ADUHAI ANWAR...KENAPA BEGINI AKHIRNYA?


1. Salam, agak lama saya tidak menulis di ruangan ini. Sebenarnya saya baru pulang dari Miri selepas lebih seminggu di sana atas urusan perniagaan. Lama juga saya tertinggal mengenai dunia penulisan blog dari rakan-rakan seperjuangan.

2. Di Miri saya bertemu dengan beberapa rakan lama dan baru. Rakan lama yang mahukan saya segera ke sana untuk merebut peluang perniagaan. Maklumlah bila mengambil keputusan berhenti kerja dahulu, inilah keperitan yang terpaksa dilalui. Ke sana sini mencari di mana sumber rezeki yang boleh diperolehi.

3. Rakan saya yang merupakan pegawai Petronas baru tiga bulan ditukarkan ke Miri. Dia yang berpindah secara solo tanpa membawa isteri yang bertugas di Semenanjung telah mempelawa saya untuk tinggal di rumahnya selama tempoh seminggu di sana.

4. Banyak perkara yang kami bualkan bersama mengenai minyak dan pengurusan Petronas yang akan saya tuliskan di lain masa kerana ketika ini sedang sibuk kes liwat, rasis, Lim Guan Eng dan lain-lain lagi. Nanti takut dikatakan tertinggal isu.

5. Ingat pagi tadi ingin memulakan penulisan yang sudah lama tertinggal. Tiba-tiba sahaja, pagi-pagi lagi saya diajak oleh mertua untuk bertemu Datuk Ewon iaitu Menteri Pembangunan Luar Bandar, Sabah di Marina, Sutera Harbour.

6 Sebentar tadi jam 2.00 pagi baru tiba di rumah. Buka komputer, kes Anwar Ibrahim terus menjadi bualan penulis blog. Akhbar Utusan Malaysia adalah akhbar yang paling banyak memainkan isu ini. Kegugasaran saya seperti tahun 1998 dahulu.

7. Pada tahun 1998, saya juga merasa terkejut dengan pengakuan Azizan (bekas pemandu DSAI), adik angkat beliau dan beberapa nama lagi. Pada awalnya saya juga yakin Anwar memang peliwat tetapi apabila kita mendengar keseluruhan perbicaraan, saya yakin ia adalah konspirasi.

8. Cuma setakat ini saya berasa terkilan dan berharap cerita itu tidak benar, mengapa Anwar Ibrahim suka pergi kondominium? Mengapa beliau bertemu Saiful di sana dan tidak di pejabat sahaja? Ini yang sedikit meragui saya mengenai Anwar. Saya harap Anwar akan menafikan dia pernah ke kondominium tersebut.

9. Pengundi atas pagar iaitu jumlah pengundi paling ramai yang mengundi, (pengundi atas pagar terbahagi kepada dua, satu tidak menyertai mana-mana parti dan kedua menjadi ahli parti tetapi tidak aktif dan mudah terpengaruh dengan isu semasa) akan menjatuhkan hukuman kepada PR andaikata peguam Anwar gagal menepis atau memberi keraguan yang jelas dalam perbiacaraan ini.

10. Ia amat berisiko kepada parti-parti lain seperti PAS dan DAP. PAS mungkin akan menerima tempias yang lebih teruk. Manakala Keadilan tentu akan karam seperti kapal Titanic. Jadi hujah peguam Anwar akan menjadi penentu kepada kepercayaan pengundi atas pagar. Peminat PAS atau ahli PAS sudah diibaratkan sebagai pengundi tegar yang tidak akan ambil peduli kepada perjalanan kes ini. Jika Anwar bersalah sekalipun tetap ku pangkah bulan tetapi pengundi atas pagar bagaimana?

11. Sebab itu kita doakan agar segera tiba giliran peguam Anwar menyoal Saiful dan seterusnya Anwar dimulakan bicara di kandang saksi untuk kita menilai sejauh mana tuduhan Saiful. Jika masih berkisarkan kepada saksi-saksi pendakwa dan berlaku pula pilihanraya di Perak, PR akan tewas teruk.

12. Saya meminta agar akhbar Harakah, Keadilan dan DAP memainkan peranan untuk menyerang bertubi-tubi terhadap BN. Kita telah dianugerahkan juga kes Datuk Nasir Safar. Banyak yang boleh kita mainkan isu mengenai. Saya tertanya-tanya mengapa penulis blog banyak memainkan isu mengenai Anwar berbanding Datuk Nasir.

13. Tidak sedarkah kita ia adalah bola tanggung yang sepatutnya kita gunakan sepenuhnya. Mengatakan wanita Cina datang ke Malaysia untuk menjual tubuh bukan isu yang kecil. Mohon maaf memang boleh tetapi hati yang terluka bagaimana.

14. Kita juga mesti mempersoalkan apakah tindakan yang akan dilakukan oleh pihak polis. Kita mesti cabar pihak polis untuk mengambil tindakan. Kita mesti persoalkan adakah ini agenda UMNO yang tersirat selama ini.

15. Ketika ini memang BN banyak dihadiahkan bola tanggung yang dicipta sendiri oleh ahli-ahli politik PR sendiri sehingga berjaya mengkucar-kacirkan PR. Apatah lagi ahli politik PKR adalah yang teramai yang membuat perkara bodoh di dalam mainan politik. Inilah akibatnya jika menyertai politik tanpa kesedaran agama yang kuat seperti ahli politik PAS. Ada pula yang seorang ini terlebih jihadnya.

16. Jadi saya menjangkakan PKR akan berkubur jika peguam Anwar tidak mampu memberi hujah yang berkesan untuk mematahkan hujah pendakwa. Jika PKR mampu bertahan sehingga pilihanraya akan datang, banyak ahli politiknya terpaksa disingkirkan.

17. UMNO tahu ahli PKR tidak banyak bezanya dengan perangai ahli mereka. Ahli PKR mudah diperdayakan dengan wang ringgit kerana ahli PKR kebanyakkan berdarah UMNO. Bezanya, jadi ahli UMNO boleh jadi kaya raya tapi jadi ahli PKR cukup sekadar mampu bergelar ahli Parlimen atau DUN atau lebih teruk jadi ahli sahaja yang sentiasa dihambat oleh pihak polis.

18. Maaf kerana terpaksa mengulas setakat ini dan Insyallah saya bersambung esok kerana pagi esok ada pertemuan dengan seorang rakan dari Semenanjung.


1 comment:

BUJANG SUSAH said...

businessman rupanya otai manjung ni... business apa bro.. pelawa2 la kawan .. hehehe