Showing posts with label STORM. Show all posts
Showing posts with label STORM. Show all posts

MUSIBAH @ MANJUNG : MB RAKYAT LAWAT & BANTUAN KPD MANGSA 5

DS Nizar bersama Mangsa Bencana Ribut Awal Pagi @ Manjung.

1. MUSIBAH @ MANJUNG : MB RAKYAT LAWAT & BANTUAN MANGSA RIBUT
2. MUSIBAH @ MANJUNG : MB RAKYAT LAWAT & BANTUAN KPD MANGSA - 2
3. MUSIBAH @ MANJUNG : MB RAKYAT LAWAT & BANTUAN KPD MANGSA 3
4. MUSIBAH @ MANJUNG : MB RAKYAT LAWAT & BANTUAN KPD MANGSA 4

Memerhati sekeliling alam...mengadap kesan bencana, kenapakah ini berlaku?

"KAWAN CUBA DENGAR APA JAWABNYA, KETIKA IA KU TANYA MENGAPA BAPAK IBUNYA TELAH LAMA MATI DITELAN BENCANA TANAH INI. SESAMPAINYA DI LAUT , KU KHABARKAN SEMUANYA, KEPADA KARANG, KEPADA OMBAK, KEPADA MATAHARI, TETAPI SEMUA DIAM, TETAPI SEMUA BISU, TINGGAL AKU SENDIRI TERPAKU MENATAP LANGIT, BARANGKALI DI SANA ADA JAWABNYA, MENGAPA DITANAHKU TERJADI BENCANA, MUNGKIN TUHAN MULAI BOSAN MELIHAT TINGKAH KITA YANG SELALU SALAH DAN BANGGA DENGAN DOSA DOSA ATAU ALAM MULAI ENGGAN BERSAHABAT DENGAN KITA. CUBA KITA BERTANYA PADA RUMPUT YANG BERGOYANG."- Ebiet G.Ade


Apakah yang tersirat dihati Pemimpin pilihan Rakyat ini? Kawasan Lapang ini dipukul ribut menumbangkan 4 batang pokok kelapa. MB diberitahu penduduk kampung, dulunya sekitar berhampiran kawasan bencana ini dipenuhi kawasan bakau tapi telah dirobek menjadi kolam ternakan udang oleh pihak yang berkentingan dikalangan pemimpin di zaman pemerintahan yang telah ditolak oleh rakyat semasa PRU ke 12.

Keluarga Mangsa menceritakan bagaimana kejadian ribut yg mengejutkan mereka dari tidur dan menyelamatkan anak-anak.

Di rumah mangsa inilah kami bertemu dengan 'HERO MANJUNG @ Otai Lekir'. Rumahnya tidak mengalami kesan ribut tapi mengalami 'keributan zambry' yang menyebabkannya menghalau Zambry Kadir dari mencerobohi kawasan rumahnya. Ceritanya disini : http://otai-manjung.blogspot.com/2009/05/musibah-manjung-zambry-kena-halau.html

Mangsa mendapat perhatian MB dan Skuad Bantuan Pusat Khidmat DUN Pasir Panjang.

Ketua PAS Caw. Pasir Panjang, Pegawai Pusat Khidmat DUN Pasir Panjang (Pak Hamidun) dan ADUN Pasir Panjang merangkap MB Perak membincang tindakan yang harus diambil.

Melihat lebih dekat kesan bencana.

Abang dan adik comel ni sempat menyapa OM dan menceritakan kejadian, "Bunyi kuat, abang terkejut haaa..cepat2 bangun..adik, mak, abah pun sama...haaa...tgk tu..tgk tu..haaaa". Alhamdullillah, mereka selamat sekeluarga.

Kesan hentaman pokok yang tumbang.


MUSIBAH @ MANJUNG : MB RAKYAT LAWAT & BANTUAN KPD MANGSA 4

Selepas solat Asar, MB mengambil kesempatan menjenguk rumah jemaah yang mengalami kesan bencana di Sg. Tiram.



Skuad Pusat Khidmat DUN Pasir Panjang dan Pegawai Khas MB


MB memerhati masalah rakyat


Kesan Bencana


MUSIBAH @ MANJUNG : MB RAKYAT LAWAT & BANTUAN KPD MANGSA 3

Singgah di Masjid Sg. Tiram, Lekir. Solat Asar Berjemaah, dan mengambil kesempatan berjumpa Pemuda PAS kawasan sini membaiki bumbung Sekolah Agama Rakyat dan Masjid kesan dari ribut awal pagi.



Otai-otai Sg Tiram dan Pemuda PAS berganding bahu membaiki kerosakan


Pemuda ikhlas membantu dengan kederat yang mampu

Terima Kasih dan Tahniah dengan bantuan ikhlas dari Pemuda PAS.


MUSIBAH @ MANJUNG : MB RAKYAT LAWAT & BANTUAN KPD MANGSA - 2

Sedang memerhati kerosakan rumah mangsa, pemandu sebuah lori di seberang jalan memberhentikan kenderaannya melaungkan ALLAHUAKBAR!! tanda sokongan kepada MB Rakyat. DS Nizar disambut penduduk kampung, DS Zambry dihalau penduduk kampung. Keadaan rumah mangsa ini yang agak usang mendapat perhatian MB


Mangsa mengadu kepada MB masalah yang dialaminya selama ini dan mohon jika kerajaan dulunya (BN) berminat untuk memberi tanah ganti yang sehingga kini tidak ada kataputus.


