SUGU LEAD THE RAKYAT VOICE (BKG&SP12)

Bermulanya di sini, lelaki inilah yang menjadi mangsa 'penderaan dlm tahanan', dan di heret di cekup semasa ketibaan di hadapan balai polis Sitiawan. Wira rakyat ini merupakan S.U kpd Ahli Parlimen YB Kula yg turut di heret ke dlm balai dgn keganasan bukan seperti slogan 'berhemah'. Hemah hanya untuk orang umno.



'Diheret' boleh tgk sblm ini di TANGKAPAN AHLI PARLIMEN (BKG&SP 10)
Lanjutan akan disiarkan kemudian, Little India Fight For Their Rights 1 and 2.

GAMBAR SEKITAR BANTAHAN RAKYAT (BKG&SP 11)

22.08.2010
Balai Polis Sitiawan
Gambar sekitar Bantahan Rakyat untuk membuat laporan polis terhadap isu Warisan Rakyat.




TANGKAPAN AHLI PARLIMEN (BKG&SP 10)

22..08.2010
Balai Polis Sitiawan, Perak.
YB Kulasegaran (Ipoh Barat MP) ditangkap kemudian dilepaskan dan Setiausahanya ditangkap dan ditahan. SUnya di bawa ke Balai IPD Seri Manjung. Arahan Siapa??


*Rakaman kelam kabut.....

'PUB' DI DALAM KAWASAN SEKOLAH (BKG&SP 9)

Hari Ini Dalam Sejarah


Lokasi Bangunan Dindings Indian Association (DIA) di dalam kawasan Sekolah Kebangsaan Simpang Empat, Sitiawan, Perak.

Sekolah ini mempunyai nilai sejarah rakyat terutamanya kaum India sebelum Merdeka. Namun pada hari ini, pemimpin dan rakyat yg prihatin membongkar 'sejarah baru' di mana dalam kawasan sekolah kebangsaan mempunyai 'Superb Mini Bar' oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Mengapa ini boleh terjadi? Difahamkan ia telah beroperasi sekian lama. Lesen? Yang meluluskan? Yang mengaut keuntungan? Tindakan Pihak Berkuasa?

BN KIANATI GANDHI & SULTAN PERAK?! - 8

Keadaan kini di Dewan Sekolah Kebangsaan Simpang Empat Sitiawan mendapat perhatian setelah isu pengambilan tanah oleh kerajaan ini dibangkitkan oleh DIA dan rakyat yang prihatin terhadap sejarahnya menghargai jasa para penyumbang sebelum kemerdekaan.

Keadaan yang menyedihkan bila mana pihak yg bertanggungjawab tidak menitikberatkan warisan rakyat ini.





Tiada pengawasan yang sewajarnya. Pemimpin rakyat tak kira mana parti sekalipun seharusnya prihatin terhadap penjagaan dan pengawasan khazanah rakyat terdahulu.


BN KIANATI GANDHI & SULTAN PERAK?! - 7

Setelah dibangkitkan oleh rakyat, kini kerajaan akur. Bagaimanapun, hati pewaris sudah terluka, pihak berkaitan tidak menunjukkan keikhlasan untuk memohon maaf kepada mereka hatta rakyat marhaen. Bagaimana jika rakyat berdiam diri, rakyat pasti kehilangan pusaka yang bersejarah ini yang mana MB sendiri tidak tahu sejarahnya.

Baca di sini dan di sana :-

Apa tindakan kerajaan bagi menjamin warisan rakyat ini?!?!?!?!

BN KIANATI GANDHI & SULTAN PERAK?! - 6

Kelas yg disumbangkan oleh rakyat dari hasil titik peluh mereka sebagai peladang estet sekitar tahun 1950an. Setiap bilik darjah, ada batu penanda nama penyumbang. Klasik dengan sejarahnya, kini salah satunya dijadikan bilik guru Sekolah Kebangsaan Simpang Empat Sitiawan. Seharusnya pihak yg berkenaan memelihara atau meningkatkan pengawasan bahan sejarah ini, agar guru-guru, murid-murid dan generasi seterusnya dapat menimba ilmu dan menghayati sejarah ini.


Salah sebuah bilik darjah yang dijadikan bilik guru.

BN KIANATI GANDHI & SULTAN PERAK?! - 5

Senarai 380 penyumbang terdahulu yang membeli tanah dan membina sekolah serta dewan yang dianggap sebagai "TUGU PERINGATAN GANDHI" dibuka oleh Sultan Perak yg ke32 Raja Sri Yusuf Izzudin Shah pada tahun 1952 sempena hari kelahiran Gandhi pada 2 Oktober.


















Jangan kianati mereka yang telah menyumbang keringat utk membina sekolah ini, walaupun sumbangannya $1.00 (pada tahun sebelum merdeka) tetap dicatatkan dalam penama penyumbang dan pewaris tanah pusaka ini.

Siri seterusnya, gambaran keadaan tiada pengawasan dari pihak yg tidak bertanggungjawab.

BN KIANATI GANDHI & SULTAN PERAK?! - 4

Bila pemimpin buta sejarah, maka gua mahu bongkarkan sejarah utk MB dan lain-lain pemimpin rakyat. Ini bukan isu politik, ini hak rakyat dan gua tidak berparti tapi gua rakyat biasa. Siapa kata isu ini isu politik? mahupun perkauman?, sejarah rakyat membuktikan tanah ini milik rakyat berbilang kaum, ia bukan keresahan masyarakat india sahaja tapi generasi rakyat yang terdahulunya berkorban dr hasil keringat titik peluh generasi mereka sendiri untuk mewujudkan sebuah institusi pengajian bagi anak-anak masyarakat tempatan mendapatkan ilmu yang masih wujud hingga hari ini sbg Sekolah Kebangsaan Simpang Empat. Hargailah warisan ini! Berilah pengawalan yang cukup terhadap bahan sejarah 'warisan rakyat' ini.


Ikuti siri seterusnya bab sejarah, dan gambaran keadaan khazanah ini diperlakukan oleh beberapa org pentadbiran yg sedia ada. Benarkah mereka memelihara warisan ini?!?!?

BN KIANATI GANDHI & SULTAN PERAK?! - 3

Rakyat akan turun mempertahankan warisan ini dan hak rakyat terdahulu hingga ke titisan darah terakhir!

Ulasan dan Amaran dari wakil rakyat oleh Ahli Parlimen Ipoh Barat YB Gulasegaran.

BN KIANATI GANDHI & SULTAN PERAK?! - 2

Luahan generasi kini dari generasi terdahulu, Sdr. R.Gurusamy PPN.

BN KIANATI GANDHI & SULTAN PERAK?! - 1

Coretan dari luahan rakyat, bukan berita, pun bukan rencana tapi mahu 'berita'hu macam'ana?

KIANAT INI IBARAT PENGHINAAN KEPADA PENYUMBANG TERDAHULU, PEJUANG KEMERDEKAAN INDIA DAN SULTAN PERAK. SELAMATKAN WARISAN RAKYAT INI.



Isu ini berkenaan Tanah Pusaka Warisan rakyat yang dikenali sbg SEKOLAH KEBANGSAAN SIMPANG EMPAT (tahun 1957 dikenali sbg SIMPANG AMPAT ENGLISH SCHOOL) kini cuba di'sembunyi'kan oleh kerajaan dan penyalahgunaan kuasa pentadbiran warisan ini. Bagi penduduk lama Manjung (Dindings) mahupun bekas pelajar yg berbangsa Melayu, sekolah ini lebih dikenali sbg SEKOLAH GANDHI yang mana kewujudannya dari sumbangan pekerja-pekerja estet dan ahli-ahli perniagaan berbagai bangsa. Warisan DINDINGS GANDHI MEMORIAL BUILDINGS ini telah di'buka'kan oleh Sultan Perak yang ke 32 Raja Sri Yusuf Izzudin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abdul Jalil sempena hari kelahiran Mahatma Mohandas Karamchnad Gandhi pada hari Khamis, 2 Oktober 1952 jam 12.45PM. (senarai nama-nama penyumbang di siri seterusnya)


Bagi rakyat terutamanya kaum India di Malaysia, ia adalah nilai sejarah yang tinggi, yang antara faktornya kehadiran sebahagian abu mayat mendiang Gandhi di Malaysia dan satu-satunya diterima di tempat bersejarah ini selain negara India itu sendiri. Ia memperlihatkan berlakunya perarakan rakyat berjalan dari Sitiawan ke Lumut(Titi Panjang) pada tahun itu. (gambar dan artikel berbahasa tamil akan dipaparkan)

Bagi pewaris dan persatuan Dindings Indian Association (DIA) mohon pusaka yang dianggap sbg Tugu Mahatma Gandhi harus diserahkan tanpa sebarang sekatan oleh mana-mana pihak bagi menjamin pusaka ini.

Menurut Pengerusi DIA, En. MP.Shanmugam, dan Setiausaha Kehormat DIA, En. M.Sethubathi, ada penyalahan guna kuasa pentadbiran kini di mana cara perlantikan 'trustee' dalam dokumen hakmilik tanah juga disyaki tiada dalam mesyuarat agung tahunan tetapi dalam perjanjian dihadapan Pesuruhjaya Sumpah. Pentadbiran juga membenarkan aktiviti penjualan arak, aktiviti berjudi dan memberi sewaan bilik dalam bangunan DIA kepada warga asing.

Dari tinjaun ke dewan berkenaan, keadaannya seperti tiada sebarang kerja penyelenggaraan mahupun baikpulih, dan kebetulan hujan memperlihatkan tirisan air hujan mengalir dan bertakung. Patung Mahatma Gandhi juga berlaku vandalisme dan tiada kawalan terhadap bahan sejarah itu sehingga berlaku contengan.(gambar dan video akan dipaparkan dalam siri yang lain) Begitupun, ia adalah bahan sejarah yg menarik kerana setiap bilik darjah yg didirikan ada batu penandaan nama penyumbang, rakyat tidak mahu lagi penandaan ini musnah seperti di 'bawah pokok'.

Rakyat mahu mendapatkan 'feedback' dari mana-mana pihak terhadap isu ini. Difahamkan pihak kerajaan negeri yang diketuai DS Zambry telah dimaklumkan, namun agak mendukacitakan beranggapan isu ini diertikan sbg isu perkauman. Siapa yg kata perkauman? Kerajaan sedar atau tidak, orang-orang terdahulu yg mendirikan dewan dan bilik-bilik darjah yg sedia ada kini dari hasil titik peluh mereka selama 18 bulan 'kerja kuat' yang datang dari pelbagai bangsa harmoni kaum india, cina, melayu dan singh termasuklah atuk Abdul Talib dan makcik Zainah dan 36 orang melayu yg menoreh saban hari bergajikan 46 ringgit sebulan ketika itu, malah dilantik pula menjadi ahli jawatan kuasa pusat kepada Inche Noordin, Inche M.N Yusuf dan Tuan Haji Abdullah. Begitulah seadanya nama bandar yang terletaknya tugu ini yakni Sitiawan dipercayai dari semangat 'Setia Kawan'.

Namun, difahamkan bilamana ia dirujuk kepada pihak persekutuan pula menuduh ia dibawah kuasa kerajaan negeri, saling menyalahkan atau menyembunyikan fakta? Justeru dalam menjaga harta warisan rakyat ini, kami rakyat biasa rasa bertanggungjawab utk terus membongkar kejadian ini. Maklumat dari generasi yg dulunya menyerahkan tanah ini utk tujuan mewujudkan sekolah bagi anak2 tempatan berbilang bangsa. Namun kini mereka dikianati oleh kerajaan 1Malaysia utk mengambil bahan warisan sejarah (heritage) rakyat ini utk tujuan tertentu.

Ini satu penghinaan buat 380 orang penyumbang berbangsa cina, melayu, india dan singh samada persatuan, ahli perniagaan, penoreh getah mahupun pekerja-pekerja estate pada tahun 1952 bg membina GANDHI MEMORIAL BULIDING dgn satu tujuan. Walaupun waris ditawarkan dgn wang ringgit utk pengambilan tanah bersejarah ini, namum waris menolaknya kerana ia amat berharga dan pusaka ini wajib dipelihara dan dimanfaatkan, bukan kerana wang.

Komen dari MP Ipoh Barat, YB M. Gulasegaran akan dipaparkan kemudian.

Kata-kata Presiden terdahulu (1952), Dr. VRN Menon pada hari pembukaan oleh Sultan Perak yg ke 32, di perenggan ke 11 :

"IT IS OUR EARNEST PRAYER THAT YOUR HIGHNESS AND YOUR HIGHNESS' GOVERMENT WOULD WATCH WITH THE KEENEST INTEREST THE PROGRESS OF THIS YOUNG AND GROWING INSTITUTION AND EXTEND TO US YOUR HIGHNESS' BLESSINGS AND ADVICE"

Luaran Dewan dan Batu Penandaan Pembukaan.

Sambung coretan rakyat biasa.......


SELEPAS TSUNAMI ( AFTER THE TSUNAMI)

Voter Wan : The VCD that BN & PDRM confiscated. They are afraid,very afraid that the Rakyat knows the Truth. Very well worth watching.


Selepas Tsunami (After the Tsunami) from Pusat KOMAS on Vimeo.

Nota OM : Orang Asli pun tahu menilai kerajaan, Pr atau BN? Orang asal sudah mula merasainya..


SUMBANGAN PONDOK HIDAYATULLAH

DARI KONVENSYEN KE PENTAS ANAK MUDA

Terima Kasih kepada pengunjung, penyumbang, penganjur dan pendorong. Jumpa team UREKA di PENTAS ANAK MUDA malam ini di IPOH. Dan tak lupa, ribuan terima kasih kpd hamba Allah yang memberi TV 2ndhand yang tak pernah digunakan kepada pihak kami utk mempertontonkan hasil seni karyawan rakyat kepada rakyat.

