CELARU!!


29.10.2009

Cukuplah Zambry me'ngeri'kan gua, Pakatan Rakyat bertindaklah!!

PAKATAN RAKYAT vs BARISAN NASIONAL

Parti-parti di dalam Pakatan Rakyat(PR) harus berani melakukan perubahan, ia juga antara faktor PR menjadi pilihan rakyat demi perubahan! Rakyat meluat malah benci kepada Barisan Nasional(BN)umumnya dan Umno (khasnya)kerana tiada perubahan! Rasuah tetap rasuah, pemimpin berebut kuasa didalam parti walaupun tidak menepati citarasa rakyat yang majoritinya tidak berparti .

RAKYAT vs AHLI POLITIK

Orang diluar parti seperti gua mahukan parti-parti di dalam Pakatan Rakyat dan PAS terutamanya dikukuhkan untuk menentang Umno, bukan bersetubuh dengan Umno. Jatuhnya Umno, jatuhlah jua BN. Bukan bermakna PAS hanya menunggu kejatuhan Umno secara 'automatik', usahakanlah perancangan 'hajat-hajat' rakyat yang ingin melihat sebuah kerajaan yang benar-benar utuh dan menjamin kepentingan rakyat.

Rakyat mahu ahli-ahli politik menggunakan landasan politik untuk menjadi Pemimpin rakyat memenuhi kehendak rakyat. Hukumlah mereka yang tidak menepati spesifikasi kehendak rakyat!

PAS vs UMNO

"PAS for All", kini nyata hanya slogan semata-mata jika tidak ada perubahan. PAS bukan sahaja bakal kehilangan sokongan kaum India, Cina dan Melayu malah ada juga ahli-ahli PAS turut meninggalkan PAS jika tiada tindakan atau susulan yang lebih telus. Gua bukan nak melemahkan PAS, tapi mahu melihat Pakatan Rakyat lebih baik dari BN.

PEMIMPIN vs BLOGGER

DS Nizar sendiri menyindir blogger di Perak terutamanya, kerana bagi DS Nizar 'kritikan' adalah perlu dan adalah enak bagi pemimpin berjiwa rakyat sepertinya untuk dinilaikan, bukan di'ampu' setinggi-tingginya sepertimana sesetengah blogger berfahaman politik parti. (Dialog UREKA 17.10.2009)

Kita bukan macam Umno!

Gua juga bukan blogger sepenuhmasa, tapi memberi ruang masa gua untuk mem'blog' yang tidak memberi keuntungan apapun pada gua, tapi saluran ini membenarkan gua untuk memberi apa yang tersirat dihati. Secara tidak langsung blog ini menyokong Pakatan rakyat.

Siapalah gua? dan gua hargai rakan bloggers yang lain samada berparti atau tidak, yang memberi kritikan, yang memberitakan, yang mengampu, yang merencanakan, yang menyanyi dalam penulisan yang tak seberapa ini, mem'blog' tentang aktiviti Program Pakatan Rakyat untuk tatapan rakyat, akan tetapi idealisme mereka diketepikan Pemimpin Parti.

BLOG COPYPASTE vs BLOG KEDEKUT TAHI HIDUNG MASIN

Dan selalunya, penulisan itu di'copypaste'kan di blog-blog serata dunia. Penulisan mengampu atau memberi keuntungan politik digunakan secukup-cukupnya oleh blog-blog parti politik, yang mengkritik dihentamnya tak ubah seperti Umno. Penyebarannya begitu meluas, tapi adakalanya blogger 'copypaste' samada sengaja atau tidak disengajakan memberi kredit atau menyembunyikan dari sumber asal.

Gua nak cakap lebih, nanti kata gua macam bagus, gua pun tak bagus mana. Orang nak baca-bacalah, janji kupasan dari hati gua dilepaskan. Ayat pun berterabur. Maka berlakulah, blogger cap "kedekut tahi hidung masin" dan "copypaste". Apabila penulisan itu tidak dihargai secara beretika, apatahlagi untuk menerima idealisme penulis itu. Bukan susahpun untuk memberi kredit kepada blog yang kita 'copypaste'kan!

Gua juga pernah melakukan kesilapan yang sama, isu ulasan mendiang teoh oleh allahyarham Yasmin yang di'copy' dr blog wartamaya dandikreditkan kpdnya, namun penulis asal adalah dari blog http://pulakdah.blogspot.com/menghubungi gua bahawa itu adalah penulisannya. Dia terkilan, bukan untuk mendapatkan nama tapi seolah-olah 'original posting'nya diciplak oleh lanun cetak rompak. Begitupun, gua simpati dan memperbetulkan keadaan kembali. Tujuan tetap satu, menaikkan pakatan rakyat.

Nasib gua dan rakan bloggers di Manjung tak kira berparti atau tidak, kami lebih bernasib baik. Bukan bermaksud kami ditaja atau diupah, akan tetapi DS Nizar tahu bagaimana menghargainya dan betapa pentingnya pengkritik-pengkritik seperti blogger "kedekut tahi hidung masin". Malah, YDP Kawasan Lumut sendiri menjemput bloger-blogger hingusan ini untuk merealisasikan Perjumpaan ulungkalinya PAS kawasan bersama Blogger. Dalam perjumpaan itu, YDP menimbulkan ideanya untuk mengukuhkan Bloggers sekitar Manjung dengan penyatuan secara teratur termasuklah untuk menjemput bloggers bukan melayu sekitar Manjung. Tidak ada label blogger PAS atau bukan PAS di Manjung!

Maka berlakulah perjumpaan tidak formal antara Pegawai Khas ADUN Pasir Panjang, Hamidun, Pak Itam, Azam, warga OM, blogger cictHJHASANu, blogger ManjungMari dan Perakexpress team di Manjung sebelum pelancaran UREKA. Begitupun ia sekumpulan kecil, idea perubahan tetap dilakukan. Percanggahan pendapat membina kekuatan kita dengan mengambil jalan penyelesaian yang terbaik, begitu juga berlaku di UREKA.

Bolehlah gua katakan, belajarlah dengan YDP Lumut bagaimana beliau turut bersantai bersama warga OM di kedai kopi dan 'memikat' gua untuk mendengar pandangannya dalam usrah di surau Madah. Persoalan gua terjawab dihadapan ahli-ahli PAS Seri Manjung. Sekurang-kurangnya, YDP Lumut berjaya membuka ruang PAS Lumut dalam keterbukaan menerima pandangan orang diluar parti.

Pembaikan demi kemajuan. Namun, undi gua di DUN Pasir Panjang tetap untuk DS Nizar dan kata-kata TG Nik Aziz untuk perubahan tetap gua sokong!



PERAK NGERI LAGI!

28.10.2009


SUMBER : http://www.youtube.com/user/malaysiakini

OM: Perak sekali lagi menonjol dimata dunia, MB Haram Zambry yang belum pasti kemelayunya dan juak-juaknya terus merosakkan sistem demokrasi dan perundangan serta memperkudakan yang secara tidak langsung menjahanamkan kredibiliti Polis DiRaja Malaysia.

Terima Kasih kepada petugas dan bloggers yang melaporkan suasana NGERI ini untuk tatapan rakyat. Tahniah juga buat Adun-adun Pakatan Rakyat Perak yang masih bersemangat meneruskan misi Bubar Dun untuk dikembalikan kepada Rakyat membuat pilihan.

Teruskan mencapai hajat rakyat, lakukan perubahan dalam parti demi rakyat bukan demi kepentingan politik. Politik adalah landasan untuk berkhidmat untuk rakyat!

PEMUDA PAKATAN RAKYAT PERAK LEMAH!

25.10.2009

Manjung melakarkan sejarah sekali lagi dengan pelancaran Seketariat Pemuda Pakatan Rakyat yang dihadiri beberapa pimpinan dan Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Perak. Walaupun dihalang oleh pihak-pihak tertentu yang 'memperkudakan' anggota Polis dari sekecil pangkat hinggalah 'berpaku-paku' terpaksa dikerahkan untuk bekerja pada hari minggu, namun pelancaran dan konvoi pemuda tetap berjalan dengan jayanya. Misi tercapai namun sebaliknya membongkarkan 'kurang sambutan' mengikut pengamatan OM.

Sumber rapat yang warga OM terima, beberapa anggota Polis mula timbul rasa 'menyampah' dengan arahan 'politik' walaupun 'bungkusan makanan percuma' disediakan kepada mereka yang bertugas. Ini antara kelebihan kepada Pakatan Rakyat yang secara tidak langsung ia memberi impak sendiri kepada Kerajaan Haram di Perak.

Bandar Lumut Bandar Pelancongan dan Maritim yang telah diisytiharkan sebagai Bandar Tentera Laut DiRaja Malaysia pada awal tahun ini oleh DYMM Sultan Perak, pada semalam hari ia seolah menjadi 'Bandar Polis DiRaja Malaysia' untuk 'menakut-nakutkan' pemuda dan penyokong Pakatan Rakyat serta Rakyat marhaen.

Kehadiran Pemuda yang tidak 'ditaja' sepertimana program-program BN, secara puratanya tidak begitu memberansangkan mengikut perkiraan OM. Mungkin kerana berbagai sekatan jalan raya, 'tiada upahan' atau barangkali kelemahan pengurusan program ini antara punca kurang sambutan, maka hanya yang 'tegar' sahaja muncul di Pelancaran program ini. Begitupun, misi pada hari ini tetap berjalan dengan lancar tanpa 'acara kejar mengejar' mahupun semburan 'air gatal'.

Ternyata dalam himpunan yang bertaraf 'Pemuda Peringkat Negeri' ini, kehilangan Pemuda India, Pemuda Penyokong Pas dan dimanakah 'bunyi-bunyian' gendang yang dipalu oleh pemuda India Kelab Penyokong Pas di setiap kali PRK? Faktanya, bandar Lumut pada hari himpunan itu kehadiran Polis dan SB-SB lebih ramai dari Pemuda Pakatan Rakyat Peringkat Negeri Perak.

Pemimpin Pakatan Rakyat harus menilai kembali! Apakah perkembangan ini ada kaitannya dengan permasalahan di dalam Pakatan Rakyat atau libasan di PRK bagan Pinang atau suara perubahan di dalam PAS atau perebutan kuasa dalam PKR Perak? Ini orang politik punya kerja dan hanya orang politik sahaja yang boleh jawab. Akan tetapi rakyat menilainya, suara-suara rakyat sudah pastinya mengatasi suara parti dan terpulanglah kepada pemimpin parti samada mahu menjadi jagoan parti atau jagoan kepada rakyat.

Persoalan kesediaan PR untuk menghadapi PRK jika berlakunya pembubaran DUN telah dijawab oleh DS Nizar sendiri, " Kami telah bersedia sejak 8 bulan yang lalu dari segi strategi dan percaturannya antara parti-parti Pakatan Rakyat".

Namun, adakah perancangan 8 bulan yang lalu masih boleh diterima pakai yang membolehkan rakyat memahami dan menerima mengikut situasi pada hari ini? Tidak jelas! Adakah ia mengambil perkiraan Rakyat atau ahli-ahli parti Politik? Relevankah dengan perkembangan terkini? Dimanakah manifesto PR perak yang telah didrafkan untuk tatap rakyat Perak yang tidak berparti untuk menilainya? Sekurang-kurangnya rakyat akan memberi 'feedback' mana yang tidak menepati citarasa rakyat, dan kesempatan inilah harus diambil oleh pemimpin rakyat untuk mengolahkannya dengan lebih 'mesra rakyat'.

Jika masih 'berpolitik', pengalaman telah mengajar Pakatan Rakyat, orang yang bermain politik akan ambil kesempatan ini, ketika inilah rakyat akan menilai samada pemimpin itu pemimpin politik atau pemimpin rakyat. Rakyat tahu pemimpin juga 'penat', tetapi jika pemimpin itu turun kepada rakyat pastinya rakyat menghargai komitmennya demi perubahan jika bukan untuk masa ini tapi untuk generasi akan datang. Perubahan akan berterusan.

Kita harus menerima realiti ini dan wajib bagi Pemimpin Pakatan Rakyat mengolahkannya untuk tidak menghampakan Rakyat Perak. Tidak gunanya PAS, PKR & DAP menggunakan istilah 'rakyat' dalam mewujudkan sebuah Pakatan jika tidak kembali kepada rakyat.

Manjung dikepung!

24.10.09

Setiap laluan masuk ke Manjung@Lumut bermula dari malam tadi hingga saat ini masih dikawal ketat anggota polis sempena Pelancaran Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Perak.

Program yang pada awalnya dirancang di Padang Astaka Sitiawan,telah diubah ke Tokong Kong Hock Keong Lumut, namun sekali lagi terpaksa diubah ke Markas Pas Batu 9 Lekir pada pagi tadi kerana halangan polis yang diperkuatkan dengan unit FRU. Maklumat dalaman memberitahu dipercayai ianya didalangi oleh MB Haram Zambry.

Walaupun dihalang, program ini telah berjaya dilancarkan Ds Ir Nizar Jamaludin dan beberapa pemimpin PR di Lekir di hadapan ratusan pemuda yang datang dari seluruh Negeri Perak.

Sebaik sahaja selesai pelancaran itu, berpuluh aktivis pemuda turun ke sekitar Parlimen Lumut untuk mengedar beberapa risalah berkaitan kepincangan politik di Perak khususnya isu Pembubaran Dun Perak.

Pada sebelah petang,program diteruskan ke Pulau Pangkor yang terpaksa berlepas dari jeti Lumut dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat telah dihalang semasa menaiki feri untuk ke sana.

Walaupun pada awalnya Speaker Sivakumar berjaya ke sana tanpa apa-apa halangan dari polis, namun kerana semangat untuk menjejak kaki ke kampung halaman Zambry, mereka berjaya juga melalui berbagai cara termasuk menaiki beberapa bot nelayan dari Teluk Muroh.

Syabas kepada mereka yang telah berjaya membantu majlis bersejarah ini.

Tahniah dan simpati juga kepada warga Manjung@Lumut kerana Bandar Lumut yang dinaik taraf daripada Bandar Pelancongan ke Bandar Maritim dan Tentera Laut, kini seterusnya pada hari ini bertukar lagi menjadi 'Bandar Polis Raja Di Malaysia'.

***selanjutnya akan bersama OM Man beserta gambar dan video kerana
beliau masih menjalankan tugas-tugas khas....

Cerita kaitan :

Suasana Terkini Jalanraya ke Lumut. (ManjungMari)
GAMBAR sekitar PELANCARAN SEKETERIAT PEMUDA PR (Batu Gajah Mari)
Pelancaran Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Perak (Manjung Center)

Edit by : blogmaster


HIMPUNAN SEKITAR MANJUNG ESOK (24.10.2009)

HIMPUNAN PEMUDA PAKATAN RAKYAT


HIMPUNAN MUSLIMAT

GEGARKAN MANJUNG!! BUBAR DUN PERAK!!




SUARA PERUBAHAN DALAM PAS

Tuan Guru Nik Aziz sudah bersuara! Sebelum ini, ramai bloggers telah bersuara tapi tidak diendahkan, rakyat tidak didahulukan, parti diutamakan.

Bertindaklah untuk rakyat, dengarlah luahan majoriti pengundi yang tidak berparti, nilaikanlah luahan rakyat, inilah suara-suara yang memberi kemenangan.

Kami bekerja bukan untuk parti, bukan kerana nama tapi ingin 'mewujudkan' pemimpin rakyat bukan pemimpin parti untuk membela kehidupan rakyat bukan kehidupan parti!

Desakan dan tekanan antara faktor kemajuan untuk mara ke hadapan! Sudah masanya untuk perubahan. Jangan Syok sendiri beb!

Jika dulu kita mendesak bekas PM untuk berundur, mereka boleh lakukan, kenapa tidak kita yang lebih terbuka! Berundurlah secara terhormat demi rakyat sebelum rakyat berundur kepada pihak yang mahukan perubahan.

GUA, POLITIK & MANJUNG

20.10.2009.

