datang dari seluruh Negeri Perak.

Sebaik sahaja selesai pelancaran itu, berpuluh aktivis pemuda turun ke sekitar Parlimen Lumut untuk mengedar beberapa risalah berkaitan kepincangan politik di Perak khususnya isu Pembubaran Dun Perak.

Pada sebelah petang,program diteruskan ke Pulau Pangkor yang terpaksa berlepas dari jeti Lumut dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat telah dihalang semasa menaiki feri untuk ke sana.

Walaupun pada awalnya Speaker Sivakumar berjaya ke sana tanpa apa-apa halangan dari polis, namun kerana semangat untuk menjejak kaki ke kampung halaman Zambry, mereka berjaya juga melalui berbagai cara termasuk menaiki beberapa bot nelayan dari Teluk Muroh.

Syabas kepada mereka yang telah berjaya membantu majlis bersejarah ini.

Tahniah dan simpati juga kepada warga Manjung@Lumut kerana Bandar Lumut yang dinaik taraf daripada Bandar Pelancongan ke Bandar Maritim dan Tentera Laut, kini seterusnya pada hari ini bertukar lagi menjadi 'Bandar Polis Raja Di Malaysia'.

***selanjutnya akan bersama OM Man beserta gambar dan video kerana
beliau masih menjalankan tugas-tugas khas....

Cerita kaitan :

Suasana Terkini Jalanraya ke Lumut. (ManjungMari)
GAMBAR sekitar PELANCARAN SEKETERIAT PEMUDA PR (Batu Gajah Mari)
Pelancaran Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Perak (Manjung Center)

Edit by : blogmaster


No comments: