* Video - UMNO MESTI TONTON! akan di'load' dlm masa terdekat. (sorry byk assignmnt)
HUMAN RIGHTS & ENVIRONMENTAL JUSTICE: The greatest thing in this world is not so much where we are, but in what direction we are moving.
DS NIZAR DI LUBUK UMNO (1) - GAMBAR
* Video - UMNO MESTI TONTON! akan di'load' dlm masa terdekat. (sorry byk assignmnt)
DEY! ZAMBRY : SAVE THE TELUK RUBIAH!!!

SAVE THE TELUK RUBIAH - KICK THEM OUT!!
BERTANDA ORANGE : Lokasi yang menjadi PERINGATAN kpd warga Manjung, Pada tahun 1993 berlaku kejadian Tanah Runtuh yang paling dasyat di Malaysia. US telah keluarkan video kejadian ini dlm rancangan 'DESTROY IN SECOND' menggambarkan begitu rakusnya manusia Malaysia hingga sanggup melakukan perlombongan bijih timah di persisiran pantai yang akhirnya membentuk seakan 'broken volcano' akibat dr bencana alam. bagaimana kerajaan negeri ketika itu meluluskan projek tersebut? DOE? Saksikan rakaman video di bawah utk renungan kita semua. Dan pada tahun lepas, gempa bumi gegaran 2.6 skala ritcher di 11 km utara Pangkor.
Anggaran kawasan gegaran 2.6 skala ritcher oleh Otai Kenny yang biasa melayari kawasan-kawasan laut Lumut - Pangkor.By: Ramjit-->KUALA LUMPUR, April 29 (Bernama) -- A mild tremor measuring 2.6 on the Richter scale was detected in Manjung, Perak at 9.35pm today. A Meteorological Department statement said its epicentre was 11km north of Pulau Pangkor. Slight tremors could be felt around the Manjung district but the public need not worry about the situation, the statement added.-- BERNAMA
"Malaysia is well known for its tin mining industry. The Pantai Remis landslide occurred on 21 October 1993, near Pantai Remis in Perak, Malaysia.The landslide took place in an abandoned open cast tin mine close to the coast. Video footage shows the rapid collapse of the working face closest the sea, allowing complete flooding of the mine and forming a new cove measuring approximately 0.5 by 0.5km. Fortunately there was not casualties as the was abandoned. Now the location looks like a broken volcano caldera."
SAVE THE TELUK RUBIAH! (10)

Teluk Rubiah beach, from October 2010 only available for the
lucky 500 who will work at the iron factory.
The take over must have been prepared for some years as there is a lot of money involved (I heard RM20 million. And if it is not enough... a few kilometers at sea a new platform will be build for the huge cargo ships to dock.


What will be the situation for Seri Manjung and Pulau Pangkor? Huge ships will come to bring raw iron and take the processed materials away. This will mean a lot more pollution to area and will have an effect on both Teluk Batik and Pangkor beaches.

Even if the factory itself will be working with all the possible environment protection (and as I understood it will), the ships will drop their waste overboard as it is already happening. Just have at some days a look at Teluk Batik and see what garbage drifts towards the beach and you will understand the tourist industry will suffer.

Unusual view over Teluk Rubiah from one of the surrounding hills
Teluk Rubiah has its own beach which will be lost for tourists too. One can only wonder why such a factory has to be build right next to a tourist destination as Pangkor.

Golf at Teluk Rubiah ... it's history ....
The 29 traditional styled chalets will not be destroyed and be in use for staff and management.

Teluk Rubiah is sold for the sake of "progress". And the reason for the sale? Teluk Rubiah Beach and Golf Resort didn't make enough money. Actually, the resort made money, but it was the golf course that cost more then it brought in.

With the lack of decent promotion there were not enough investments to maintain the quality of the resort and went in decay. Am I exaggerating? For each chalet the last few years was only ONE set of sheets and towels available!!! It's a sad story and what is worse, it seems no one cares about here in Seri Manjung and Sitiawan. The decision has been made, the factory will come and Teluk Rubiah will be rebuild at a small beach close to Teluk Batik. And to serve the golf lovers, a small golf drive range is being build at Teluk Batik.

Am I a cynic to call this "progess"? Wasn't it possible to give this area which is so close to both Teluk Batik and Pulau Pangkor a more touristy destination? I can only hope the fishing industry at Pangkor will not suffer too much from this project. And as for Teluk Batik, there is already at some days more rubish drifting on to the beach from what the ships drop in the ocean. It will only get more and the water quality will get less.
