DEMONSTRASI ANTI ISRAEL DI MANJUNG

21.06.2010
OMan
SERI MANJUNG, KFC GIANT / McDONALD TMN SAMUDERA, 20.06.2010.

Berita Hairan & Utusan Meloya melaporkan hampir '2000' pelajar PASTI AR-RAUDAH, Fasa 1A Seri Manjung berdemo di hadapan Restoran Proksi Israel sekitar Manjung. Walaupun sebelum ini anak-anak kecil ini menggemari produk ini, namun pada hari ini 'ayahnya' menanamkan fahaman bahawa sudah masanya hukumannya di'haram'kan untuk dimakan sebagai tanda protes kepada kekejaman Israel terhadap Palestine walaupun logo halal terpampang di restoran tersebut.

"Kenapa orang lain makan situ, ayah?!?", soalan cepu emas anak kecil ni kpd ayahnya.

"Orang lain tak tahu, atau buat-buat tak tahu! Kalau tahu berdosa!", jawapan ayahnya secara direct dan jelas kerana anak2 kecil ni yg masih tidak faham untuk memahami perinciannya. Begitupun, terima kasih buat cikgu-cikgu di Pasti Fasa 1A, Seri Manjung yang menerangkan erti dosa dan pahala kpd anak2 ini dalam konteks pengajian Islam.

Tambah ayahnya lagi,"Kalau kakak dgn adik makan McD, Pizza dan KFC serupa macam kakak dgn adik 'bunuh' saudara dan kawan-kawan kat Palestine!!".

"Ye ke ayah! Kalau macam tu ayah bawa makan char koew teow je la, akak lapar ni!", anak kecil merayu pada ayahnya.

"OK, lagi sedap", kata ayahnya, dalam hati bersuara,"selamat duit aku!".
Demo ini agak berjaya di mana sekurang-kurangnya 3 keluarga (1 keluarga Melayu, 2 keluarga Cina) tak jadi masuk KFC Giant semasa 2 anak kecil ini berdiri di pintu masuk, malah ada yang ambil kesempatan ambil gambar mereka. Jika dilihat dari rakaman gambar demo ini, kelihatan majoriti umat Islam sendiri yang sedang 'menyantap darah' rakyat Palestine.
Demo tidak berhenti di Giant, langkah berani anak kecil ini atas sokongan ayahnya dianjurkan ke McD Samudera, malah hingga serbu ke dalam restoran bagi menanamkan protes ini kepada pelanggang yang beratur utk order 'darah rakyat palestine'. Ada yang menunduk malu! Ada juga kedengaran suara-suara yang sokong tindakan anak2 kecil ini,"wah comelnya, cayalah!".
InsyaAllah, gerakan boycott israel @ Manjung tidak berakhir di sini, KFC Lumut, KFC Sitiawan, KFC Pantai Remis dan Pizza Hut Sitiawan sasaran seterusnya. Bagaimanapun, persoalan ke mana perginya Parti-Parti atau badan NGO di Manjung yang mewar-warkan boycott israel, tapi apa tindakannya? Jelas, anak-anak kecil ini lebih berani dari mereka yang hanya pandai berkata dari melaksanakannya.
Moga Allah memberi kesedaran kita semua......................JAHANAM ISRAEL!!

PAKATAN BEBAS

17.06.2010
OMan

Perak Darul Kartun @ Katak: Renungkan bersama apa yang terjadi pada pemimpin-pemimpin pilihan rakyat di dalam Pakatan Rakyat yang melompat menjadi BEBAS. Kita semua sudah sedia maklum, segalanya berpunca dari duit yang sebati dalam politik UMNO dan BN.

Kita dah tahu dan tahu dan tahu, namun apakah jaringan atau tindakan yang PR buat?!?!?! Bila adun PR jatuh miskin, maka tak heranlah ada yg terdesak dgn tindakan yg dulunya dia tentang, tapi hari ini dia sendiri melanggar prinsipnya demi sesuap nasi. Jawapan kita mudah, sering menyalahkan pihak lawan. Ada perkara yang salah dari kita sendiri tidak nampak, masing-masing jaga parti melebihi dari menjaga kehendak rakyat.

