PENDATANG PUN BOLEH JADI PM DAN KM?



1. "Kenapa saya dikatakan pendatang (warga Filipina Sabah), orang Cina dan India juga pendatang kenapa mereka boleh jadi Ketua Menteri atau Menteri," itulah kata seorang warga Filipina mengenai statusnya yang kini telah diterima menjadi warganegara Malaysia.

2. Itulah persoalan yang bermain mengenai status Melayu yang kononnya 'Tuan' kepada tanah Melayu. Sebab itu saya tidak bersetuju dengan propaganda samada dari pihak BN yang secara sinis mengatakan Datuk Seri Nizar anak Cina dan PR menuduh Datuk Zambry anak India. Jika benar sekalipun...apa salah mereka?

3. Sentimen ini dimainkan kerana UMNO sendiri yang memainkan semangat Melayu. Itulah salahnya UMNO memainkan semangat tersebut. Ada juga orang Cina bertanya itu keturunan mamak boleh jadi PM macamana?

4. Di Sabah dikatakan KM sekarang ini adalah keturunan Pakistan yang berhijrah ke sini. Bila berkahwin dengan orang tempatan, dia dianggap penduduk bumiputra. Di Sabah orang Islam berstatus pribumi atau bumiputra kerana ada kepelbagainan kaum dan mereka juga sampai mati tidak akan mengaku mereka Melayu . Manakala ramai orang Cina di Sabah mendapat status pribumi di mana mereka ini dikenali sebagai Sino. Sino merupakan kaum Cina yang berkahwin dengan orang Kadazan-Dusun. Apabila mereka mendapat anak walaupun bapanya keturunan Cina, mereka akan meletakkan status anak mereka sebagai Kadazan.

5. Jika kita mengatakan sebenarnya Melayu itu hanyalah simbolik untuk Islam, bagaimana keturunan Dusun yang beragama Islam? Tun Dr Mahtahir sendiri kita fahami dia bukanlah Melayu tulen. Di Sabah penduduk Islamnya dianggarkan sekitar 800 ribu orang. Satu jumlah yang agak ramai tetapi mereka tidak mahu meltakkan bangsa mereka sebagai Melayu. Cuma yang peliknya ramai antara mereka menyertai parti semangat Melayu (UMNO). Mungkin sudah ada perubahan...'barangkali'.

6. Orang Melayu di Tanah Melayu kononnya mengikut sejarah datangnya dari Indonesia. Ada yang datang berbangsa Aceh, Bugis dan sebagainya. Menurut orang Filipina ini lagi, Menteri Kabinet Pusat (ketika ini) dari Sabah juga berbangsa Suluk. Jadi mereka pertikaikan apakah salah mereka jika mahu menjadi rakyat Sabah.

7. Satu kekeliruan berlaku di sini. Jika mengikut sejarah kerajaan Sri Wijaya meliputi Brunei, Indonesia dan Filipina sebagai rumpun Melayu. Kaum Melayu berlegar (merantau) di sekitar negara-negara ini. Jadi benarlah jika kita beranggapan ia negara Melayu.

8. Mungkin ada yang persoalkan mengapa ia dikenali Tanah Melayu (Semenanjung). Alasannya penduduk asal Semenanjung merupakan orang asli seperti kaum Jakun dan Senoi. Menurut sejarah orang Melayu yang ada di Semenanjung ini asalnya datang dari Indonesia yang berhijrah ke sini. Tapi persoalannya adalah kerana orang Melayu dulu sampai jadi mereka layak merasakan ini adalah negara mereka.?

9. Adakah kerana kaum Cina dan India yang datang kemudian mereka tidak layak mengatakan ini juga negara mereka? Apapun berdasarkan kepada sejarah, pengembaraan orang Melayu sekitar kepulauan Melayu itulah bermakna Tanah Melayu itu hak orang Melayu.

10. Akhirnya orang Melayu dinaikkan taraf dengan orang asli Semenanjung untuk mendapat status penduduk peribumi atau bahasa sekarangnya penduduk bumiputra. Ia sama taraf dengan hampir 30 suku kaum dari Sarawak dan Sabah juga mendapat status tersebut.


11. Cuma orang Sabah agak kecewa kerana selalunya di dalam borang yang perlu diisi oleh mereka hanya tertera Melayu, Cina, India dan lain-lain (Others) atau bumiputra. Selalunya mereka akan tanda others sahaja. Mereka tahu mereka bukan Melayu tetapi mereka mempersoalkan adakah Cina dan India tarafnya lebih tinggi dari mereka sehingga nama bangsa mereka tidak disebut.

