PART 2 - 'THE LAST UMNO' ...1 LAWAN 1


KHAS KEPADA PERJUANG


1. Maaf bercuti menyambut tahun Baru Cina. Maklumlah keluarga sebelah isteri ada yang beragama Islam, ada yang beragama Kristian dan ada yang beragama Budha. Jadi semua perayaan terpaksa disambut. Di sini pula rata-ratanya rakyat Sabah mereka mengamalkan Islam Hadhari (mengikut kata teman di Semenanjung),

2. Islam yang ringkas seringkas-ringkas. Yang Islam boleh minum (minuman keras) sepertimana kaum-kaum lain tanpa rasa segan silu. Itulah uniknya mereka tetapi saya sudah menyelami budaya mereka dengan seadanya. Bezanya agama dan budaya di sini lebih kurang sahaja.

3. Tapi saya bukannya Zulkifli Nordin yang sanggup membuat laporan polis bila melihat ramai umat Islam di Sabah minum mimuman keras seperti teh tarik. Kalau nak buat, hari-hari saya kena ke balai polis agaknya. Tak apalah mungkin kerana Islam masih baru di sini.

4. Di Ranau saya berborak panjang dengan abang ipar saya mengenai dunia politik. Memang begitulah kami bila bertemu, pastinya kami berbicara mengenai politik. Bagi saya dia mempunyai pandangan atau analisis yang baik. Sayangya dia tidak mahu menulis di blog. Mungkin dia mempunyai alasan tertentu mengapa tidak berbuat demikian.

5. Beliau ada membaca artikel saya dan ada beberapa perkara secara jujurnya dia tidak bersetuju dengan penulisan saya. Saya memang terbuka mengenainya kerana setiap pendapat patut dibincangkan kenapa? Itulah ajaran Ketua Pengarang sewaktu saya bekerja di akhbar dahulu.

6. Saya tertarik dengan pendapatnya mengenai cara untuk PR bertahan atau memenangi pilihanraya. Betul ramai berpendapat UMNO bertahan kerana wang atau kerana sokongan MCA dan MIC. Tapi kita tidak mampu menghalang UMNO untuk menggunakan wang untuk meraih undi.

Penyokong Pakatan Rakyat mesti kekalkan pakatan ini untuk menumbangkan BN.

7. Tapi untuk PR terus melawan BN, katanya formula yang ada sekarang mesti diteruskan iaitu 1 lawan 1. Kita tidak boleh ada lagi kawasan DUN atau Parlimen ada pertandingan 3 penjuru atau sebaliknya. Pecah undi akan membuatkan BN selesa. Saya bersetuju dengan pendapat itu kerana BN atau UMNO tidak sekuat dahulu lagi.

Lagak ahli UMNO...cuba tanya dia Presiden UMNO pertama siapa dia...arrggargg...

8. Satu lagi dakwaannya, UMNO pasti akan jatuh juga. Tidak ada parti di dunia ini akan dapat bertahan selama-lamanya. Hanya tinggal UMNO di dunia ini yang sejak merdeka terus berkuasa sehingga kini. Baginya UMNO ini diibaratkan seperti filem 'The Last Mohican'.

9. Ya betul UMNO akan jatuh juga akhirnya. Dia bertanya betulkah UMNO melantik 'pemikir' luar untuk parti itu berkuasa. Saya katakan tidak pasti dari luar atau tidak tetapi saya katakan memang mereka mempunyai 'team pemikir' yang tugasnya bagaimanakah untuk menarik pengundi atas pagar yang menguasai hampir 45% undian di dalam pilihanraya.

10. Pengundi tegar memang sukar dilakukan apa-apa mengenainya. Akhir sekali mengikut andaiannya, liputan media mengenai perkara negatif terhadap PR banyak memberi kesan terutamanya terhadap pengundi atas pagar. Team 'pemikir' UMNO berjaya dari sudut psikologi untuk mempengaruhi atau merubah pemikiran masyarakat persepsi terhadap PR

11. Anda mesti ingat pengundi atas pagar bukanlah peminat politik. Mereka bukan peminat blog dan mereka lebih tertarik dengan ruangan Facebook. Mereka ini akan muncul bila waktu mengundi dan banyak dipengaruhi oleh isu semasa untuk mengundi. Sebab itu di Kelantan mahupun di Terengganu perubahan agak ketara. Di Kelantan suatu ketika dahulu PAS hanya ada majoriti 2 kerusi sahaja. Tiba-tiba pada pilihanraya yang lalu UMNO hanya mampu menang 6 kerusi sahaja daripada 45 kerusi yang dipertandingkan.

12. Pengaruh bloggers sebenarnya tidak banyak mempengaruhi undi atas pagar. Akhbar Keadilan, Harakah dan DAP lebih memainkan peranan. Syukurlah Sinar Harian menampakkan keadilan sedikit kepada PR dalam laporan akhbarnya. Jadi serangan akhbar perdana lebih berpengaruh kepada minda masyarakat (pengundi atas pagar).


DS Wan Azizah mesti meletak jawatan untuk tidak dilihat parti keluarga Anwar.

13. Apapun seperti yang saya katakan, pengunduran satu persatu ahli mahupun wakil rakyat PKR, Anwar bertindak. Anwar mesti membuat kenyataan rasmi mengenainya. Seperti yang saya katakan di dalam part 1, ia adalah proses perbersihan.

14. Bagi saya adatlah parti baru bila berlaku perkara seperti ini. Sejarah PKR baru setahun jagung. Banyak yang masih tidak kena dengan parti ini. Anwar mesti maklumkan ia adalah proses pembersihan yang bagus untuk rakyat. Kita sudah mengenali siapakah sebenarnya pejuang yang betul-betul ingin membela nasib rakyat.

15. Jadi kita mesti kuatkan semangat. Ingat perjuangan kita bukan kerana Tuan Guru Nik Aziz dan juga bukan kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perjuangan kita adalah untuk melakukan perubahan (reformasi). DSAI atau TGNA akan pergi juga. Adakah bila mereka tiada nanti semangat kita hilang.

16. Apakah kita ingin digolongkan dengan golongan yang kurang cerdik. Hanya melihat berlaku penipuan. Melihat berlaku salah guna kuasa. Melihat wang rakyat dihabiskan kepada kroni mereka. Bukankah kita dilahirkan sebagai khalifah. Esok lusa belum tentu kita boleh membaca blog atau membaca surat khabar lagi. Jadi hidup kita mesti digunakan dengan sebaik-baiknya.

17. Kita mesti lakukan perubahan. UMNO sudah terlambat untuk diselamatkan. Jika mereka inginkan perubahan, mereka hanya akan tinggal 1,000 ahli cawangan yang masih baru agaknya. Yang lain mana mungkin, sudah terpalit dengan rasuah dan sebagainya. Pencucian UMNO sudah tidak mampu dicuci walaupun dengan menggunakan Dynamo sekalipun.

aksikurangajaranjingbar (GAMBAR) Ahli UMNO kencing atas gambar Haji Hadi n Nik Aziz
18. Kita orang yang cintakan agama, berakhlak dan tahu yang mana buruk dan baik jangan jadi seperti mereka ini. Lihat perangai mereka seperti gambar di atas. Siapakah mereka ini yg sanggu kencing di wajah Tuan Guru kita.

1 comment:

Anonymous said...

hoi talibarut anjing dap...bertaubat la..jangan jilat tahi anjing depa..hang tu melayu..sedar la sikit..carlsberg jangan di minum..