KELEBIHAN UMNO, PAS & DAP...DAN KEKURANGAN PKR


By: Norman

1. A'kum & salam sejahtera. Sewaktu di Keningau bersama mertua saya dikejutkan dengan panggilan telefon dari bekas anak buah buah saya yang berkerja di akhbar harian milik kerajaan. Katanya, 'Bos 5-0. Telur ayam je PR dapat...", diiringi ketawa kecil dan saya tidak pasti adakah ketawanya itu ingin menyindir saya atau menyindir keputusan lima hakim tersebut.

2. Saya masih terlupa untuk membawa laptop bersama-sama kerana pagi-pagi lagi mertua sudah mengejutkan saya untuk ke sana. Saya pun tak tahu apa tujuan asalnya. Rupa-rupanya dia ingin menjadi pemandu pelancong di mana Keningau adalah satu-satunya bandar yang masih belum saya lawati di negeri Sabah.

3. Saya teruja melihat pemandangan yang indah sepanjang perjalanan ke Keningau. Banjaran Crocker yang kami lalui membuatkan saya teruja. Kami singgah sebentar ke Restoran milik Dr Jefrey Ketingan yang berada di puncak Crocker. Sejuk dan menenang kan jiwa.

4. Dalam perjalanan tersebut dia menceritakan apa yang berlaku di kawasan (lupa nama Kg. tersebut) di mana beliau pernah menjadi ahli Parlimen di situ. Katanya isu terbesar yang pernah dilalui ialah mengenai krisis agama antara orang Kristian dan Islam. Dia terpaksa pulang dari Kuala Lumpur ke kawasan Tambunan untuk menyelesaikan masalah tersebut walaupun dihalang oleh pihak polis.

5. Katanya kepada pihak polis, 'saya adalah wakil rakyat di kawasan ini, mana mungkin saya membiarkan suasana begini berlaku," jawabnya. Selepas 2 jam 10 minit barulah kami tiba di Keningau. Keningau bandarnya seperti bandar Teluk Intan. Mempunyai penduduk sekitar 300 ribu orang.


Hotel penginapan kami di Keningau.

6. Saya masih teringat mengenai peristiwa Ribut Greg tahun 1996 yang melanda di sebuah kampung di sini. Nantilah saya ceritakan mengenainya kerana banyak isu yang ingin saya sampaikan pada kali ini.

7. Di sini ingin saya mengulas mengenai beberapa peritiwa yang menjadi bola tanggung kepada BN atau UMNO khasnya yang menyerang bertubi-tubi PR sejak sebulan yang lalu. Satu persatu bola tanggung disambut oleh UMNO dan sedikit sebanyak mereka berjaya menggugat keimanan pengundi atas pagar yang rata-ratanya di kalangan orang Melayu.

8. Apa kelebihan UMNO? Kelebihan UMNO ialah kerana mereka mempunyai wang. Apa kena wang dan parti? Dengan wang ibarat semua boleh jadi. Impak terbesar kepada ahli-ahli UMNO, mereka setia dengan parti demi mendapatkan habuan kontrak berjuta ringgit.

9. Walaupun banyak yang tidak kena dengan parti UMNO terutama mengenai rasuah tetapi ahlinya tidak berani bersuara jika mereka merasakan pucuk pimpinan parti melakukan kesalahan. Mereka tidak berani menegur mengenai rasuah, pencabulan hak asasi, mahkamah, polis dan sebagainya.

10. Ahli atau pemimpin UMNO tahu mereka akan kehilangan projek berjuta ringgit jika mereka berani bersuara. Sebenarnya UMNO tidak sekuat mana tetapi mereka berjaya mengawal ahlinya dengan habuan yang diberikan kepada ahli parti. Habuan adalah agenda terpenting ahli UMNO mengejar pangkat di dalam parti.

11. Ahli UMNO mungkin kurang dari segi kekuatan iman tetapi kekuatan wang membuatkan mereka begitu setia dengan parti. Jarang ahli UMNO yang mengingkari kata-kata Presiden. Berani mereka tidak ke mana seperti ahli-ahli UMNO Terengganu. Contohnya, Idris Jusoh berani derhaka kepada Sultan tetapi tidak berani derhaka kepada Presiden UMNO. Ini kerana hutang budi dibawa mati, hutang korupsi merana sampai mati.

12. Ahli UMNO mempunyai banyak kelebihan terutamanya mereka dilindungi oleh pemerintah jika melakukan kesalahan. Mereka berani berdemontrasi kerana tahu polis tidak berani mengambil tindakan. Jika polis ambil tindakan, pemerintah akan mengambil tindakan kepada polis pula. Jadi itulah kelebihan menjadi ahli UMNO.

13. Sebab itu di dalam parti UMNO tidak ada orang seperti Zulkifli Nordin. Cerita sedikit mengenai Zulkifli Nordin, nadanya di dalam TV yang sempat saya tonton, saya terkejut kerana dia langsung tidak menyalahkan parti UMNO. Sedangkan UMNO banyak menidakkan undang-undang Islam yang diperjuangkan oleh Zul di dalam pentadbirannya.

14. Saya harap selepas ini Zulkifli Nordin akan membuat laporan polis bila Menteri UMNO membenarkan lesen perjudian, membenarkan rumah urut, membenarkan kelab-kelab malam, membenarkan konsert dan sebagainya. Anda ingat dia akan lakukan? Saya kata tidak sama sekali sebab Zul Kulim bukan pejuang Islam tulen. Kalau saya menjadi DSAI, lama sudah saya buang Zul ini. Alang-alang sudah tidak boleh merampas kerajaan, buang saja.

15. Apa kelebihan PAS? Kelebihan PAS kerana rata-rata pemimpinnya boleh dikatakan sebagai golongan yang takwa kepada Allah. Rasa takut kepada Allah mengatasi perasaan takut kepada polis Malaysia. Rasa takut kepada Allah membuatkan mereka redha dengan ujian demi ujian yang Allah berikan.

16. Sebab itu kebanyakkan ahli PAS jarang kurang ajar dengan pemimpin mereka. Sebab itu ahli PAS (wakil rakyat) sehingga kini gagal untuk UMNO memancing mereka dengan wang. Sebab itu ahli PAS tidak pernah rasa bebanan bila ditimpa ujian-demi ujian. Sebab itu ahli PAS sentiasa redha dengan kekalahan. Sebab itu ahli PAS lebih kebal dari komondo.

17. Itulah hebatnya Islam yang diajar oleh Rasulullah sehingga dapat dilihat apabila iman sudah berada di dalam jiwa, sukar digugat oleh syaitan atau manusia bertopengkan syaitan. Inilah kelebihan PAS berbanding dengan parti-parti lain di negara ini.

18. Alhamdulilah berkat kesabaran ahli PAS, mereka telah dihujani dengan ahli-ahli dari golongan profesional seperti Hakim, Peguam, Doktor, Jurutera, Pensyarah dan sebagainya. Hinggakan UMNO sendiri ketandusan golongan profesional menyertai parti tersebut. Ahli UMNO ramai mereka yang yang berstatuskan kontraktor sahaja ketika ini.

20. Apa kelebihan DAP? Kelebihan DAP ialah kerana mereka mempunyai pengundi yang saya jangkakan seramai 35% (berbangsa Cina) daripada keseluruhan pengundi di Malaysia. Pecahan pengundian (pemetaan kawasan DUN) yang banyak di kawasan bandar memberikan banyak kelebihan kepada DAP di mana 80% penduduk di kawasan bandar hampir di seluruh bandar-bandar di negara ini populisinya adalah dari kaum Cina.

21. Bangsa Cina tertarik dengan DAP bukan sahaja kerana parti ini akan memperjuangkan bangsa mereka tetapi ketelusan berbanding MCA . Bangsa Cina melihat MCA mahupun Gerakan sepertimana orang Melayu melihat UMNO. Orang Cina seperti orang Melayu juga mereka juga inginkan konsep telus tanpa korupsi.

22. Ramai rakan-rakan Cina memberitahu saya, mereka bukan penggalak rasuah tetapi keadaan yang memaksa. Sebab itu rakan Cina di Kelantan begitu selesa berniaga di Kelatan kerana ketelusan kerajaan negeri memudahkan perniagaan mereka.

23. Orang Melayu tidak bolehkan salahkan DAP jika mereka mempunyai agenda untuk memperjuangkan bangsa mereka. Yang penting mesti ada kesakmaan kerana ia merupakan konsep perjuangan dalam Pakatan Rakyat. Yang marah sangat tu kontraktor UMNO yang tak dapat projek secara runding terus, yang bising sangat itu orang yang berkepentingan politik sahaja tetapi yang bingungnya, mereka yang ditawarkan RM 10 untuk berdemontrasi itu.

24. Kita mesti ingat PAS juga ingin membela bangsa Melayu lebih daripada bangsa lain. Tetapi disamping ingin membela bangsa Melayu, PAS akur Islam mengajar untuk kita tidak meminggirkan bangsa lain. Itulah indahnya Islam jika kita mengamalkannya.

25. Lim Guan Eng sudah membuktikan dalam tempoh setahun pemerintahan dia jauh lebih baik dari Koh Tsu Koon atau pemimpin UMNO sendiri. Pemimpin UMNO sendiri tidak berani menawarkan wang RM 10,000 kepada mereka yang melaporkan kes rasuah. Guan Eng juga membuktikan dia adalah pemimpin yang adil apabila tohmahan dia tidak membela orang Melayu dijawab menerusi fakta yang jelas.

25. Lim Guan Eng membuktikan dia tidak meminggirkan orang Melayu apabila kontraktor Melayu mengatasi jumlah jutaan ringgit kontrak daripada kontraktor Cina. Guan Eng membuktikan dia memberikan lebih banyak peruntukkan kepada aktiviti Islam di negeri itu. Kita pula terperangkap dengan dakyah UMNO yang lebih mengamalkan politik perkauman apabila memainkan isu kaum dimainkan.

26. Selama hari ini orang Melayu di Pulau Pinang dipinggirkan tidak pula kita melatah. Ia tidak sekecoh itu sebab pemimpin UMNO tak benarkan. Saya tidak mahu menyalahkan sikap Lim Guan Eng yang dikritik begitu teruk akhir-akhir ini. Mungkin ada salahnya Lim Guan Eng tetapi mengapa apa yang baik dilakukan olehnya tidak diambil kira.

27. Lim Guan Eng dalam masa yang sama mestilah membuktikan lagi semangat setia kawan kepada parti lain di dalam PR. Seringkali saya katakan DAP mestilah menunjukkan keikhlasan mereka dengan mengeluarkan kenyataan rasmi (terbuka) kepada rakyat Perak, mereka akan menghadiahkan satu lagi kerusi EXCO negeri Perak jika PR memerintah di negeri itu nanti.

28. Ini penting kerana di Perak, PR begitu bergantung kepada DAP walaupun pengundi bangsa Cina hanyalah menguasai lebih kurang 40% sahaja di negeri tersebut. Tetapi memandangkan pemetaan SPR berpihak kepada DAP, maka sukar untuk PKR atau PAS memenangi kawasan mereka tanpa sokongan padu DAP.

29. Saya bukan peminat Lim Guan Eng, tapi kagum dengannya apabila diajukan soalan mengenai Zulkifli Nordin. Beliau tenang dan menjawab kenyataan Zul Kulim itu adalah bersifat peribadi walaupun Zul Kulim adalah merupakan ahli Parlimen PKR.

30. Apa kekurangan PKR? Kekurangan PKR kerana parti ini mengelirukan orang Melayu atau bangsa-bangsa lain. Orang Melayu tetap dengan semangat keMelayuan. Orang Cina tetap dengan semangat keCinaannya dan begitulah dengan bangsa lain. Di Amerika walaupun Presidennya berbangsa Negro atau kulit hitam tetapi sentimen perkauman tetap ada di kalangan masyarakat di sana.

