ZAMBRY: PERTEMBUNGAN DUA LAKSAMANA?!?!

Alkisah Dr Zambry dulunya cukup gentar insan yang bernama Ir Nizar, namun kelahiran seorang bekas Laksamana TLDM yang menceburi politik Islam dalam meneruskan misinya menjana kehidupan bersyariat berlandaskan Islam dalam ketenteraan terutamanya warga TLDM, Lumut yang terletak di DUN Pangkor membuatkan Zambry & Zahid Hamidi melakukan sejarah yg hina dan dipergunakan badan Tentera Laut DiRaja Malaysia.

Yang Digeruni Laksma Zambry yakni Laksamana Pertama (B) Tn Hj Imran
Mukadimahnya di http://manjongmari.blogspot.com/2010/05/blog-post.html, belum sah pun lagi tapi cukup membuat Zambry ketaq dengan bayang-bayangnya sendiri.

TLDM sekali lagi menjadi mangsa politik UMNO. Tatkala pembelian kapal selam jutaan ratus ringgit yg penuh pelbagai isu, komisyen tertinggi di dunia, termahal di antara negara yang menggunakan kapal selam yg sama namun kerosakan teknikal menggagalkannya untuk menyelam yang diakui oleh Panglima Tentera Laut, dan yang paling tragis dimana orang yang terlibat dalam nego-pembelian ada yang mati terbunuh hingga hancur mayatnya. Ada baiknya lebihan komisyen 530juta itu dijimatkan untuk TLDM, sudah tentu TLDM memperolehi peralatan-peralatan dan teknologi ketenteraan yg efisyen dan terkini jika disalurkan peruntukan dgn baik, tapi sayang, pihak itu hanya memikirkan keuntungan sahaja, bukan keperluan sebenar dan membantu kemajuan TLDM.


Dan lebih malangnya, hujung tahun lepas, TLDM sekali lagi diperalat untuk memberi anugerah pangkat LAKSAMANA PERTAMA (KEHORMAT) yang julungkalinya dalam sejarah ketenteraan dan Malaysia dimana seorang Menteri Besar yg merampas kerajaan berkhidmat 2 tahun ditauliahkan.


KUALA LUMPUR, 3 NOVEMBER 10 – Majlis pemakaian Pangkat Laksamana Pertama (Kehormat) kepada Menteri Besar Perak, YAB Dato’ Seri Dr. Zambry Abd kadir telah disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam satu majlis ringkas di Kementerian Pertahanan Malaysia. Pemakaian pangkat tersebut diberikan kepada YAB Dato’ Seri Dr. Zambry Abd Kadir selaku Menteri Besar Perak yang telah memberi komitmen yang tinggi terhadap warga TLDM. Semangat yang ditunjukkan terserlah apabila beliau sering dilihat ‘turun padang’ dan kerap melibatkan diri dalam majlis-majlis keraian serta kebajikan anjuran TLDM di Pangkalan TLDM Lumut, Perak.

YAB Dato’ Seri Dr. Zambry Abd Kadir merupakan Menteri Besar yang pertama dalam sejarah yang dianugerahkan pangkat Laksamana Pertama (Kehormat). Sebelum ini semua Menteri Besar atau Ketua Menteri dianugerahkan dengan pangkat Brig Jen (Kehormat). Sehingga kini seramai 13 orang yang terdiri daripada pegawai-pegawai tinggi kerajaan, tokoh-tokoh akademik dan masyarakat telah dianugerahkan pangkat Kehormat oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Penganugerahan pangkat ini turut membuktikan keyakinan kerajaan dan TLDM terhadap beliau yang begitu mengambil berat terhadap pembangunan dan the Navy People khususnya di Pangkalan TLDM Lumut. Majlis pemakaian pangkat tersebut turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YB Dato’ Dr. Ismail Ahmad, Panglima Angkatan Tentera, YBhg Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin TUDM, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, YB Dato’ Seri Dr. Abdul Rahman Hashim dan panglima-panglima perkhidmatan lain.

Sumber : http://www.perak.gov.my/index.php/bm/component/content/article/103-artikel/263-mb-perak-dianugerahkan-pangkat-laksamana-pertama-kehormat-di-atas-komitmen-tinggi-kepada-tldm

Nota OM: Mudahnya seorang MB yang merampas kerajaan, dan pilihan Mahkamah Rejim diberi kehormatan yang lebih tinggi berbanding Sultan-Sultan. Agak-agak kalau perang, laksma mana yang nyorok dulu? cukup baginya utk sorok ditempat gelap, tapi seragam Panglima tu kena tanggal la baru musuh tak nampak apa......wakakakakakakakakakakaaaaaaaaaaaaaaa. Malaysia , malaysia semua boleh! negarakuku.

10 comments:

yop manjung said...

mcmana mamak tu blih dibagi pangkat ada btui ka zhid. pdai ke menembak ,tembak malam blih lah dia.nti hji imran yg tembak dia hahahahahahah

cekli@abg chor said...

OM!

Kalau dibandingkan antara dua Laksamana, Tuan Hj Imran lebih layak diangkat sebagai PEJUANG kerana beliau telah dilatih sekian lama dalam ilmu peperangan dan ketenteraan, sebaliknya Zambery dilatih untuk menjadi penyamun, perampas dan pemutarbelit.

Zambery hanya layak ditauliahkan sebagai L/Kopral(KEHORMAT) JE.

Anonymous said...

laksamana zambry do re mi... bawak ke laut mau mabuk laut zambri ni...

BUJANG SUSAH said...

laksamana keling ni

wifemdnavy said...

Salam..
Biasa la.. Bila atas dah turun WAHYU, suka @ tak suka, Org keje GOMEN ni kena la bagi.. Pelik la dgn Org Politik nih.. apa yang HADAP sgt dgn gelaran LAKSAMANA tu.. kot pandai NAVIGATE kapal tak pe la jugak, he he

nak ajak OM singgah kat Blog Sigap Siaga best jugak..

Anonymous said...

Balik la PAS..kome suka sangat meranjo oghang..selalu pikio burhuk pase oghang..
kome ingat semua oghang Perhak sokong kome ke..Sultan pun kome dah tak hormat.
Oghang Perhak yang sedo mendoakan kome semua tersungko bersama-sama DAP kapio harbi..bio kome sedo sikit

Anonymous said...

salam semua,

ada baiknya zambry diberi pangkat 'admiral of the fleet/field marsyall' barulah padan dgn jasa-jasa beliau.

pkt laksma tu pada zambry setaraf dgn odsm (laskar muda) jer...tukang ketuk kapal/tarik tali sauh RN.

PAS lahir diperak...maybe terus membesar dan matinya pun di perak juga. Zambry mmg takut PAS sbb PAS takleh dibeli..DAP bila2 masa boleh
dibeli macam nyonya tempang yang lompat katak tu..hahahahha.

Tinta.Muallimah said...

Dapat pangkat free si jamlee tu ?mesti power ancak dan berkat doa sheikh harussani.

Anonymous said...

anon jan 16 4:47pm tu,ang ckap apa ni...dah btoi c bahlol tu rmpas krajaan..aku yg bkan rkyat perak ni pon ksian kat org prak2 yg susah2 undi pas..mai BN (B**i Ngok) ni snang2 ja ubah krajaan.memang aku meluat kat BN..aku harap kedah stay under Pas..sejuk ati aku tgk ustat azizan mrintah...

MAT MANJUNG said...

Pada saya semasa zaman kerjanya di TLDM tiada ada specialnya Hj Imran. Sama dgn PA lain..... malas,tiada pengatahuan dll. Mengapa masuk PAS ... tak dapat apa yang diidamkan semasa dalam perkhidmatan ?
Mengapa nak tanding Zambry ? Pada saya khidmat Zambry lebih cermelang daripada Hj. Imdran.