Sebelum ini gua pernah dedahkan kehidupan gua di dalam blog ini, cuma kini gua cuba seringkaskan mungkin untuk menghidupkan kembali penulisan gua yang bukan dari latar belakang penulis. Ini untuk tatapan pembaca blog gua dan 'contributors' yang sukarela membantu gua menghangatkan blog OM. (Sila baca posting2 terdahulu).

Kronologi terciptanya blog ini pada mulanya hanya untuk memberitakan apa jua sekitar daerah Manjung, dan kebetulan keluarga gua cukup sinonim dengan politik UMNO hingga kini. Gua dilahirkan di Teluk Bakong, dan gua bangga kampung gua ada blog sepertimana yang hadir pada hari ini iaitu TBO, nak dijadikan cerita antaranya adalah rakan gua sepenuntut ketika di Ipoh. Lahir sahaja di TB, gua dibesarkan di Bukit Chandan, Kuala Kangsar sehingga umur 6 tahun dan gua juga turut berbangga kerana 'founder' PERAKEXPRESS juga dari Kuala Kangsar. Dan kini di Manjung, bersepah Bloggers dan antara yg cukup terkenal adalah MANJUNGMARI.

Telah ditakdirkan, bonda gua yang seorang guru di sebuah sekolah di bkt candan (kini galeri raja azlan) dipindahkan ke sebuah sekolah kebangsaan Lumut, menetap di Taman Seri Manjung yang ketika itu tidak dikenali. Pembangunan menjadi pesat antara faktornya adalah penempatan Pangkalan TLDM yang terbesar di Malaysia. Ia menyumbangkan ekonomi terbesar di Perak hingga kini. Kos kebakaran KD Sri Inderapura baru2 ini lebih hebat dan tidak akan setanding jika berlaku kebakaran seluruh bangunan MBI. Ini gua akan dedahkan dalam 'posting2' yang akan datang, yang mana kebetulan juga kini punca rezeki gua yg cukup sinonim dengan 'peruntukan TLDM'.

Gua bersekolah di sebuah sekolah cina yang juga mewujudkan pemimpin seperti Chin Peng, dan beberapa pemimpin MCA mahupun DAP kini. Pada peringkat menengah atas, gua ditawarkan ke sebuah sekolah kejuruteraan di Ipoh yang mana turut melahirkan seorang Menteri Besar Rakyat yang terhebat pada masa ini di Perak yakni IR Hj Nizar Jamaluddin. Gua turut berbangga kerana secara kebetulan juga gua menuntut ilmu di tempat2 yang melahirkan pemimpin seperti Chin Peng, Nga Kor Ming, Ngeh Koo Ham. Chong Ko Ha dan IR Muhammad Nizar.

Selepas mendapat segulung kertas kelulusan bidang yag gua tuntut di Ipoh dan Shah Alam, gua bekerja dengan syarikat Jepun yang melabur di Sg Way, Selangor. Ketika itu berlaku gelombang reformasi, dan web-web seperti Mahazalim dsbnya menjadi rujukan gua. Gua turut dalam perhimpunan semburan samada asap mahupun limpahan air gatalan fru yang memburu reformis ketika itu.

Kehidupan di KL selama 4 tahun menjadikan gua bosan dengan kesesakan, kemudian gua ditawarkan oleh syarikat Jepun juga di Penang. Ketika itu tiada perhimpunan reformasi spt di KL, tapi gua turut hadir dalam ceramah-ceramah yang boleh dikatakan setiap minggu diadakan. Ketika itu blog bukan mainan, mailing list yang diwujudkan oleh sdr Monier yakni WARGAKILANG menjadi tempat luahan dan mendapatkan pemberitaan terkini. Hingga kini ia masih wujud dan kerja2 amal sdr Monier dan rakan2 masih diperjuangkan, yang miskin di hutan akan sentiasa menanti mereka.

Gua bukan penulis, malah gua diilimukan dengan bidang kejuruteraan mekanikal bukan 'kejuaraan politik'. Tapi hati nurani insan ini juga memberontak untuk meluahkan pandangan peribadi samada diterima pembaca atau tidak. Namun diri ini sentiasa mahu kehadapan, gua mahu menulis tapi gua bukan ada jurusan apa-apa bidang penulisan. Di Manjung, tak kurang hebatnya gua dapati blog ManjungMari memaparkan penulisan luahan peribadinya dan gua menjadi 'follower'nya. Mulanya gua hanya mengumpulkan semua blog dari Manjung untuk dijadikan rujukan gua, dan suatu hari di satu ceramah gua diperkenalkan dgn blogger ManjungMari, Sya-Reformis dan Anaz.

Terus-terang gua katakan, ketika 'Malam Cakap Rakyat' di Bagan Datoh, gua hadir bukan untuk melihat kesenian malam itu tapi untuk melihat siapa sebenarnya brader Mat Saman Kati (MSK). Namun secara tak langsung MSK mengajar gua erti kesenian dan kebudayaan yang diketepikan Kementerian Kesenian dan Kebudayaan. UREKA menghentam orang2 seperti gua dan menyekolahkan gua. Jika gadis Jepun pun menganggap MSK sebagai bapa 'angkat', tidak salah juga jika gua katakan gua mahu jadikan MSK sebagai bapa mertua 'angkat'.

Mungkin kerana udara Kuala Kangsar membesarkan ramai penulis yang gua kagumi dan menjadi rujukan gua sebagai pembaca tegar, menguatkan gua untuk terus menulis mengikut acuan gua yang bukan penulis.

