Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) sealiran dengan saranan Mat Sabu.
Isu Sejarah Perjuangan Kemerdekaan yang berlarut dalam polimek politik dari cetusan kata-kata Abg Mat Sabu yang dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu menjadikan masyarakat mula men'dekati' sejarah. Saranan Mat Sabu agar sejarah dikaji semula, hari ini juga Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) telah mengiktiraf tentang penemuan kewujudan fakta baru terhadap sejarah negara kita. Walaupun tidak speksifik kepada isu kemerdekaan, namun PSM menerima kewujudan fakta-fakta sejarah yang boleh dipercayai utk dikaji & dibahaskan.
Petikan Mat Sabu sebelum ini:
Saranan Mat Sabu, "Situasi ini amat mengelirukan, saya cadangkan agar peperiksaan SPM dan lain-lain ditangguh supaya sejarah dikaji semula kerana pelajar menjadi keliru apabila profesor-profesor yang pakar dalam sejarah kononnya memberi pandangan bertentangan dengan apa yang ada dalam teks pelajaran mereka".
Cerita Penuh di SINI.
Petikan akhbar 2010:
Tarikh sebenar Kerajaan Melayu Melaka perlu diselesaikan: Nik Hassan
2010/12/09 Berita Harian
KUALA LUMPUR: Isu penemuan tarikh baru kerajaan Melayu Melaka yang dikatakan diasaskan pada tahun 1262 dan bukannya 1400, perlu diselesaikan segera sebelum mata pelajaran Sejarah dijadikan subjek wajib lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013. Timbalan Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Emeritus Datuk Dr Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, berkata ia penting bagi mengelakkan sebarang kekeliruan timbul di kemudian hari.
"Justeru, saya rasakan 'dialog' antara pakar arkeologi, masyarakat, amat penting untuk dipraktikkan serta diperbanyakkan selepas sesuatu penemuan terbaru bagi memastikan semua pihak berpuas hati kerana sejarah berasaskan kepada konsep kebenaran."
Cerita Penuh di SINI
.
Petikan Akhbar Hari Ini:
Kerajaan Melayu Melaka Bermula Pada 1262:Ahli Akademik
2011/10/08 mStar
Pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia,Prof Madya Abdul Rahman Ismail berkata hasil kajiannya sejak 1990-an terhadap naskah Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) versi Raja Bongsu, menunjukkan bukti yang benar mengenai permulaan kerajaan Melaka.
Selama ini diketahui umum bahawa Kerajaan Melayu Melaka diasaskan sekitar 1400.
"Dalam sejarah, proses kaji semula sentiasa berlaku dan ia untuk mendapat kepastian yang sebenarnya tentang sesuatu perkara. Pelajar sekolah perlu tahu mengenai penemuan tarikh baru ini sebagai menambah ilmu sejarah," katanya. - BERNAMA
Cerita Penuh di SINI.
Dari Ahbar KOSMO! 9/10/2011, m/s 6.
PSM Iktiraf Tarikh Baru Melaka
Klik Gambar Utk Besarkan
Klik Gambar Utk Besarkan
Klik Gambar Utk Besarkan
Berbalik kepada isu Mat sabu, perihal kemerdekaan yang dihangatkan dengan Pejuang Kemerdekaan yang dicop Haluan Kiri oleh Penjajah British. Mengikut tatacara penemuan fakta-fakta baru oleh PSM adalah melalui naskah Sulalatus Salatin pelbagai versi namun versi Raja Bongsu merupakan sumber pribumi yang paling hampir dan paling sahih dengan sejarah Kesultanan Melayu Melaka. Maksudnya untuk tahu perihal kesultanan, pengkaji sejarah mendapatkan sumber yg rapat dengan Institusi Raja.
Maksudnya, jika mahu fakta-fakta sejarah kemerdekaan harus mengkaji pejuang-pejuang yang terlibat samada haluan kanan mahupun kiri. Jika sejarah lampau ratusan tahun dapat dikesan & diperakui, rasanya tidak mustahil kita boleh mengkaji sejarah yang puluhan tahun lalu, ada yang masih hidup, dan ada yang sudah meninggalkan kita. Namun ada yang sempat menceritakan pengalamannya di dalam Memoir-memoir coretan perjalanan sebenar mereka melalui penulisan mereka sendiri, dan ada juga yang sempat dirakamkan dalam bentuk video dan dokumentasi. Justeru, bacalah, kajilah dan nilaikan dengan pemikiran yg terbuka. Kita bukan nak persoalkan siapa ganas, siapa pengkhianat tapi mengkaji secara fakta perjalanan orang-orang yang berjuang untuk kemerdekaan.
Sebelum ini generasi baru tidak dapat penafian kerana tiada sumber & keterbukaan, hanya berpandu kepada buku sejarah disekolah tapi kini, sejarah boleh dilayari dari mana ceruk. Contoh seperti rakaman video ini, salah seorang yang terbabit dalam misi kemerdekaan:
Merdeka Tanpa Tumpah Darah: Apa Komen Komander... by hmn07
Banyak lagi video kaitan di Kini & Silam Video
The Other Freedom Fighters di Deleted from victors' history
Dalam isu keganasan yang dikaitkan hanya kepada komunis walhal ada juga terdapat faktor keganasan yang dilakukan oleh Penjajah dalam memerangi Parti Komunis Malaya terhadap penduduk yang merupakan penoreh getah Batang Kali Selangor. Tiada siasatan kebenaran mereka itu adalah komunis, nyata mereka tidak bersenjata dan tidak melarikan diri kerana mereka bukan ajen komunis apatahlagi terbabit dalam persenjataan. Generasi mereka kini minta diadili orang-orang terdahulu sebagai mangsa keganasan penjajah dengan hanya syak wasangka, tidak dibicarakan malah berlaku pembunuhan beramai-ramai oleh British termasuk memenggal kepala tertuduh dan dipercayai tiada kaitan dengan komunis. Videonya di sini:
Maka sejarah itu perlu dikaji semula seperti saranan Mat Sabu & Persatuan Sejarah Malaysia. Apa yang yang boleh disimpulkan dari pengiktirafan PSM terhadap sejarah Melaka itu, maka jika nak tahu perjuangan komunis malaya tanyalah bekas-bekas ahli PKM bukan tanya British sahaja!
No comments:
Post a Comment