HIMPUNAN TELUK RUBIAH -31.03.2012, 10.30AM di Pintu Masuk Teluk Rubiah
oleh Jaringan Aktivis Alam Sekitar Perak (JAAS Perak)dari gabungan NGO-NGO Persatuan Alam Sekitar Perak, Sahabat Alam Malaysia, Perak Green Pioneer, Media Perak, Perak Consumer Association dan Coalition of Concerned Citizens of Perak (CCCP) dan Kumpulan Aktivis 'Save Teluk Rubiah', Team Bukit Merah serta Team Anti-Lynas. Semua Dijemput Hadir!
19Feb2012, Bekas Imam Daerah Manjung (kini Masjid Jalan Hospital Ipoh), Ustaz Mohamad Huri Alias di Konsert Khalifah Seni. Bakat tersembunyi walaupun selama ini namanya menjadi bualan perihal khutbahnya yang cukup lantang serta menghilangkan rasa mengantuk. Pengisian realiti suasana umat hari ini, dan kini Ustaz membuka langkah baru seorang Imam menyampaikan seni dengan izinNYA.
Petikan gitar oleh Ustaz Huri layan Another You-Cromok (Non-HQ) di belakang tabir Konsert Khalifah Seni.
Ustaz Huri Wawancara Hijrah Artis
Ustaz Huri mengalunkan lagu ciptaannya sendiri 'Jernih SinarMU' di Konsert Khalifah Seni (Visual HD)
yang berlangsung pada 19 Feb 2012 di Marina Island Lumut.
Bermunajatku Sepertiga Malam
Memohon Restu DariMU Illahi
Berikanlah Aku Sinar Petunjuk
Yang Akan Menyuluh Suram Hidupku
Pabila Hati Dipalit Gelita
Jalan Yang Hina Menjadi Pilihan
Walaupun Tahu Mengundang Bencana
Namun Semuanya Sudah Terhijab
(Chorus)
Tuhan..Dengarkanlah
Ku Ingin Kembali...
Terimalah....Rayuanku...
Kerna Sesungguhnya
KAUlah Yang Pengasih
Dan KAU Jua Maha Penyayang
Pabila Kelam Kini Menjadi Jernih
Telah Nyatalah Jalan Yang Terang
Akan Ku Redahi Walaupun Berliku
Hingga Ke Titis Darah Terakhir
(Ulang Chorus)
Fenomena yang diakui biasa
berlaku dalam siri road tour JATI oleh Dr Hasan Ali. Rakaman ini
dirakamkan sebelum aktivis ke kawasan perumahan yang dilaporkan
mengalami bencana hujan ribut petir sekitar daerah Manjung. Khemah Pentas di tengah padang tidak dapat digunakan.
Video Suasana sebelum hujan ribut petir reda & pengakuan Dr Hasan Ali suasana ini juga berlaku di Melaka malah lebih dasyat lagi (10 kali ganda katanya):
Simpati kepada seluruh Mangsa Ribut Petir Seri Manjung, Fasa 3A yang dilanda musibah petang 02.02.2012. Mengikut keluarga mangsa yang daftar kepada J/K Komuniti Penduduk secara sukarela (Kecemasan) diumumkan lebih kurang 170 pintu rumah dari 400 buah rumah setempat. Sebelum kejadian Ribut Petir yg kuat, Petir & Guruh menyelubungi sesetengah tempat sekitar Manjung.
Pelbagai Wakil-wakil badan Politik, PDRM dan Jabatan serta syarikat-syarikat besar spt TNB JanaManjung (TNBJM) dan Boustead Naval Shipyard (BNS) datang menghulurkan bantuan teknikal dan juga material serta sumbangan kecemasan bagi mengatasi segera. Ia biasa, lumrah budaya Malaysia, kehadiran bagi sesetengah pihak hanya ketika masyarakat menghadapi musibah, segala bantuan perlu diumumkan. Yang tak pernah nampak muka sebelum ini, mala tu ramai yang tayang muka, muka bakal-bakal calon pun muncul. Bagaimanapun penduduk hargai dan ini sememangnya kewajipan pihak-pihak yang berkaitan. Kebanyakan mangsa adalah pekerja BNS, Pegawai Tinggi BNS umumkan ‘pemberian cuti’ kepada Mangsa yang bekerja BNS, secara tak langsung ia mengurangkan beban keluarga utk atasi bencana yg mereka hadapi, Terima Kasih BNS!
Krew OM dimaklumkan oleh seorang sahabat utk liputi kejadian ini, amaran ini telah di’dialog & santai’ bersama Nelayan-Nelayan sebelum kejadian ini pada 31.01.2012 di sebuah kunci air Permatang, Pasir Panjang, gambar di seperti video di bawah ini.
Program itu untuk ‘sekolah’kan masyarakat tentang pentingnya lestarikan alam sekitar, menghindari kemusnahan alam dan hak-hak sebagai nelayan terutamanya. Ia satu langkah permulaan untuk Nelayan Permatang oleh gabungan NGO Sahabat Alam Malaysia, Persatuan Alam Sekitar Perak, Persatuan Pengguna Pulau Pinang dan Persatuan Kebajikan Nelayan Pulau Pinang bersama Aktivis Alam Sekitar Manjung terhadap pendidikan dan apa perlu sebagai hak untuk mendapatkan persekitaran alam yang sihat, bersih dan selamat. Namun agak kesal bagi sesetengah pihak terhadap aktiviti ini dengan menghina nelayan-nelayan Permatang Pasir Panjang seperti dibawah ini, dan sebagai aktivis Om menjawab penghinaan itu spt gambar bwh ini. Maaf cakap, ini orang sekutu Umno Lumut yang tak pernah nak ambil iktibar.
Berbalik kepada peristiwa bencana, ada anak muda yg prihatin gua kenali yg bertindak lebih baik dr menunggu kehadiran orang-orang besar, J/K komuniti juga bertindak dgn sukarela, pendaftaran mangsa dibuka dan hubungi pelbagai agensi. Anak muda ini memberi no tel Pegawai TNB JanaManjung ketika J/k umumkan siapa yang ada no tel TNBJM. Kehadiran Pegawai Tinggi TNBJM menjamin sumbangan kecemasan sebyk RM10,000 kepada komuniti, juga permasalahan kuasa elektrik di rumah mangsa juga TNB sediakan Jurutera bertugas serta merta. Satu perkara tentang TNBJM, Pusat Operasinya di Teluk Rubiah mgkin ia antara efek berlakunya bencana ini namun sifat keterbukaan Pegawai Masyarakatnya membuat aktivis boleh bekerjasama dalam melestarikan alam, antara cadangan sumber arang batu kepada sumber angin. Bahkan Pegawai Masyarakat sendiri bersama Pegawai Tinggi TNBJM malam itu berjumpa Aktivis untuk mendapatkan gambar-gambar rumah yang terkesan dari bencana ini dan sempat menyatakan kerjasama dengan Aktivis Manjung melalui NGO Sahabat Alam M’sia & Persatuan Alam Sekitar Perak untuk menanam bakau sejumlah 500 pokok. Dan PT TNBJM mohon adakan kajian atau percubaan dalam kuantiti yang sesuai untuk pastikan ia boleh tumbuh di kawasan-kawasan yang dimaklumkan oleh Nelayan-Nelayan Permatang Pasir Panjang di dialog bersama aktivis alam sekitar 2 hari lepas. Terima Kasih TNBJM!
Bila mana penduduk kata perlu membuat report polis, PDRM hulurkan kemudahan dengan membuka kaunter di lokasi, asalnya setiap wakil rumah diperkecilkan ikut blok utk wakili membuat report, kalau tak jenuh 170org nak kedepan, siapa nak gotongroyong utk bantuan bagi rumah yg perlu diatasi dahulu bagi keselamatan isi rumah malam itu. Nak buat repot kena bagi salinan fotokopi mykad, datang anak muda ini tegur kat mana jam lewat macam ni kedai fotokopi mana ada yg buka, dia syorkan sesiapa yg ada scanner printer boleh dipinjamkan dahulu. Dtg org yg hulur, Selesai masalah! Terima Kasih PDRM kerana melancarkan rondaan di perumahan mangsa-mangsa agar tidak berlaku sebarang yang tidak dingini dan cubaan mengambil kesempatan.
Namun, agak lucu tiada siapa bentangkan punca kejadian, Ya Bencana Allah, kenapa? Iktibarnya? Tentang Kaji cuaca spt di huraian bawah ini?!
