By: Norman
Suatu pagi bersama Peguam...
1. Pagi tadi saya sempat berbual panjang dengan rakan yang juga merupakan peguam saya. Dia sengaja datang bercuti bersama rakan-rakannya untuk bermain golf di Sutera Harbour.
2.
Kami sempat berbicara mengenai kes Anwar Ibrahim. Katanya kes seperti ini sebenarnya mudah jika ia berjalan mengikut lunas undang-undang yang betul. Yang menjadi tanda tanya dalam perbualan kami, sebelum ini kita mendengar komen daripada Dr Mohamad Osman mengatakan dia mengesahkan Saiful tidak diliwat. Tetapi berdasarkan keterangan ketika ini Dr itu mahu Saiful merujuk kepada HKL.
3. Setahu saya Dr Mohamed Osman mengesahkan Saiful tidak diliwat. Peguam saya juga hanya mengikuti kes ini berdasarkan laporan akhbar samada Utusan atau Harakah dan Keadilan. Dia tidak mengikuti kes ini secara khusus. Namun pendiriannya seolah-olah mahu menyalahkan Anwar.
Dalam akuan bersumpahnya, Dr Osman mempertahankan laporan perubatannya itu di mana beliau tidak menemui sebarang kesan liwat selepas memeriksa dubur Saiful.
Saiful telah mendakwa dia telah diliwat oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun lalu.
Anwar kemudiannya didakwa di mahkamah atas tuduhan tersebut beberapa minggu kemudiannya.
Dr Osman berkata, beliau mengadakan sidang akhbar hari ini untuk membersihkan namanya.
Beliau yang membaca kenyataannya berkata, beliau mengambil cuti kerana beliau merasa tertekan ekoran siasatan polis terhadap pemeriksaan perubatannya ke atas Saiful.
Dr Osman juga berkata, beliau tidak tahu bagaimana laporan perubatannya ke atas Saiful diketahui umum.
Ditanya sama ada beliau masih lagi berkhidmat dengan Pusrawi, Dr Osman berkata, beliau akan kembali bertugas secepat mungkin.
Dr Osman juga menafikan dakwaan bahawa beliau bimbang terhadap keselamatan dirinya.
4. Saya katakan, Dr HKL juga turut mengesahkan tiada kesan Saiful diliwat pada duburnya. Kata peguam itu setahunya ia berdasarkan kepada maklumat daripada Raja Petra Kamaruddin sahaja tanpa membuktikan siapa tiga doktor yang dimaksudkan.
5. Pening juga bersoal jawab dengannya. Hujah saya pula mengapa Saiful pergi berjumpa Najib. Jawabnya itu bukan hujah untuk membuktikan Saiful tidak diliwat. Itu hujah cuba membuktikan berlakunya konspirasi. Sekarang yang penting kita kena tunggu sehari dua untuk peguam pendakwa membuktikan pengesahan dari Dr HKL bahawa Saiful diliwat.
6. Saya katakan pula bukankah sebelum ini Saiful mengatakan dia diliwat oleh DSAI dengan menggunakan kondom. Bagaimana boleh berlaku ada kesan air mani di dubur Saiful. Jawabnya tidak pasti kenyataan tersebut kerana setakat ini tidak ada sebutan di mahkamah dari Saiful (belum disoal).
7. Katanya ketika ini hujah terbaik, DSAI mesti membuktikan yang beliau tidak berkunjung ke kondominium tersebut pada tarikh dan masa tersebut. Ia bukan sahaja boleh menyakinkan Hakim tetapi kepada penyokong DSAI. Jika tidak katanya sukar juga dan mungkin kepada pengundi atas pagar akan kecewa dengan PKR sekaligus PR.
8. Liciknya peguam ini membuatkan saya tergamam untuk menjawab soalan seterusnya. 'Aku nak tahu kenapa Anwar pergi ke kondominium tu jika betullah apa yang dikatakan oleh Saiful dan dibuktikan.' Seperti komen saya semalam, dia juga bertanya soalan yang sama. Dalam hati saya, peguam ini rasanya tidak tahu saya menulis di blog Otai Manjung ini tetapi bagaimana dia menyuarakan pendapat yang sama.
9. 'Kalau aku sebagai peguam kes ini aku akan bertanya, mengapa perlu bertemu Saiful di kondominium tersebut. Tak boleh di pejabat sahaja atau di rumah DSAI. Kenapa DSAI mahu tinggal atau menyewa di kondominium? Bukan kah ada niat tertentu untuk bertemu di situ. Seperti pasangan kekasih yang bermadu asmara di hutan, jika tidak berniat melakukan perkara yang tidak baik mereka akan berjumpa di KFC sahaja?," hujah peguam ini.
.
Jawab saya, itu kata Saiful, tunggulah nanti hujah peguam Anwar. Ok, katanya dia akan tunggu. Kerana geramkan gelagatnya, saya mengajak dia berbicara mengenai profesion peguam.
11. Saya katakan, kerja peguam inilah yang paling tak guna. Pisau cukur kata saya. Dia dan rakan-rakannya ketawa. Jawabnya, itu profesion fees yang kami belajar sampai nak botak kepala. Cepat saya membantah, kerja doktor, cikgu, arkitek semuanya memerlukan otak untuk belajar yang memerlukan profesion fees juga! Tapi mereka ikhlas demi masyarakat kecuali doktor pakar.
12. Saya katakan, hanya dengan copy paste surat perjanjian pembelian rumah, RM 3-4 ribu dibayar. Itu belum kes-kes yang lain. Semua cerita bila disampaikan hampa kata boleh dibawa ke mahkamah. Tapi bila kes dah jalan kadang-kadang last minute baru nak study. Piiiiira...sambil disambut gelak ketawa tanda akur agaknya dengan dakwaan saya itu.
13. Tak puas dengan itu saya katakan, betul lah apa yang dikatakan dengan lawyer buruk. Rasa sibuk dengan kes lain atau urusan peribadi, senang sahaja maklumkan pada mahkamah tak dapat hadir. Kes ditangguh.
14. Yang susahnya pelanggan, yang terpaksa menghabiskan duit, masa (terpaksa ambil cuti) dan bermacam-macam lagi masalah. Akhirnya kata rakan (peguam) tadi, betul tugas lawyer agak mudah. Cuma waktu belajar je dulu rasa perit. Dalam erti kata lain 'easy money'. Jawab saya peguam Anwar je yang ikhlas...
15. Apapaun kepada para pejuang, kita kena teruskan perjuangan kita. Perjuangan kita bukan kerana Anwar sahaja tetapi untuk rakyat dalam menentang kejahilan pemimpinan BN. Lawan tetap lawan!!!
1 comment:
Just received a check for $500.
Sometimes people don't believe me when I tell them about how much you can earn taking paid surveys online...
So I show them a video of myself actually getting paid $500 for filling paid surveys.
Post a Comment