Showing posts with label DUN PANGKOR. Show all posts
Showing posts with label DUN PANGKOR. Show all posts

UTUSAN RAYA & SEBALIK UNDI POS - BEKAS LAKSAMANA TLDM


Perutusan Hari Raya Aidilfitri 1432 dan Pendedahan disebalik Undi Pos anggota Tentera laut DiRaja Malaysia oleh Laksamana Pertama (B) Tuan Haji Mohamad Imran Bin Haji Abd. Hamid selaku bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM. Beliau juga pernah menjawat Pegawai Memerintah KD PELANDOK, kini aktif dalam Parti Islam Se-Malaysia sebagai Ketua Penerangan PAS Kawasan Lumut merangkap Ketua PAS Cawangan Sitiawan Barat. Kisah Lanjutnya di BLOG MANJUNGMARI .


SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI 1432H, MAAF ZAHIR & BATIN untuk Seluruh Rakyat Malaysia Dan Negeri Perak yang beragama Islam, khusunya Warga Manjung & Anggota TLDM yang bercuti atau bertugas di lautan luas dan pangkalan demi Agama dan Negara tercinta.

ZAMBRY: PERTEMBUNGAN DUA LAKSAMANA?!?!

Alkisah Dr Zambry dulunya cukup gentar insan yang bernama Ir Nizar, namun kelahiran seorang bekas Laksamana TLDM yang menceburi politik Islam dalam meneruskan misinya menjana kehidupan bersyariat berlandaskan Islam dalam ketenteraan terutamanya warga TLDM, Lumut yang terletak di DUN Pangkor membuatkan Zambry & Zahid Hamidi melakukan sejarah yg hina dan dipergunakan badan Tentera Laut DiRaja Malaysia.

Yang Digeruni Laksma Zambry yakni Laksamana Pertama (B) Tn Hj Imran
Mukadimahnya di http://manjongmari.blogspot.com/2010/05/blog-post.html, belum sah pun lagi tapi cukup membuat Zambry ketaq dengan bayang-bayangnya sendiri.

TLDM sekali lagi menjadi mangsa politik UMNO. Tatkala pembelian kapal selam jutaan ratus ringgit yg penuh pelbagai isu, komisyen tertinggi di dunia, termahal di antara negara yang menggunakan kapal selam yg sama namun kerosakan teknikal menggagalkannya untuk menyelam yang diakui oleh Panglima Tentera Laut, dan yang paling tragis dimana orang yang terlibat dalam nego-pembelian ada yang mati terbunuh hingga hancur mayatnya. Ada baiknya lebihan komisyen 530juta itu dijimatkan untuk TLDM, sudah tentu TLDM memperolehi peralatan-peralatan dan teknologi ketenteraan yg efisyen dan terkini jika disalurkan peruntukan dgn baik, tapi sayang, pihak itu hanya memikirkan keuntungan sahaja, bukan keperluan sebenar dan membantu kemajuan TLDM.


Dan lebih malangnya, hujung tahun lepas, TLDM sekali lagi diperalat untuk memberi anugerah pangkat LAKSAMANA PERTAMA (KEHORMAT) yang julungkalinya dalam sejarah ketenteraan dan Malaysia dimana seorang Menteri Besar yg merampas kerajaan berkhidmat 2 tahun ditauliahkan.


KUALA LUMPUR, 3 NOVEMBER 10 – Majlis pemakaian Pangkat Laksamana Pertama (Kehormat) kepada Menteri Besar Perak, YAB Dato’ Seri Dr. Zambry Abd kadir telah disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam satu majlis ringkas di Kementerian Pertahanan Malaysia. Pemakaian pangkat tersebut diberikan kepada YAB Dato’ Seri Dr. Zambry Abd Kadir selaku Menteri Besar Perak yang telah memberi komitmen yang tinggi terhadap warga TLDM. Semangat yang ditunjukkan terserlah apabila beliau sering dilihat ‘turun padang’ dan kerap melibatkan diri dalam majlis-majlis keraian serta kebajikan anjuran TLDM di Pangkalan TLDM Lumut, Perak.

YAB Dato’ Seri Dr. Zambry Abd Kadir merupakan Menteri Besar yang pertama dalam sejarah yang dianugerahkan pangkat Laksamana Pertama (Kehormat). Sebelum ini semua Menteri Besar atau Ketua Menteri dianugerahkan dengan pangkat Brig Jen (Kehormat). Sehingga kini seramai 13 orang yang terdiri daripada pegawai-pegawai tinggi kerajaan, tokoh-tokoh akademik dan masyarakat telah dianugerahkan pangkat Kehormat oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Penganugerahan pangkat ini turut membuktikan keyakinan kerajaan dan TLDM terhadap beliau yang begitu mengambil berat terhadap pembangunan dan the Navy People khususnya di Pangkalan TLDM Lumut. Majlis pemakaian pangkat tersebut turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YB Dato’ Dr. Ismail Ahmad, Panglima Angkatan Tentera, YBhg Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin TUDM, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, YB Dato’ Seri Dr. Abdul Rahman Hashim dan panglima-panglima perkhidmatan lain.

Sumber : http://www.perak.gov.my/index.php/bm/component/content/article/103-artikel/263-mb-perak-dianugerahkan-pangkat-laksamana-pertama-kehormat-di-atas-komitmen-tinggi-kepada-tldm

Nota OM: Mudahnya seorang MB yang merampas kerajaan, dan pilihan Mahkamah Rejim diberi kehormatan yang lebih tinggi berbanding Sultan-Sultan. Agak-agak kalau perang, laksma mana yang nyorok dulu? cukup baginya utk sorok ditempat gelap, tapi seragam Panglima tu kena tanggal la baru musuh tak nampak apa......wakakakakakakakakakakaaaaaaaaaaaaaaa. Malaysia , malaysia semua boleh! negarakuku.

ZAMBRY LALAI & PANGKOR TERBENGKALAI

Pakatan Rakyat perintah Perak dibawah Hj Nizar sebagai Menteri Besar, wang rizab sebanyak RM774.57 juta berjaya dikumpul untuk simpanan masa depan negeri dengan pentadbirn yang bersih dan cekap tanpa menaikkan sebarang cukai yang membebankan rakyat

Zambry pulak dalam masa setahun setengah lebih kurang, dah bentangkan 2 bajet dengan defisit RM103.89juta sebelum ni dan katanya hari ni akan bentang satu lagi bajet defisit sebanyak RM29juta lagi. Jumlah defisit RM131 juta untuk tempoh tak sampai setahun setengah.

Ada 7 projek terbengkalai dengan kos keseluruhan berjumlah RM17.32juta termasuk 5 projek denan kos RM5juta di dalam kawasan Dun Pangkor yang Zambry sendiri jadi wakil rakyat.

Nama Projek Jumlah Kos terlibat/RM
1.Resort Tepi Buki, Teluk Batik 2,430,000.00
2.Dewan Serba guna Padang Bandaran Kuala Kangsar 10,000,000.00
3.Pangkor Height Villa 790,000.00
4.Dewan serba guna Teluk Gong, Pangkor 260,000.00
5.Restoran Terapung Teluk Gong, Pangkor 1,900,000.00
6.Restoran Terapung Teluk Dalam, Pangkor 1,560,000.00
7.Korporat Villa Jenis B 380,000.00
Jumlah Kos RM17.32 juta

SOKONG CALON PANGKOR DARI BLOG MANJUNG MARI

02 June 2010
Oleh: OMan

Gambar di'cilok' dari blog brader Manjung Mari

Mungkin brader MM dah lama 'display' kan banner ini, kerana sudah sekian lama tidak menjebakkan diri dalam blog ini. Begitu juga kian lama tidak bertemu dan berbual dgn brader MM, apatah lagi mengikuti aktiviti rakyat bersama DS Nizar, MB pilihan rakyat melayu, cina, india, benggali, orang asli dan lain2 bangsa di Perak. InsyaAllah akan kembali bersama jika terluang.

Terdetik ingin membongkar serba sedikit dan sokongan kepada bakal CALON N52 DUN PANGKOR ini bila terlihat di blog MM, terima kasih buat brader MM ke atas banner kempen ini. Bagi OM, Laksamana Pertama (B) Tuan Haji Mohd Imran adalah calon yg paling layak untuk bertembung dengan MB pilihan mahkamah bagi Dun Pangkor di masa datang berdasarkan antara pengundinya adalah anggota TLDM, jasanya terhadap TLDM dan kelayakannya sebagai Pemimpin.

Sebagai orang awam yang berurusan dgn unit TLDM, OM juga pernah mohon nasihat dan rujukan beliau atas pekerjaan sekarang ini, dan laluan yang diberi olehnya tidak sama sekali untuk kepentingannya. Terserlah keikhlasannya membantu peniaga-peniaga kecil spt OM, hanya Allah sahaja yang dpt membalas jasa baiknya. Kita hanya berusaha sedaya mungkin, rezeki tetap datang dari Allah. OM tulis ini bukan tujuan membodek, namun itulah hakikatnya. Datanglah manusia berbangsa melayu ke, cina ke, india ke dll bangsa tak kira pangkat, pastinya beliau terbuka dan membantu sedaya mungkin secara pendapat serta nasihat asalkan ia benar mengikut protokol dan menurut prosedur.

Kenalan anggota TLDM dari serendah pangkat hinggalah berpangkat Dato', mahupun yang pernah duduk di bawah jabatan beliau semasa masih dalam perkhidmatnnya, jika ditanya tentang beliau, tiada yang kata teruk atau tidak puashati malah amat menghargainya dalam jasa perkhidmatannya. Begitu juga menurut orang awam yang pernah berurusan dgnnya mahupun bekas anggota TLDM yang sudah pencen.

OM sedia berdiri di belakangnya dan sokongan penuh buatnya!! Jika sebelum ini, lahirnya pemimpin seperti Chin Peng, Nizar, Ngeh, Nga, Zambri, Kong Cho Ha, dll, kini Manjung sekali lagi telah melahirkan seorang Panglima berani dahulunya 'yang menurut perintah' dan InsyaAllah bakal 'yang menurut perintahNYA'. Sedia Berkorban untuk Rakyat Dun Pangkor dan Perak!!

ZAMBRY : KEPALA LEMBU DAPAT NAMA (2)

Adapun zakat sebuah syrkt kewangan yang telah diadili sebanyak RM160,000.00 jumlahnya utk seluruh negeri mahkamah. Alhamdullillah, tahun ini cawangan Manjung menjadi tuan rumah, maka telah dirancang pembahagian besarnya untuk sekolah agama rakyat dan agihan kpd yang layak menerima. Acara 'sapi punya susu, kepala lembu dapat nama' disusunlah oleh yang ber'jawatan kuasa' dan s.u.k kerajaan mahkamah. Tatkala, acara dirancang seramai 500 kehadiran, tender makan jumlahnya rm17,000.00 (tujuhbelas ribu yop!!) bukan taraf hotel 5 bintang katanya. Santai aje, MB kerajaan mahkamah pun datang pakai kain pelikat je.

Belum nak agihkan, dah ada rancangan 'agihan khas' untuk setiap cawangan parti melayu united dan sewaktu dgn kawasannya. Bos dan kakitangan zakat cawangan Manjung tak puashati....debuk debak, tibalah hari acara yang ditunggu oleh org2 kampung 'tipah tertipu'. Antara orang hadir MB kerajaan mahkamah, Ismail kalah dibukit gantang, ydp manjung, bos & kakitangan zakat 160k termasukla yang pinjam 'songkok zambry' kat gua.

Pegawai syrkt kewangan dari headquater gelisah setiba di tempat acara, meriah memang meriah dgn banner tapi banner sykt tenggelam. Bukan nak nama katanya, tapi udah rupa bukan majlis sykt, dah jadi depa punya acara pulak. Takpelah, niat mahu betul.

Tut tap...berucaplah para pengucap. Tibalah giliran MB kerajaan mahkamah, "kita tak macam parti Islam, sumbangan semua utk kaum depa aje. Kita agih-agihkan pada semua.......(termasuklah semua cawangan melayu united)".

Org kampung seronok, "kita dapat!".

Justeru, mulalah acara yg dinanti2kan, sumbangan berlalu sebanyak rm140,000.00 , replika palsu disampaikan....(mana pegi rm20,000.00 - mungkin utk pembiayaan tender berbuka puasa; - mungkin juga untuk poster ucapan slmt raya MB kerajaan mahkamah; atau.......kita bersangka baik je lah)

Org kampung berkeahlian parti melayu united ternganga, hak depa punya dah bagi kat setiap ketua cawangan. Mahu kalu, jumpa ketua korang......la dah jadi zakat korang pulak!!

#Berlaku di dun pangkor.

PRU: ISTERI MAT NAVY IKUT SUAMI (Kisah 1999)

OM dapat sumber ni dari blog Isteri Mat Navy, baca dibawah....semenjak gambar Panglima TLDM yang OM siarkan bersama DS Nizar bagi menyatakan sokongan kpd PR, ramai mat-mat navy yang jengah kat blog OM. Ada juga yang minta tunjukajar buat blog sebagai permulaan, samada suka2 atau pasal bisnes partime. OM pun bukan pakar pun.....

