SELAMATKAN PENDUDUK KG.SILOU, RANAU


1. Maaf kerana isu kali ini tidak membabitkan kisah politik tetapi membabitkan nyawa manusia. Ia berkisar mengenai kesan radiasi kepada penduduk. Saya pernah mendengar tetapi bila berita ini disampaikan oleh penduduk Kg.Silou, Ranau, Sabah, barulah saya mengerti penderitaan kesan radiasi ini.

2. 10 tahun dulu pemancar telekomunikasi di pasang di kampung tersebut, 11 orang telah dijangkiti kanser dan tujuh daripadanya telah pun meninggal dunia. Maksudnya ini bukan kes terpinggir tetapi kes yang boleh memberi kesan yang besar kepada penduduk kampung tersebut.


3. Lalu saya menghubungi Jef Azman di TV3 untuk memaklumkan perkara ini. Saya menyuruh beliau jika boleh untuk membawa Karam Singh Wariya untuk menyelami masalah penduduk kampung di sini. Tiba-tiba saya merasakan merasa bertanggungjawab kepada nasib penduduk kampung Silou.


4. Ini bukan soal parti tetapi ini soal nyawa sesama insan. Kedaifan mereka membuatkan saya terpanggil untuk memastikan masalah ini dapat diselesaikan segera.

5. Menurut Profesor Bersekutu Fakulti Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Madya Dr Adlina Suleiman bersama 10 pelajarnya mereka telah membuat satu kajian di kawasan penduduk di Taman Subang mengenai pemasalahan tersebut.


6. Menurut kajian daripada 170 penduduk taman perumahan tersebut, 8.23 responden diserang penyakit kanser.Ia berlaku kerana gelombang elektromagnet (EMR) yang dipancarkan apatah lagi di pencawang tersebut mempunyai 50 antena dan cakera pemancar gelombang.

7. Menurut kajian sesiapa yang mempunyai penyakit kanser awal jika berkunjung ke Taman tersebut boleh membawa maut. Radius bahaya kepada penduduk menurutnya antara jarak 1 hingga 120 meter.
8. Di bawah adalah antara kes yang berlaku di luar negara.
>Kes 1 - London

PADA Ogos 2007, syarikat telefon bimbit Orange bersetuju mengalihkan pemancarnya yang dikenali ‘Menara Kemusnahan’ yang dipasang di atas bumbung pangsapuri lima tingkat selepas tujuh penduduk yang tinggal di bangunan itu diserang kanser dengan tiga daripada mereka meninggal dunia, manakala empat lagi sedang bertarung nyawa.

Peratusan kanser membabitkan penduduk yang tinggal di tingkat atas bangunan itu ialah 20 peratus, 10 kali ganda melebihi kadar keseluruhan negara berkenaan.

Sejak menara itu dipasang pada 1994, penduduk terpaksa bergelut dengan pelbagai masalah kesihatan seperti pening kepala melampau dan sebagainya.


>Kes 2 - Warwickshire, England

SEBANYAK 31 kes kanser pernah dilaporkan berlaku di satu jalan berhampiran sebuah menara telekomunikasi di bandar berkenaan. Hampir 10 daripada kira-kira 30 kakitangan sebuah sekolah istimewa berhampiran menara itu dilaporkan terkena barah sejak 2000, manakala selebihnya mengalami pelbagai masalah kesihatan lain.


>Kes 3 - Osafia, Israel

DALAM tempoh empat tahun (sejak 2000) seramai 165 orang meninggal dunia akibat kanser di satu kawasan kejiranan di Osafia yang mempunyai pemancar telekomunikasi.

Hal ini menyebabkan Kementerian Kesihatan negara itu membuat kajian kaitan kes kanser dengan pemancar di kawasan terbabit serta bercadang memanjangkan kajian mereka ke bandar Yavne, Modeen, Reud dan Tamra yang turut mempunyai pemancar seperti itu.


>Kes 4 - London, England

PADA 2002, ketua masyarakat setempat, Iain Duncan Smith menggesa kerajaan British menyiasat kaitan di antara 16 pemancar telekomunikasi yang dipasang pada bumbung sebuah bangunan di South Woodford apabila lima penduduk daripada tujuh rumah mengelilingi bangunan itu diserang kanser.

Kejadian kanser membabitkan penduduk yang tinggal jauh dari situ adalah rendah.


Kes 5 - Cardiff, Wales

SEKURANG-KURANGNYA lapan penduduk di St George dan St Brides mati akibat kanser dalam tempoh lima tahun. Setiap satu daripada 10 rumah berhampiran pemancar di Bedfordshire mencatatkan kematian akibat kanser.


>Kes 6 - Norfolk County, Amerika Syarikat

PADA 2006, 17 orang yang tinggal berhampiran menara pemancar di Norfolk County dilaporkan mengalami gangguan kesihatan termasuk pening kepala, keletihan, loya dan sebagainya sejak menara itu didirikan. Menara itu kemudian dipindahkan.

9. Bukti menunjukkan kesan tersebut dan diharapkan tindakan segera akan diambil untuk mengatsi masalah ini. Saya amat berharap Datuk Masidi akan mengambil tindakan segera atas pemasalahan penduduk di sini.

MAMAK, SYED ATAU DUSUN..MELAYU?

1. Tadi saya dihubungi oleh anak buah (wartawan) saya dari Kuala Lumpur. Dia bertanya kenapa lama tidak menulis. Saya kata tak lama sangat, cuma sedikit sibuk dengan tugas harian. ia memohon maaf kerana kerana menggunakan artikel saya untuk digunakan di akhbar perdana sebagai isu.

2. "Sory bos, terpaksa curi idea masa tu sebab bila masuk meeting editor dok bising apa isu nak buat. Biasalah cerita panas sensasi sahaja ketika ini dorang nak," jelasnya. Saya kata tidak kisah tapi saya sempat bertanya kenapa kali ini BN cepat sangat nak kempen pilihanraya.

3. Jawabnya sebab BN tahu dia tidak sehebat dulu, jadi propaganda mesti dilakukan segera untuk tempoh yang panjang. Dalam erti kata lain BN mahu racun yang diberikan kepada rakyat akan benar-benar menjadi barulah pilihanraya akan diadakan.

4. Kepada pembaca blog ini, maafkan saya pada isu 'Pendatang Pun Boleh Jadi PM dan KM..' sebenarnya ia bukanlah artikel tetapi isu yang saya berikan kepada dua wartawan saya di Kuala Lumpur. Memandangkan ketika itu saya akan berangkat ke Keningau dan Tenom, saya masukkan terus ke dalam blog ini.

5. Isu itu diberikan kepada wartawan saya di mana mungkin pengarang mereka akan menggunakan sebagai isu yang boleh disiarkan di akhbar. Saya tahu, satu akhbar ini mungkin boleh memainkan isu tersebut dan satu lagi mungkin tidak boleh langsung memandangkan akhbarnya dimiliki oleh konco BN sendiri.

6. Berbalik kepada soal Melayu yang saya katakan, sekali lagi saya ingin menghuraikan dengan lebih jelas mengenainya kerana dalam artikel yang lalu hanya lebih kepada perkara yang dipersoalkan.

7. Apatah lagi isu ini baru dibangkitkan oleh pakar perlembagaan iaitu Pro Datuk Shad Saleem dan Prof Abdul Aziz Bari. Saya tidak mahu bercerita dari sudut perlembagaan tetapi dari sudut sejarah dan situasi. Saya akui tidak mempunyai bimbingan sistem perlembagaan seperti mereka.

8. Dalam artikel itu ada seorang yang tidak dikenali telah memberi satu komen mengenainya. Komennya berbunyi begini, "Tak payoh kecek banyak. Demo tunggulah Cina atau India memerintah nanti., dorang akan makan demo. Demo ni jenih tak reti bahasa, makan tahi Cina. Inilah mentaliti pembangkang yang haprak."

9. Satu komen yang cukup pedas dari seorang yang lemah cara berfikir. Dulu semasa menjadi pengarang rencana akhbar, tidak seteruk ini mungkin ada tanda rasa hormat tetapi bak kata orang, kebebasan saya menulis dengan menggunakan ayat-ayat selamba begitulah komen yang diterima.

10. Melayu... mengikut kata pekerja kontrak di kedai saya berbangsa Boyan di Kuala Lumpur, maknanya 'pelarian'. Orang sana menggelarkan orang di kepulauan itu yang berhijrah ke Semenanjung digelar Melayu atau maksud kita pelarian.

11. Ada banyak pendapat mengenai Melayu ini, ada pendapat mengatakan Melayu ini berasal dari keterunan Nabi Ibrahim dan ada yang kata dari keturunan Nabi Nuh. Apapun di Jambi ada menceritakan sejarah Melayu itu sendiri. Saya percaya kepada kepulauan Melayu dari Selatan Pattani, Sumatera, Jawa, Kalimantan hingga selatan Filpina.

12. Maka orang Melayu (pelarian ini) berhijrah dari satu tempat ke satu tempat hinggalah ke Semenanjung. Sejarah kesultanan seperti yang kita baca sejarahnya adalah keturunan raja dari seberang yang lari ke Semenanjung dengan pelbagai sebab. Jadi wujudlah kesultanan Melayu.

13. Cukuplah tentang serba sedikit sejarah Melayu kerana ada banyak teori mengenainya. Dalam masa yang sama ketika ini semangat ketuanan Melayu semakin hebat dimainkan oleh UMNO sekaligus menutup atau menghilangkan populariti slogan 1 Malaysia. Mengapa UMNO seperti tidak sependapat dengan Presiden mereka. Adakah benar Muhyiddin cuba sabotaj Najib??

14. Mungkin pakar analisis UMNO berpendapat, mereka kini sudah tidak dipercayai oleh kaum Cina lagi dalam dunia politik tanahair. Mereka tahu pengundi Melayu di Semenanjung menguasai 65% undian (belum terbahagi kepada undian PR atau BN). Berbekalkan undian bangsa Kadazan, Dusun, Iban, Melayu Sarawak dan lain-lain, kemungkinan besar mereka boleh memperolehi undian keseluruhan sebanyak 60%. Mereka mahu sekurang-kurangnyanya 70% Melayu menyokong mereka untuk terus menguasai kerajaan.

15. Malah mereka tahu Sultan di Tanah Melayu, sukakan sentimen ini yang kononnya merekalah juara mempertahankan kesultanan Melayu. Harapan kepada bangsa Cina tidak lagi dan bangsa India pula, UMNO merasakan tidak sukar untuk mengembalikan keyakinan mereka kerana ramai di antaranya mengatakan bangsa India mudah diperkotak katikkan.

16. Dalam masa yang sama ada juga bangsa-bangsa lain di Semenanjung yang bukan Melayu tetapi kerana mereka beragama Islam, mereka merasakan mereka adalah Melayu. Mereka silap ideologi UMNO itu tidak sesuai dengan mereka walaupun sesetengahnya berkahwin dengan orang Melayu. Contohnya keturunan Syed.

17. Ada seorang UMNO keturunan Syed ini bukan main hebatnya bercerita mengenai Melayu. Nak tanya dia tu Melayu sangat ke? Cerita mengenai Syed ini, mereka ini dikatakan pedagang Arab yang kaya berdagang ke Semenanjung. Ada pula mengatakan mereka juga adalah keturunan Nabi Muhammad s.a.w.

18. Adakah benarnya maksud tersebut? Ini kerana ada ramai lagi yang merahsiakan keturunan mereka berasal dari Nabi Muhammad s.a.w kerana bimbang diketahu musuh. Contohnya Bani Zadiyyah yang lari tanpa kesan salasilah. Betulkan saya jika saya salah kerana ilmu saya tidak sehebat Tuan Guru. Satu artikel berbunyi begini, "Saya memang dari keturunan itu dan diberitahu oleh ayah saya tentang keturunan kami ini memang berasal dari cucu nabi hassan. Ayah pesan kami tak boleh terima sedekah tetapi boleh terima hadiah. Ayah juga pesan jangan buat perkara sembarangan sebab nanti terkena tulah pulak sebab kami kena jaga maruah keturunan kami yang berasal dari nabi. Saya difahamkan bahawa keturunan syed sebelah utara adalah datang dengan niat berdakwah menyebarkan Islam, oleh itu ramai yang berkahwin dengan orang tempatan. Manakala keturunan syed sebelah selatan kebanyakannya pedagang dan kaya-kaya belaka. Sharifah kalau kahwin dengan lelaki bukan keturunan syed, anaknya menjadi Meor. Kalau Syed kahwin dengan keturunan lain masih boleh kekalkan syed dan sharifah tu.

19. Kononnya status itu melambangkan kehebatan mereka, ada kawan saya seorang Engineer berketurunan Syed yang saya panggil dengan panggilan ED, perangai aduh, habis anak dara di Kuala Lumpur disebatnya. Maaflah keturunan Syed, mungkin yang nakal itu kawan saya seorang ini sahaja. Cuma yang saya ingin katakan di sini ialah mengenai mamat seorang ini (pemimpin UMNO) yang lebih dari Melayu mempertahankan bangsa lebih dari agamanya sendiri. Saya masih ingat adik saudara saya yang lama tinggal di kota Mekah memberitahu. Katanya, perempuan Arab sukar sekali untuk memilih bangsa lain sebagai suami mereka. Mereka pentingkan bangsa atau keturunan. Kononnya bangsa mereka adalah yang paling mulia di dunia ini.

20. Terbaru mengenai demontrasi di Pulau Pinang. Saya bertanya mengenai kejadian tersebut kepada bekas wartawan saya di sana yang baru ditugaskan setahun yang lalu. Katanya, ramai juga 'mamak Penang' yang berdemontrasi. Haaaa...jawab saya, lebih sudu dari kuah. Dia pun pendatang tapi kecoh macam keturunan dia dihalau. Sepatutnya 'mamak' ini kena banyak berterima kasih mencari makan di sini. Mereka juga merantau ke sini seperti orang Cina dan mungkin sejarah Melayu boleh jelaskan orang Cina (Cina era Hang Li Po) mungkin lebih awal dari mereka.

21. Sedangkan mereka ada persatuan 'mamak' atau Indian Muslim (IMAM). Mengapa mereka tubuhkan persatuan tersebut? Maksudnya untuk menjaga kepentingan bangsa atau keturunan mereka. Jika merasakan diri mereka Melayu tidak perlu ditubuhkan persatuan ini. Kesian tak faham asal usul atau digunakan.

22. Apapun mamak dan Syed diterima sebagai penduduk pribumi di negara ini kerana mereka Islam. Berbeza dengan Sabah, penduduk pribumi atau bumiputranya ramai yang bukan Islam. Malah di sini ramai orang Cina yang mendapat status bumiputra apabila berkahwin dengan orang Kadazan, tidak kira lelaki atau perempuan.

23. Mereka memilih keturunan mereka sebagai Kadazan untuk mendapat status tersebut tanpa memeluk agama Islam. Mereka ini digelar Sino. Baru-baru ini sewaktu berkunjung ke rumah adik ipar yang berkahwin dengan lelaki cina, kakaknya berkahwin dengan lelaki keturunan Syed dari Kuala Lumpur. Orangnya cukup dikenali jika disebut nama. Jadi apa pula keturunan mereka ini...agaknya Sumo.

24. Prof Datuk Shad memberitahu dia bersetuju dengan pendapat Prof Aziz Bari bahawa bangsa lain juga boleh jadi PM mengikut perlembagaan. Jadi saya ingin tanya kepada orang UMNO atau mamak atau Syed tadi, mengapa tidak mahu diajak membincangkan tentang soal ini di akhbar mahupun di parlimen. Mengapa mahu dirahsiakan artikel perlembagaan ini?

25. Saya bukan bersetuju tetapi jika ada pilihan yang lebih baik mengapa tidak. Benar Lee Kuan Yew meminggirkan orang Melayu tetapi lihat apa yang dilakukan oleh beliau kepada Singapura. Malah yang lebih mengkagumkan bagaimana Lee Kuan Yew berjaya membataskan indeks rasuah di sana hingga ke tahap indeks kedua terbaik di dunia. Jauh tertinggal dengan Malaysia yang dipimpin oleh orang Melayu.

26. Apapun secara tradisinya, mana mungkin bangsa lain boleh dipilih menjadi PM. Mungkin boleh berlaku 100 tahun lagi. Saya selalu katakan mentaliti orang Melayu tertinggal 50 tahun dari orang barat. Obama dipilih kerana mentaliti rakyatnya sudah jauh ke hadapan. Apatah lagi Amerika sendiri penduduk terdiri dari pelbagai bangsa.

27. Orang yang kuat pada sentimen bangsa sahaja yang akan melenting dalam soal ini. Terbaru kisah Lim Guan Eng menjadi isu. UMNO sekali lagi tersilap dalam percaturan politiknya selepas isu penggunaan nama Allah. Sebenarnya isu ini memberi kredit yang baik kepada kerajaan Lim Guang Eng. Selama hari ini kita kurang mengetahui mengenai pentadbiran negeri tersebut tetapi kini segalanya butiran perbelanjaan diberikan menunjukkan orang Islam di sana telah dibela oleh beliau.

28. Malu dua Datuk ini dibuat Prof Agus, Jadi isu Pulau Pinang akan ditutup buat sementara sebelum bola tanggung dihulurkan kembali. UMNO mentadbir negara seperti bermain badminton. Mereka menyerang bertubi-tubi dan satu kesilapan bermakna bola tanggung kepada mereka. Tidak mungkin kesemua kerajaan PR mampu menjadi sempurna tetapi janganlah kelemahan itu berbentuk korupsi atau rasis.

29. Haprak kah saya membuat analisis mengenai bangsa seperti kata seorang pembaca terhadap saya. Saya hanya mengajak dia melihat realiti kepada ciptaan dunia ini. Bumi ini milik Tuhan. Sebab itu saya bersetuju mengenai perjuangan PAS kerana agenda mereka adalah untuk Islam dan bukannya untuk Melayu.


30. Dr Mahathir sendiri bukan keturunan Melayu asli. Musa Aman juga begitu. Datuk Kadir Sheikh Fadhil, Dr Zambry 'confirm' bukan Melayu asli. Syed Hamid dan Syed Ali Al Bashee pak Arab asalnya. Khir Toyo Melayu atau Jawa. Jangan lupa ratu UMNO, Sharizat...Melayu sangatkah dia. Itu semua yang akan membelitkan kembali fahaman Melayu UMNO itu sendiri.

31. Jadi di sini kepada pengkritik saya tadi, maksud saya ialah bezanya Islam dan Melayu. Jika Islam, Sharizat, Syed Hamid, Dr Zambry bila bersuara kan nampak manis sikit. Jadi seringkali saya katakan tidak perlu kita mainkan sentimen perkauman. yang penting adalah agenda perjuangan kita baik untuk rakyat.

32. Jika UMNO memperjuangkan Islam, tidak korupsi, ahlinya dilihat lebih Islamik dan lain-lain lagi, pasti kita akan terima mereka. Bak kata TGNA, "Jika hari ini UMNO terima Islam, bukan sahaja mereka nak kerusi kita bagi, ambillah air-cond, kapet dan sebagainya."

Mengikut kata ibu saudara saya, moyang saya dulu berpakaian dan berambut seperti ini.

33. Saya cuma mengajak kita semua berfikir balik mengenainya. Seperti saya pernah menegur ibu saya, mak kita ini asalnya keturunan Cina. Maklumlah ibu saya adalah wanita UMNO pertama yang menubuhkan UMNO Seri Manjung suatu ketika dahulu.

34. Begitu juga ahli UMNO di Sabah. 98% ahli UMNO di Sabah bukan Melayu. Jadi bagaimana mereka boleh bersetuju dengan agenda perjuangan Melayu. Saya pun hairan bin ajaib mengenainya. Cukuplah dan anda buatlah pernilaian sendiri mengenai agenda perkauman seperti ini.

AKHBAR TERTIPU ATAU MENIPU LAGI...APA LAGI LEPAS INI!




1. Saya masih teringat kata-kata Mat Sabu dalam ceramahnya 10 tahun dahulu. Akhbar Utusan atau Berita Harian kerjanya menipu je. Yang boleh kita percaya dan betol beritanya hanya keputusan nombor ekor di akhbar tersebut.

2. So kata-kata Mat Sabu tu dah tak boleh diguna pakai lagi. Pada 14 Februari lalu di ruangan RALAT agaknya akhbar Perdana ni telah memohon maaf akan kesilapan tersebur. Bayangkan kepada kaki ekor yg dah melompat kononnya nombor tersebut adalah miliknya tiba-tiba nombor itu bukan yang sebenarnnya.

3. Moralnya di sini, usah percaya langsung mereka...barangkali.

PENDATANG PUN BOLEH JADI PM DAN KM?



1. "Kenapa saya dikatakan pendatang (warga Filipina Sabah), orang Cina dan India juga pendatang kenapa mereka boleh jadi Ketua Menteri atau Menteri," itulah kata seorang warga Filipina mengenai statusnya yang kini telah diterima menjadi warganegara Malaysia.

2. Itulah persoalan yang bermain mengenai status Melayu yang kononnya 'Tuan' kepada tanah Melayu. Sebab itu saya tidak bersetuju dengan propaganda samada dari pihak BN yang secara sinis mengatakan Datuk Seri Nizar anak Cina dan PR menuduh Datuk Zambry anak India. Jika benar sekalipun...apa salah mereka?

3. Sentimen ini dimainkan kerana UMNO sendiri yang memainkan semangat Melayu. Itulah salahnya UMNO memainkan semangat tersebut. Ada juga orang Cina bertanya itu keturunan mamak boleh jadi PM macamana?

4. Di Sabah dikatakan KM sekarang ini adalah keturunan Pakistan yang berhijrah ke sini. Bila berkahwin dengan orang tempatan, dia dianggap penduduk bumiputra. Di Sabah orang Islam berstatus pribumi atau bumiputra kerana ada kepelbagainan kaum dan mereka juga sampai mati tidak akan mengaku mereka Melayu . Manakala ramai orang Cina di Sabah mendapat status pribumi di mana mereka ini dikenali sebagai Sino. Sino merupakan kaum Cina yang berkahwin dengan orang Kadazan-Dusun. Apabila mereka mendapat anak walaupun bapanya keturunan Cina, mereka akan meletakkan status anak mereka sebagai Kadazan.

5. Jika kita mengatakan sebenarnya Melayu itu hanyalah simbolik untuk Islam, bagaimana keturunan Dusun yang beragama Islam? Tun Dr Mahtahir sendiri kita fahami dia bukanlah Melayu tulen. Di Sabah penduduk Islamnya dianggarkan sekitar 800 ribu orang. Satu jumlah yang agak ramai tetapi mereka tidak mahu meltakkan bangsa mereka sebagai Melayu. Cuma yang peliknya ramai antara mereka menyertai parti semangat Melayu (UMNO). Mungkin sudah ada perubahan...'barangkali'.

6. Orang Melayu di Tanah Melayu kononnya mengikut sejarah datangnya dari Indonesia. Ada yang datang berbangsa Aceh, Bugis dan sebagainya. Menurut orang Filipina ini lagi, Menteri Kabinet Pusat (ketika ini) dari Sabah juga berbangsa Suluk. Jadi mereka pertikaikan apakah salah mereka jika mahu menjadi rakyat Sabah.

7. Satu kekeliruan berlaku di sini. Jika mengikut sejarah kerajaan Sri Wijaya meliputi Brunei, Indonesia dan Filipina sebagai rumpun Melayu. Kaum Melayu berlegar (merantau) di sekitar negara-negara ini. Jadi benarlah jika kita beranggapan ia negara Melayu.

8. Mungkin ada yang persoalkan mengapa ia dikenali Tanah Melayu (Semenanjung). Alasannya penduduk asal Semenanjung merupakan orang asli seperti kaum Jakun dan Senoi. Menurut sejarah orang Melayu yang ada di Semenanjung ini asalnya datang dari Indonesia yang berhijrah ke sini. Tapi persoalannya adalah kerana orang Melayu dulu sampai jadi mereka layak merasakan ini adalah negara mereka.?

9. Adakah kerana kaum Cina dan India yang datang kemudian mereka tidak layak mengatakan ini juga negara mereka? Apapun berdasarkan kepada sejarah, pengembaraan orang Melayu sekitar kepulauan Melayu itulah bermakna Tanah Melayu itu hak orang Melayu.

10. Akhirnya orang Melayu dinaikkan taraf dengan orang asli Semenanjung untuk mendapat status penduduk peribumi atau bahasa sekarangnya penduduk bumiputra. Ia sama taraf dengan hampir 30 suku kaum dari Sarawak dan Sabah juga mendapat status tersebut.


11. Cuma orang Sabah agak kecewa kerana selalunya di dalam borang yang perlu diisi oleh mereka hanya tertera Melayu, Cina, India dan lain-lain (Others) atau bumiputra. Selalunya mereka akan tanda others sahaja. Mereka tahu mereka bukan Melayu tetapi mereka mempersoalkan adakah Cina dan India tarafnya lebih tinggi dari mereka sehingga nama bangsa mereka tidak disebut.

12. Sedangkan jika melihat kepada status bumiputra kaum asli Semenanjung, Melayu, Dusun, Sayak, Iban, Kadazan dan lain-lainnya diletakkan sebagai sama taraf (bumiputra) tetapi mengapa bangsa mereka tidak diletakkan sebagai bangsa utama di negara ini. Mana 1 Malaysia?

12. Sebab itu rata-rata dan terbaru seorang Doktor di Likas memberitahu saya, orang Sabah kurang ambil peduli mengenai senario politik di Semenanjung. Mereka sudah serik untuk mempertahankan hak mereka sepertimana berlaku di zaman PBS.

13. Kata Doktor ini biarlah kami pangkah BN, terasa pahitnya lagi sewaktu PBS keluar dahulu apabila BN mengenakan pelbagai sekatan. Kata Doktor itu ramai lagi rakyat Sabah yang masih memerlukan infrastruktur di kawasan pendalaman terutamanya.

14. Jadi saya yakin dalam persidangan UMNO akan datang, kita sukar lagi untuk mendengar UMNO cuba mendaulatkan bangsa Melayu. Kita lihat KJ Ketua Pemuda UMNO itu macam bukan Melayu tulen je....agaknya. Jika sentimen bangsa ini dimainkan, saya yakin akan pupus UMNO sedikit masa lagi.

15. Jadi rupanya selepas lebih 50 tahun PAS mendaulahkan Islam, akhirnya barulah kita nampak betapa Islam tidak meletakkan sesuatu bangsa itu sebagai yang teratas. Tuhan tidak meletakkan bangsa Arab itu sebagai penghuni syurga, Tuhan tidak katakan bangsa Arab adalah bangsa terbaik. Tuhan tidak berkata ini negara orang Melayu, ini negara orang Cina tetapi bumi ini milikku.

16. Maksudnya Islam itu adalah untuk semua bangsa. Islam milik semua dan jika diamalkan sungguhlah indah, Sebab itu PAS kini semakin diterima apabila PAS melancarkan pendekatan yang lebih terbuka. PAS tidak jadi seperti Zulkifli Nordin yang melalut yang bukan-bukan.

17. Saya tidak mahu komen tentang Zul Kulim ini lagi. Sudah lama dan mungkin hampir 2 bulan lalu saya berseorangan mengkritiknya dan kini apabila dia mengkritik TGNA barulah dia dihentam oleh pelbagai blog. Cukuplah kerana saya tidak mahu terikut-ikut perangai keanak-anakan Zul. Nasib baik sudah dewasa tapi jika di zaman kanak-kanak mungkin saya sudah bertumbuk dengannya.

