KAPAL 'BUKAN' SELAM WANG RAKYAT TENGGELAM!


KD PARI DLM KENANGAN: FAST ATTACK CRAFT - GUN



Sebelum ini Malaysia dikejutkan peristiwa lara apabila Kapal Ex- Seri Inderapura terbakar dan musnah dimamah api hingga menjadi 'Tukun Negara', dan yang paling 'top' Kapal Selam tidak boleh menyelam, sebelum itu peristiwa-peristiwa kecil seperti kebakaran kapal-kapal DiRaja Tldm yang memakan pembaikan ratusan dan jutaan ringgit wang Rakyat, ada juga yang terbalik didaratan (dry dock) kelalaian Kontraktor. Hari ini  harta Rakyat menjadi korban lagi, dikhabarkan KD PARI tenggelam akibat kerosakan peralatan teknikal (mekanikal), puncanya harus dilihat dari keseluruhan perkara. Sudah pastilah anak kapal dan pegawai memerintah ditunding jari walhal ketika mereka berkhidmat dan berjasa tidak mendapat 'populariti' Rakyat terbanyak, perit mereka kurang dikongsikan bersama. Kebajikan mereka kurang perhatian dari kerajaan, tidak sepertimana PDRM.

Gua melihat isu yang panas ketika ini yang bakal dibicarakan tidak lama lagi di Perancis yakni komisyen 'tertinggi' dalam pembelian 2 buah kapal selam negara yang mengalami kerosakan teknikal walaupun dalam jaminan firma. Diberitakan komisyen jutaan ringgit cecah 500j, dlm hal ini TLDM tidak dipersalahkan, mereka hanya bertanggungjawab dlm proses penerimaan, pengendalian, teknikal, dan hal-hal yang berkaitan. Dlm isu kapal selam tidak boleh menyelam akibat kerosakan teknikal mereka dipertanggungjawab dari segi sokongan teknikal dan pembaikan oleh firma, cuma kos pembaikan adakah peruntukan dari kutipan cukai wang rakyat yang membiayai kerosakan teknikal itu? Ini pengalaman gua sebelum ini yg turut terlibat dalam beberapa pembaikan KD JEBAT yang masih dalam jaminan pembuat iaitu BAE System, kerosakan alatganti adalah atas tanggungan kerajaan, namun tender kerja pembaikan ditauliahkan kpd firma melalui BAE System, maksudnya Kerajaan bayar kpd BAE dgn harga 'mark up' dari  sebutharga firma. Apa maksud 'dalam jaminan' itu jika peralatan yg digunapakai rosak 'semulajadi' dalam tempoh jaminan ? Jika ia berpunca dari kegagalan pengendalian 'user' itu kita faham, tidak dalam 'guarantee' lagi. 

Sesetengah perkara kerajaan dilihat seperti 'memperkudakan' ATM, seperti isu Kapal Selam, jika komisyen 500 juta itu tidak jatuh ke tangan kroni Menteri Pertahanan ketika itu, bayangkan apa yang TLDM boleh perolehi jika peruntukan itu diguna sebaiknya untuk peningkatan Sistem Pertahan negara, mungkin 500 juta itu negara dapat menampung kerosakan KD PARI dari di'tenggelami' atau 500 juta itu dikongsi bersama Warga TLDM dlm bentuk kebajikan tentera. Implikasinya mungkin antara faktor bencana ini berlaku. Kesempatan 'kroni' membuat duit tapi lupa akan 'pengguna' yang menanggungnya dan wang cukai disalahguna, ada mereka hanya memikirkan 'untung besar' tapi tidak hirau keperluan TLDM yang harus diperincikan. Lebih pelik apabila DS DiRaja Dr Zambry dianugerahkan Laksamana Pertama (kehormat) atas jasa?!nya. TLDM disalahgunakan lagi utk hayat politician, tidak salah tapi jika pemberian sekampit beras, sebungkus gula dan sebekas minyak meraih undi 'pos' boleh diberi penghormatan sebegitu tinggi, kenapa tidak kpd anggota TLDM sendiri terutamanya anggota bawahan yg benar berkhidmat utk negara.

Mungkin ada orang berkata isu pertahanan tidak harus dibicara secara terbuka, tapi bagi gua sebagai pembayar cukai ia harus ditelusi kpd rakyat seluruhnya kerana ia melibatkan wang rakyat. Catatan gua ini hanya pandangan peribadi bukan mana2 bekas tentera, ia boleh disangkal oleh sesiapa pun terutamanya berkaitan rujukan tentera, mungkin ada alasan yang boleh dibicarakan. Akhir, simpati kepada Pegawai  Memerintah dan seluruh anak kapal KD PARI.