12. Sedangkan jika melihat kepada status bumiputra kaum asli Semenanjung, Melayu, Dusun, Sayak, Iban, Kadazan dan lain-lainnya diletakkan sebagai sama taraf (bumiputra) tetapi mengapa bangsa mereka tidak diletakkan sebagai bangsa utama di negara ini. Mana 1 Malaysia?

12. Sebab itu rata-rata dan terbaru seorang Doktor di Likas memberitahu saya, orang Sabah kurang ambil peduli mengenai senario politik di Semenanjung. Mereka sudah serik untuk mempertahankan hak mereka sepertimana berlaku di zaman PBS.

13. Kata Doktor ini biarlah kami pangkah BN, terasa pahitnya lagi sewaktu PBS keluar dahulu apabila BN mengenakan pelbagai sekatan. Kata Doktor itu ramai lagi rakyat Sabah yang masih memerlukan infrastruktur di kawasan pendalaman terutamanya.

14. Jadi saya yakin dalam persidangan UMNO akan datang, kita sukar lagi untuk mendengar UMNO cuba mendaulatkan bangsa Melayu. Kita lihat KJ Ketua Pemuda UMNO itu macam bukan Melayu tulen je....agaknya. Jika sentimen bangsa ini dimainkan, saya yakin akan pupus UMNO sedikit masa lagi.

15. Jadi rupanya selepas lebih 50 tahun PAS mendaulahkan Islam, akhirnya barulah kita nampak betapa Islam tidak meletakkan sesuatu bangsa itu sebagai yang teratas. Tuhan tidak meletakkan bangsa Arab itu sebagai penghuni syurga, Tuhan tidak katakan bangsa Arab adalah bangsa terbaik. Tuhan tidak berkata ini negara orang Melayu, ini negara orang Cina tetapi bumi ini milikku.

16. Maksudnya Islam itu adalah untuk semua bangsa. Islam milik semua dan jika diamalkan sungguhlah indah, Sebab itu PAS kini semakin diterima apabila PAS melancarkan pendekatan yang lebih terbuka. PAS tidak jadi seperti Zulkifli Nordin yang melalut yang bukan-bukan.

17. Saya tidak mahu komen tentang Zul Kulim ini lagi. Sudah lama dan mungkin hampir 2 bulan lalu saya berseorangan mengkritiknya dan kini apabila dia mengkritik TGNA barulah dia dihentam oleh pelbagai blog. Cukuplah kerana saya tidak mahu terikut-ikut perangai keanak-anakan Zul. Nasib baik sudah dewasa tapi jika di zaman kanak-kanak mungkin saya sudah bertumbuk dengannya.

18. Berbalik kepada soal bangsa, jadi cukuplah orang Melayu bercerita tentang bangsa ini sangat. Yang pentingnya Islam. Nenek saya berasal dari Cina, tapi bila bersama Islam dia lebih Islam dari orang Melayu. Yang penting agama kerana jika kita menyintai agama jiwa kita akan terpelihara dengannya.



19. Saya bersetuju jika orang Melayu merasakan Tanah Semenanjung sebagai milik mereka. Ini kerana Tanah Semenanjung termasuk di alam Melayu atau kepulauan Melayu. . Ini kerana jika melihat sejarah, penjajah Baratlah yang telah memecah belahkan Kepulauan Melayu ini. Perpindahan orang Melayu hanyalah berkisar kepada alam Melayu sendiri. Dari Sumatera ke Semenanjung. Dari Semenajung ke Sarawak. Dari Sarawak ke Kalimantan. Dari Kalimantan ke Brunei dan sebagainya. (Nanti saya akan ceritakan sejarah Sultan Brunei dan Sultan Sulu).

20. Alasan saya mudah, jika penduduk India dari New Delhi berhijrah ke Bombay, adakah penduduk India itu dinamakan pendatang. Begitu juga penduduk Cina dari Beijing ke Ghuang Zou, adakah orang Cina itu digelar pendatang di alam Cina itu sendiri.

20. Apa yang penting, kita juga mahu kaum lain diberi keadilan dan hak-hak tertentu di negara ini. Maksud saya hak-hak mereka dan bagaimanapun hak-hak orang Islam (Melayu,Kadazan, Iban dan lain-lain penduduk pribumi) tentulah mempunyai keistimewaannya tersendiri. Maklumlah tuan rumah. Jangan kita gunakan sentimen Melayu untuk membangkitkan rasa perkauman kerana kesannya sangat merbahaya.


(Maaf kita bersambung di lain masa kerana esok pagi saya akan berangkat ke Keningau sekali lagi)

4 comments:

Anonymous said...

tok payah kecek banyok2. Demu tunggulah kalu pakatan rakyat memerintah, abih Cino dgn India makan demo.

Demo jah jenis tok reti bahaso. Duk makan tahik cino.

Pas ni semua hok dia buat betul blako, sapa klantan rugi 50 juta pun kata silap JE.

iNILAH MENTALTI ORNAG PEMBANGKANG YAG HAPRAK.

Anonymous said...

apa tulis artikel bangang yang sokong lee kuan yew pinggirkan melayu ni? memang murtad, bodoh, anjing bebal, anak haram, keturunan babi, talibarut kafir, barua dap dan kurang ajar betul la sapa yang tulis artikel otai manjung ni..

Anonymous said...

Apa yang marah-marah ini, Cuba baca betul-betul artikel berkenaan dan fahamkan isinya. Rasionallah sedikit. Negara Malaysia ada perlembagaannya sendiri. Perdana Menteri adalah wakil rakyat di Parlimen. Beliaulah yang memilih Menteri Cabinetnya sebagai eksekutif Kerajaan. Hendak pilih wakil rakyat mestilah pilih yang betul-betul berwibawa dan memegang sepenuhnya amanah rakyat. Mereka mestilah utamakan rakyat daripada diri sendiri, Sekarang kita lihat kebanyakkannya mengutamakan diri sendiri dan tidak rakyat dan negara. Apa gunanya wakil rakyat sebagini. Perlu diingat di masa akan datang semasa pilihan Raya Umum pilihlah wakil rakyat yang betul-betul utamakan rakyat dan negara keseluruhannya. Wakil rakyat berkerja untuk rakyat bukan bekerja untuk kepentingan diri sendiri. Apabila telah dipilih dan kuasa di tangan mereka pergi jahanan kepada rakyat. Orang sebagini yang hendak di pilih lagi sebagai wakil rakyat. Sedarlah wahai orang ramai. Sekarang ini lihat ramai pengganggur di kalangan cerdik pandai kelulusan universiti dalamdan luar negeri. Beribu-ribu pelajar universiti yang menganggur dan ramai lagi pemilik ijazah yang tamat belajar di universiti akan menganggur. Lain pula yang lepas sekolah tamat SPM atau STPM atau sijil-sijil yang lain yang terus menganggur. Apa mereka bantu kepada semua penganggur ini. Penagih dadah akan bertambah kerana untuk berkhayal dan melupakan masalah ini. siapa yang patut disalahkan. Lu fikirlah sendiri seperti kata Nabil. Janganlah marah tak tentu fasal. marahkan negeri Kelantan. Apa salahnya negeri Kelantan. Negeri itu maju seperti negeri lain juga. Barang keperluan di negeri Kelantan agak murah juga dan ramai orang dari negeri lain datang untuk membeli belah di negeri Kelantan. Marahkan Lee Kuan Yew buat apa kerana beliau orang Singapura dan beliau buat mungkin yang terbaik untuk Singapura. Itu negeri dia dan kita lihat bahawa ekonomi Singapura berkembang maju dan nilai wang Singapura lebih tinggi daripada nilai wang Malaysia. Pada mula asalnya nilai wang Singapura dengan nilai wang Malaysia adalah sama dan sekarang ini kita tertinggal lebih jauh dari mereka dan tidak akan terkejar oleh kita. Negara Singapura kecil dan tiada apa hasil mahsul mereka seperti bahan galian hasil daripada tanah seperti sawit, minyak dan sebagainya. Sepatutnya nilai wang Malaysia lebih tinggi daripada nilai wang Singapura. Salah siapa semua ini. Lu fikirlah sendiri. Wassalam. Terima kasih.

Anonymous said...

SY BENCI LEE KUAN YEW DAN AMAT BENCI PADA ORANG YANG SOKONG LKY,KENAPA TAK YAKIN DENGAN BANGSA SENDIRI UNTUK MENTADBIR NEGARA,AWK RASA BANGSA LAIN AKAN BELA BANGSA LAIN KE,ORANG MELAYU ADALAH KAUM YANG PALING BERTOLAK ANSUR,TAPI AWK KENA INGAT KAUM LAIN TAK SEBEGITU,MEREKA LEBIH SUKA BERADA DI ATAS MENGAMBIL KESEMPATAN PADA YANG JAHIL,FIKIRLAH MASA DEPAN ANAK BANGSA KITA NANTI,TAKUT SUSAH NAK CARI MAKAN DI BUMI SENDIRI,NAMA JE MELAYU TAPI MENTALITI DAN JATI DIRI DITAHAP KOSONG...RENUNG-RENUNGKAN...