But money talks, as always. I can only wonder who is making the money in this case.

This view will only available for the lucky 500 who will work at the iron factory
Hiking
There's a good hikes to do from Teluk Rubiah to Teluk Batik. It is unclear if this will be possible in the future as, which makes sense, Teluk Rubiah will be no longer assessable for public. I am glad I have been able to do many hikes in this area, so at least I can show you what a pleasure the jungle here is. Read more this hike from Teluk Batik to Teluk Rubiah
What do you think about Teluk Rubiah and it's future for both Teluk Batik and Pangkor Island?
Have Your Say About Teluk Rubiah!
Sitiawan
MALAYSIA.
Meet the editor of pulau-pangkor.com
SAVE THE TELUK RUBIAH! (9)
Gesa pindahkan projek kilang besi!!!!
IPOH 23 Julai – Persatuan Alam Sekitar Perak menggesa kerajaan negeri memindahkan projek kilang memproses bijih besi yang bakal dibangunkan di Teluk Muroh dekat Lumut ke kawasan lain kerana dibimbangi akan menjejaskan kawasan peranginan Teluk Batik.
Presidennya, Abdul Rahman Said Ali menjelaskan, projek menelan kos yang tinggi itu mungkin boleh dipindahkan ke tempat lain yang berdekatan seperti di kawasan perindustrian Kampung Acheh di Sitiawan.
Katanya, lokasi tapak pembinaan kilang besi yang terletak di bekas Hutan Simpan Teluk Muroh terlalu hampir dengan kawasan tumpuan pelancong.
”Ia bertentangan dengan wawasan Majlis Perbandaran Manjung (MPM) yang mahu menjadikan daerah itu sebagai tumpuan pelancongan dan maritim di pantai barat,” katanya di sini semalam.
Menurut Abdul Rahman, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir juga perlu mengambil langkah mewartakan semula kawasan hutan simpan yang berkeluasan kira-kira 480 hektar itu.
”Berdasarkan laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) yang disediakan oleh Vale S.A, syarikat Brazil yang bertanggungjawab membina kilang besi itu, mereka akan membina pelabuhan sendiri dengan jeti kira-kira 300 meter dari pantai Teluk Muroh dan menggali dasar laut sedalam 30 meter dan selebar 550 meter.
”Pelabuhan dan jeti ini untuk memudahkan kapal besar membawa bahan mentah dari negara lain untuk diproses menjadi kepingan besi dan dieksport semula ke seluruh Asia,” katanya.
Selain dikhuatiri menjejaskan pemandangan dan daya tarikan Teluk Batik, ia juga dibimbangi akan menimbulkan masalah pencemaran serta merosakkan sistem ekologi di kawasan terbabit.
Sumber : http://www.malaysiazoom.com/gesa-pindahkan-projek-kilang-besi-2/
SAVE THE TELUK RUBIAH! (8)
Bad news !!!! Our enviroment will be affected,.... again!!!!
by Maria
(Ipoh, Perak)
'Some time ago I visited the bay of Teluk rubiah and I could see the resort that was there, it was in a position almost abandoned. As a tourist I take a bad impression and I felt sorry that this beautiful beach were wasted and contaminated with the coke that fuels the power plant nearby.
Is well known that the polluted waters attract more number of jellyfish that proliferate at the site. With the construction of a new industry in place, this problem affects not only increase in Teluk Rubiah but the entire surrounding area, ie as the most touristic like Teluk Batik and Pangkor, thus affecting the entire tourism industry.
Surely that noone took into account by allowing a company of this kind is installed here.Cleaner production solutions in this industry are typically not low-cost. At the low-cost end, recycling of foundry sand and cooling water are prominent. But real production process improvements tend to focus on new designs for furnaces and energy conservation, and these typically require significant capital investments.
The Brazilian company have probably as a reason to settle in this bay, the proximity of a source of energy and reserves where iron is removed, and for them the only thing that matters is that,low cost, not the people who live from tourism and fisheries.
SUMBER : LAMAN WEB PELANCONGAN PULAU PANGKOR (www.pulau-pangkor.com)
SAVE THE TELUK RUBIAH! (7)
![]() |
|
SAVE THE TELUK RUBIAH! (6)
SAM bantah projek kilang proses bijih besi
PULAU PINANG 16 Jun – Kerajaan negeri Perak dan Majlis Perbandaran Manjung (MPM) digesa mempertimbangkan semula tindakan mereka memberi kelulusan kepada syarikat Vale S.A. untuk pembinaan kilang memproses bijih besi melibatkan pelaburan RM9 bilion di Teluk Rubiah, Manjung.
Penyelidik lapangan Sahabat Alam Malaysia (SAM), Meor Razak Meor Abdul Rahman berkata, tindakan berkenaan amat perlu kerana lokasi dipilih syarikat itu tidak sesuai kerana melibatkan kawasan hutan sekunder dan primer yang masih tidak terganggu selain jaraknya yang terlalu dekat iaitu hanya 500 meter dari Pantai Teluk Batik.
Selain itu jelasnya, Teluk Rubiah juga merupakan Kawasan Sensitif Alam Sekitar Tahap II iaitu hanya boleh dibangunkan untuk tujuan pelancongan dan bukannya dijadikan kawasan industri berat seperti yang bakal dilakukan kilang tersebut penghujung tahun ini.
Katanya, sekiranya cadangan membina kilang itu diteruskan juga pasti ia akan menimbulkan kesan negatif terhadap alam sekitar dan sosioekonomi penduduk kawasan sekitar yang kebanyakannya golongan nelayan.
”Pelbagai pihak telah membuat bantahan sebaik sahaja berita mengenai projek pembinaan kilang memproses bijih besi itu diketahui umum. Bantahan bukan hanya dibuat oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti SAM tetapi juga oleh golongan nelayan, pengusaha resort, Pelabuhan Lumut dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Manjung.
”Namun, SAM amat kecewa kerana bantahan, penjelasan dan perjumpaan yang dibuat pihak-pihak terlibat seolah-olah tidak diambil kira dan diketepikan apabila kerajaan negeri terus menjalinkan kerjasama untuk melaksanakan projek itu.
”Janganlah hanya kerana mengejar keuntungan yang sedikit, kawasan semulajadi yang mampu menarik aktiviti pelancongan di kawasan seluas 600 hektar terpaksa dikorbankan. Carilah kawasan lain yang lebih strategik,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) di sini semalam.
Turut hadir Presiden SAM, S.M Mohamed Idris. Akhbar melaporkan pembinaan kilang bijih besi tersebut dijangka dimulakan dalam masa terdekat.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, projek berkenaan kini hanya menunggu kelulusan Jabatan Alam Sekitar (JAS) terhadap laporan Impak Alam Sekitar (EIA) kedua.
Katanya, Laporan EIA yang pertama sudah diterima dan diluluskan tetapi pihaknya telah meminta syarikat terbabit mengemukakan satu lagi laporan EIA kerana ia projek yang besar.
Kata Meor Razak, pihaknya juga amat kecewa apabila kerajaan negeri mewartakan perubahan zon dan guna tanah di kawasan Teluk Rubiah daripada zon kawasan pelancongan dan semulajadi kepada zon perindustrian berskala besar tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada masyarakat tempatan.
”Pengubahan yang dilakukan amat bertentangan dengan Strategi Pembangunan Daerah Manjung, juga bercanggah dan tidak selaras dengan Dasar Alam Sekitar Negara, Dasar Perhutanan Negara dan Rancangan Fizikal Negara (RFN). Seharusnya Rancangan Tempatan Daerah (RTD) perlu diselaraskan dan diperincikan bersesuaian dengan RFN.
”Cadangan projek tersebut hanya akan meninggalkan kesan kepada alam sekitar terutama kemusnahan dan kekurangan hidupan akuatik dan sumber marin pesisiran pantai termasuk kawasan batu karang di Pulau Katak yang berhadapan kawasan cadangan projek.
”Begitu juga kawasan hutan semulajadi yang dijadikan kawasan latihan oleh institusi-institusi latihan dan pendidikan negara seperti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Sekolah Latihan Membina Semangat Malaysia (OBS Malaysia),” katanya.
sumber : - http://www.malaysiazoom.com/sam-bantah-projek-kilang-proses-bijih-besi/
SAVE THE TELUK RUBIAH! (5)
Presidennya Abdul Rahman Said Alli berkata projek besar itu perlu dipindahkan ke kawasan perindustrian Kampung Acheh yang terletak di Sitiawan atau kawasan lain yang lebih sesuai.
"Lokasi sekarang terletak di bekas Hutan Simpan Teluk Muroh yang terlalu hampir dengan kawasan pelancongan...ia bertentangan dengan wawasan Majlis Perbandaran Manjung menjadikan daerah itu sebagai tumpuan pelancongan dan maritim di pantai Barat," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berharap Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bukan sahaja akan memindahkan tapak kilang itu tetapi turut mengambil langkah mewartakan semula kawasan hutan simpan kira-kira 480 hektar itu.
Kawasan berkenaan dijadikan sebagai tanah negeri lebih 20 tahun lepas dan ia kini dimiliki syarikat pengeluar besi Brazil, Vale SA (Vale).
"Berdasarkan laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) yang disediakan oleh Vale, mereka akan membina pelabuhan sendiri dengan jeti kira-kira 300 meter dari pantai Teluk Muroh dan menggali dasar laut sedalam 30 meter dan selebar 550 meter.
"Pelabuhan dan jeti ini untuk memudahkan kapal besar membawa bahan mentah dari negara lain untuk diproses menjadi kepingan besi dan dieksport semula ke seluruh Asia," katanya.
Beliau berkata projek berkenaan dikhuatiri akan menjejaskan daya tarikan Teluk Batik selain menimbulkan masalah pencemaran dan merosakkan sistem ekologi.
-- BERNAMA
ISU 'DUIT HARAM' PULAU PINANG - SDR JOHARI
UCAPAN PEMIMPIN SAMBUTAN ULANGTAHUN PKR LUMUT
Bersambung, isu 'Pemulangan Duit HARAM' oleh UMNO Pulau Pinang oleh Sdr Johari.
SAMBUTAN ULANG TAHUN KE 11 PKR LUMUT
Jemputan Khas DS Nizar dan Mustafa Kamil Ayub, Pengerusi PKR Perak, dan Rakan-Rakan Reformasi dulu dan kini. Anjuran RANTING PKR LEKIR.
ULANGTAHUN KEMUSNAHAN KD SRI INDERAPURA
RINGKASAN DIALOG TNB JANAKUASA MANJUNG
Ringkasan dari DIALOG BERSAMA PENGURUSAN TNB JANAKUASA MANJUNG untuk CADANGAN PROJEK PENAMBAHAN PENJANAAN (Utk Kapasiti Permintaan dan Pengurangan kejadian 'Black Out') :-
Kehadiran memberansangkan dari semua wakil pertubuhan NGO, Politik, Pusat Khidmat ADUN Pasir Panjang, wakil Nelayan, wakil Kg Dato Sri Kamaruddin, wakil ABIM Manjung, wakil Kg Permatang, wakil Biro Amal & Surau Al-Khairiah, wakil PKR Lumut merangkap Presiden Dindings India Association dan Bloggers.
Pendapat tidak menolak pembinaan penambahan Janakuasa, banyak berkisarkan PENJAGAAN ALAM SEKITAR yang memberi kesan kepada penduduk dan nelayan. TNB JM berjaya menjelaskan aktiviti kawalan 'tegas'nya dan ia termaktub dalam prosuder yg WAJIB dipatuhi. Jaminan 100% dgn penuh yakin ke atas kawalan ini dgn teknologi serta pantaun secara online oleh Jabatan Alam Sekitar (DOE) Putrajaya. Utk pengetahuan, TNB tidak mengkaji tapi melantik badan 'bebas' yg diiktiraf utk lakukan kajian setiap permasalahan dari komplen mana-mana pihak. Dan pihak TNB mengakui kadang-kadang berlaku 'kerosakan peralatan' namun ia masih dalam kawalan, dan menjelaskan TNB bertindak cepat walaupun terpaksa memberhentikan operasi, jadi tiada operasi yg dikatakan lebih giat pada waktu malam kerana ia sentiasa dipantau oleh DOE.
Begitupun beberapa luahan tentang "jika dulu orang-orang kampung dgn mudah mendapat 'kupang' sekitar pantai sbg sumber makanan dan rezeki, kini sudah kehilangan habitatnya", dijawab oleh TNB JM di mana mereka juga 'terpaksa' atas arahan membeli pulau ini dgn nilai yg tinggi 'ketika itu', bgaimanapun mereka bersedia utk melakukan pemulihan samada menaja benih-benih hidupan laut dan sbgnya spt tuntutan penduduk.
