ESCAPE FROM JOM HEBOH TLDM LUMUT '09

Ahad, 26.04.2009, jam slps Solat Asar.

Kedua Puteri kecilku memujuk ayahnya untuk ke 'jom jom heboh' rintisan si anak yang mendapat tahu dari rakan dan jiran tetangganya, mamanya hanya terpulang pada ayahnya, isteriku pun akui rimas dengan acara seperti ini.
KENANGAN LALU
Tapi bila melihat si anak yang tidak memahami apa itu 'rimas' dan azab, justeru kami niat untuk membawa anak melihat suasana 'heboh-heboh' dunia ini. Otai Poi dijemput untuk melakukan tugas utamanya sebagai pemandu berhemat dan teman berbicara. Kita dulu-dulu pun merasai semua ini, di zaman hiburan ala-ala barat yang ketika itu tidak tahu erti halal dan haram. Ia mengenang kembali sejarah silam waktu kecil di Manjung, tapak permulaan ekspo 80an adalah di tapak Hypermarket Ceria Seri Manjung kini. Ketika itu kumpulan Blues Gang dan Pelawak Hebat Param dapat menarik pengunjung yang segenap umur dan bangsa, ia permulaan anasir hiburan secara roadshow, artis-artis kita pada masa itu mencari rezeki dengan pertunjukan di 'funfair'.
Hari TLDM dan Lumut Bandar TLDM, PELANCONGAN & MARITIM

Zaman remaja menceritakan 'rock influence', Ekspo ahkir 80an, menyaksikan kumpulan-kumpulan rock seperti Search, Lefthanded, Ramli Sarip & Sweet Charity, Rahim Maarof, Ella & The Boys, May dan Battle of The Bands Groups mengadakan 'show' bertapak di Stesyen Bas Seri Manjung, bersebelah dengan ITM kampus cawangan Perak ketika itu (Kini UiTM Perak di Bandar Baru Seri Iskandar). Artis-artis ini berjaya menarik pengunjung dalam sasaran 'tokey funfair', ada yang dijemput 'repeat' bagi mengaut keuntungan dan menyuburkan ke arah maksiat secara tidak langsung tanpa di sedari.
Kesasakan diatasi oleh Protela

Perkembangan hiburan ketika itu memang hebat, ekspo berlangsung selama mana percutian sekolah. Memandangkan sambutan ekspo di Seri Manjung berjaya dengan anugerah syaitan yang menguntungkan beberapa pihak termasuk JKKKK, mendapat sambutan remaja-remaja Manjung serta pegawai-pegawai dan prebet-prebet muda navy yang dahagakan tempat melepaskan 'tension', maka dijadikan acara tahunan pada 90an di Teluk Batik, Lumut yang dapat menampung pelbagai gerai, tapak pameran, 'Stage Show' terbesar sezaman itu dan Pusat Permainan yang me'rabak'kan duit 'makbapak'. Ekspo tahunan itu diberi nama PESTA LAUT LUMUT. Bermula di sini suburnya keghairahan remaja-remaja dan mat-mat navy berleluasa, indah pantai Teluk Batik telah dicemari dengan darah-darah anak dara yang kehilangan permata dan maruah di telan ombak. Bagi mengulangi, hotel-hotel penuh setiap malam diduduki berasmara, bagi yang 'budget' di dalam kereta pun jadi. Ketahuan, esok keluar 'news' maksiat di Manjung malah pernah memenangi carta maksiat terhebat di Malaysia sepertimana hebatnya artis yang datang 'show' begitulah hebatnya burung-burung jantan mencari perigi untuk menghilangkan kehausan. Jika di tanya pada beberapa artis otai seperti Awie Wings, Amy Search dan Ella, mereka pasti tidak melupakan konsert di Pesta laut Lumut yang mencecah 200,000 penonton yang menggamatkan suasana.
'Stucked'

JOURNEY OF JOM HEBOH TLDM
Perjalanan ke sana telah awal dijangka 'jammed' antara faktor 'kemalasan' untuk menjejak kaki di sana. Bermula dari Fasa 1A, Seri Manjung ke Teluk Muruh, kami terpaksa mencilok lane 2 yang berjaya keluar dari 'jammed' sejauh 2-3km. Sampai di Simpang Teluk Batik, sekali lagi kami terpaksa main jahat mem'bohong sunat' ckp nak ke marina island, jika tidak Protela yang bertugas mengarah semua kenderaan park di luar. Namun sampai di Masjid Teluk Muruh kami 'stuck' dan terus parking di kawasan 'selamat' (sebelum simpang 'shortcut' jln kampung nelayan persisiran pantai Teluk Muruh-hanya otai manjung sahaja yang tahu jalan ini).