18. Berbalik kepada soal bangsa, jadi cukuplah orang Melayu bercerita tentang bangsa ini sangat. Yang pentingnya Islam. Nenek saya berasal dari Cina, tapi bila bersama Islam dia lebih Islam dari orang Melayu. Yang penting agama kerana jika kita menyintai agama jiwa kita akan terpelihara dengannya.



19. Saya bersetuju jika orang Melayu merasakan Tanah Semenanjung sebagai milik mereka. Ini kerana Tanah Semenanjung termasuk di alam Melayu atau kepulauan Melayu. . Ini kerana jika melihat sejarah, penjajah Baratlah yang telah memecah belahkan Kepulauan Melayu ini. Perpindahan orang Melayu hanyalah berkisar kepada alam Melayu sendiri. Dari Sumatera ke Semenanjung. Dari Semenajung ke Sarawak. Dari Sarawak ke Kalimantan. Dari Kalimantan ke Brunei dan sebagainya. (Nanti saya akan ceritakan sejarah Sultan Brunei dan Sultan Sulu).

20. Alasan saya mudah, jika penduduk India dari New Delhi berhijrah ke Bombay, adakah penduduk India itu dinamakan pendatang. Begitu juga penduduk Cina dari Beijing ke Ghuang Zou, adakah orang Cina itu digelar pendatang di alam Cina itu sendiri.

20. Apa yang penting, kita juga mahu kaum lain diberi keadilan dan hak-hak tertentu di negara ini. Maksud saya hak-hak mereka dan bagaimanapun hak-hak orang Islam (Melayu,Kadazan, Iban dan lain-lain penduduk pribumi) tentulah mempunyai keistimewaannya tersendiri. Maklumlah tuan rumah. Jangan kita gunakan sentimen Melayu untuk membangkitkan rasa perkauman kerana kesannya sangat merbahaya.


(Maaf kita bersambung di lain masa kerana esok pagi saya akan berangkat ke Keningau sekali lagi)

PART 2 - 'THE LAST UMNO' ...1 LAWAN 1


KHAS KEPADA PERJUANG


1. Maaf bercuti menyambut tahun Baru Cina. Maklumlah keluarga sebelah isteri ada yang beragama Islam, ada yang beragama Kristian dan ada yang beragama Budha. Jadi semua perayaan terpaksa disambut. Di sini pula rata-ratanya rakyat Sabah mereka mengamalkan Islam Hadhari (mengikut kata teman di Semenanjung),

2. Islam yang ringkas seringkas-ringkas. Yang Islam boleh minum (minuman keras) sepertimana kaum-kaum lain tanpa rasa segan silu. Itulah uniknya mereka tetapi saya sudah menyelami budaya mereka dengan seadanya. Bezanya agama dan budaya di sini lebih kurang sahaja.

3. Tapi saya bukannya Zulkifli Nordin yang sanggup membuat laporan polis bila melihat ramai umat Islam di Sabah minum mimuman keras seperti teh tarik. Kalau nak buat, hari-hari saya kena ke balai polis agaknya. Tak apalah mungkin kerana Islam masih baru di sini.

4. Di Ranau saya berborak panjang dengan abang ipar saya mengenai dunia politik. Memang begitulah kami bila bertemu, pastinya kami berbicara mengenai politik. Bagi saya dia mempunyai pandangan atau analisis yang baik. Sayangya dia tidak mahu menulis di blog. Mungkin dia mempunyai alasan tertentu mengapa tidak berbuat demikian.

5. Beliau ada membaca artikel saya dan ada beberapa perkara secara jujurnya dia tidak bersetuju dengan penulisan saya. Saya memang terbuka mengenainya kerana setiap pendapat patut dibincangkan kenapa? Itulah ajaran Ketua Pengarang sewaktu saya bekerja di akhbar dahulu.

6. Saya tertarik dengan pendapatnya mengenai cara untuk PR bertahan atau memenangi pilihanraya. Betul ramai berpendapat UMNO bertahan kerana wang atau kerana sokongan MCA dan MIC. Tapi kita tidak mampu menghalang UMNO untuk menggunakan wang untuk meraih undi.

Penyokong Pakatan Rakyat mesti kekalkan pakatan ini untuk menumbangkan BN.

7. Tapi untuk PR terus melawan BN, katanya formula yang ada sekarang mesti diteruskan iaitu 1 lawan 1. Kita tidak boleh ada lagi kawasan DUN atau Parlimen ada pertandingan 3 penjuru atau sebaliknya. Pecah undi akan membuatkan BN selesa. Saya bersetuju dengan pendapat itu kerana BN atau UMNO tidak sekuat dahulu lagi.

Lagak ahli UMNO...cuba tanya dia Presiden UMNO pertama siapa dia...arrggargg...

8. Satu lagi dakwaannya, UMNO pasti akan jatuh juga. Tidak ada parti di dunia ini akan dapat bertahan selama-lamanya. Hanya tinggal UMNO di dunia ini yang sejak merdeka terus berkuasa sehingga kini. Baginya UMNO ini diibaratkan seperti filem 'The Last Mohican'.

9. Ya betul UMNO akan jatuh juga akhirnya. Dia bertanya betulkah UMNO melantik 'pemikir' luar untuk parti itu berkuasa. Saya katakan tidak pasti dari luar atau tidak tetapi saya katakan memang mereka mempunyai 'team pemikir' yang tugasnya bagaimanakah untuk menarik pengundi atas pagar yang menguasai hampir 45% undian di dalam pilihanraya.

10. Pengundi tegar memang sukar dilakukan apa-apa mengenainya. Akhir sekali mengikut andaiannya, liputan media mengenai perkara negatif terhadap PR banyak memberi kesan terutamanya terhadap pengundi atas pagar. Team 'pemikir' UMNO berjaya dari sudut psikologi untuk mempengaruhi atau merubah pemikiran masyarakat persepsi terhadap PR

11. Anda mesti ingat pengundi atas pagar bukanlah peminat politik. Mereka bukan peminat blog dan mereka lebih tertarik dengan ruangan Facebook. Mereka ini akan muncul bila waktu mengundi dan banyak dipengaruhi oleh isu semasa untuk mengundi. Sebab itu di Kelantan mahupun di Terengganu perubahan agak ketara. Di Kelantan suatu ketika dahulu PAS hanya ada majoriti 2 kerusi sahaja. Tiba-tiba pada pilihanraya yang lalu UMNO hanya mampu menang 6 kerusi sahaja daripada 45 kerusi yang dipertandingkan.

12. Pengaruh bloggers sebenarnya tidak banyak mempengaruhi undi atas pagar. Akhbar Keadilan, Harakah dan DAP lebih memainkan peranan. Syukurlah Sinar Harian menampakkan keadilan sedikit kepada PR dalam laporan akhbarnya. Jadi serangan akhbar perdana lebih berpengaruh kepada minda masyarakat (pengundi atas pagar).


DS Wan Azizah mesti meletak jawatan untuk tidak dilihat parti keluarga Anwar.

13. Apapun seperti yang saya katakan, pengunduran satu persatu ahli mahupun wakil rakyat PKR, Anwar bertindak. Anwar mesti membuat kenyataan rasmi mengenainya. Seperti yang saya katakan di dalam part 1, ia adalah proses perbersihan.

14. Bagi saya adatlah parti baru bila berlaku perkara seperti ini. Sejarah PKR baru setahun jagung. Banyak yang masih tidak kena dengan parti ini. Anwar mesti maklumkan ia adalah proses pembersihan yang bagus untuk rakyat. Kita sudah mengenali siapakah sebenarnya pejuang yang betul-betul ingin membela nasib rakyat.

15. Jadi kita mesti kuatkan semangat. Ingat perjuangan kita bukan kerana Tuan Guru Nik Aziz dan juga bukan kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perjuangan kita adalah untuk melakukan perubahan (reformasi). DSAI atau TGNA akan pergi juga. Adakah bila mereka tiada nanti semangat kita hilang.

16. Apakah kita ingin digolongkan dengan golongan yang kurang cerdik. Hanya melihat berlaku penipuan. Melihat berlaku salah guna kuasa. Melihat wang rakyat dihabiskan kepada kroni mereka. Bukankah kita dilahirkan sebagai khalifah. Esok lusa belum tentu kita boleh membaca blog atau membaca surat khabar lagi. Jadi hidup kita mesti digunakan dengan sebaik-baiknya.

17. Kita mesti lakukan perubahan. UMNO sudah terlambat untuk diselamatkan. Jika mereka inginkan perubahan, mereka hanya akan tinggal 1,000 ahli cawangan yang masih baru agaknya. Yang lain mana mungkin, sudah terpalit dengan rasuah dan sebagainya. Pencucian UMNO sudah tidak mampu dicuci walaupun dengan menggunakan Dynamo sekalipun.

aksikurangajaranjingbar (GAMBAR) Ahli UMNO kencing atas gambar Haji Hadi n Nik Aziz
18. Kita orang yang cintakan agama, berakhlak dan tahu yang mana buruk dan baik jangan jadi seperti mereka ini. Lihat perangai mereka seperti gambar di atas. Siapakah mereka ini yg sanggu kencing di wajah Tuan Guru kita.

Penubuhan Pusat Tarbiyah Al Hidayah

PUSAT TARBIYYAH AL-HIDAYAH
Kg Sungai Wangi,32400 Ayer Tawar,Perak Darul Ridzuan.Malaysia



Pengenalan & Asas Penubuhan :

Menyedari betapa perlunya melaksanakan usaha Dakwah dan Tarbiyyah (Pembinaan Modal Insan) dikalangan masyarakat mutakhir ini dan terbina di atas rasa keinsafan untuk membantu mewujudkan masyarakat setempat dan disekitar daerah Manjung khususnya yang berpengatahuan luas dalam BidangAgama.

Secara tak langsung akan merealisasikan usaha kerajaan yang perihatin dalam memartabatkan Islam seterusnya mewujudkan masyarakat Malaysia yang cintakan kedamaian dan keindahan Islam.

Maka tercetuslah sebuah idea di kalangan masyarakat khususnya, penduduk Kanpung Sungai Wangi secara umumnya yang terdiri daripada pelbagai kaum bagi merealisasikan penubuhan sebuah Pusat Tarbiyyah Al-Hidayah.

Mudah-mudahan usaha murni ini akan dapat terlaksana dengan mendapat sokongan dari semua pihak yang terdiri daripada pelbagai latar belakang profesyen,pendidikan dan ekonomi termasuklah melepasi sempadan politik kepartian.

Objektif Penubuhan :

1. Dakwah
- Berusaha memberi penerapan ilmu-ilmu Islam dan seni kehidupan.
- Menjadi jambatan kepada masyarakat di samping mendekatkan diri dengan Islam.
- Berusaha mendidik masyarakat dengan akhlak Islam.
- Menyedarkan masyarakat dengan keindahan Al-Quran.

2. Pendidikan dan Tarbiyyah
- Meningkatkan penguasaan Ilmu Al-Quran dan Hadith.
- Menyeru masyarakat dalam mentauhidkan Allah.
- Menyedarkan masyarakat supaya mengamalkan nilai murni dengan akhlak Islam.
- Ilmu sebagai pegangan dalam hidup bermasyarakat.

Lokasi Tapak :

Terletak di lot 1404 serta berkeluasan 45 x 55 kaki/segi bersaiz sebuah bunglo. Jarak 1 ½ KM dari laluan masuk ke Kampung Sungai Wangi dan 10 KM berada di antara Bandar Sitiawan ke Pekan Ayer Tawar.

Bentuk Sumbangan Ikhlas :

Deposit secara terus melalui akaun Bank Muamalat 0803-0014494-72-4 atas nama Pusat Tarbiyyah Al-Hidayah Kampung Sungai Wangi,melalui cara ‘tunai dan cek.

Derma dan sumbangan ikhlas serta keterangan lanjut boleh menghubungi :

Encik Abu Bakar Bin Othman ( 05-6721322 )
Encik Mohamad Azam bin Md Shukor ( 017-5315280 )
Encik Raja Kamaruddin Bin Raja Baharin ( 013-5216196 )

Ilmu Islam Untuk Semua.


















KELEBIHAN UMNO, PAS & DAP...DAN KEKURANGAN PKR


By: Norman

1. A'kum & salam sejahtera. Sewaktu di Keningau bersama mertua saya dikejutkan dengan panggilan telefon dari bekas anak buah buah saya yang berkerja di akhbar harian milik kerajaan. Katanya, 'Bos 5-0. Telur ayam je PR dapat...", diiringi ketawa kecil dan saya tidak pasti adakah ketawanya itu ingin menyindir saya atau menyindir keputusan lima hakim tersebut.

2. Saya masih terlupa untuk membawa laptop bersama-sama kerana pagi-pagi lagi mertua sudah mengejutkan saya untuk ke sana. Saya pun tak tahu apa tujuan asalnya. Rupa-rupanya dia ingin menjadi pemandu pelancong di mana Keningau adalah satu-satunya bandar yang masih belum saya lawati di negeri Sabah.

3. Saya teruja melihat pemandangan yang indah sepanjang perjalanan ke Keningau. Banjaran Crocker yang kami lalui membuatkan saya teruja. Kami singgah sebentar ke Restoran milik Dr Jefrey Ketingan yang berada di puncak Crocker. Sejuk dan menenang kan jiwa.

4. Dalam perjalanan tersebut dia menceritakan apa yang berlaku di kawasan (lupa nama Kg. tersebut) di mana beliau pernah menjadi ahli Parlimen di situ. Katanya isu terbesar yang pernah dilalui ialah mengenai krisis agama antara orang Kristian dan Islam. Dia terpaksa pulang dari Kuala Lumpur ke kawasan Tambunan untuk menyelesaikan masalah tersebut walaupun dihalang oleh pihak polis.

5. Katanya kepada pihak polis, 'saya adalah wakil rakyat di kawasan ini, mana mungkin saya membiarkan suasana begini berlaku," jawabnya. Selepas 2 jam 10 minit barulah kami tiba di Keningau. Keningau bandarnya seperti bandar Teluk Intan. Mempunyai penduduk sekitar 300 ribu orang.


Hotel penginapan kami di Keningau.

6. Saya masih teringat mengenai peristiwa Ribut Greg tahun 1996 yang melanda di sebuah kampung di sini. Nantilah saya ceritakan mengenainya kerana banyak isu yang ingin saya sampaikan pada kali ini.

7. Di sini ingin saya mengulas mengenai beberapa peritiwa yang menjadi bola tanggung kepada BN atau UMNO khasnya yang menyerang bertubi-tubi PR sejak sebulan yang lalu. Satu persatu bola tanggung disambut oleh UMNO dan sedikit sebanyak mereka berjaya menggugat keimanan pengundi atas pagar yang rata-ratanya di kalangan orang Melayu.

8. Apa kelebihan UMNO? Kelebihan UMNO ialah kerana mereka mempunyai wang. Apa kena wang dan parti? Dengan wang ibarat semua boleh jadi. Impak terbesar kepada ahli-ahli UMNO, mereka setia dengan parti demi mendapatkan habuan kontrak berjuta ringgit.

9. Walaupun banyak yang tidak kena dengan parti UMNO terutama mengenai rasuah tetapi ahlinya tidak berani bersuara jika mereka merasakan pucuk pimpinan parti melakukan kesalahan. Mereka tidak berani menegur mengenai rasuah, pencabulan hak asasi, mahkamah, polis dan sebagainya.

10. Ahli atau pemimpin UMNO tahu mereka akan kehilangan projek berjuta ringgit jika mereka berani bersuara. Sebenarnya UMNO tidak sekuat mana tetapi mereka berjaya mengawal ahlinya dengan habuan yang diberikan kepada ahli parti. Habuan adalah agenda terpenting ahli UMNO mengejar pangkat di dalam parti.

11. Ahli UMNO mungkin kurang dari segi kekuatan iman tetapi kekuatan wang membuatkan mereka begitu setia dengan parti. Jarang ahli UMNO yang mengingkari kata-kata Presiden. Berani mereka tidak ke mana seperti ahli-ahli UMNO Terengganu. Contohnya, Idris Jusoh berani derhaka kepada Sultan tetapi tidak berani derhaka kepada Presiden UMNO. Ini kerana hutang budi dibawa mati, hutang korupsi merana sampai mati.

12. Ahli UMNO mempunyai banyak kelebihan terutamanya mereka dilindungi oleh pemerintah jika melakukan kesalahan. Mereka berani berdemontrasi kerana tahu polis tidak berani mengambil tindakan. Jika polis ambil tindakan, pemerintah akan mengambil tindakan kepada polis pula. Jadi itulah kelebihan menjadi ahli UMNO.

13. Sebab itu di dalam parti UMNO tidak ada orang seperti Zulkifli Nordin. Cerita sedikit mengenai Zulkifli Nordin, nadanya di dalam TV yang sempat saya tonton, saya terkejut kerana dia langsung tidak menyalahkan parti UMNO. Sedangkan UMNO banyak menidakkan undang-undang Islam yang diperjuangkan oleh Zul di dalam pentadbirannya.

14. Saya harap selepas ini Zulkifli Nordin akan membuat laporan polis bila Menteri UMNO membenarkan lesen perjudian, membenarkan rumah urut, membenarkan kelab-kelab malam, membenarkan konsert dan sebagainya. Anda ingat dia akan lakukan? Saya kata tidak sama sekali sebab Zul Kulim bukan pejuang Islam tulen. Kalau saya menjadi DSAI, lama sudah saya buang Zul ini. Alang-alang sudah tidak boleh merampas kerajaan, buang saja.

15. Apa kelebihan PAS? Kelebihan PAS kerana rata-rata pemimpinnya boleh dikatakan sebagai golongan yang takwa kepada Allah. Rasa takut kepada Allah mengatasi perasaan takut kepada polis Malaysia. Rasa takut kepada Allah membuatkan mereka redha dengan ujian demi ujian yang Allah berikan.

16. Sebab itu kebanyakkan ahli PAS jarang kurang ajar dengan pemimpin mereka. Sebab itu ahli PAS (wakil rakyat) sehingga kini gagal untuk UMNO memancing mereka dengan wang. Sebab itu ahli PAS tidak pernah rasa bebanan bila ditimpa ujian-demi ujian. Sebab itu ahli PAS sentiasa redha dengan kekalahan. Sebab itu ahli PAS lebih kebal dari komondo.

17. Itulah hebatnya Islam yang diajar oleh Rasulullah sehingga dapat dilihat apabila iman sudah berada di dalam jiwa, sukar digugat oleh syaitan atau manusia bertopengkan syaitan. Inilah kelebihan PAS berbanding dengan parti-parti lain di negara ini.

18. Alhamdulilah berkat kesabaran ahli PAS, mereka telah dihujani dengan ahli-ahli dari golongan profesional seperti Hakim, Peguam, Doktor, Jurutera, Pensyarah dan sebagainya. Hinggakan UMNO sendiri ketandusan golongan profesional menyertai parti tersebut. Ahli UMNO ramai mereka yang yang berstatuskan kontraktor sahaja ketika ini.

20. Apa kelebihan DAP? Kelebihan DAP ialah kerana mereka mempunyai pengundi yang saya jangkakan seramai 35% (berbangsa Cina) daripada keseluruhan pengundi di Malaysia. Pecahan pengundian (pemetaan kawasan DUN) yang banyak di kawasan bandar memberikan banyak kelebihan kepada DAP di mana 80% penduduk di kawasan bandar hampir di seluruh bandar-bandar di negara ini populisinya adalah dari kaum Cina.

21. Bangsa Cina tertarik dengan DAP bukan sahaja kerana parti ini akan memperjuangkan bangsa mereka tetapi ketelusan berbanding MCA . Bangsa Cina melihat MCA mahupun Gerakan sepertimana orang Melayu melihat UMNO. Orang Cina seperti orang Melayu juga mereka juga inginkan konsep telus tanpa korupsi.

22. Ramai rakan-rakan Cina memberitahu saya, mereka bukan penggalak rasuah tetapi keadaan yang memaksa. Sebab itu rakan Cina di Kelantan begitu selesa berniaga di Kelatan kerana ketelusan kerajaan negeri memudahkan perniagaan mereka.

23. Orang Melayu tidak bolehkan salahkan DAP jika mereka mempunyai agenda untuk memperjuangkan bangsa mereka. Yang penting mesti ada kesakmaan kerana ia merupakan konsep perjuangan dalam Pakatan Rakyat. Yang marah sangat tu kontraktor UMNO yang tak dapat projek secara runding terus, yang bising sangat itu orang yang berkepentingan politik sahaja tetapi yang bingungnya, mereka yang ditawarkan RM 10 untuk berdemontrasi itu.

24. Kita mesti ingat PAS juga ingin membela bangsa Melayu lebih daripada bangsa lain. Tetapi disamping ingin membela bangsa Melayu, PAS akur Islam mengajar untuk kita tidak meminggirkan bangsa lain. Itulah indahnya Islam jika kita mengamalkannya.

25. Lim Guan Eng sudah membuktikan dalam tempoh setahun pemerintahan dia jauh lebih baik dari Koh Tsu Koon atau pemimpin UMNO sendiri. Pemimpin UMNO sendiri tidak berani menawarkan wang RM 10,000 kepada mereka yang melaporkan kes rasuah. Guan Eng juga membuktikan dia adalah pemimpin yang adil apabila tohmahan dia tidak membela orang Melayu dijawab menerusi fakta yang jelas.

25. Lim Guan Eng membuktikan dia tidak meminggirkan orang Melayu apabila kontraktor Melayu mengatasi jumlah jutaan ringgit kontrak daripada kontraktor Cina. Guan Eng membuktikan dia memberikan lebih banyak peruntukkan kepada aktiviti Islam di negeri itu. Kita pula terperangkap dengan dakyah UMNO yang lebih mengamalkan politik perkauman apabila memainkan isu kaum dimainkan.

26. Selama hari ini orang Melayu di Pulau Pinang dipinggirkan tidak pula kita melatah. Ia tidak sekecoh itu sebab pemimpin UMNO tak benarkan. Saya tidak mahu menyalahkan sikap Lim Guan Eng yang dikritik begitu teruk akhir-akhir ini. Mungkin ada salahnya Lim Guan Eng tetapi mengapa apa yang baik dilakukan olehnya tidak diambil kira.

27. Lim Guan Eng dalam masa yang sama mestilah membuktikan lagi semangat setia kawan kepada parti lain di dalam PR. Seringkali saya katakan DAP mestilah menunjukkan keikhlasan mereka dengan mengeluarkan kenyataan rasmi (terbuka) kepada rakyat Perak, mereka akan menghadiahkan satu lagi kerusi EXCO negeri Perak jika PR memerintah di negeri itu nanti.

28. Ini penting kerana di Perak, PR begitu bergantung kepada DAP walaupun pengundi bangsa Cina hanyalah menguasai lebih kurang 40% sahaja di negeri tersebut. Tetapi memandangkan pemetaan SPR berpihak kepada DAP, maka sukar untuk PKR atau PAS memenangi kawasan mereka tanpa sokongan padu DAP.

29. Saya bukan peminat Lim Guan Eng, tapi kagum dengannya apabila diajukan soalan mengenai Zulkifli Nordin. Beliau tenang dan menjawab kenyataan Zul Kulim itu adalah bersifat peribadi walaupun Zul Kulim adalah merupakan ahli Parlimen PKR.

30. Apa kekurangan PKR? Kekurangan PKR kerana parti ini mengelirukan orang Melayu atau bangsa-bangsa lain. Orang Melayu tetap dengan semangat keMelayuan. Orang Cina tetap dengan semangat keCinaannya dan begitulah dengan bangsa lain. Di Amerika walaupun Presidennya berbangsa Negro atau kulit hitam tetapi sentimen perkauman tetap ada di kalangan masyarakat di sana.

31. Bezanya mentaliti mereka sudah jauh kehadapan yang membuat Obama terpilih. Sebab itu saya katakan PKR mesti wujudkan parti komponennya sendiri. Lagi satu Zul Kulim mengatakan DAP adalah parti anak beranak tapi sebenarnya dia ingin menyindir PKR sendiri. Saya katakan Wan Azizah mestilah meletak jawatan sebagai Presiden kerana di dalam PKR, Nurul Izzah juga merupakan salah seorang ahli Parlimen PKR. PKR dilihat sebagai parti keluarga Anwar.

32. Kelemahan ketara PKR kerana kebanyakkan ahlinya yang berbangsa Melayu adalah bekas ahli UMNO yang marah dengan UMNO samada isu Anwar, tidak dapat pangkat dalam UMNO, tidak mampu bergelar YB atau yang lebih penting tidak dapat projek dari UMNO.

33. Ahli Melayu PKR tidak terdidik dengan rasa cinta kepada agama sepertimana ahli PAS. Sebab itu ahli PKR cepat melatah jika mereka ditegur oleh pemimpin. Mereka tak rasa rugi untuk keluar parti kerana menerusi PR, mereka hanya dapat bergelar YB tapi ia tidak cukup kerana jika setakat jadi YB, mana boleh beli BMW, mana boleh dapat wang berjuta, mana boleh berbini dua dan sebagainya.

34. Sedangkan nafsu ahli Melayu PKR tidak banyak bezanya dengan ahli UMNO. Bila iman tiada, diuji sikit mulalah mereka melenting. Sebenarnya mereka ini banyak menyusahkan DSAI daripada membantu PKR sendiri. Jika saya jadi Anwar saya akan katakan begini, "Kepada ahli-ahli PKR mahupun pemimpin atau wakil rakyat PKR, saya ingin maklumkan jika anda ingin keluar parti kerana tidak setuju dengan ideologi parti dan PR, silakan berbuat demikian. Biarlah jika saya tinggal seorang diri menjadi ahli atau menjadi satu-satunya wakil rakyat PKR asalkan perjuangan saya tidak disabotaj oleh orang yang saya harapkan dapat melakukan reformasi demi untuk rakyat."


35. Kelebihan PKR hanyalah kepada Anwar semata-mata yang dlihat berkarisma dan mempunyai aura samada kepada masyarakat atau pun kepada pemimpin2 PR yang lain. Jadi kepada Bung Anwar, singkirkanlah segera Zul Kulim dari parti, jika tidak nanah yang berkudis ini sukar lagi diubati. Apa yang dibimbangkan sangat mengenai kehilangannya daripada anda kehilangan beribu-ribu penyokong.

36. Sedikit mengenai keputusan Mahkmah yang memberi kelebihan 5-0. Kenapa masih ada yang percaya kepada mahkamah Malaysia untuk mendapatkan keadilan. Jika tanya saya 100% saya tak harapkan apa bentuk keadilan mengenai isu parti di bawa ke mahkamah. Kita seolah diperbodohkan kerana masih mempercayainya.

37. Anda mesti ingat hakim-hakim yang berpangkat itu akan mengakhiri hari pencen mereka. Beranikah mereka bersuara demi keadilan? Mana mungkin.

Bersambung esok


DAH ADA AIR MANI NAK APA LAGI?


By: Norman

RPK at Dang Wangi.JPG

Raja Petra Kamarudin
(kenyataan Raja Petra Kamarudin)

Malam tu, mereka berparti sakan. Jabatan Kimia begitu gembira kerana beranggapan bahawa mereka ada kes yang kukuh terhadap Anwar Ibrahim, hinggakan mereka meraikannya.

Parti dengan kos RM25,000 tu ditanggung oleh seorang Individu Baik yang gembira bahawa kali ni, tak seperti perbicaraan yang sebelumnya, Anwar berada dalam tangan mereka.


RM25,000 untuk berparti bukannya banyak sangat jika ia adalah bagi meraikan perkahwinan Perdana Menteri. Tahun lalu, berjuta dibelanjakan bagi perkahwinan Abdullah Ahmad Badawi. RM25,000 juga bukannya banyak sangat bagi meraikan pengambil alihan Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri pada tahun 2010. Malah Rosmah Mansor membelanjakan lebih daripada tu untuk membeli beg tangan. Tetapi RM25,000 sememangnya jumlah yang besar bagi merayakan 'kejayaan' Jabatan Kimia menjerat Anwar.

Tetapi mengapakah Individu Baik tu perlu membiayai parti RM25,000 untuk kakitangan Jabatan Kimia? Nak raikan apanya? Adakah mereka akan membelanjakan RM25,000 setiap kali mereka berjaya menyelesaikan sesuatu kes? Atau adakah ini parti ‘sekali seumur hidup’ atas kejayaan mereka menjumpai ‘bukti’ bagi menghantar Anwar ke penjara selama sekurang-kurangnya sepuluh tahun, yang akan memastikan bahawa beliau takkan dapat membentuk kerajaan Persekutuan yang baru pada 16 September 2008?

Eh, tunggu kejap. Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi berkata bahawa Anwar perlu memberikan profil DNA ‘barunya’. Menurut Abdullah, profil DNA tahun 1998 yang disimpan polis adalah 'terlalu tua'. Pada masa yang sama, polis pula berkata bahawa jika Anwar menolak untuk memberikan profil DNA ‘barunya’, maka mereka akan mendapatkan perintah mahkamah bagi memaksanya berbuat demikian. Mmm… ada banyak yang tak kena, ni.

Pertama sekali, kalau Jabatan Kimia sudah mempunyai kes yang kukuh terhadap Anwar, maka mengapakah mereka memerlukan profil DNA Anwar yang baru? Kita perlu sedar bahawa profil DNA takkan pernah berubah. Kalau ya, maka adakah polis juga perlu mendapatkan cap jari Anwar yang ‘baru’ kerana cap jarinya dah berubah? Hakikatnya adalah cap jari tak pernah berubah sejak kita dilahirkan sampailah saat kematian kita. Hakikat yang sama terpakai bagi profil DNA.

Jika anda masih ingat, kubur Napoleon Bonaparte pernah digali semula. Mereka kemudiannya menjalankan ujian bagi membuktikan bahawa dia telah meninggal akibat keracunan arsenik. Napoleon meninggal dunia pada 5 Mei 1821, iaitu lebih daripada 187 tahun yang lalu. Jadi, logikkah apabila mereka mengatakan bahawa profil DNA Anwar sepuluh tahun yang lalu sudah basi?

Sebenarnya, 'bukti' kukuh yang diperoleh Jabatan Kimia baru-baru ini adalah berdasarkan spesimen Anwar pada tahun 1998. Jadi, mereka memerlukan spesimen baru yang bertarikh 2008. Jika tidak, jika Anwar memohon supaya ‘bukti’ Jabatan Kimia itu diaudit oleh pakar asing yang bebas, maka pakar itu mungkin mendapati bahawa spesimen yang kononnya ‘bukti kukuh’ itu sebenarnya berusia sepuluh tahun, dan bukannya dari insiden 'liwat' 26 Jun 2008, sebagaimana yang didakwa oleh kerajaan.

Ya, mereka (para pakar) bukan hanya mampu menentukan sama ada ‘air mani’ yang terdapat pada seluar dalam Saiful itu milik Anwar ataupun tidak, malah mampu menentukan sama ada ia adalah spesimen bertarikh September 1998 ataupun spesimen bertarikh 26 Jun 2008, sebagaimana yang didakwa oleh kerajaan.

Bukti' sudah tersedia. Spesimen air mani pada seluar dalam Saiful telah 'disahkan' sebagai air mani Anwar. Masalahnya adalah jika mereka membenarkan pakar asing yang bebas bagi mengaudit dapatan Jabatan Kimia itu, maka akan terbuktilah bahawa spesimen itu berusia sepuluh tahun dan bukannya bertarikh 26 Jun 2008, sebagaimana yang didakwa.

Jadi, mereka perlu menukar spesimen September 1998 dengan spesimen baru yang bertarikh Julai 2008. Itulah sebabnya Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi dan Syed Hamid Albar, dan yang lain-lain meminta Anwar supaya memberikan spesimen barunya. Mereka memerlukan spesimen baru ini bagi 'membuktikan' bahawa air mani pada seluar dalam Saiful adalah bertarikh 26 Jun 2008 dan bukannya September 1998. Malah Abdullah sendiri 'mengesahkan' perkara ini apabila dia meminta Anwar memberikan specimen barunya, walhal bagi pemprofilan (profiling) DNA, spesimen lama sudah memadai – tetapi jika ‘bukti’ Jabatan Kimia itu diaudit oleh pakar asing yang bebas, maka akan terbuktilah bahawa spesimen itu berusia sepuluh tahun.

Ya, pada bulan September 1998, mereka sudah pun mengambil spesimen Anwar. Namun mereka tidak boleh menggunakannya sebagai bukti dalam tuduhan liwat terbaru ini. Mereka perlu 'mengemaskinikan' bukti mereka, dan melainkan mereka dapat memaksa Anwar bagi memberikan spesimen baru kepada mereka, maka bukti tu menjadi terlalu lemah. Itulah sebabnya polis terpaksa melepaskan Anwar dengan jaminan polis sehari selepas beliau ditangkap ala filem aksi Hollywood. Mereka hanya ada dua pilihan, iaitu membebaskannya ataupun mendakwanya di mahkamah. Tetapi nak dakwa macam mana kalau bukti tak kukuh? Realitinya adalah ‘bukti’ yang berdasarkan spesimen bertarikh September 1998 tu sememangnya tak kukuh dan takkan membolehkan mereka mendapatkan sabitan. Ini kerana Anwar dituduh meliwat Saiful pada 26 Jun 2008, dan bukannya September 1998.

Nah, sekarang baru anda tahu bagaimana cara dua ekor kucing kurap, Peguam Negara dan Ketua Polis Negara beroperasi. Kedua-dua ekor kucing kurap inilah yang memalsukan bukti pada tahun 1998, yang mana mengakibatkan Anwar dipenjarakan selama enam tahun. Dengan berkata demikian, adakah saya bersalah atas jenayah hasutan dan fitnah? Ya, tulah yang saya harapkan. Alang-alang, baik saya lakukan satu lagi ‘jenayah’. Saya akan menuduh Peguam Negara dan Ketua Polis Negara memalsukan bukti dan menakut-nakutkan saksi.

Begini… sebenarnya, mereka meminta seorang doktor dari sebuah hospital bagi melakukan pemeriksaan kesihatan ke atas Saiful. Doktor itu melakukannya dan dalam laporannya, dia mengatakan tiada bukti bahawa Anwar pernah ‘menjolok’ ataupun meliwat pemuda tu. Pihak polis kemudiannya menangkap doktor tu dan menahannya selama tiga hari. Walaupun mereka cuba memaksanya supaya mengubah laporannya bagi membabitkan Anwar, dia enggan melakukannya.

Sehingga ke hari ini, doktor itu tetap bertegas bahawa tiada bukti bahawa Anwar telah meliwat Saiful. Dia tahu bahawa dia akan ‘kena’ disebabkan ketegasannya, tetapi dia tak peduli. Walau apa pun yang dilakukan kepadanya, dia takkan mengubah laporannya dan mengatakan bahawa Anwar meliwat Saiful. Pihak polis akhirnya terpaksa melepaskan Anwar atas bon peribadi ataupun jaminan polis. Doktor tu enggan mengubah laporannya, manakala Anwar pula enggan memberikan spesimen ‘barunya’.

Bukti' terhadap Anwar tak cukup kukuh. Mereka kini terpaksa mencari cara lain bagi 'membuktikan' bahawa Anwar meliwat Saiful. Sementara itu, lantaran tuduhan saya yang terbaru ni, mari kita tunggu sama ada Peguam Negara akan membuat laporan polis yang lain terhadap saya dan sama ada Ketua Polis Negara akan menangkap saya dan mendakwa saya di mahkamah atas kesalahan menghasut dan jenayah fitnah.

Sekarang ni pun, saya sedang menghadapi empat pertuduhan hasutan dan jenayah fitnah. Dua ataupun tiga pertuduhan lagi, apa salahnya? Ye tak? Sama ada saya dipenjarakan ataupun tidak, tu bukan soalnya. Apa yang penting adalah dunia perlu diberitahu bahawa mereka sekali lagi cuba memalsukan bukti terhadap Anwar Ibrahim. Kalau saya terpaksa masuk penjara pun, gasaklah.

ARTIKEL DI ATAS DITERBITKAN PADA 21 JULAI 2008. TAK LAMA SELEPAS TU, SAYA DIPANGGIL KE BUKIT AMAN KERANA MEREKA INGIN 'MENGAMBIL KETERANGAN SAYA' ATAS TUDUHAN MENGHASUT. SAYA ENGGAN MEMBERIKAN KETERANGAN. MAKA POLIS TERPAKSA MEMBEBASKAN SAYA. MEREKA KEMUDIANNYA MENGGELEDAH RUMAH SAYA BAGI MENCARI LAPORAN DOKTOR YANG BERKENAAN DAN MERAMPAS PELBAGAI DOKUMEN. WALAU BAGAIMANAPUN, MEREKA GAGAL MENCARI KOMPUTER SAYA, SEKALIPUN MEREKA MENGGELEDAH SELURUH RUMAH SAYA. TAK SAMPAI DUA BULAN KEMUDIAN, SAYA DITAHAN DI BAWAH AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI.