Di bawah ini Coretan MANJONGMARI.BLOGSPOT.COM
Friday, September 16, 2011
Lagi Berita - Kapal TLDM KD PARI tenggelam...
Salam Sejahtera,

Baru terima SMS dari pemberi maklumat dari Teluk Sepangar Sabah,,,

KD PARI mendapat arahan umtuk mengesan kapal People Republic Of China (PRC) yang memasuki peairan Malaysia,

Kesian,, bila staff Engine Room baru nak rem engine (RPM) tiba-tiba bilik engine room dah mengalami kebocoran,, kapal yang baru keluar dari pangkalan jeti terumbu berpatah balik ke jeti, selepas 4 jam dari kejadian tersebut baru kapal KD PARI tenggelam, nasib baik kesemua anak-anak kapal selamat...

Mengikut maklumat stern tube bocor, shaft center tercabut,, jadi usaha nak menyelamat keadaan dari kebocoran memang susah, sebab stern tube tu terletak dibawah generator centre... jadi sukar nak menutup lubang kebecoran tu..


Sumber : http://navy.mil.my/index.php/mengenai-kami/armada/633-kd-pari-3510 
Name : KD PARI, No Penant : 3510
Builders : Hong Leong-Lurssen, Butterworth
Commissioned : 23 Mar 1977
Displacement, Tons : 244 full Load
Dimensions, feet(meters) : 147.3 X 23 X 8.3 (44.9 X 7 X 2.5)
Main Machinery : 3 MTU MB 16V 538TB90 diesel,9000 hp(m) (6.6 MW) sustained, 3 shafts
Speed, Knots : 32
Range, n miles : 2000 at 14 kt.
Complement : 36 (4 Officers)
Countermeasures : ESM: Thales DR 3000, Intercept.
Radars : Surface search: Kelvin Hughes 1007, I-band.
Comment : Lurssen 45 type. Illuminant launchers
on both gun mountings. Design of hull
modification is reported to have been
contracted. Form 6th Fast Attack
Squadron based at Labuan.

Berita Terakhir tentang KD PARI, sumber : http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/8/22/mstar_berita/20110822172704&sec=mstar_berita
Published: Isnin Ogos 22, 2011 MYT 5:28:00 PM
TLDM Tingkat Kawalan Keselamatan Di Perairan Sabah Pada Musim Perayaan
SANDAKAN: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan meningkatkan kawalan keselamatan di perairan negeri ini pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri bagi memastikan tidak ada anasir jahat mengambil kesempatan melakukan jenayah.

Panglima Wilayah Laut 2 Laksamana Muda Datuk Anuwi Hassan berkata sambutan perayaan itu tidak menjejaskan jumlah anggotanya yang bertugas di kapal-kapal ronda untuk tugas pengawasan dan tinjauan keselamatan.

"Malah, kawalan keselamatan di perairan negeri ini terutama di perairan timur dipertingkatkan lagi dengan tumpuan terhadap kawasan yang strategik ada impak kepada keselamatan," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan bungkusan raya di KD Sri Sandakan di sini hari ini.

Bungkusan itu disampaikan kepada anggota yang bertugas di enam kapal peronda iaitu KD Baung, KD Todak, KD Sri Johor, KD Sri Perlis, KD Yu, dan KD Pari.

Beliau berkata kawasan perairan yang strategik mempunyai impak kepada keselamatan telah dikenal pasti, yang membolehkan pengawasan serta tinjauan di kawasan tersebut dilakukan.

Anuwi berkata anggota yang bertugas ketika musim perayaan itu mengawal keselamatan di perairan negeri ini adalah mencukupi dan musim perayaan tidak menjejaskan bilangan anggota yang bertugas.

Beliau telah mengingatkan anggota yang bertugas ketika musim perayaan itu supaya menumpukan kepada tugas mereka dan tidak lalai dalam menjalankan tugas.

Terdahulu pada majlis yang sama Anuwi menyaksikan serah terima tugas Pegawai Memerintah Kapal KD Baung antara Left Komander Saharudin Bongsu kepada Lt Komander Samsudin Abdullah dan kapal KD Todak antara Lt Ismail Hashim kepada Lt Komander Mohd Zulkarnain Mohd Rawi. - BERNAMA

2 comments:

Anonymous said...

SUKA SEBARKAN FITNAH EK

Anonymous said...

Dan tersurat... yg tersirat belum tau lagi... gali citer lain bro... Selamatkan ISLAM bro.. Lu Fikirlah sendiri... Peace \o/