Laporan Jabatan Meteorologi Malaysia, AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH
Dari
rekod kaji cuaca secara online bacaan taburan hujan 24jam 02.02.2012 12:00UTC ;
Seksyen C: Amaran Ribut Petir Menyeluruh. Boleh mencecah kelajuan Angin 50km/j
dan laut gelombang 3.5meter. Bahaya Kepada Bot Kecil.
SEMUA TIDAK DIBANGKITKAN! Kecuali seorang Ustaz
yang gua kenali yang sempat bertazkirah perihal bencana sebelum berhenti
tazkirah untuk memberi laluan MB yang baru sampai. Ya yang perlu adalah atasi
situasi cemas ini dahulu, tak dinafikan, tapi jika menunggu seorang MB hampir 2
jam menjadi utama, maka tidakkah kesempatan masa itu diperbincangkan mencari
punca dan cara atasi jangka masa panjang boleh dibuat bersama penduduk, ambil
pandangan setiap penduduk, selami masalah sebenar mereka, tubuhkan komuniti
bencana ambil tindakan, bukan hanya datang sekadar menyelesaikan jangka pendek.
Penduduk sebenarnya ramai yang merungut, ia bukan kejadian kali pertama .Cuma
kali ini lebih dasyat. Tengoklah kesannya, antaranya bumbung melayang lebih 50
meter spt di https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1878093048031&set=a.1878054967079.55458.1712422991&type=3&permPage=1
dan boleh mendatangkan kemalangan jiwa. Ada yang berterbangan ke atas rumah
jiran, kata mereka sampai bila ini harus mereka tanggung yang harusnya rumah
menjadi perlindungan dan keselamatan keluarga. Tapi rumah yang mereka duduki
tidak lagi berada di ZON SELAMAT?!?!
Lihat apa persekitaran kalian. Tidakkah Alam
juga memainkan peranan? Orang Manjung ambil-ambil tahulah apa yang di Rancangan
Tempatan Daerah Manjung, tengok di RAHSIA PEMBANGUNAN MANJUNG dan STRATEGI PEMBANGUNAN MANJUNG oleh MSK-MalaysiaTimes. Moga Ujian ini dihadapi dengan tabah dan carilah iktibar serta ikhtiar agar
ia tidak berulang lagi! Terima Kasih komuniti dan penduduk setempat yang sempat
dirakamkan rumahnya serta aduan-aduan yang diberitahu kepada krew OM.
Persekitaran
yang tidak seimbang dan berhampiran kawasan terbesar pendudukan manusia daerah
Manjung serta Zon-zon sensitif Alam Sekitar. data diperolehi oleh NGO- Sahabat Alam Malaysia.
1. Projek Kilang Memproses Bijih Besi di Teluk Rubiah, Daerah Manjung. Berkaitan Perancangan Fizikal
• Tidak mematuhi dan mengguna-pakai pelan perancangan fizikal;
• Tidak mematuhi dan mengguna-pakai peruntukan perundangan*; dan
• Tidak mematuhi dan mengguna-pakai asas pertimbangan utama menyemak
Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekelilng (Laporan EIA) yang ditetapkan
oleh Jabatan Alam Sekitar.
2. Kegiatan Pemusnahan Hutan Paya Laut di Daerah Manjung, Perak
Berkaitan Perancangan Fizikal, Perhutanan dan Perikanan
• Tidak mematuhi dan mengguna-pakai pelan perancangan fizikal;
• Tidak mematuhi dan mengguna-pakai peruntukan perundangan*;
• Tidak bersungguh-sungguh mmenguatkuasa peruntukan perundangan*, dan
• Tidak mematuhi dan mengguna-pakai Dasar Perhutanan Negara, 1978.
3. Kegiatan Pemusnahan Hutan di Hutan Simpan Segari Melintang,
Daerah Manjung, Perak
Berkaitan Perhutanan
• Tidak mematuhi dan mengguna-pakai peruntukan perundangan*.
4. Cadangan Pembangunan Kawasan Pelancongan Teluk Segadas Pulau Pangkor, Daerah
Manjung, Perak
Berkaitan Perhutanan
Hutan Simpanan Kekal dikenal-pasti telah dimansuhkan tidak diganti mengikut
Seksyen 12, Akta Perhutanan Negara, 1984
i. Hutan Simpan Lumut - 5.24 hektar - 8 Julai 2009
ii. Hutan Simpan Teluk Muroh- 121.16 hektar - 6 Januari 2010
iii. Hutan Simpan Pangkor Selatan - 2.20 hektar- 31 Disember 2009
Rumah Terbuka Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina 2012.
Minit ke 2:00 - 2:50, Najib diserbu sebaik turun dari bas.
NGO
& Aktivis Persatuan Alam Sekitar Perak, Sahabat Alam Malaysia &
Persatuan Pengguna Perak bersama Warga Manjung yang prihatin menyerbu
ketibaan Najib dengan penyerahan Memo tentang Kemusnahan Alam Sekitar
khususnya di daerah Manjung.
Keratan Akhbar Sin Chew
Bantahan ini berjalan dengan Aman dan
berjaya menyampaikan memo tersebut yang disambut sendiri oleh Najib
setelah diasak berkali-kali dan jeritan namanya. Rakyat berhak untuk
mendapatkan persekitaran yang Sihat, Bersih dan Selamat, luahan oleh
para aktivis dan warga tempatan.
Isu Kemusnahan Alam Sekitar samada kemusnahan Hutan, Bakau & Zon Sensitif Alam Sekitar di sekitar Perak & Manjung terutamanya menyatukan individu-individu ke dalam satu kumpulan tidak berkepentingan politik yang
mencapai kata sepakat akan bergerak dalam Pilihan Raya Umum 13 akan
datang untuk turut berkempen menjatuhkan pemerintah yang melanggar hukum
alam terutamanya bagi kawasan Parlimen Lumut atau sasaran tepat DUN
Pangkor yang kini menjawat sbg MB Mahkamah Perak. Solidariti ini merupakan peringatan buat semua pemimpin poltik dan bakal pemimpin, jika kalian teruskan perkara ini berlaku lagi di masa datang, kalian juga akan terima kebangkitan ini.
Teguran oleh Jabatan Audit Negara didalam
Laporan Ketua Audit Negara- Aktiviti Jabatan / Agensi Pengurusan
Syarikat Kerajaan Negeri Perak Tahun 2008 adalah jelas merumuskan bahawa Pihak Berkuasa
Negeri lemah khusus tentang aspek
pematuhan undang-undang dan penjagaan alam
sekitar didalam pengurusan hutan, kerjaan negeri tidak bertindak untuk atasinya.
Begitu juga teguran
melalui surat oleh NGO-NGO sperti Sahabat Alam Malaysia, Persatuan Alam Sekitar Perak dan Persatuan Pengguna Perak tidak jalan, melalui akhbar juga tidak dipedulikan,
melalui media internet tidak diendahkan, justeru kata sepakat menubuhkan
satu 'movement' terbuka yg prihatin terhadap alam terutamanya daerah
Manjung, mereka dan masyarakt yang prihatin akan bongkar habis-habisan bagi menyelamatkan bumi hijau
Perak, atau sekurangnya mengelakkan dari terus dijahanamkan oleh
pemerintah yang mahu meneruskan kedurjanaan ini.
Kuasa
dijadikan 'tiket' menghalalkan segala kemusnahan alam demi kekayaan
kroni dan orang-orang yang berkepentingan. Alasan lunak pelbagai untuk
meluluskan kemusnahan hutan dan pusat riadah zon pelancongan menjadi
mangsa transformasi. Akta dimanipulasikan, mengambil sbhgn hutan simpan
kekal tapi tidak digantikan mengikut akta, hingga hari ini terus-terusan
hutan, bakau dijadikan hak peribadi. Sedarlah wahai pemimpin, apakah
kalian tidak lihat bencana yang Tuhan bentangkan, oh, mereka mudah lupa!
Projek Kilang Memproses Bijih Besi di Teluk
Rubiah, Daerah Manjung, Perak
Berkaitan
Perancangan Fizikal:
1. Tidak mematuhi dan mengguna-pakai pelan
perancangan fizikal;
2. Tidak mematuhi dan mengguna-pakai peruntukan
perundangan*; dan
3. Tidak mematuhi dan mengguna-pakai asas pertimbangan
utama menyemak Laporan Penilaian Kesan Kepada
Alam Sekelilng (Laporan EIA) yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar.
