CHE'GUBARD: BONGKAR ROSMAH, SEJARAH & BAJET!

19.10.2011, Belanje Kiri, Parit.

 Pembentangan fakta dan pembongkaran isu-isu terkini kaitan perihal Rosmah Mansur aka Bigmama, isu Mat Sabu kejadian di rembau dan kebrobokan pemerintahan Najib Razak.

 

PENJELASAN ISU CINCIN : ROSMAH BOROS!
Sebarkan Risalah. Nilai RM1.50, Sumbangan ke Akuan Solidariti Anak Muda : 05012010074930 (Bank Islam M'sia Berhad). Klik Gambar utk Besarkan.

 







DS NIZAR & NGA KOR MING: UBAH SEKARANG! GEMA KERABAT 3 & 4

21.10.2011, Markas PAS Pasir Panjang, Seri Manjung. (Ceramah KERABAT 3/4 & 4/4)

 Penerangan isu-isu terkini termasuk isu anak Lim Guan Eng oleh YB Nga Kor Ming sebagai ADUN Pantai Remis.

   
YB Nga Kor Ming: Pembentangan Fakta & Isu-Isu Terkini

   
DS Nizar jamaluddin: Isu-Isu Terkini

DR MUHAMAD MANUTY: GEMA KERABAT 2/4

21.10.2011, Markas PAS Pasir Panjang, Seri Manjung. (Ceramah KERABAT 2/4)

 Penerangan isu-isu terkini termasuk penggantungan Prof Aziz Bahri oleh Y.Bhg Dr Muhamad Nur Manuty sebagai Pengerusi PKR Perak.

 

LT. KOL. (B) MOHD NAZARI : GEMA KERABAT 1/4

21.10.2011, Markas PAS Pasir Panjang, Seri Manjung. (Ceramah KERABAT 1/4)

 Penerangan KERABAT dan keperluan bagi bekas-bekas perajurit ATM oleh Lt Kol (B) Hj Mohd Nazari Hj Mokhtar TUDM sebagai Presiden KERABAT Kebangsaan. Daerah Manjung adalah lokasi Pangkalan TLDM terbesar ketika ini dan mempunyai pesara-pesara anggota TLDM teramai.

 

MUSLIMAT PAS PERAK Di PARIT

19.10.2011, Belanje Kiri, Parit.

  
Hajah Najihatussaleha Ahmad.

TOK IMAM BOIKOT ZAMBRY, ORG ASLI MENANGIS ZAMBRY RAMPAS PERAK!

Ini Kisah Imam Zulkifli boikot program Zambry:- 


Tok Imam boikot Program Zambry! Tahniah Imam Zulkifli (FB Zulkifli Tapson). Cerita di ManjungMari. Pengerusi Sekolah Agama Rakyat Taman Song Choon iaitu Zulkifli Tapson telah berpakat bersama-sama Ahli jawatankuasa Surau dan SAR memboikot program tersebut, cerita Midah UMNO Sg Rapat di SINI.

Ini pula kisah orang Asli Negeri Perak menangis apabila Zambry aka MB Haram dan BN merampas Perak:-

Sdr Amri dari Kaum Orang Asli di Bidor menceritakan pengalamannya semasa PR memerintah Perak pada 2008 dan kejadian rampasan kuasa yang membuatkan kaum mereka rasa begitu sedih hingga memboikot pemberitaan TV.

   
Rintihan Orang-orang Asli yang tertindas terhadap isu-isu tanah yang tidak berpandukan hak Orang Asli, kaum Orang Asal akan berdemo lagi!

KOMUNIS SITIAWAN: TUNKU BUKAN PEJUANG KEMERDEKAAN

18.10.2011 Kg. Teluk, Telaga Nenas Ayer Tawar.

 Mohd Yatim Bin Ayob atau lebih dikenali sebagai Pak Anjang, 83 tahun akui perjuangan Kemerdekaan adalah hasil dari Semangat Komunisme oleh Chin Peng & Kawan-kawan dari Parti Komunis Malaya, bukan Tunku Abdul Rahman.

   
PAK ANJANG KONGSI PENGALAMANNYA

PKM wujud sebelum UMNO yang diangkat penjajah, satu-satunya parti yang tidak diharamkan British selepas peperangan terhadap Jepun. Bahkan merekalah yang bertanggungjawab membanteras Tali Barut penjajah Jepun & British. Tali barut ini juga terdapat dalam golongan orang-orang melayu terdahulu yg 'mencari makan', ini termasuklah datuk kepada Cikgu Nooraini Ketua Wanita UMNO cawangan Telaga Nenas Kg bharu yg kini menetap di Kg Pasir Panjang dan beberapa generasi kampung sekitar Pasir Panjang, Kg Bharu dan Sitiawan yang masih dalam ingatannya. Beliau menyanggah tanggapan masyarakat pada hari ini Komunis tidak beragama dan ganas yang diputarbelitkan oleh penjajah dan diteruskan oleh UMNO.

Pejuang Kiri bermatian di hutan menentang Penjajah, sebaliknya.......... 
Tunku hidup senang Sbg D.O lantikan British diangkat UMNO sbg pejuang kemerdekaan. 

 Tunku 'kawtim'.....buku memoir rashid maidin ms79 bab 19 - perundingan mendapatkan kemerdekaan dari British, Tunku secara tidak langsung menggunakan isu PKM. Malah Tunku sendiri mengiktiraf pergerakan PKM dengan menyatakan; This time we are the boss. Di dalam pun ada, di luar pun ada, dengan merujuk di dalam (dalam hutan) ialah PKM.

Inikah pejuang kemerdekaan!?!?!

Salah seorang anak Pak Anjang yang berjaya mewarisi kehebatannya.



DS NIZAR: PAS PARTI LANCAU!

16.10.2011, Sitiawan.

 Ucapan Perasmian Majlis Pelancaran Pemuda Pakatan Rakyat Parlimen Lumut oleh Dato Seri IR Hj Mohammad Nizar Jamaluddin.

YB WONG: PENGUNDI REMAJA & LUAR BANDAR

16.10.2011, Sitiawan.

Yb Wong Kah Woh Adun Canning Ipoh menggarap perihal Pengundi baru golongan remaja untuk menjadi tonggak utama dan pimpinan generasi baru. Remaja majoriti masih kurang 'political awareness', namun PR cuba menekankan secara terbuka agar golongan remaja sekurang-kurangnya memahamkan mereka betapa undi mereka itu penting dan lebih prihatin melalui Facebook dan sebagainya.

Ini juga dilihat remaja juga boleh berperanan untuk mempengaruhi dalam memberi gambaran sebenar dari maklumat alternatif seperti Facebook dan sebagainya kepada ibubapa terutamanya di luar bandar yang masih tiada capaian internet

MAJLIS PELANCARAN PEMUDA PR LUMUT

16.10.2011, Sitiawan.

 
Ucapan oleh YB Wong Kah Woh ADUN Canning, Ipoh. YB mengingatkan agar semua Pemuda PR memainkan peranan dengan lebih gigih ini kerana BN cuba memainkan isu perkauman dan sensitif, di tempat Melayu mereka memburukkan DAP & Anwar dan di tempat masyarakat Cina / India BN memutarbelit fakta tentang HUDUD dan Negara Islam. Kini jelas DAP terutama pimpinan muda DAP yang membaca dan tahu apa yang cuba dibawa oleh rakan PR, PAS tentang hudud.

 
Pelancaran oleh Dato' Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin ADUN Pasir Panjang merangkap Ahli Parlimen Bukit Gantang mewakili PAS, YB Wong Kah Woh mewakili DAP dan MP Shanmugam Ketua PKR Cabang Lumut mewakili PKR.

VIDEO FREEDOM FILM FEST 2011 Di MANJUNG

15.10.2011, Lead View, Seri Manjung. Hosted by Pusat KOMAS.

FreedomFilmfest is an annual human rights film festival. The highlight of the festival is the premiere of our 2 winners' films from our film proposal competition. FFF2011 begins with the screening of 20 films over 2 days on 1-2 Oct in Wisma Bentley, Petaling Jaya.

The STAR link: Annual human rights film festival in Seri Manjung and Ipoh over the weekend

"This in an alternative platform to deal with various issues concerning the community without any political agenda," says member. Local Partner - Otai Manjung, and his friends (they do not have an official group yet) have been working in the local communities there to educate them of their rights.

The FFF is a platform to discuss issues openly without any political influence, something which is important in a tourist destination like Seri Manjung that is currently seeing growing industrialisation, he says.

"When there is massive and rapid development in an area, it is important for the people living there to know their rights as it will affect their lives. The new media is an effective tool for raising this awareness and we have noticed that there is a growing interest in it here."

The other film that will be screened is Senyap.... Tersentak which deals with electoral reform.


Ucapan Pembukaan oleh Wakil KOMAS Sdr Chong Lee Yow dan Adun Pasir Panjang DS Nizar Jamaluddin.

Tayangan pertama Filem J di SINI. Ulasan & Dialog Maklumbalas Filem "J"ANDA, Perundangan oleh Peguam Sdr Zamri.

Tayangan kedua Filem LOT, UMAH AM (Laut, Rumah Saya) di SINI. Ulasan & Dialog maklumbalas Filem 'Lot, Umah Am' (Laut, Rumah saya) - Kaum Seletar, Penerangan Lanjut berkait Orang Asli oleh Sdr Amri dari Kumpulan Orang Asli di Kampar.

Tayangan ketiga Filem SENYAP...TERSENTAK di SINI.  Ulasan & Dialog Maklumbalas Filem SENYAP....TERSENTAK, Perundangan oleh Peguam Sdr Zamri.

PERSATUAN SEJARAH M'SIA SEALIRAN MAT SABU

09.10.2011. Peradapan Sejarah.

Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) sealiran dengan saranan Mat Sabu.

Isu Sejarah Perjuangan Kemerdekaan yang berlarut dalam polimek politik dari cetusan kata-kata Abg Mat Sabu yang dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu menjadikan masyarakat mula men'dekati' sejarah. Saranan Mat Sabu agar sejarah dikaji semula, hari ini juga Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) telah mengiktiraf tentang penemuan kewujudan fakta baru terhadap sejarah negara kita. Walaupun tidak speksifik kepada isu kemerdekaan, namun  PSM menerima kewujudan fakta-fakta sejarah yang boleh dipercayai utk dikaji & dibahaskan.

Petikan Mat Sabu sebelum ini:
Saranan Mat Sabu, "Situasi ini amat mengelirukan, saya cadangkan agar peperiksaan SPM dan lain-lain ditangguh supaya sejarah dikaji semula kerana pelajar menjadi keliru apabila profesor-profesor yang pakar dalam sejarah kononnya memberi pandangan bertentangan dengan apa yang ada dalam teks pelajaran mereka". 
Cerita Penuh di SINI.

Petikan akhbar 2010:

Tarikh sebenar Kerajaan Melayu Melaka perlu diselesaikan: Nik Hassan
2010/12/09 Berita Harian

KUALA LUMPUR: Isu penemuan tarikh baru kerajaan Melayu Melaka yang dikatakan diasaskan pada tahun 1262 dan bukannya 1400, perlu diselesaikan segera sebelum mata pelajaran Sejarah dijadikan subjek wajib lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013. 
Timbalan Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Emeritus Datuk Dr Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, berkata ia penting bagi mengelakkan sebarang kekeliruan timbul di kemudian hari.
"Justeru, saya rasakan 'dialog' antara pakar arkeologi, masyarakat, amat penting untuk dipraktikkan serta diperbanyakkan selepas sesuatu penemuan terbaru bagi memastikan semua pihak berpuas hati kerana sejarah berasaskan kepada konsep kebenaran."
Cerita Penuh di SINI
.
Petikan Akhbar Hari Ini:
Kerajaan Melayu Melaka Bermula Pada 1262:Ahli Akademik
2011/10/08 mStar
Pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia,Prof Madya Abdul Rahman Ismail berkata hasil kajiannya sejak 1990-an terhadap naskah Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) versi Raja Bongsu, menunjukkan bukti yang benar mengenai permulaan kerajaan Melaka.
Selama ini diketahui umum bahawa Kerajaan Melayu Melaka diasaskan sekitar 1400.
"Dalam sejarah, proses kaji semula sentiasa berlaku dan ia untuk mendapat kepastian yang sebenarnya tentang sesuatu perkara. Pelajar sekolah perlu tahu mengenai penemuan tarikh baru ini sebagai menambah ilmu sejarah," katanya. - BERNAMA
Cerita Penuh di SINI.

Dari Ahbar KOSMO! 9/10/2011, m/s 6.

PSM Iktiraf Tarikh Baru Melaka
Klik Gambar Utk Besarkan

Klik Gambar Utk Besarkan

Klik Gambar Utk Besarkan

Berbalik kepada isu Mat sabu, perihal kemerdekaan yang dihangatkan dengan Pejuang Kemerdekaan yang dicop Haluan Kiri oleh Penjajah British. Mengikut tatacara penemuan fakta-fakta baru oleh PSM adalah melalui naskah Sulalatus Salatin pelbagai versi namun versi Raja Bongsu merupakan sumber pribumi yang paling hampir dan paling sahih dengan sejarah Kesultanan Melayu Melaka. Maksudnya untuk tahu perihal kesultanan, pengkaji sejarah mendapatkan sumber yg rapat dengan Institusi Raja.

Maksudnya, jika mahu fakta-fakta sejarah kemerdekaan harus mengkaji pejuang-pejuang yang terlibat samada haluan kanan mahupun kiri. Jika sejarah lampau ratusan tahun dapat dikesan & diperakui, rasanya tidak mustahil  kita boleh mengkaji sejarah yang puluhan tahun lalu, ada yang masih hidup, dan ada yang sudah meninggalkan kita. Namun ada yang sempat menceritakan pengalamannya di dalam Memoir-memoir coretan perjalanan sebenar mereka melalui penulisan mereka sendiri, dan ada juga yang sempat dirakamkan dalam bentuk video dan dokumentasi. Justeru, bacalah, kajilah dan nilaikan dengan pemikiran yg terbuka. Kita bukan nak persoalkan siapa ganas, siapa pengkhianat tapi mengkaji secara fakta perjalanan orang-orang yang berjuang untuk kemerdekaan.

Sebelum ini generasi baru tidak dapat penafian kerana tiada sumber & keterbukaan, hanya berpandu kepada buku sejarah disekolah tapi kini, sejarah boleh dilayari dari mana ceruk. Contoh seperti rakaman video ini, salah seorang yang terbabit dalam misi kemerdekaan:


Merdeka Tanpa Tumpah Darah: Apa Komen Komander... by hmn07
Banyak lagi video kaitan di Kini & Silam Video 
The Other Freedom Fighters di Deleted from victors' history 

Dalam isu keganasan yang dikaitkan hanya kepada komunis walhal ada juga terdapat faktor keganasan yang dilakukan oleh Penjajah dalam memerangi Parti Komunis Malaya terhadap penduduk yang merupakan penoreh getah Batang Kali Selangor. Tiada siasatan kebenaran mereka itu adalah komunis, nyata mereka tidak bersenjata dan tidak melarikan diri kerana mereka bukan ajen komunis apatahlagi terbabit dalam persenjataan. Generasi mereka kini minta diadili orang-orang terdahulu sebagai mangsa keganasan penjajah dengan hanya syak wasangka, tidak dibicarakan malah berlaku pembunuhan beramai-ramai oleh British termasuk memenggal kepala tertuduh dan dipercayai tiada kaitan dengan komunis. Videonya di sini:



Maka sejarah itu perlu dikaji semula seperti saranan Mat Sabu & Persatuan Sejarah Malaysia. Apa yang yang boleh disimpulkan dari pengiktirafan PSM terhadap sejarah Melaka itu, maka jika nak tahu perjuangan komunis malaya tanyalah bekas-bekas ahli PKM bukan tanya British sahaja!

GENAP 2 TAHUN IKTIBAR KD SRI INDERAPURA

08.10.2011, Lumut.

Genap 2 Tahun pemergian kapal pendarat terbesar Tentera Laut DiRaja Malaysia.

TRIBUTE kepada semua Ex-Crews & Ex-Commanding Officers yang pernah berkhidmat di KD SRI INDERAPURA 1505 (TLDM) dan juga sebelumnya di USS SPARTANBURG COUNTY LST 1192 (US NAVY).

 
Gabungan Video dari sumber Youtube (tagged US Navy & RMN) dan Wikipedia.

Peristiwa yang tidak akan dilupakan seluruh warga TLDM dan turut dirasai oleh bekas-bekas krewnya dari US Navy. Imbas kembali sejarah sebelum ditauliahkan kepada KD SRI INDERAPURA 1505 kepunyaan US Navy yakni USS SPARTANBURG COUNTY LST 1192 pernah menguji laluan sungai dengan Kapal pendarat terbesar ini melalui Hudson River ke Albany, New York pada tahun 90an. Kapal berusia 40 tahun itu dibina pada 1970 dan ditauliahkan dalam perkhidmatan TLDM pada 1995 dengan kekuatan 324 anggota. Pada tahun 2004, kapal yang sama kelasnya milik US Navy iaitu USS SCHENECTADY LST 1185 menjadi Target (Sasaran) Ujian Senjata USS navy.

KD PARI Tenggelam

Di Malaysia, baru-baru ini dikejutkan kemalangan Kapal KD PARI tenggelam dan isu yang masih terbuka oleh peguam Francis iaitu unsur-unsur korupsi pembelian 2 buah kapal selam KD TUNKU ABDUL RAHMAN & KD TUN ABDUL RAZAK yang juga alami kerosakan teknikal sistem torpedo dan tidak boleh selam dalam waktu 'jaminan'.


 Rosmah Merasmikan KD TUNKU ABDUL RAHMAN

Ini semua membabitkan Wang Rakyat, dan TLDM menjadi mangsanya oleh pihak-pihak tertentu yang tidak menekankan keperluan sebenar TLDM dan hanya memikirkan keuntungan sahaja. TLDM dan Rakyat menjadi mangsa menanggung pembaikannya. Moga segala apa yang berlaku menjadi iktibar buat TLDM, dan masyarkat harus melihat dengan terbuka bukan hanya menuding jari semata-mata kepada pihak TLDM.

DATO' MAHFUZ OMAR DI LEKIR

03.10.2011, Kg Batu 12, Lekir, Perak.



Kupasan isu semasa oleh YB Dato' Mahfuz Omar Naib Presiden PAS Pusat anjuran PAS KAwasan Lumut.

USTAZ MOHD HURI DI LEKIR

03.10.2011, Kg Batu 12, Lekir, Perak.



Kupasan isu semasa oleh Ustaz Mohd Nuri Al-Amin Ketua Penerangan PAS Perak anjuran PAS KAwasan Lumut.