HIDUP RAKYAT @ MANJUNG!! (KEMPEN SIRI 7)

KAIN RENTANG YANG DIGANTUNG DI JALAN KAYU MANIS ('JALAN YANG LURUS' - THE COOLEST STREET IN MANJUNG). TERIMA KASIH KPD PETUGAS2 YANG MENAIKKAN KAIN RENTANG INI.


OM CADANGKAN AGAR KAIN RENTANG SEPERTI INI DIPERBANYAKKAN DI SEKITAR MANJUNG AGAR ANAK PANGKOR YANG TIDAK RETI BAHASA INI DAPAT MEMBACANYA SEKEMBALINYA KE PULAU UNTUK DIPULAUKAN.



POKOK-POKOK SEPANJANG 'JALAN YANG LURUS' MENJADI SAKSI LUAHAN RAKYAT DAN BERJASA KETIKA PILIHANRAYA. BOLEH DIKATAKAN IA MENYAMAI 'POKOK DEMOKRASI' DI IPOH YANG MENJADI SAKSI SIDANG DUN TERGEMPAR YANG DIHALANG OLEH KERAJAAN HARAM.


OM : Alangkah bagusnya kain rentang ini dipasang awal semasa Datin 'S' isteri kepada Zambry datang ke rumah OM di Fasa 1A, 3 minggu lalu. Kedatangan ini tidak dijangka, dan sempat OM mengambil gambar Datin bersama Ibunda OM. OM teringat kembali bagaimana pertemuan Dato' Seri Ir. Nizar semasa menjadi calon ADUN P.Panjang bertemu kami sekeluarga bagi mendapatkan sokongan, kami terpaksa mengubah lokasi agar puak-puak UMNO tidak dapat mengesan gerakan ini, namun kami dapat menjamah dan berbual di rumah abang OM di Venice of Perak dalam menyatakan sokongan dari orang lama UMNO yakni ibunda OM.

Kehidupan OM memang dikelilingi orang yang berjasa di dalam UMNO, kini pulak ibu saudara OM adalah Timbalan Wanita UMNO dalam pemilihan UMNO baru-baru ini. Sebelum ini, bapa saudara OM adalah Exco kerajaan negeri Perak, namun dijatuhkan oleh puak-puak UMNO sendiri dengan menyebarkan surat layang. Dan setiap kali pemilihan UMNO, maka berduyun-duyunlah kad ucapan hari raya la, selamat harijadilah, selamat ini lah selamat itulah dan mcm2 untuk mendapat undi orang lama manjung oleh mereka -mereka yang mahukan jawatan di dalam UMNO dan kerajaan. Walaupun keluarga besar OM berada dalam kepompong UMNO tidak semestinya generasinya akan terus bersama UMNO dan tidak untuk selamanya. OM hanya menyatakan kebenaran, tapi dari segi persaudaraan tetap diutamakan juga.
Bagaimana OM pernah menaja satu meja makan malam buat aktivis PAS Manjung bersama MB Perak selepas melawat mangsa banjir di Sitiawan satu ketika dahulu, begitu juga sambutan kepada Zambry dan kuncunya
ketika melawat premis dan makan tengahari. OM cuma heran, bila mana OM ingin membuat acara rasmi jika dijemput puak PAS, UMNO menolak untuk menghadirinya, tapi jika UMNO yang diutamakan untuk merasmikannya tidak pula PAS menolak untuk menghadirinya. Sebenarnya banyak cerita politik disekeliling OM, tapi biarlah ia menjadi sampingan untuk menguatkan ilmu politik OM di Malaysia. OM juga mengucapkan tahniah menerusi sms kpd Dato' Kong Cho Ha ke atas jawatan Menteri Perumahan. Begitu juga puak baru MCA Sitiawan yang cuba menggunakan pengaruh Bonda untuk menjadi orang utama MCA. Walaubagaimanapun, siri-siri pembongkaran mainan politik mereka akan OM bongkarkan secara siri berkaitan politik. Berkata benar walaupun ia pahit. Setiap kali PRU, pastinya orang-orang UMNO merengkam tengok anak orang lama UMNO Manjung berpaling tadah memeriahkan 'jalan yang lurus' dengan banner2 dan poster2 Pakatan Rakyat terutamanya PAS tanpa apa-apa habuan yang diharapkan.
* Jangan ingat kami pakai rock tak mahu ikut kata2 ulama Pas! Kami dengar dan patuh! Harap mana2 PAS di Manjung tidak memisahkan kami dari Ulama anda. Kukuhkan slogan PAS FOR ALL!! OM juga ada memohon agar Otai Manjung Ustaz Faizal (OM panggil Pak Sheikh) mewujudkan blognya sendiri agar setiap tazkirahnya dipertontonkan dan OM sanggup bekerjasama untuk menyiarkannya. BTW, congrate to all Malaysia Pan Islamic dan pencinta kebenaran di Manjung mewujudkan blog-blog mereka. Terbaru, PAS di tempat kelahiran Dato' Zambry telah mewujudkan blog mereka sendiri @ http://pcspb.blogspot.com/ . Blog OM hanya mendedahkan 'zaman2 jahiliah' dulu dan kini untuk komuntiti manjung membuat penyekatan selamanya. Thanks for supporting us. May Allah bless Manjung Communittee!!

No comments:

My POST