*Sumber : Sahabat Alam Malaysia & Persatuan Pengguna Dan Alam Sekitar Perak
Apakah
Hutan Simpan Kekal itu disimpan kekalkan utk kroni bikin duit? Kita
tahu Jabatan Hutan terapit dan dikambinghitamkan oleh pemerintah atas
kelulusan MB, mereka juga gusar melihat rakusnya pemerintah membiarkan
Alam dicantas. Mereka ada akta tapi tidak boleh bertindak kerana
penguatkuasaan bukanlah milik mutlak Jabatan Hutan, mereka sekadar 'Yang
Menurut Perintah'.
Semasa pentadbiran Zambry Abdul Kadir seluas kira-kira 3,948 hektar Hutan Simpanan Kekal dikenal-pasti telah dimansuhkan tidak diganti mengikut Seksyen 12, Akta
Perhutanan Negara, 1984. *Sumber : Sahabat Alam Malaysia & Persatuan Pengguna Dan Alam Sekitar Perak.
Hey Zambry, sedarkah kamu Orang-orang Jabatan
Hutan menangis jagaan mereka diabaikan, dan mereka tidak akan memilih
pemimpin yang terus menekan mereka utk memberi hutan dibalak-haramkan
berleluasa tanpa aturan hukum alam. mereka hanya mahukan hutan
dibangkitkan kembali agar generasi akan datang dapat terus hidup dengan
oksigen bersih yg Tuhan Kurniakan. Jagailah nikmat Tuhan itu kerana
Tuhan Pencipta Alam itu juga adalah Pencipta kamu sekalian. Jangan
sesekali cuba memanggil musibah dengan tindakan benak kerakusan manusia
itu sendiri! Tika musibah melanda, yang terseksa adalah rakyat mu!
Solidariti
ini adalah untuk sekalian manusia, kita punya hak, hak untuk hidup
dalam suasana alamya bersih, sihat dan selamat, ia termaktub dalam Haka Asasi
Manusia Sejagat, Bangkitlah! Jangan biarkan alam ini terus menjadi
mangsa Si Perakus!
Jeti Milik Warga Asing
Tindakan kerajaan Perak membenarkan sebuah syarikat asing memiliki jeti di Lumut telah diselar oleh penduduk tempatan yang mempersoalkan samada Menteri Besar mereka Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berada di pihak mereka ataupun di pihak firma asing.
Menurut blog ‘say no to vale’, kerajaan Perak tidak seharusnya meletakkan jeti Lumut di bawah syarikat Brazil, Vale International yang bakal menggunakan jeti tersebut untuk menerima dan menghantar keluar jumlah hasil bijih besi yang banyak.
Menyifatkan tindakan tersebut sebagai cuai, blog tersebut mendakwa banyak perkara yang tidak diketahui impaknya sekiranya projek tersebut dilaksanakan.
Signboard Yang Tertera di Teluk Batik,
Negeriku bersempadan Brazil rupanya!
(Lokasi spt Gambar atas)
“Sementara kesan terhadap alam sekitar masih menjadi persoalan, impak kerana jeti ini dipegang warga asing pula menimbul pelbagai persoalan lain. Dan berapa banyakkah spinoff downstream value (aliran tunai ke bawah) kepada rakyat Perak juga masih tidak terjawab.
"Kerajaan Perak di bawah Zambry sedang melakukan sesuatu yang tidak sihat yang tidak pernah dilaksanakan jika ia tetap membenarkan syarikat asing untuk memiliki jeti di satu lokasi yang begitu strategik seperti di Lumut,” blog tersebut memberikan amaran.
Untuk menjaga kewibawaan dan kedaulatan negara, blog tersebut mencadangkan agar jeti tersebut diletakkan di bawah kawalan kerajaan mahupun wakil tempatan.
Blog tersebut turut mendakwa fasiliti Vale di Teluk Rubiah, Lumut dijangkakan akan menguruskan 200 juta tan bijih besi setahun pada masa akan datang.
Sedang Digasak Kapitalis
Teluk Rubiah Plan
“Mengapa kerajaan Perak begitu baik kepada Vale?” soalnya, sambil bertanya apakah projek ini menguntungkan rakyat Perak atau sekadar memenuhi objektif syarikat asing yang mempunyai duit. (Nota OM: Baik ada makna tu...)
“Sebab kontrak untuk membina fasiliti Vale kebanyakkannya diberikan kepada warga asing, di mana hanya sebahagian kecil sahaja jatuh ke tangan syarikat Malaysia. Kontrak rekacipta jeti berjumlah RM675.8 juta telah diberikan kepada Netherlands’ Royal BAM Group,” katanya lagi.
PETALING JAYA: Satu kumpulan yang mendakwa bercakap bagi pihak warga Perak telah menggesa kerajaan negeri untuk membetulkan apa yang dipanggil "KESILAPAN BESAR" memberi syarikat asing hak penuh untuk membina dan mengendalikan jeti besar di Teluk Rubiah.
Gabungan Rakyat Prihatin
Negeri Perak (GRPP) berkata kerajaan negeri perlu mengkaji semula semua
perjanjian yang ia telah dibuat dengan syarikat Brazil Vale Antarabangsa, yang
sedang membina, selain dari jeti, sebuah kilang untuk memproses bijih besi di tapak
seluas 450 ekar dibandar pantai Teluk Rubiah. GRPP Pengerusinya, Zainal
Abidin berkata jeti seharusnya dianggap sebagai aset negara.
"Aset Negara perlu berada
di bawah pentadbiran kerajaan dan tidak boleh dijual kepada mana-mana pihak,
terutama syarikat-syarikat asing," katanya.
"Kerajaan tidak boleh dan
tidak harus membenarkan aset magnitud dan kepentingan itu yang dikawal
sepenuhnya oleh orang asing, terutama pada pantai Lumut, di mana pengkalan
tentera laut Malaysia terletak.
"Jangan membenarkan kita
dijajah oleh mereka dan gadai janji kekayaan negara hanya kerana syarikat itu
melabur berbilion-bilion di Perak."
Menurut Zainal, GRPP mempunyai
keahlian lebih 400 profesional dalam pelbagai bidang.Beliau berkata kumpulan itu
tidak bertentangan dengan pelaburan dan pertumbuhan ekonomi, tetapi mengambil
berat tentang keselamatan negara.
Zainal juga menggesa kerajaan
untuk restudy bagaimana tumbuhan Vale akan menjejaskan alam sekitar dan
kehidupan penduduk tempatan.
"Adakah orang-orang
kapal-kapal besar yang datang dalam memberi kesan kepada nelayan?Kerajaan tidak boleh hanya mengabaikan itu. "
Vale besi perlombongan
terbesar di dunia dan syarikat pemprosesan.Ia mempunyai sebuah syarikat
tempatan berdaftar dipanggil Vale Manufacturing Sdn Bhd Malaysia, yang mula
membina loji Teluk Rubiah pada bulan Julai lalu.
Teluk Rubiah Pusat Pelancongan di'zon'kan Zon Industri yg tidak masuk akal!
Ekosistem menderitaLoji ini dijangka mula beroperasi pada bulan Jun 2014.Ia akan memproses bijih besi dicampur dan pelet yang digunakan dalam pengeluaran keluli bagi pengagihan kepada pelanggan di Malaysia, Australia, China, Jepun dan bahagian-bahagian lain rantau Asia Pasifik.
Jeti akan menjadi titik destinasi bagi kapal-kapal Vale of 400,000 tan metrik beban berat yang membawa bijih besi dari Brazil. Vale melabur RM4 bilion dalam fasa pertama projek ini, di mana tumbuhan itu akan mampu mengendalikan 60 juta tan bijih besi tahun.Kerajaan negeri telah berkata bahawa pelaburan Vale akhirnya akan datang antara RM9 bilion dan RM14 bilion.
Dalam temu bual yang FMT dijalankan pada Ogos lepas, banyak penduduk tempatan, kebanyakannya nelayan, melahirkan kebimbangan untuk kesihatan dan kehidupan mereka.
Kumpulan pengguna dan alam sekitar secara konsisten telah menyatakan penentangan terhadap projek itu.Mereka berkata loji Vale dan aktiviti-aktiviti yang akan menjejaskan kestabilan ekosistem kawasan itu, sebelum ini diwartakan sebagai hutan simpan.
Kebimbangan juga telah dibangkitkan bahawa industri pelancongan tempatan akan mengambil satu tamparan dari mana ia tidak mungkin pulih.
Bekas menteri besar Mohammad Nizar Jamaluddin mendakwa bahawa kerajaan negeri di bawah Zambry Abdul Kadir telah mengorbankan kepentingan awam untuk manfaat bahan segelintir.
Gambar Video Terkini - Krew OM, Link: Save Teluk Rubiah Page
Tragedi Oktober 2011, Teluk Rubiah.