Faktanya, Manjung melahirkan pemimpin-pemimpin seperti Chin Peng, Nga Kor Ming, Ngeh Koo Ham, Chong Ko Ha, Dr. Zambry dan secara tidak langsung mengangkat Ir Hj Nizar. Gua ambil kesempatan PEMIMPIN hebat ini untuk terus mengkritik mahupun memberansang mereka-mereka ini dan pengikut-pengikutnya termasuklah pengikut gua. Tidak heran sekiranya Manjung bakal menggantikan Ipoh sebagai Ibu Negeri Perak di masa akan datang jika gua menjadi MB perak?

Bersambung.

SAH KDSI TERBAKAR LAGI!! (VIDEO 3)

Dari persisiran pantai Lumut (jam 9.40am)/ 09.10.09.

Blogger ManjungMari mengesahkan berlaku sekali lagi ke atas kapal KDSI, baca di Kapal TLDM KD Inderapura Terbakar Lagi Pagi ini.. . Gua 'tension', kerja gua terbengkalai, lambat kerja gua lambat la gua dapat 'payment'!

Jelas sekali, penugasan utk membawa 'alat rumah' anggota2 kapal selam yg penuh kontraversi untuk dipindahkan ke Sabah, ranap begitu sahaja. Inilah bahana jika berlaku ketidaktelusan dalam pengurusan, yang menjadi mangsa adalah anggota2 tentera dan rakyat ditimpa bala! sepertikata bapa Altantuya, hanya altantuya sahaja tahu apa yg rakyat malaysia tak tahu tentang 'ketidaktelusan' dalam pembelian Kapal Selam KD ALTANTUYA.

Renung2kanlah!!

SAH KDSI TERBAKAR LAGI!! (VIDEO 2)

Dari pintu masuk Pangkalan TLDM. (jam 9.30am)

VIDEO KD INDERAPURA TERBAKAR LAGI? (09.10.09)

Sebelum gua keluar dari kawasan F.O.C, gua sempat 'shoot' dari kawasan berhampiran. (jam 9.15am)

KDSI MASIH 'TERBAKAR' LAGI PAGI INI? 2-(09.10.09)

09/10/2009, Pangkalan TLDM Lumut.
Jam 9.00 pagi, gua diarahkan untuk tidak memasuki ke kapal di jeti operasi atas arahan yang baru diterima dari pihak atasan. Dari sumber yang dipercayai, berlaku letupan sekali lagi pada awal pagi ini.

Dari pintu masuk ke F.O.C, kelihatan anggota bertugas berada di jeti berhampiran KDSI yang kelihatan asap hitam yang tebal. Namun, masih tidak kelihatan pasukan bomba mahupun APMM bertindak. Samada ia benar2 terbakar kembali masih belum diketahui. Ikuti blog ManjungMari utk terus update.

Video terkini akan dimasukkan selepas ini. Gambar dibawah diambil jam 9.30 pagi dari persisiran pantai Lumut.



KDSI MASIH 'TERBAKAR' LAGI PAGI INI? (09.10.09)

Semalam, 08/10/2009, blogger ManjungMari melaporkan dari tempat kejadian, baca di Kapal TLDM Terbakar.. Dah Selamat di dipadamkan.. . Gua petang semalam dapatkan gamabaran dari luar, ternyata hanya kepulan asap kecil sahaja yg kelihatan. Lihat gambar dan video di bawah.



Namun pagi ini, gua nak lakukan task gua yang ter'pending' semalam, sekali lagi gua gagal dibenarkan masuk untuk melakukan survey onboard di jeti operasi. Tengah beratur untuk mendapatkan Pas F.O.C (Armada), dimaklumkan secara tiba2 oleh protela yang bertugas, memohon maaf kerana mendapat arahan semua awam tidak dibenarkan masuk. Ketika itu, gua lihat asap semakin tebal dan gua hubungi org 'dalam' difahamkan berlaku beberapa letupan yg dapat didengari dari kapal KDSI awal pagi ini. Kemungkinan berlaku lagi kebakaran di dalam kapal.

Nanti gua loadkan gambar dan video terkini situasi pagi ini, setgh jam yg lalu. Gua pun dah maklumkan pd brader MM utk ulas lanjut kejadian terbaru ini.

VIDEO KD INDERAPURA TERBAKAR 4 (Jarak Dekat)

Video kebakaran KD SRI INDERAPURA keseluruhan dari jarak dekat.

Buat Pegawai Memerintah KD Inderapura, warga OM ucapkan tanda simpati dan semoga Allah memberi ketabahan kepada Tuan dan semua anak kapal.

Fire on board KD Inderapura

2009/10/08 by Mimi Syed Yusof

KD Inderapura, Royal Malaysian Navy's largest logistics ship caught fire off the coast of Lumut this morning while sailing to Teluk Sebagak, Sabah.The fire, which started at 6.23am, is still raging but under control, said Defence Minister Datuk Seri Zahid Hamidi.The 40-year old ship was one of the two Malaysian naval ships involved in the special mission freeing the MISC vessels Bunga Melati V and Bunga Melati II, which were held hostage by pirates last year.Zahid said senior Naval officials are at the scene to investigate the cause."We are investigating from all angles, including arson and sabotage," he said adding that the fire is under control and there is no oil spill."There were several explosions, I believe seven."We will issue a statement as soon as we get details," he added.