Tak kisah la....janji mat-mat navy ni dapat info yang lebih jelas. Ada juga yang suruh OM buat kerja 'bawah tanah' sebarkan maklumat kepada mat dan minah navy untuk tidak mengundi lagi untuk HJ Zambry (H-haram J-jadah) bagi DUN Pangkor yang mana DUN bagi undi navy di lumut dan begitu juga undi pos.

Sebelum ni, OM diberitahu oleh otai-otai navy, mereka sebenarnya diberi sampul dan dalamnya termasuklah kertas undi untuk isteri meraka, maksudnya navy pangkah 2 kali di dalam Dewan Sidek TLDM Lumut untuk PRU 12 baru2 ini. Untuk menguatkan lagi, baca kisah Isteri Mat navy kat bawah ni..........

12 November 1999 : Pilihanraya Umum ke 11 (Realiti pertama bersuamikan Tentera) (dari blog Isteri Mat Navy)
12 November 1999 : Pilihanraya Umum ke 11
• Terasa ingin mencoretkan pengalaman pertama setelah berumahtangga dengan hubby dan menghadapi Musim Pilihanraya Umum ke 11 di Lumut• Sebagai isteri anggota tentera secara automatik kawasan membuang undi adalah mengikut alamat suami ingatkan masih mengikut alamat Kad Pengenalan

• Tak jadi balik kampong, rasa2 tempat mengundi di Kampung Pundut, Lumut• Ketika itu, bahang pilihanraya memang terasa sehingga ke Pengkalan TLDM Lumut bilamana pertama kali pembakang mewujud pakatan yang dikenali sehingga kini Barisan Alternatif

• Isu yang sangat berkaitan dengan Mantan Timbalan Perdana Menteri (Anwar Ibrahim)• Ada di kalangan warga Navy ketika itu secara sedar atau tidak tiba-tiba terlalu sentimen dengan pergolakan politik negara walaupun hakikat sebenar Warga Tentera perlu bersifat berkecuali.

• Paling ketara apabila berlaku insiden ‘boo – mengeboo’ di Stadium TLDM ketika Timb Perdana Menteri (Pak Lah ketika itu) memberi ucapan (tak ingat apa majlisnye) ketika proses berkempen bermula

• Yang pasti dalam seminggu sebelum tarikh pilihanraya terdapat nota yang ditujukan kepada semua Anggota Keselamatan disiarkan di dalam TV seperti Awasan Merah, Kuning, Biru dan Putih (tengok TV di tempat kerja – masa tu tak de TV di rumah)

• Tepat jam 12 tengah malam 12 November 1999, Pangkalan TLDM Lumut telah dikejutkan dengan bunyi siren yang panjang dan dimaklumkan semua anggota di bawah ‘awasan kuning’

• Punye la nak tahu apa makna “awasan kuning” aku kejutkan Hubby yang sememangnya memang ‘tido mati’• Bila ditanya terus bingkas Hubby bangun minta sediakan Pakaian Celoreng nya, Kenapa?!!

• Hubby maklumkan semua mesti melapor ke Unit masing-masing dalam tempoh 1 jam.. mak aii macam tu ke??!! (Bayangkan betapa cuak nye hati ni)• Ditanya bila balik?? Katanya tak pasti, abis tu camana nak tahu perkembangan? (masa tu kat umah tak de telefon, tak de TV dan Radio – maklum la, baru nak hidup : dah la dok kat blok C jauh dari kedai, tak de motor, kereta.. hubby dah bawak… giler kan??? Bole je dok kat umah senyap sunyi… nasib baik ketika tu tengah gile membuat jahitan ‘crosstich’)

• Bayangkan perasaan aku selama 48 jam tak de apa-apa maklumat mengenai status hubby

• Tanya jiran? Emm 1 blok ada 6 rumah je, semua balik kampong (sebab2 : cuti sekolah la, bersalin la, suami kat oversea la)

• Yang pasti, hanya dapat call hubby pada pagi hari Isnin (itu pun dari opis) dapat info - semua anggota keselamatan seluruh negara diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga sehingga suasana pilihanraya dalam keadaan selamat dan tenang.

• Balik dari Opis hubby jemput … Tuhan je yang tahu betapa leganya hati ni… Meleleh air mata.. Tapi Hubby aku tetap macam tu.. Macam tak de perasaan (pandai simpan perasaan).. Boleh lagi bercerita pengalaman di kuarantin..

• Itulah pelajaran dan pengalaman pertama aku untuk menghadapi kenyataan berdepan dengan tugas hubby sebagai anggota tentera.

Dicatat oleh wifenavy