Bermulanya pembinaan jeti peringkat 1 projek Jeti 2.2km dari pantai ke tgh laut, pangkalan sepanjang 1.6km di tengah laut, dikorek kedalaman laut 25 meter dalam, 300-500 meter lebar sepanjang 3km.
Rubiah dulu gamitnya pelancongan, namun Pemerintah Si Bapa Ayam terpukau gamitan Kapitalis lalu izinkan anaknya Rubiah dilacurkan, dirobek mahkota keindahan alamnya. Kapitalis sedang membina 'jambatan' aliran wang masuk tanpa hirau alam sekitarnya dengan aman & makmur, Perak Aman Jaya kata juaknya kerana uWang itu Tuhan mereka.
8.12.2011. Pejabat DAP Perak, Ipoh.
Isu 'Perak Darul Kartun' menjadikan realitinya Kartun itu, saksikanlah!
KULIT SERUPA BABI ITU LU PUNYA HAL!!! - Gile Meroyan.
Lebih kurang 20 orang dari Gagasan Melayu Perak (GMP) dan Suara Inspirasi Malaysia (SIM) mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan Ibu Pejabat DAP Ipoh terhadap Nga Kor Ming petang semalam (8Dis2011). Kejadian ini seiring nada yang dipalukan Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak dalam ucapan di Perhimpunan Agung UMNO 2011yang mencemuh pimpinan DAP sebagai Bapak dan Ibu kepada semua 'Haram Jadah'.
Dalam demo ini, kelihatan seorang lelaki berbangsa Cina terpinga-pinga dijadikan bahan cemuhan lepas geram oleh puak-puak rasis ini. Lelaki ini dikatakan sebagai 'Pekerja Di Pejabat DAP?' oleh Portal PerakToday.com dan dikatakan juga sebagai 'Pegawai Khas Nga Kor Ming?' oleh Aktivis Pendang Jr Full di dalam facebooknya.
Video-video ini di'cilok' dari:
1. Video Amukan Pertama - https://www.facebook.com/photo.php?v=2875022233325
2. Video Amukan Kedua - https://www.facebook.com/photo.php?v=2875375282151
Kredit kepada yoperaktv (http://www.youtube.com/user/yoperaktv) ke atas video Bukti UMNO Parti Rasis dengan judul UMNO Rasis (http://youtu.be/iSE3ktOWtLo).
26.11.2011. Dewan Himpunan Cina Kg. Koh, Sitiawan. Anjuran PAS Kawasan Lumut.
Boleh menerima PM berbangsa Cina spt Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang yang lebih menjaga Orang Melayu dan Islam dari PM Melayu yang berterusan memperbodohkan melayu.
Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 yang diluluskan menunjukkan Najib seorang pembohong, penipu besar dan tidak tunaikan janji kepada rakyat seperti yang diumumkannya semasa Hari Malaysia 16 September 2011.
AYUH, KITA TURUN KLCC JAM 2.00 PTG INI!!
PAK SAMAD KETUAI PROTES AKTA PERHIMPUAN –sisipan dari mkini
Sasterawan Negara, A Samad Said akan mengetuai pusingan kedua protes di KLCC esok (*hari ini 3 Dec 2011), bagi membantah Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang diluluskan Dewan Rakyat Selasa lalu dan kini menunggu kelulusan Dewan Negara.
“Marilah kita banjiri KLCC tanpa permit polis. Marilah kita tentang undang-undang yang bodoh ini. Marilah kita pertahankan kebebasan kita," tulis seorang daripada penganjur itu, Wong Chin Huat, di Facebook beliau.
Tayangan & Dialog Filem Hak Asasi Manusia dari Freedom Film Fest 2011 - KOMAS dan Filem Jalan Pintas oleh Namron. Wujud Perdebatan Pro & Kontra yang seiring ertikata demokrasi. Terima Kasih kepada Semua Yg terlibat & Hadirin yang menjayakan Program ini. Pengarah Filem Independent & Pelakon jemputan Sdr Nam Ron.
Bhgn 1/5: Pembukaan.
Bhgn 2/5: Dialog Filem Huruf J
Bhgn 3/5: Dialog Filem Lot, Umah Am (Laut, Rumah Saya)
Bhgn 4/5: Dialog Filem Jalan Pintas
Bhgn 5/5: Temubual Bersama Nam Ron
Sekitar Malam Tayangan, Terima Kasih Semua, Kita Jumpa Lagi!