Jumpa Lagi!

Dapatkan buku-buku, DVD ORIGINAL - Pentas Kita Karya Kita, TAF Project - CD ORIGINAL - Meor Dr Rakyat Utk Rakyat, Space Gambus Experiment, Airmas Abdullahjones Sebelah Hitam - T-shirt UREKA dan pelbagai Karya, Seni dan Budaya di kaunter UREKA bersama Zulfikar Samsuri & Mohamad Shahhanaz Nazarudin di Pentas Anak Muda

Nota: Warga Manjung yg berminat boleh buat tempahan melalui otaimanjung@gmail.com

JOM TURUN KE KONVENSYEN PAS PERAK!

Dapatkan Karya Rakyat di kaunter kami rakyat biasa......





Lawat kaunter kami di sana : UREKA

SUMBANGAN BINA SURAU PONDOK HIDAYATULLAH

Sumbangan anda untuk pembinaan Surau bagi pondok ini amat dialu-alukan, dan Moga Allah membalas jasa para penyumbang.

Gambar sekitar Pondok Hidayatullah, tapak pembinaan surau, aktiviti dan projek yang terlaksana oleh penyumbang.

Gambar : Kintan


PREVIEW MLM SENI & BUDAYA ISLAM : Dendangan anak-anak dan remaja dari Pondok Hidayatullah di bawah bimbingan Ustaz Faizal.

APABILA UMNO TAKUT PADA SUARA RAKYAT!

'Anjing belaan UMNO' menurut perintah dari pemerintah! Di manakah demokrasi di tanah tumpahnya darah rakyat....UMNO hancurkan demokrasi yg dilaungkan, itu menipu laungnya, di manakah rakyat didahulukan, itu menipu slogannya! Kredibiliti PDRM hancur kerana UNITED MALAY NATION ORAGANIZATION!

POLIS MESRA RAKYAT? UMNO TAKUT RAKYAT!

Arahan pemerintah kepada yang menurut perintah apabila takut berakhirnya zaman pemerintahan Be eNd!

SENI & BUDAYA ISLAM & RAKYAT PREVIEW 2

Sekitar MALAM KESENIAN & KEBUDAYAAN ISLAM anjuran MADAH untuk Tabung PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM.....


Jumpa lagi!




Note : Utk tempahan t-shirt UREKA dll, buku dari Ureka dan CD dari rakyat utk rakyat oleh Meor boleh hubungi di Facebook Otai Manjung Fans. CD rakaman konsert Azhan (dlm proses edit) akan diserahkan kepada MADAH dan PASTI utk tabung mereka.

SENI & BUDAYA ISLAM & RAKYAT PREVIEW 1

THE BEGINNER OF
PAK SHEIKH FAIZAL & THE KUNCU
Dari sekecil anak berumur 6 tahun, indahnya seni dan budaya Islam. WELL DONE Ustaz Faizal, Anak2 Pondok Hidayah dan Sdr Azhan jemputan khas dgn dendangan yg cantik dan indah dari lagu2 ketuhanan Jamal Abdillah mahupun Ramli Sarip! Nantikan VCD nyanyian Azhan yang akan diterbitkan dan diserahkan kpd pihak PASTI dan PONDOK HIDAYAH utk dijual bagi sumbangan tabung mereka.

Si Kecil Yg Semangat Besar!

Terima Kasih Pak Sheikh memberi sokongan!

Terima Kasih Azhan, Penganjur MADAH/PASTI, Pak Sheikh Faizal dan Anak2 Pondok Hidayah!

Dari Rakyat Biasa..........

SENI & BUDAYA ISLAM & RAKYAT PREVIEW

Dendangan anak-anak dan remaja dari Pondok Hidayah atas bimbingan Ustaz Faizal


Harmoni Seni & Budaya Islam & Rakyat Marhaen

Terima Kasih semua yang memberi kerjasama terutama pihak penganjur dan penyumbang! Alhamdullillah, t-shirt UREKA sold out utk tabung PASTI , CD terjual 10 kpg setiap pembelian 20% utk tabung PASTI, derma utk tabung GAZA dan tabung UREKA. Ada sahabat yang tanpa sebrg pembelian derma ke tabung dan ada sahabat yang 'keep the change' juga utk tabung PASTI. Moga Allah membalas jasabaik keikhlasan para sahabat! Kami hanya Rakyat biasa..........

Gambar dan Video akan menyusul. Ilalliqa'