LUMUT MANJUNG (STORY 1)

Coretan ini berdasarkan pengalaman Otai Kenny yang sejak lahir di Lumut tahun 1973, Otai Uncle yang berkhidmat dengan Tentera Laut DiRaja Malaysia diawal tapak Pangkalan TLDM Lumut yang terbesar di Malaysia pada pertengahan tahun 70an dan Otai Poi yang berpindah dr Muar Johor mengikut keluarga (bapa berpindah Polis Marin Lumut) ke Lumut tahun 77. Fakta-fakta adalah dirujuk kepada orang-orang lama di sekeliling mereka.

LUMUT sebelum ini dikenali sebagai Tanah Merah pada awal penemuan tapak. Tanah Merah dahulunya diselubungi rumpai-rumpai laut yang ketikanya sehingga ke paras lutut, di situlah LUMUT diberi nama baru. Peninggalan bangunan lama seperti Pejabat Pos, Tugu Kinci Angin, Bangunan Ng Kuok Tai, Balai Polis (kini bhgn trafic shj) dan Mini Market yang masih tersergam hingga kini adalah simbol peninggalan sejarah. Tugu Jam Besar yang menyerupai kepala anjing laut (kini Bazar/Gerai), Rest House (kini Lumut Waterfront 3 Storey), Padang lapangan Lumut (kini bersebelahan Orient Star Hotel), Dewan Idris Shah (kini ditinggal kosong begitu sahaja) dan gudang Ng Kuok Tai sudah ditebusguna untuk pembangunan kini. Perak Yatch Club juga telah diubah ke Kg Acheh sebagai Organisasi lama yang masih wujud. Majestric Lumut kini tiada dalam Manjung, Mahkamah Sitiawan memainkan peranan sebelum kewujudan Mahkamah Seri Manjung (hujung 90an). Hospital Lumut kini telah dijadikan Kolej Kejururawatan dan Hospital Seri Manjung (awal 90an) mengambil alih tugas Hospital Lumut.

Kehadiran TLDM di Lumut juga meninggalkan kesan yang banyak, penduduk-penduduk asal Teluk Muruh terpaksa berpindah ke sebuah perkampungan tersusun yang diwujudkan khas utk penempatan mereka setelah kerajaan menjadikan sbhgn tempat mereka dijadikan Pangkalan TLDM. Kg Dato Seri Kamaruddin (dulu dikenali Sapuk) adalah tanah pemberian sbg ganti kepada penduduk yang memberi ruang kepada TLDM. Out Bound School Lumut asalnya terletak di dalam pangkalan TLDM, berhampiran Istana dan Wisma tetamu TLDM. Kini, ia telah dipindahkan ke Teluk Batik dan masih beroperasi hingga ke hari ini. Bagaimanapun, tapak perkuburan Islam penduduk asal Teluk Muruh masih berada di dalam Pangkalan TLDM, berhampiran Stadium TLDM dan Tokong Cina. Otai Uncle adalah 'pioneer' anggota TLDM yang dipindahkan ke Lumut di mana Blok A1 sahaja yang wujud ketika itu.

OM: Coretan ini akan disambung ke Coretan 2 setelah research sepenuhnya terhasil dari penduduk lama Manjung (OTAI MANJUNG).
Link 2: LUMUT MANJUNG (STORY 2)
Link 3: LUMUT MANJUNG (STORY 3)

No comments: