SELAMATKAN PENDUDUK KG.SILOU, RANAU


1. Maaf kerana isu kali ini tidak membabitkan kisah politik tetapi membabitkan nyawa manusia. Ia berkisar mengenai kesan radiasi kepada penduduk. Saya pernah mendengar tetapi bila berita ini disampaikan oleh penduduk Kg.Silou, Ranau, Sabah, barulah saya mengerti penderitaan kesan radiasi ini.

2. 10 tahun dulu pemancar telekomunikasi di pasang di kampung tersebut, 11 orang telah dijangkiti kanser dan tujuh daripadanya telah pun meninggal dunia. Maksudnya ini bukan kes terpinggir tetapi kes yang boleh memberi kesan yang besar kepada penduduk kampung tersebut.


3. Lalu saya menghubungi Jef Azman di TV3 untuk memaklumkan perkara ini. Saya menyuruh beliau jika boleh untuk membawa Karam Singh Wariya untuk menyelami masalah penduduk kampung di sini. Tiba-tiba saya merasakan merasa bertanggungjawab kepada nasib penduduk kampung Silou.


4. Ini bukan soal parti tetapi ini soal nyawa sesama insan. Kedaifan mereka membuatkan saya terpanggil untuk memastikan masalah ini dapat diselesaikan segera.

5. Menurut Profesor Bersekutu Fakulti Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Madya Dr Adlina Suleiman bersama 10 pelajarnya mereka telah membuat satu kajian di kawasan penduduk di Taman Subang mengenai pemasalahan tersebut.


6. Menurut kajian daripada 170 penduduk taman perumahan tersebut, 8.23 responden diserang penyakit kanser.Ia berlaku kerana gelombang elektromagnet (EMR) yang dipancarkan apatah lagi di pencawang tersebut mempunyai 50 antena dan cakera pemancar gelombang.

7. Menurut kajian sesiapa yang mempunyai penyakit kanser awal jika berkunjung ke Taman tersebut boleh membawa maut. Radius bahaya kepada penduduk menurutnya antara jarak 1 hingga 120 meter.
8. Di bawah adalah antara kes yang berlaku di luar negara.
>Kes 1 - London

PADA Ogos 2007, syarikat telefon bimbit Orange bersetuju mengalihkan pemancarnya yang dikenali ‘Menara Kemusnahan’ yang dipasang di atas bumbung pangsapuri lima tingkat selepas tujuh penduduk yang tinggal di bangunan itu diserang kanser dengan tiga daripada mereka meninggal dunia, manakala empat lagi sedang bertarung nyawa.

Peratusan kanser membabitkan penduduk yang tinggal di tingkat atas bangunan itu ialah 20 peratus, 10 kali ganda melebihi kadar keseluruhan negara berkenaan.

Sejak menara itu dipasang pada 1994, penduduk terpaksa bergelut dengan pelbagai masalah kesihatan seperti pening kepala melampau dan sebagainya.


>Kes 2 - Warwickshire, England

SEBANYAK 31 kes kanser pernah dilaporkan berlaku di satu jalan berhampiran sebuah menara telekomunikasi di bandar berkenaan. Hampir 10 daripada kira-kira 30 kakitangan sebuah sekolah istimewa berhampiran menara itu dilaporkan terkena barah sejak 2000, manakala selebihnya mengalami pelbagai masalah kesihatan lain.


>Kes 3 - Osafia, Israel

DALAM tempoh empat tahun (sejak 2000) seramai 165 orang meninggal dunia akibat kanser di satu kawasan kejiranan di Osafia yang mempunyai pemancar telekomunikasi.

Hal ini menyebabkan Kementerian Kesihatan negara itu membuat kajian kaitan kes kanser dengan pemancar di kawasan terbabit serta bercadang memanjangkan kajian mereka ke bandar Yavne, Modeen, Reud dan Tamra yang turut mempunyai pemancar seperti itu.


>Kes 4 - London, England

PADA 2002, ketua masyarakat setempat, Iain Duncan Smith menggesa kerajaan British menyiasat kaitan di antara 16 pemancar telekomunikasi yang dipasang pada bumbung sebuah bangunan di South Woodford apabila lima penduduk daripada tujuh rumah mengelilingi bangunan itu diserang kanser.

Kejadian kanser membabitkan penduduk yang tinggal jauh dari situ adalah rendah.


Kes 5 - Cardiff, Wales

SEKURANG-KURANGNYA lapan penduduk di St George dan St Brides mati akibat kanser dalam tempoh lima tahun. Setiap satu daripada 10 rumah berhampiran pemancar di Bedfordshire mencatatkan kematian akibat kanser.


>Kes 6 - Norfolk County, Amerika Syarikat

PADA 2006, 17 orang yang tinggal berhampiran menara pemancar di Norfolk County dilaporkan mengalami gangguan kesihatan termasuk pening kepala, keletihan, loya dan sebagainya sejak menara itu didirikan. Menara itu kemudian dipindahkan.

9. Bukti menunjukkan kesan tersebut dan diharapkan tindakan segera akan diambil untuk mengatsi masalah ini. Saya amat berharap Datuk Masidi akan mengambil tindakan segera atas pemasalahan penduduk di sini.

2 comments:

Anonymous said...

nilah nama dia pembangkang bengap dan bahalol..bila phone takde signal, mulalah dia kata kerajaan tak membangunkan masyarakatlah, kerajaan tak pekalah..bila dah dapat pencawang, mulalah kata kepala hotak kena kanser la, banyak sangat pencawang la. lagi satu..teoh beng hock tu mampus apa korang susah? bila DAP rasuah, halal lah pulak..

Perak Reform said...

Assalamualaikum Tuan/Puan,

Blog Perak Reform diwujudkan atas dasar hasrat untuk melihat PAS kembali memerintah
Perak dengan aman dan jayanya.

Kami hanyalah kumpulan kerdil yang hanya mahukan KEADILAN dan melihat IDOLA kami
Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin menerajui Perak. Demi menolak kerajaan
kudeta UMNO/BN di Perak, kami rasakan sudah tiba masanya kami turun berjuang bersama-sama
rakan bloggers yang lain.

Atas dasar perjuangan untuk menepis segala tohmahan dan tipu helah kerajaan kudeta
Perak, kami yakin dengan satupadu dan bantu-membantu antara semua bloggers di
Malaysia ini akan dapat sama-sama kita bersepakat dalam menghebahkan isu senario
politik Perak YANG SEBENARNYA.

Segala maklumat di blog kami adalah BENAR dari sumber dalaman yang kuat.Insyallah.Cuma
penghebahan yang lebih telus adalah harapan kami agar dapat disalurkan kepada
semua rakyat khususnya rakyat Perak untuk menilai INIKAH KERAJAAN YANG
MEREKA MAHUKAN?


Dalam kita bersama-sama menongkah arus dan memperjuangkan setiap idea dan pendekatan
ke arah kemakmuran dan keamanan sejagat,kami mohon jasa baik tuan/puan untuk letakkan
blog kami,

http://perakreform.blogspot.com/


dalam blog list tuan/puan.Blog tuan/puan juga telah kami masukkan dalam list kami
agar kita dapat sama-sama berkongsi informasi dalam memartabatkan agama dan bangsa
tercinta.

Dengan ini, Perak Reform secara rasminya menjadi FOLLOWERS blog
tuan/puan.

Menjadi FOLLOWERS PerakReform di http://perakreform.blogspot.com,
kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Salam ukhwah dari Perak Reform..Assalamualaikum.