Apakata semua ADUN PR Perak pakat-pakat melompat jadi bebas, dan wujudkan PAKATAN BEBAS yg akan mencipta sejarah memerintah negeri ini. Pakatan Bebas dan rakyat pun bebas dari belenggu UBN. Sanggupkah ADUN PR meninggalkan parti masing-masing demi rakyat! Atau tunggu offer baru keluar?!?!Namun di Perak walaupun BEBAS minoriti tapi merekalah yang berkuasa, dan....lumayan beb!!

PALESTINE vs SOUTH AFRICA

12.06.2010
OM

Kibaran bendera di seluruh dunia, berlainan matlamat, satu tujuan mencapai kemenangan!! Dalam mendalami kemeriahan Piala Dunia, ayuh jangan lupakan satu dunia selamatkan Gaza dari rejim Israel! dan ayuh 1Malaysia menjauhkan diri dari perjudian 'halal' dari rejim umno/bn!!

SAVE GAZA versus UMNO's GAMBLE

1 DUNIA 1 SUARA 1 SOKONGAN 1 TENTANGAN Dalam Cetusan Berbeza




Renung-renungkanlah dalam kegembiraan sorakan Piala Dunia, Dunia Palestine semakin terpinggir oleh rejim Israel. Buat warga Manjung wajib kita hindarkan dari KFC Lumut, KFC Giant, KFC Sitiawan, McD Samudera dan PIZZA HUT Sitiawan.

JAHANAM ISRAEL!! HANCUR ISRAEL!! BOYCOTT PROKSI ISRAEL MALAYSIA!!

APABILA BOLA DI KAKI & WANG JUDI DI TANGAN

09.06.2010
OM

Apabila bola sampai ke kaki, maka ada tangan cuba menghulurkan wang pertaruhan secara 'halal'. Benarlah kata-kata MDaud Kilau, " Banyak orang gila judi" dan Salleh Yacob,"Many people crazy gamble", tidak cukup dengan judi 4 angka, 5 angka, berangka-rangka, muncullah cadangan untuk mengeluarkan lesen halal oleh kepemimpinan Islam Melayu 1 Malaysia di negara ini. Alasannya mudah, untuk mengawal perjudian haram, umat Islam terpinga lagi bila adanya perjudian 'HALAL'.

Tatkala bangkitlah pemimpin rakyat sejati menentang cadangan itu bagi kesejahteraan seluruh rakyat di negara ini. Umat Islam dimalukan lagi di negara ini atas perbuatan pemimpin Islam Melayu 1 Malaysia dan dipatahkan usul ini oleh sebuah negeri pimpinan pakatan rakyat yang diketuai pemimpin berbangsa cina yang bukan Islam. Selamat sejahteralah kepada rakyatnya yang Islam di bawah naungannya begitu juga yang bukan Islam. Apabila pemimpin bukan Islam dan bukan Melayu lebih memahami perjudian itu membawa ke arah kecelakaan, terkenalah tempiasnya dan hinanya tok-tok mufti 1 Malaysia termasuklah brader Sunny mufti of State of Silver yang tindak-tanduknya tidak menunjukkan kesungguhan untuk menghalang perjudian di negara ini.

Marahnya pak menteri kepada juak-juak yang menentang usul ini, baginya adalah lebih baik juak-juak ini memberi cadangan bagaimana untuk mengawal perjudian haram dari menharamkannya terus!! hahahaha...hehehehe..seharusaninya kerajaan 1 malaysia tanya brader Sunny apa perlu buat, Sunny buat dek je. Jika usul ini berjaya maka yang beruntungnya orang-orang dan kroni BERJAYA menuju ke tangga kejayaan. Kesannya akan datang segala aktiviti yang telah diharamkan dan tidak sah, bolehlah diusulkan agar disahkan halal. Bila ramai orang mendapatkan khidmat pelacur, maka kerajaan cadangkan lesen pelacuran untuk mengawal HIV, seks rambang, sumbang mahram, hindar kejadian rogol dan pembuangan bayi. Bila ramai yang suka merompak, maka lesen merompak dikeluarkan bagi mengawal wang rompakan di'tax', wajib kwsp ahlinya dan mengawal rompakan bank serta kedai emas di negara ini, jika tidak mengikut syarat lesen merompak akan ditarik dan seluruh persatuan2 penyamun akan mengambil tindakan.

Bola Dunia semakin dekat, dunia perjudian semakin getir! Jika lesen judi bola tidak menjadi, kaki bola sudah tentu tidak risau, dan kaki judi yang kecanduan judi juga tak perlu resah kerana masih boleh berjudi di negara ini secara haram yang sudah tentu hasilnya haram menjadi sasau said MD Kilau......become crazy kata Salleh Yacob.......


Layan SATU MALAYSIA (kredtit to http://www.youtube.com/user/Claybiet)

Sing ONE MALAYSIA (kredit to http://www.youtube.com/user/anakmelayu1988)


Rock 1 MALAYA (kredit to http://www.youtube.com/user/xBadoMx)

SAVE GAZA!! HANCUR ISRAEL!! @ MANJUNG

04.06.2010
Oleh : OMan
Lokasi : Seri Manjung, Office baru Warga OM yang masih belum dirasmikan.



Selamatkan Palestin di Manjung dari warga OM.
HANCUR ISRAEL!! JAHANAM ISRAEL!!

*Mohon MPM tidak 'mencantas' banner ini demi sokongan kepada PALESTIN, bersama menentang kezaliman zionis israel!


SOKONG CALON PANGKOR DARI BLOG MANJUNG MARI

02 June 2010
Oleh: OMan

Gambar di'cilok' dari blog brader Manjung Mari

Mungkin brader MM dah lama 'display' kan banner ini, kerana sudah sekian lama tidak menjebakkan diri dalam blog ini. Begitu juga kian lama tidak bertemu dan berbual dgn brader MM, apatah lagi mengikuti aktiviti rakyat bersama DS Nizar, MB pilihan rakyat melayu, cina, india, benggali, orang asli dan lain2 bangsa di Perak. InsyaAllah akan kembali bersama jika terluang.

Terdetik ingin membongkar serba sedikit dan sokongan kepada bakal CALON N52 DUN PANGKOR ini bila terlihat di blog MM, terima kasih buat brader MM ke atas banner kempen ini. Bagi OM, Laksamana Pertama (B) Tuan Haji Mohd Imran adalah calon yg paling layak untuk bertembung dengan MB pilihan mahkamah bagi Dun Pangkor di masa datang berdasarkan antara pengundinya adalah anggota TLDM, jasanya terhadap TLDM dan kelayakannya sebagai Pemimpin.

Sebagai orang awam yang berurusan dgn unit TLDM, OM juga pernah mohon nasihat dan rujukan beliau atas pekerjaan sekarang ini, dan laluan yang diberi olehnya tidak sama sekali untuk kepentingannya. Terserlah keikhlasannya membantu peniaga-peniaga kecil spt OM, hanya Allah sahaja yang dpt membalas jasa baiknya. Kita hanya berusaha sedaya mungkin, rezeki tetap datang dari Allah. OM tulis ini bukan tujuan membodek, namun itulah hakikatnya. Datanglah manusia berbangsa melayu ke, cina ke, india ke dll bangsa tak kira pangkat, pastinya beliau terbuka dan membantu sedaya mungkin secara pendapat serta nasihat asalkan ia benar mengikut protokol dan menurut prosedur.

Kenalan anggota TLDM dari serendah pangkat hinggalah berpangkat Dato', mahupun yang pernah duduk di bawah jabatan beliau semasa masih dalam perkhidmatnnya, jika ditanya tentang beliau, tiada yang kata teruk atau tidak puashati malah amat menghargainya dalam jasa perkhidmatannya. Begitu juga menurut orang awam yang pernah berurusan dgnnya mahupun bekas anggota TLDM yang sudah pencen.

OM sedia berdiri di belakangnya dan sokongan penuh buatnya!! Jika sebelum ini, lahirnya pemimpin seperti Chin Peng, Nizar, Ngeh, Nga, Zambri, Kong Cho Ha, dll, kini Manjung sekali lagi telah melahirkan seorang Panglima berani dahulunya 'yang menurut perintah' dan InsyaAllah bakal 'yang menurut perintahNYA'. Sedia Berkorban untuk Rakyat Dun Pangkor dan Perak!!