31. Bezanya mentaliti mereka sudah jauh kehadapan yang membuat Obama terpilih. Sebab itu saya katakan PKR mesti wujudkan parti komponennya sendiri. Lagi satu Zul Kulim mengatakan DAP adalah parti anak beranak tapi sebenarnya dia ingin menyindir PKR sendiri. Saya katakan Wan Azizah mestilah meletak jawatan sebagai Presiden kerana di dalam PKR, Nurul Izzah juga merupakan salah seorang ahli Parlimen PKR. PKR dilihat sebagai parti keluarga Anwar.

32. Kelemahan ketara PKR kerana kebanyakkan ahlinya yang berbangsa Melayu adalah bekas ahli UMNO yang marah dengan UMNO samada isu Anwar, tidak dapat pangkat dalam UMNO, tidak mampu bergelar YB atau yang lebih penting tidak dapat projek dari UMNO.

33. Ahli Melayu PKR tidak terdidik dengan rasa cinta kepada agama sepertimana ahli PAS. Sebab itu ahli PKR cepat melatah jika mereka ditegur oleh pemimpin. Mereka tak rasa rugi untuk keluar parti kerana menerusi PR, mereka hanya dapat bergelar YB tapi ia tidak cukup kerana jika setakat jadi YB, mana boleh beli BMW, mana boleh dapat wang berjuta, mana boleh berbini dua dan sebagainya.

34. Sedangkan nafsu ahli Melayu PKR tidak banyak bezanya dengan ahli UMNO. Bila iman tiada, diuji sikit mulalah mereka melenting. Sebenarnya mereka ini banyak menyusahkan DSAI daripada membantu PKR sendiri. Jika saya jadi Anwar saya akan katakan begini, "Kepada ahli-ahli PKR mahupun pemimpin atau wakil rakyat PKR, saya ingin maklumkan jika anda ingin keluar parti kerana tidak setuju dengan ideologi parti dan PR, silakan berbuat demikian. Biarlah jika saya tinggal seorang diri menjadi ahli atau menjadi satu-satunya wakil rakyat PKR asalkan perjuangan saya tidak disabotaj oleh orang yang saya harapkan dapat melakukan reformasi demi untuk rakyat."


35. Kelebihan PKR hanyalah kepada Anwar semata-mata yang dlihat berkarisma dan mempunyai aura samada kepada masyarakat atau pun kepada pemimpin2 PR yang lain. Jadi kepada Bung Anwar, singkirkanlah segera Zul Kulim dari parti, jika tidak nanah yang berkudis ini sukar lagi diubati. Apa yang dibimbangkan sangat mengenai kehilangannya daripada anda kehilangan beribu-ribu penyokong.

36. Sedikit mengenai keputusan Mahkmah yang memberi kelebihan 5-0. Kenapa masih ada yang percaya kepada mahkamah Malaysia untuk mendapatkan keadilan. Jika tanya saya 100% saya tak harapkan apa bentuk keadilan mengenai isu parti di bawa ke mahkamah. Kita seolah diperbodohkan kerana masih mempercayainya.

37. Anda mesti ingat hakim-hakim yang berpangkat itu akan mengakhiri hari pencen mereka. Beranikah mereka bersuara demi keadilan? Mana mungkin.

Bersambung esok


4 comments:

Anonymous said...

woi...pegi tumbanglah kerajaan pakatan langit korang. kerajaan langit ayah pin pun tak sehina kerajaan korang..gi tumbanglah lu..

Anonymous said...

woi...pegi tumbanglah kerajaan pakatan langit korang. kerajaan langit ayah pin pun tak sehina kerajaan korang..gi tumbanglah lu..

BUCK said...

Assalamualaikumwarohmatullah...

Terima kasih saudara kerana telah membantu saya dalam membuat keputusan. Semoga perjuangan saudara serta semua warga PAS untuk memartabatkan Islam di negara yang kita cintai ini akan diberkati dan dibantu Allah Azzawajalla. Allahuakbar! Allahuakbar!! Allahuakbar!!!

BUCK said...

Assalamualaikumwarohmatullah...

Terima kasih saudara kerana telah membantu saya dalam membuat keputusan. Semoga perjuangan saudara serta semua warga PAS untuk memartabatkan Islam di negara yang kita cintai ini akan diberkati dan dibantu Allah Azzawajalla. Allahuakbar! Allahuakbar!! Allahuakbar!!!