Muslimat turut mengiringi dan memberi bantuan kepada mangsa

MB melihat sekeliling rumah mangsa.

RIBUT SEBELUM MAGHRIB MELANDA SHELL GIANT MANJUNG

Dalam perjalanan awal pagi ini ke Kg. Serdang, Sitiawan, saya menerima panggilan tidak bernama memberitakan Shell Giant Manjung juga dilanda ribut semalam. Terbisik di hati saya, shubahanaallah nasib tidak ada kemalangan manusia di sana yang mana ia adalah hypermarket yang terbesar yang mempunyai pengunjung yang ramai tambahan pula semalam adalah hari Pasar Malam Manjung bersebelahan Giant. Apakah bencana ini peringatan Allah kepada penduduk Manjung? Mungkin kita alpa dan mulai jauh dari Allah? Setiap musibah ada hikmahnya.

Kelihatan Lori Fella Design, mungkin segala barang pameran telah diambil pada malam semalam.

Bayangkan sebatang besi melayang ke hujung pagar dari 100 meter tempat terletaknya khemah besar yang terhumban ke shell giant. Perkara ini harus pihak berwajib terutamanya Giant bagi memastikan kejadian seperti ini tidak berlaku lagi bagi menjamin keselamatan pengunjung.

Beginilah keadaan Shell Giant Manjung yang tertutup oleh khemah besar yang melayang dipukul ribut.

Menara lampu tunduk ke bumi dilanggar khemah yang menyeberanginya ketika melayang. Pihak pengurusan Giant harus bertindak dgn segera bagi memastikan keselamatan penduduk Manjung.
OM : Kawasan Giant adalah kawasan lapang, bagi OM ia memudahkan sesuatu arus angin yang besar menggawatkan kawasan ini. Tiada halangan atau benteng pemecah untuk mengecilkan arus angin. Ia ibarat terdedah dengan bahaya bila sesuatu bencana seperti ini. Jauhkan diri dari kawasan ini dan seumpamanya apabila ribut melanda.

RIBUT SEBELUM MAGHRIB MELANDA FASA 1A MANJUNG

Ahad, 3 Mei. Sblm Maghrib. Angin entah ribut entah pukulan apa dalam lebih kurang tidak sampai 5 minit datang melanda sekali lagi sejak akhir-akhir ini begitu kuat pada waktu yang sama (sblm maghrib) dan hari yang sama (ahad). Jadi, saya menamakan ribut ini, ribut sebelum maghrib kerana waktunya melanda adalah sama setiap kali berlaku.

Pertama kali berlaku di depan mata saya adalah bulan 2 2009 semasa sedang menikmati minum petang yang agak lewat di sebuah kedai di Taman Samudera. Ribut telah menerbangkan segala meja dan kerusi yang berada di kaki lima kedai tersebut, serta perkakasan gerai luar kedai tersemban menyembah bumi. Rakaman video telah diambil tapi sayang tidak tahu ia berada dalam simpanan mana saya. Kejadian ini diceritakan oleh member otai manjung, di Giant terjadi seperti samapah bergelimpangan di mana jualan di Pasar Malam Manjung habis berterbangan sekelip mata, pengunjung bertempiaran lari menyelamatkan diri dan keluarga. Lampu-lampu lip-lap MPM habis tumbang dan Papan iklan (signboard) kedai kebanyakannya hanyut dipukul ribut. Siren-siren polis, ambulan dan bomba bertempiaran di jalan-jalan.

Kejadian semalam, saya sekeluarga berada di rumah secara tiba-tiba angin memasuki ruang tingkap-tingkap di atas dengan berderup dan seperti tiupan seruling mengalunkan alunan semulajadi. Selepas Maghrib, saya ke tempat untuk 'surf' internet, keluar dari simpang Fasa 1A kelihatan sebuah pokok telah tumbang dan telah dipotong bagi membolehkan laluan kenderaan di Jalan Kayu Manis ( Jalan Yang Lurus yang dilitupi pokok-pokok sepanjang jalan- the'cool' road in Manjung). Terima Kasih Kepada MPM kerana bertindak pantas bagi membuka laluan.

Akar sebesar manapun tidak dapat menahan Ribut Sebelum Maghrib. Tumbangnya Pokok yang berusia lebih puluhan tahun bukti tiada yang hebat dari Kuasa Allah.


Akar sebesar manapun mencengkam tanah tidak dapat menahannya, akar juga tunduk kepada kejadian Allah.

Keesokan awal paginya, kelihatan jelas pokok yang mati membaringi mengadap ke arah kiblat seperti jenazah yang dibaringkan.

Dalam jam 9 pagi ini, pihak MPM telah membersihkan kawasan itu. Tahniah diatas kecekapan dan tindakan pantas MPM.

OM : Sekiranya anda mempunyai foto atau kejadian yang sama boleh menghubungi OTAI MANJUNG.