Harapan adalah dari dialog ini, pihak TNB tidak hanya berkata atau hanya 'on paper' sahaja, namun wajib dilaksanakan dan mempratikkannya sbg menjaga alam sejagat. Penduduk mahukan ketelusan, kerana itu jaminan mereka untuk hidup lebih selesa dgn persekitaran tanpa dicemari.
(Selanjutnya akan dipaparkan dlm blog otai-manjung.blogspot.com dlm masa terdekat)
Terima Kasih En. Salihin yg menjemput kami untuk turut serta. Program yg baik untuk semua pihak. Harap ini bukan pertama kali dan terakhir.
*Misi menghalang pembinaan KILANG BESI di TELUK RUBIAH akan tetap berjalan walaupun jika ia beroperasi spt kawalan oleh TNB JM. Jangan korbankan Pusat Pelancongan dan Hutan terpelihara kepada Industri Bijih Besi. Kami tentang sekeras-kerasnya, Pindahkan Ia ke lokasi yg lebih sesuai. Pihak berkenaan harus terbuka spt TNB JM! Dengarlah rintihan penduduk tempatan dan nelayan terutamanya, jangan biarkan hati penduduk tempatan membara membakar kilang yg akan didirikan.
(Selanjutnya akan dipaparkan dlm blog otai-manjung.blogspot.com dlm masa terdekat)
Terima Kasih En. Salihin yg menjemput kami untuk turut serta. Program yg baik untuk semua pihak. Harap ini bukan pertama kali dan terakhir.
*Misi menghalang pembinaan KILANG BESI di TELUK RUBIAH akan tetap berjalan walaupun jika ia beroperasi spt kawalan oleh TNB JM. Jangan korbankan Pusat Pelancongan dan Hutan terpelihara kepada Industri Bijih Besi. Kami tentang sekeras-kerasnya, Pindahkan Ia ke lokasi yg lebih sesuai. Pihak berkenaan harus terbuka spt TNB JM! Dengarlah rintihan penduduk tempatan dan nelayan terutamanya, jangan biarkan hati penduduk tempatan membara membakar kilang yg akan didirikan.
SAVE THE TELUK RUBIAH! (4)
Sahabat datang menyampaikan khabar hairan, maklumlah dah lama gua tak beli berita harian, maka jadi hairanlah gua. Berita Dari Sahabat Alam Sekitar Perak untuk memberitahu Sekalian Alam dan penduduk tempatan sekitarnya. Mereka telah bersuara, kita ..........
Gua masuk hutan bersama orang asli, gua kawalselia hutan yg dicemari bersama askar hutan kutip semua sampah-sampah manusia yang tak RETI BAHASA! Gua pernah bersama Orang Hutan KL, gua pernah jadi presiden Kelab Rekreasi PUO, gua hidup dgn alam, alam yg dicipta Allah yg hidupan alamnya secara semulajadi. Gua panjat gunung KORBU sedih sampah tanah dicemari aktiviti manusia yg tak bertanggungjawab, gua menitis air mata sambil mengutip dan senggara kembali, gua redah gunung tahan utk laluan baru dr merapoh, kelantan utk manusia lebih mudah menikmati ciptaan Tuhan ini. geng-geng gua daki kinabalu setiap 2 tahun hayati alam bukan untuk mencemari ciptaan Allah ini. GUA MENANGIS DGN SIKAP MANUSIA YG TIDAK TUNDUK KPD KEJADIAN ALAM, Orang Hutan makin terdesak tiada habitanya, Orang Asli merintih kerana sumber rezeki dr kejadian alam makin terhapus, mereka tidak pernah mengganggu kehidupan manusia kaya tapi mereka mohon jangan diambil tanah alam mereka kerana mereka hanya bergantung kpd alam ini.
Cukuplah yang sedia ada.
Begitupun, spt dimaklumkan dlm msg dr seorg sahabat lama, serombong tinggi dilepaskan dgn asap nipis dan wujud kepulan asap seperti awan dan ia lebih 'gelap'dr segi mata kasar. Diwaktu mlm ia lebih aktif utk menutup mata penduduk.
Gambaran pada sebelah malam telah dirakamkan oleh sahabat OM (dlm proses), namun vdcam nya tidak boleh menyatakan dlm bentuk visual dlm kegelapan (vdcam biasa), tapi dalam beberapa sudut kawan kita sekurang-kurangbya berjaya memperlihatkan 'debu' dr lekirbulk dan dr jarak jauh seolah debu, wap air dan asap bermain dgn alam sekitar janakuasa dan port yg sedia ada. Dlm masa terdekat sahabat kita akan post kan.
Enough is Enough! Save The Teluk Rubiah!
Mohon kpd yg prihatin boleh buat bantahan di MPM. Mgkin ada disini yg berpengaruh dan tahu saluran mana yg perlu dirujuk, boleh dikongsikan di sini.
Saranan sahabat2 dlm fb, agar semua dpt BERTINDAK turut membantah melalui saluran yg ada ruang utk kita memberhentikan pembinaan dlm menjaga tempat pelancongan ini. Ia seharusnya dilakukan dgn usaha secara praktikal, spt saranan beberapa shbt utk wujudkan banner bantahan, collect sen, print, gantung banner sbg bantahan di tempat2 strategik, dan secara tak langsung yg tiada dlm fb ini terutamanya penduduk tempatan dpt ketahui bhw Teluk Rubiah dalam proses dari industri pelancongan ke industri besi, mereka juga mgkin tidak setuju.....
Bab nak collect tu, sape ada idea & biasa organize hal mcm ni, volenteer diperlukan. Ni susah org takdak parti ni, tak tahu nak rujuk sape. designer? bab nak gantung, insyaAllah dah ada, mgkin Farid 'Si Penjenayah' Pasir Panjang boleh lakukan. (Gelaran 'SP' tu gua yg tabalkan sendiri atas jasanya menjenayahkan pertubuhan kebangsaan melayu bersatu)
* dihujung video ni, seorang hamba Allah juga kenalan gua, penduduk tempatan kebetulan melalui kawasan ini bersama dgn gaya jenayah 'karam singh walia' nya...huhu, terus gua pause dan ketawa...keke! wakakakakaka.
terhadap aktiviti operasinya dan kawalan alam sekitar. Ia adalah kesinambungan dlm mempertahankan Kehijauan T.Rubiah. Yg berminat boleh hadir di TNB Janakuasa Manjung. Usaha oleh pihak TNB ini amat dihargai dan dipuji kerana bertindak dan 'alert' dgn suara rintihan penduduk tempatan. Gua masih menunggu Jabatan Alam Sekitar Ipoh untuk memberi penjelasan, dan ternanti-nanti maklum balas dari KERAjaan Negeri pimpinan Dato' Zambry dan YDPertua MPM, Zambri jugak namanya.
*Dlm FB OM & Dato Ngeh akan berusaha membawa isu ini di Parlimen, dan Pegawai ADUN P.Panjang serta Ketua PKR Lumut akan memberi kerjasama utk dptkan info terkini dari MPM.
UCAPAN DS NIZAR - RAYA WANITA PR LUMUT
Seri Manjung.
Jamuan Raya Wanita Pakatan Rakyat Lumut, Perak.
VIDEO JAMUAN AIDILFTRI WANITA PR LUMUT
YDP PAS Lumut, Hj Noh Ahmad mengingatkan semua ahli parti dalam Pakatan Rakyat terus bekerja untuk rakyat yang mengharapkan PR akan memerintah kembali Perak. Perkukuhkan parti-parti dalam Pakatan Rakyat untuk tidak menghampakan rakyat yang telah dicabuli hak mengundi mereka setelah rampasan berlaku di Perak.
SEKITAR JAMUAN RAYA PAS SITIAWAN BARAT
PAS CAWANGAN SITIAWAN BARAT yang baru ditubuhkan mengadakan jamuan hari raya antara ahli-ahli partinya dan jemputan. Cawangan ini baru berusia 2 bulan dan dipimpin oleh LAKSAMANA PERTAMA TUAN HJ IMRAN.
SEKITAR JAMUAN RAYA WANITA PR LUMUT
Beberapa pemimpin PR turut hadir, DS Nizar selaku Adun P.Panjang dan Ahli Parlimen Bkt Gantang, Dato Ngeh Koo Ham adun Sitiawan dan Ahli Parlimen Beruas, En. Shanmugam selaku Ketua PKR Lumut, Ustaz Suhardi Mantan Ketua PKR Lumut, Hj Noh selaku YDP PAS Lumut, Tuan Hj Imran dr PAS caw. Sitiawan Barat, En. Hamidun sbg Pegawai Pusat Khidmat DUN P.Panjang, Sdr Jason dari DAP Sitiawan, Ketua Pemuda DAP, wakil AMK Lumut, dan ahli-ahli serta pimpinan parti di dalam Pakatan Rakyat