Gerai persisiran pantai yang 'tersembunyi' di celah-celah kesesakan
Kami ambil keputusan untuk patah balik, sebelum itu kami makan laksa buyong sambil snap gambar, layan lagat pemandu yang tengah runsing, nak u-turn tak bleh nak terus ibarat ke neraka jahanam dan berbagai ragam orang yang terbabit dgn 'jammed'. Kebetulan, ada yang nak patah balik tak tahu cara kerana jalan dah jadi 7 lane, takde lorong lagi nak celah utk 'u-turn', kami memberi khabar bahawa ada jalan pintas dari sini, mereka terus menuju ke arah jalan yang ditunjukkan dan mengucapkan terima kasih. Ada yang datang dari Sg Petani terpaksa patah balik kerana tidak tahan dengan kesesakan. Kami juga mendapat info dr kwn yang ada di dalam pangkalan, mereka maklumkan keadaan yang sama dan mereka terperangkap bagaimana untuk keluar.
Pemandangan tenang disebalik kesesakan

Selesai makan, kami bergerak melalui jalan 'shorcut' persisiran pantai, tenangnya bagaikan laut di pantai, sempat juga saya 'snap' gambar pemandangan yang cantik dan teratak kayu di sepanjang laluan pintas. Terlihat otai-otai sedang bersantai dan membersih kawasan rumah mereka seolah-olah seperti tidak ada apa 'event' berhampiran rumah mereka. Keluar saja dari simpang kampung tersebut, kenderaan mulai beratur untuk keluar simpang Teluk Batik. Laluan keluar tidak terlalu 'jammed' kerana telah diatasi oleh PDRM Trafik. Sepanjang laluan melihatkan kereta membarisi, kami menganggarkan ada yang sampai setelah acara habis dan pastinya Maghrib di dalam kereta atau bas yang dinaiki atau ia berlalu sahaja.


Kenderaan berderetan di belakang setelah mengetahui jalan pintas

Hampiri Maghrib di persimpang empat Lumut, Teluk Muruh, Seri Manjung dan Sitiawan

Teratak yang tidak disangka ia sebuah Pejabat Persatuan Pemburu-Pemburu Perak di persisiran pantai kampung unik.

Brother Protela belum pernah hadapi trafic sebegini

Nasib abang-abang protela kita bertugas, mereka terpaksa harungi kesesakan ini dan atasinya. Bagaimanapun, terserlah ketidakcekapan atau bukan 'speciallity' Protela untuk perkara sebesar ini. 'Whatever', Protela dah sedaya upaya dan pengunjung harus berterima kasih pada mereka yang berkhidmat untuk negara. Kasihan pun ada, tak pasal abang-abang macho protela kita ni cekal mengawal keadaan, jika sebelum ini HARI TERBUKA ARMADA tahunan tidaklah seteruk begini tapi oleh kerana 'Kerajaan Perak kini?!?!' (yang melanggar arahan Mufti Perak) dan Orang Atasan Kementerian Pertahanan melangsungkan 3 acara dalam satu kawasan 'military' secara terbuka.

Pelancaran Lumut sbg BANDAR TENTERA LAUT, PELANCONGAN DAN MARITIM, Hari Terbuka Armada dan Hari Ulangtahun 25 TV3 menjadikan suasana Manjung gamat dan menyesakkan dada. Pemilihan lokasi adalah tidak praktikal, kedudukan Pangkalan TLDM yang mati dihujung tanjung mengakibatkan laluan kenderaan terperangkap masuk dan keluar. Andaikata, ada sesuatu yang terjadi yang memerlukan pegawai-pegawai navy berda di pangkalan untuk melakukan sesuatu yang mendesak, saya jamin jika pegawai dari luar pangkalan tidak akan sampai dalam waktu terdekat dalam keadaan ini dan saya juga pasti, navy-navy yang perlu berurusan di luar pasti sangkut dalam kesesakan ini.

Dengan 'keterbukaan' pangkalan TLDM, maka secara tak langsung pangkalan ini telah dinodai dengan anasir tidak elok seperti JOM HEBOH dan terfikirkah pihak terbabit bermungkinan beberapa negara menghantar 'perisik' dengan menjadi pelancong luar negara juga membolosi sistem pertahanan negara kita dengan hanya mengambil gambar atau apa-apa saja dengan teknologi kini. Apakah ia tidak melanggar undang-undang kawasan terlarang yang mana selama ini pihak pembekal atau kontraktor TLDM dari luar negara WAJIB melepasi pengesahan dari MINDEF? Dan terkini tidak boleh mengambil gambar di beberapa kawasan larangan?

Yang pastinya, Panglima Tentera Laut , Panglima Armada dan Majlis Perbandaran Manjung tidak akan mengulangi perkara seperti ini. Mereka tahu kesannya........

No comments: