APABILA BOLA DI KAKI & WANG JUDI DI TANGAN

09.06.2010
OM

Apabila bola sampai ke kaki, maka ada tangan cuba menghulurkan wang pertaruhan secara 'halal'. Benarlah kata-kata MDaud Kilau, " Banyak orang gila judi" dan Salleh Yacob,"Many people crazy gamble", tidak cukup dengan judi 4 angka, 5 angka, berangka-rangka, muncullah cadangan untuk mengeluarkan lesen halal oleh kepemimpinan Islam Melayu 1 Malaysia di negara ini. Alasannya mudah, untuk mengawal perjudian haram, umat Islam terpinga lagi bila adanya perjudian 'HALAL'.

Tatkala bangkitlah pemimpin rakyat sejati menentang cadangan itu bagi kesejahteraan seluruh rakyat di negara ini. Umat Islam dimalukan lagi di negara ini atas perbuatan pemimpin Islam Melayu 1 Malaysia dan dipatahkan usul ini oleh sebuah negeri pimpinan pakatan rakyat yang diketuai pemimpin berbangsa cina yang bukan Islam. Selamat sejahteralah kepada rakyatnya yang Islam di bawah naungannya begitu juga yang bukan Islam. Apabila pemimpin bukan Islam dan bukan Melayu lebih memahami perjudian itu membawa ke arah kecelakaan, terkenalah tempiasnya dan hinanya tok-tok mufti 1 Malaysia termasuklah brader Sunny mufti of State of Silver yang tindak-tanduknya tidak menunjukkan kesungguhan untuk menghalang perjudian di negara ini.

Marahnya pak menteri kepada juak-juak yang menentang usul ini, baginya adalah lebih baik juak-juak ini memberi cadangan bagaimana untuk mengawal perjudian haram dari menharamkannya terus!! hahahaha...hehehehe..seharusaninya kerajaan 1 malaysia tanya brader Sunny apa perlu buat, Sunny buat dek je. Jika usul ini berjaya maka yang beruntungnya orang-orang dan kroni BERJAYA menuju ke tangga kejayaan. Kesannya akan datang segala aktiviti yang telah diharamkan dan tidak sah, bolehlah diusulkan agar disahkan halal. Bila ramai orang mendapatkan khidmat pelacur, maka kerajaan cadangkan lesen pelacuran untuk mengawal HIV, seks rambang, sumbang mahram, hindar kejadian rogol dan pembuangan bayi. Bila ramai yang suka merompak, maka lesen merompak dikeluarkan bagi mengawal wang rompakan di'tax', wajib kwsp ahlinya dan mengawal rompakan bank serta kedai emas di negara ini, jika tidak mengikut syarat lesen merompak akan ditarik dan seluruh persatuan2 penyamun akan mengambil tindakan.

Bola Dunia semakin dekat, dunia perjudian semakin getir! Jika lesen judi bola tidak menjadi, kaki bola sudah tentu tidak risau, dan kaki judi yang kecanduan judi juga tak perlu resah kerana masih boleh berjudi di negara ini secara haram yang sudah tentu hasilnya haram menjadi sasau said MD Kilau......become crazy kata Salleh Yacob.......


Layan SATU MALAYSIA (kredtit to http://www.youtube.com/user/Claybiet)

Sing ONE MALAYSIA (kredit to http://www.youtube.com/user/anakmelayu1988)


Rock 1 MALAYA (kredit to http://www.youtube.com/user/xBadoMx)

No comments: