LUMUT MANJUNG (STORY 3)

Kesinambungan dari LUMUT MANJUNG (STORY 2)
Kini, sepanjang laluan persisiran pantai Lumut Waterfront diterangi neon-neon yang berbagai bentuk, sekurang-kurangnya ia dapat mencegah para pengunjung untuk mengambil kesempatan untuk melakukan maksiat di kawasan terbuka. Kenangan zaman-zaman akhir persekolahan dan graduate old school, laman yang dahulunya padang lepak persisiran pantai menjadi tempat berkumpul otai-otai manjung tengah malam sambil mengalunkan irama gitar kapuk dan nyanyian seniman jalanan memukau suasana dingin diterangi cahaya bulan. Litar Lumut juga pernah menjadi litar lumba haram menguji kekuatan enjin-enjin yang telah di 'upgrade' spesifikasinya.

Dahulunya laluan persisiran pantai ini menjadikan kawasan riadah keluarga dan pasangan-pasangan bercinta. Ketika ini, kawasan ini masih dalam perancangan pembangunan dan masih bergelap, situasi ini boleh membuka ruang kepada aktiviti maksiat yang satu ketika dahulu ia pernah menjadi sarang bohjan dan bohsia melepaskan kegersangan mereka. Tindakan segera harus diambil.

Tugu Kinci Angin masih berdiri teguh di tempat asalnya dan menjadi simbol paling lama bagi bandar Lumut. Bagi menjaga keteguhannya, MPM seharusnya melakukan penyeliaan dan penyelenggaraan yang berterusan untuk memastikan putarannya berjalan lancar dan efektif.


Bangunan baru '3 storey Lumut Waterfront' yang didirikan adalah tapak lama Rest House Lumut. Sebelum didirikan bangunan ia dijadikan tempat meletak kereta oleh pihak pengurusan Orient Star Hotel.


Laluan Utama Bandar Lumut

Pemandangan dari persisiran pantai berhadapan Kolej Kejururawatan dan sebelum pintu masuk Harimau 3 Pangkalan TLDM Lumut. Kelihatan jauh, jeti operasi TLDM dimana setiap pelancong ke Pulau pangkor akan merentasi jeti ini.


Dahulunya ia pintu masuk dan keluar Hospital Lumut sebelum ia di pindahkan ke Hospital Seri Manjung. Kini ia dijadikan Kolej Kejururawatan Ipoh (Cawangan Manjung).


Balai Polis Lumut yang banyak berjasa kepada penduduk Manjung masih beroperasi walaupun Ibu Pejabat Polis Daerah telah beroperasi di Seri Manjung.

Mahkamah Majistret Lumut berhadapan dengan Balai Polis Lumut masih terbiar.


Bangunan Dewan Idris Shah Lumut juga terbiar begitu sahaja. Harapan MPM dapat melakukan sesuatu terhadap bangunan bersejarah ini bagi penduduk lama Lumut.

OM: Coretan kedua ini berdasarkan pengalaman Otai Kenny yang sejak lahir di Lumut tahun 1973, Otai Uncle yang berkhidmat dengan Tentera Laut DiRaja Malaysia diawal tapak Pangkalan TLDM Lumut yang terbesar di Malaysia pada pertengahan tahun 70an dan Otai Poi yang berpindah dr Muar Johor mengikut keluarga (bapa berpindah Polis Marin Lumut) ke Lumut tahun 77. Fakta-fakta adalah dirujuk kepada orang-orang lama di sekeliling mereka.

2 comments:

Anonymous said...

Does your blog have a contact page? I'm having problems locating it but, I'd like to send you an e-mail.
I've got some recommendations for your blog you might be interested in hearing. Either way, great blog and I look forward to seeing it develop over time.

Feel free to visit my blog: dental implant costs

Anonymous said...

Hi there to all, how is all, I think every one is getting more from this site, and your views are pleasant designed for new
users.

My blog post - www.katitosonline.com