#Dalam forum ***** dah ada bunyi 'kira-kira' berapa juta lagi yg perlu diperuntukan duit rakyat utk pembaikan sebuah kapal 'obselete' ni!! Oleh yang demikian, tentera yang seangkatan dengannya wajib memberi balik 'pulangan' kepada rakyat untuk memilih pemimpin rakyat! lakukan dlm waktu yg terkini di Bagan Pinang! Vote for Pakatan Rakyat! Insyallah, jika pemimpinnya telus pasti warga tentera kita terus ke hadapan bersama rakyat!

LAGI GAMBAR/VIDEO TERKINI - KDSI TERBAKAR

Gambar penuh KD SRI INDERAPURA yg masih terbakar hingga kini


Kepulan asap dilihat dari jalan dalam Pangkalan TLDM Lumut

Juga kelihatan dari 'airport' KD RAJAWALI

Dari Jalan masuk Pintu Harimau Lumut

Pagi ini, sebelum ke tempat kerja, luar biasanya bunyi siren BOMBA
memecah hening pagi di sekitar pekan Lumut. Aku meninjau ninjau di sekitar kalau kalau nampak, asap tebal tapi tak juga kelihatan.Selepas je minum pagi, bergegas aku ke tempat kerja. Dalam perjalanan yang aku nampak (spt gambar diatas)

Aku pasti ini sesuatu yang tidak kena kepada kapal2 yang 'berthing'. gambar ini diambil didalam base Navy. 7.47 pagi.

Inilah yang dapat dilihat. KD Sri Inderapura (1505) sedang dijilat api. Punca kebakaran tidak diketahui. Kebakaran yang menyedihkan bagi kapal yang berusia lebih 30 tahun ini.

Kepada yang mahu melihat edisi video, aku juga sempat mengambil satu babak. Pada masa ini, dah lewat nak masuk kerja.

Download disini .KD Sri Inderapura - kebakaran
**sehingga pkul 10.00 pagi ini, pihak bomba & maritim masih lagi mengawal kebakaran.
**akan di update

Sumber : Blog Aku Dan Sesuatu (
KD Sri Inderapura (1505) Terbakar - 08.10.2009 )
#Gua tunggu Menteri Pertahanan ulas..., dari kawasan parlimen dia boleh nampak asap terbakar kalau pakai teropong!! Duit 'rakyat' hangus terbakar!!

VIDEO KD INDERAPURA TERBAKAR 3

KAPAL US SBLM DITAULIAHKAN KE KD INDERAPURA

KD INDERAPURA TERBAKAR 3

Buat Pegawai Memerintah KD Inderapura, warga OM ucapkan tanda simpati dan semoga Allah memberi ketabahan kepada Tuan dan semua anak kapal.

SEMOGA APA YANG BERLAKU ADA HIKMAHNYA!

Al-WIKIPEDIA KD INDERAPURA : KD Sri Inderapura, nombor pennant 1505, ialah kapal pendarat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang dibeli daripada Amerika Syarikat pada 16 Disember 1994 dan sebelum itu dikenali sebagai USS Spartanburg County (LST-1192).

Angkatan Jenis: Kapal pendarat (LST)

Kelas: Newport

Pembuat: National Steel & Shipbuiling Company, San Diego, Amerika Syarikat

Ditempah: Mula dibina: 7 Februari 1970

Dilancar: 7 November 1970

Ditauliah: 31 Januari 1995

Khidmat: Skuadron LST, Flotilla Bantuan

Spesifikasi Sesaran: 8933 tan (berat penuh)

Panjang: 159.11 meter

Lebar: 21.34 meter

Draf kedalaman: 5.8 meter

Dorongan: 6 Diesel 16000bhp pada dua shaf, dua Controllable Pitch Propeller

Kelajuan: +20 knots

Persenjataan:
Peluru berpandu: tiada
Meriam: 4x meriam 3 inci/50 kaliber ganda dua, 1x Phalanx CIWS 20mm
Torpedo: tiada
Anti kapal selam: tiada

Penderia: Penjejak udara, Penjejak permukaan, Navigasi, Kawalan Tembakan: tiada data
, Sonar, Peperangan Elektronik

Helikopter: tiada, platform untuk 1x helikopter

Anak kapal: 210 kelasi, 14 pegawai + pasukan marin seramai 400+ orang

*Bagi gua jika kerosakan melebihi tahap 'gaban', kerajaan boleh buka tender melalui Kementah utk kerja-kerja 'scraping' atau 're-cycle bin' kan KD INDERAPURA. Apapun US Navy 'tabik' Malaysia sebab dapat kekalkan penggunaan kapalnya, jika di US sudah jadi tukun! Kontrak tak habis lagi yeop!!

VIDEO KD INDERAPURA TERBAKAR 2

KD INDERAPURA TER BAKAR 2

Buat Pegawai Memerintah KD Inderapura, warga OM ucapkan tanda simpati dan semoga Allah memberi ketabahan kepada Tuan dan semua anak kapal.

VIDEO KD INDERAPURA TERBAKAR 1

KD INDERAPURA TERBAKAR 1

Buat Pegawai Memerintah KD Inderapura, warga OM ucapkan tanda simpati dan semoga Allah memberi ketabahan kepada Tuan dan semua anak kapal.

KD INDERAPURA TERBAKAR!! MANA ALATANTUYA?!?!

Terkini dari ManjungMari

Awal pagi dr ManjungMari

Gua di luar persisiran pantai Lumut jam 10.45am





Seperti yang dilaporkan oleh blogger ManjungMari secara langsung dari tempat kejadian, Bousted Naval Shipyard, Pangkalan TLDM Lumut, berlaku letupan dan kebakaran dalam jam 6.55pagi ini ke atas sebuah Kapal DiRaja Inderapura, lanjut di Pergi Jahanam Lah UMNO.. Kapal TLDM Terbakar.. dan Pergi Jahanam Lah UMNO.. Kapal TLDM Terbakar..Kedudukan Terkini (LIVE!)

Gua yang dalam perjalanan mencari 'makan' di lubuk biasa bagi Pembekal dan Perkhidmatan Kementerian Pertahanan utk melakukan survey ke atas peralatan yang diperlukan oleh salah sebuah sistem radar Kapal TLDM melalui Pesanan Kerajaan (L.O) pada pagi ini, agak terperanjat melihat kepulan asap dari luar pantai persisiran Lumut sebelum memasuki Pintu Harimau Lumut. Gua ambil kesempatan merakamkan video melalui h/p gua, kurang jelas tapi boleh la tgk. Gua 'call' brader ManjungMari utk kepastian. Ia jelas Pasti!! Hope, brader boleh ulas secara langsung sehingga padamnya 'api marak' yang berlaku persisiran Selat Melaka di 'POS UNDI TLDM bagi DUN PANGKOR' yang dapat disaksikan oleh pelancong2 luar negara dan dalam mahupun Dato' Seri Zambry jika menaiki feri pulang ke Pangkor.


Kepulan kali ini memarakkan hati gua selama berkecimpung dgn 'perniagaan peralatan marin (tldm esp.)' utk menyatakan yg 'terbuku' apa yg berlakunya didepan mata beberapa kemalangan yang menguntungkan orang2 seperti gua apatah lagi otai dgn 'link-link' atasannya, namun duit 'rakyat' juga di'jahanam'kan ke atas barang yang jumlahnya seringgit menjadi seratus mahupun seribu. Besar harganya, brg tak seberapa, tapi ramai 'perut' yang menanti untuk di'besar'kan.


Bagi gua, bab kemalangan spt ini tak boleh slahkan org2 seperti gua yg cari makan kat sini, bukan gua minta tapi, mesti alert la hal2 ini kut2 mana yang boleh gua bantu 'bekal'kan dgn harga yg 'berpatutan' utk memajukan balik kapal2 yg setua KD Inderapura yg peralatannya byk dah 'obselete', gua boleh tolong bekalkan.


Jika dilihat dari segi teknologi, perkiraan gua kita masih jauh tertinggal, ikut pengalaman bekerja dgn orang italy/uk jika dibandingkan anggaran besar!Kita masih di'jajah' pemikiran mereka, dan tidak mahu sesuatu yg jika 'r&d' orang kita (tak kira bangsa), kurang dipercayai! jika kita cuba bekal sesuatu yg 'made in'nya malaysia akan timbul pelbagai reaksi, tapi bagi gua jika kita ambil contoh mudah, skrew s/steel ikut grade yg ditetapkan i.s.o atau standard jika dibeli dari o.e.m lebih dipercayai, sedangkan sama shj jika spesifikasinya sama. Peluang gua bekerja dgn italian byk gua 'sekolah'kan juga 'technician'nya yg bagi gua taraf dia di Malaysia kira Assistant Engineer utk bekerjasama Product Designnya termasuk special tools utk sistemnya dibuat di Sitiawan atau Ipoh Workshop (most are chinese), quality follow italian spec, price itali tak boleh lawan kita! Lebih murah! Quality kadang 'so-so'.


Bila dah lama bekerja di Malaysia, Lumut, Italian ni pun dah pandai cari makan sendiri! Habis semua job dr itali dia cuba lakukan dgn sendiri di malaysia apabila dia sudah kenal malaysia, maka cintalah dia pada malaysia. BounjorNor!


Balik kepada kemalangan yg berlaku, KD Inderapura tak silap gua suadah ada sejarah terbakar, KD Ledang juga pernah alami! Kapal berlanggar ketika nak belayar keluar di jeti pun ada! KD Mahamiru tergolek dok masa di atas jeti (upslip), makan sbelah. Ini semua duit 'rakyat' yang tanggung, gua nak buat macamana, gua cari makan kat sini.


Lps ni gua kena study 'selaman altantuya', boleh gua masuk kapal selam pulak!!
dah habis nulis ni, kapal masih diberitakan berasap! Video satgi load!!

UNDI POS PUNYA HAL @ MANJUNG

Sebelum ni, OM ada kisahkan pada bulan Jun yg lepas tentang undi pos di dun Pangkor, kawasan Zambry. Bulan ramadhan yang lepas, Zambry ada bagi 'sumbangan' kpd mat-mat navy sepertimana Sya-reformis alkisahkan di blognya.

Harapan gua, pemimpin pakatan rakyat kaji hal ini dan 'counter' mana yang sepatutnya. Jadikan Bagan Pinang sebagai 'ujian'nya dan jika berkesan, lakukanlah strategi ini di mana-mana kawasan yang mempunyai undi pos samada peratusnya rendah atau tinggi. Ini kerana anggota tentera kita masih 'terikat' dgn 'yang menurut perintah', walaupun sebenarnya mereka juga mempunyai persepsi seperti orang awam. Jika tidak kesampaian di Bagan Pinang, olahkan sebelum PRU akan datang bukan bila ada PRK, baru nak ambiltahu hal-hal ini, udah terlambat.

Gua pernah di kejar oleh jabatan perkhidmatan awam (JPA) selepas PRU 11, gua heran selama 8 tahun JPA tak pernah minta balik pinjaman gua semasa 'sekolah' di Ipoh. Sangka gua, seperti 'perjanjian pinjaman' jika keputusan gua mencapai tahap 3 pointer ke atas akan dikalihkan ke 'biasiswa'. Rupanya selepas PRU11 yang mana gua pangkah bukan parti pemerintah, sampailah surat JPA agar gua settlekan pinjaman lalu.

Gua masukkan balik cerita berkaitan seperti di bawah ini...............

PRU: ISTERI MAT NAVY IKUT SUAMI (Kisah 1999)
9:23 PM / Posted by Otai Manjung Man / July 2009


OM dapat sumber ni dari blog Isteri Mat Navy, baca dibawah....semenjak gambar Panglima TLDM yang OM siarkan bersama DS Nizar bagi menyatakan sokongan kpd PR, ramai mat-mat navy yang jengah kat blog OM. Ada juga yang minta tunjukajar buat blog sebagai permulaan, samada suka2 atau pasal bisnes partime. OM pun bukan pakar pun.....

Tak kisah la....janji mat-mat navy ni dapat info yang lebih jelas. Ada juga yang suruh OM buat kerja 'bawah tanah' sebarkan maklumat kepada mat dan minah navy untuk tidak mengundi lagi untuk HJ Zambry (H-haram J-jadah) bagi DUN Pangkor yang mana DUN bagi undi navy di lumut dan begitu juga undi pos.

Sebelum ni, OM diberitahu oleh otai-otai navy (ada yg dah pencen), mereka sebenarnya diberi sampul dan dalamnya termasuklah kertas undi untuk isteri meraka, maksudnya ada navy pangkah 2 kali di dalam Dewan Sidek TLDM Lumut untuk PRU 12 baru2 ini. Untuk menguatkan lagi, baca kisah Isteri Mat navy kat bawah ni..........

12 November 1999 : Pilihanraya Umum ke 11 (Realiti pertama bersuamikan Tentera) (dari blog Isteri Mat Navy)


12 November 1999 : Pilihanraya Umum ke 11
• Terasa ingin mencoretkan pengalaman pertama setelah berumahtangga dengan hubby dan menghadapi Musim Pilihanraya Umum ke 11 di Lumut• Sebagai isteri anggota tentera secara automatik kawasan membuang undi adalah mengikut alamat suami ingatkan masih mengikut alamat Kad Pengenalan

• Tak jadi balik kampong, rasa2 tempat mengundi di Kampung Pundut, Lumut• Ketika itu, bahang pilihanraya memang terasa sehingga ke Pengkalan TLDM Lumut bilamana pertama kali pembakang mewujud pakatan yang dikenali sehingga kini Barisan Alternatif

• Isu yang sangat berkaitan dengan Mantan Timbalan Perdana Menteri (Anwar Ibrahim)• Ada di kalangan warga Navy ketika itu secara sedar atau tidak tiba-tiba terlalu sentimen dengan pergolakan politik negara walaupun hakikat sebenar Warga Tentera perlu bersifat berkecuali.

• Paling ketara apabila berlaku insiden ‘boo – mengeboo’ di Stadium TLDM ketika Timb Perdana Menteri (Pak Lah ketika itu) memberi ucapan (tak ingat apa majlisnye) ketika proses berkempen bermula

• Yang pasti dalam seminggu sebelum tarikh pilihanraya terdapat nota yang ditujukan kepada semua Anggota Keselamatan disiarkan di dalam TV seperti Awasan Merah, Kuning, Biru dan Putih (tengok TV di tempat kerja – masa tu tak de TV di rumah)

• Tepat jam 12 tengah malam 12 November 1999, Pangkalan TLDM Lumut telah dikejutkan dengan bunyi siren yang panjang dan dimaklumkan semua anggota di bawah ‘awasan kuning’

• Punye la nak tahu apa makna “awasan kuning” aku kejutkan Hubby yang sememangnya memang ‘tido mati’• Bila ditanya terus bingkas Hubby bangun minta sediakan Pakaian Celoreng nya, Kenapa?!!

• Hubby maklumkan semua mesti melapor ke Unit masing-masing dalam tempoh 1 jam.. mak aii macam tu ke??!! (Bayangkan betapa cuak nye hati ni)• Ditanya bila balik?? Katanya tak pasti, abis tu camana nak tahu perkembangan? (masa tu kat umah tak de telefon, tak de TV dan Radio – maklum la, baru nak hidup : dah la dok kat blok C jauh dari kedai, tak de motor, kereta.. hubby dah bawak… giler kan??? Bole je dok kat umah senyap sunyi… nasib baik ketika tu tengah gile membuat jahitan ‘crosstich’)

• Bayangkan perasaan aku selama 48 jam tak de apa-apa maklumat mengenai status hubby

• Tanya jiran? Emm 1 blok ada 6 rumah je, semua balik kampong (sebab2 : cuti sekolah la, bersalin la, suami kat oversea la)

• Yang pasti, hanya dapat call hubby pada pagi hari Isnin (itu pun dari opis) dapat info - semua anggota keselamatan seluruh negara diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga sehingga suasana pilihanraya dalam keadaan selamat dan tenang.

• Balik dari Opis hubby jemput … Tuhan je yang tahu betapa leganya hati ni… Meleleh air mata.. Tapi Hubby aku tetap macam tu.. Macam tak de perasaan (pandai simpan perasaan).. Boleh lagi bercerita pengalaman di kuarantin..

• Itulah pelajaran dan pengalaman pertama aku untuk menghadapi kenyataan berdepan dengan tugas hubby sebagai anggota tentera.