LAWYER BURUK... BICARA KES ANWAR

By: Norman

Suatu pagi bersama Peguam...

1. Pagi tadi saya sempat berbual panjang dengan rakan yang juga merupakan peguam saya. Dia sengaja datang bercuti bersama rakan-rakannya untuk bermain golf di Sutera Harbour.

2. Kami sempat berbicara mengenai kes Anwar Ibrahim. Katanya kes seperti ini sebenarnya mudah jika ia berjalan mengikut lunas undang-undang yang betul. Yang menjadi tanda tanya dalam perbualan kami, sebelum ini kita mendengar komen daripada Dr Mohamad Osman mengatakan dia mengesahkan Saiful tidak diliwat. Tetapi berdasarkan keterangan ketika ini Dr itu mahu Saiful merujuk kepada HKL.


Dr Osman mempertahankan laporan perubatannya itu di mana beliau tidak menemui sebarang kesan liwat selepas memeriksa dubur Saiful.

3. Setahu saya Dr Mohamed Osman mengesahkan Saiful tidak diliwat. Peguam saya juga hanya mengikuti kes ini berdasarkan laporan akhbar samada Utusan atau Harakah dan Keadilan. Dia tidak mengikuti kes ini secara khusus. Namun pendiriannya seolah-olah mahu menyalahkan Anwar.

Dalam akuan bersumpahnya, Dr Osman mempertahankan laporan perubatannya itu di mana beliau tidak menemui sebarang kesan liwat selepas memeriksa dubur Saiful.

Saiful telah mendakwa dia telah diliwat oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun lalu.

Anwar kemudiannya didakwa di mahkamah atas tuduhan tersebut beberapa minggu kemudiannya.

Dr Osman berkata, beliau mengadakan sidang akhbar hari ini untuk membersihkan namanya.

Beliau yang membaca kenyataannya berkata, beliau mengambil cuti kerana beliau merasa tertekan ekoran siasatan polis terhadap pemeriksaan perubatannya ke atas Saiful.

Dr Osman juga berkata, beliau tidak tahu bagaimana laporan perubatannya ke atas Saiful diketahui umum.

Ditanya sama ada beliau masih lagi berkhidmat dengan Pusrawi, Dr Osman berkata, beliau akan kembali bertugas secepat mungkin.

Dr Osman juga menafikan dakwaan bahawa beliau bimbang terhadap keselamatan dirinya.


4. Saya katakan, Dr HKL juga turut mengesahkan tiada kesan Saiful diliwat pada duburnya. Kata peguam itu setahunya ia berdasarkan kepada maklumat daripada Raja Petra Kamaruddin sahaja tanpa membuktikan siapa tiga doktor yang dimaksudkan.

5. Pening juga bersoal jawab dengannya. Hujah saya pula mengapa Saiful pergi berjumpa Najib. Jawabnya itu bukan hujah untuk membuktikan Saiful tidak diliwat. Itu hujah cuba membuktikan berlakunya konspirasi. Sekarang yang penting kita kena tunggu sehari dua untuk peguam pendakwa membuktikan pengesahan dari Dr HKL bahawa Saiful diliwat.

6. Saya katakan pula bukankah sebelum ini Saiful mengatakan dia diliwat oleh DSAI dengan menggunakan kondom. Bagaimana boleh berlaku ada kesan air mani di dubur Saiful. Jawabnya tidak pasti kenyataan tersebut kerana setakat ini tidak ada sebutan di mahkamah dari Saiful (belum disoal).

7. Katanya ketika ini hujah terbaik, DSAI mesti membuktikan yang beliau tidak berkunjung ke kondominium tersebut pada tarikh dan masa tersebut. Ia bukan sahaja boleh menyakinkan Hakim tetapi kepada penyokong DSAI. Jika tidak katanya sukar juga dan mungkin kepada pengundi atas pagar akan kecewa dengan PKR sekaligus PR.

8. Liciknya peguam ini membuatkan saya tergamam untuk menjawab soalan seterusnya. 'Aku nak tahu kenapa Anwar pergi ke kondominium tu jika betullah apa yang dikatakan oleh Saiful dan dibuktikan.' Seperti komen saya semalam, dia juga bertanya soalan yang sama. Dalam hati saya, peguam ini rasanya tidak tahu saya menulis di blog Otai Manjung ini tetapi bagaimana dia menyuarakan pendapat yang sama.

9. 'Kalau aku sebagai peguam kes ini aku akan bertanya, mengapa perlu bertemu Saiful di kondominium tersebut. Tak boleh di pejabat sahaja atau di rumah DSAI. Kenapa DSAI mahu tinggal atau menyewa di kondominium? Bukan kah ada niat tertentu untuk bertemu di situ. Seperti pasangan kekasih yang bermadu asmara di hutan, jika tidak berniat melakukan perkara yang tidak baik mereka akan berjumpa di KFC sahaja?," hujah peguam ini.

. Jawab saya, itu kata Saiful, tunggulah nanti hujah peguam Anwar. Ok, katanya dia akan tunggu. Kerana geramkan gelagatnya, saya mengajak dia berbicara mengenai profesion peguam.

11. Saya katakan, kerja peguam inilah yang paling tak guna. Pisau cukur kata saya. Dia dan rakan-rakannya ketawa. Jawabnya, itu profesion fees yang kami belajar sampai nak botak kepala. Cepat saya membantah, kerja doktor, cikgu, arkitek semuanya memerlukan otak untuk belajar yang memerlukan profesion fees juga! Tapi mereka ikhlas demi masyarakat kecuali doktor pakar.

12. Saya katakan, hanya dengan copy paste surat perjanjian pembelian rumah, RM 3-4 ribu dibayar. Itu belum kes-kes yang lain. Semua cerita bila disampaikan hampa kata boleh dibawa ke mahkamah. Tapi bila kes dah jalan kadang-kadang last minute baru nak study. Piiiiira...sambil disambut gelak ketawa tanda akur agaknya dengan dakwaan saya itu.

13. Tak puas dengan itu saya katakan, betul lah apa yang dikatakan dengan lawyer buruk. Rasa sibuk dengan kes lain atau urusan peribadi, senang sahaja maklumkan pada mahkamah tak dapat hadir. Kes ditangguh.

14. Yang susahnya pelanggan, yang terpaksa menghabiskan duit, masa (terpaksa ambil cuti) dan bermacam-macam lagi masalah. Akhirnya kata rakan (peguam) tadi, betul tugas lawyer agak mudah. Cuma waktu belajar je dulu rasa perit. Dalam erti kata lain 'easy money'. Jawab saya peguam Anwar je yang ikhlas...

15. Apapaun kepada para pejuang, kita kena teruskan perjuangan kita. Perjuangan kita bukan kerana Anwar sahaja tetapi untuk rakyat dalam menentang kejahilan pemimpinan BN. Lawan tetap lawan!!!

ADUHAI ANWAR...KENAPA BEGINI AKHIRNYA?


1. Salam, agak lama saya tidak menulis di ruangan ini. Sebenarnya saya baru pulang dari Miri selepas lebih seminggu di sana atas urusan perniagaan. Lama juga saya tertinggal mengenai dunia penulisan blog dari rakan-rakan seperjuangan.

2. Di Miri saya bertemu dengan beberapa rakan lama dan baru. Rakan lama yang mahukan saya segera ke sana untuk merebut peluang perniagaan. Maklumlah bila mengambil keputusan berhenti kerja dahulu, inilah keperitan yang terpaksa dilalui. Ke sana sini mencari di mana sumber rezeki yang boleh diperolehi.

3. Rakan saya yang merupakan pegawai Petronas baru tiga bulan ditukarkan ke Miri. Dia yang berpindah secara solo tanpa membawa isteri yang bertugas di Semenanjung telah mempelawa saya untuk tinggal di rumahnya selama tempoh seminggu di sana.

4. Banyak perkara yang kami bualkan bersama mengenai minyak dan pengurusan Petronas yang akan saya tuliskan di lain masa kerana ketika ini sedang sibuk kes liwat, rasis, Lim Guan Eng dan lain-lain lagi. Nanti takut dikatakan tertinggal isu.

5. Ingat pagi tadi ingin memulakan penulisan yang sudah lama tertinggal. Tiba-tiba sahaja, pagi-pagi lagi saya diajak oleh mertua untuk bertemu Datuk Ewon iaitu Menteri Pembangunan Luar Bandar, Sabah di Marina, Sutera Harbour.

6 Sebentar tadi jam 2.00 pagi baru tiba di rumah. Buka komputer, kes Anwar Ibrahim terus menjadi bualan penulis blog. Akhbar Utusan Malaysia adalah akhbar yang paling banyak memainkan isu ini. Kegugasaran saya seperti tahun 1998 dahulu.

7. Pada tahun 1998, saya juga merasa terkejut dengan pengakuan Azizan (bekas pemandu DSAI), adik angkat beliau dan beberapa nama lagi. Pada awalnya saya juga yakin Anwar memang peliwat tetapi apabila kita mendengar keseluruhan perbicaraan, saya yakin ia adalah konspirasi.

8. Cuma setakat ini saya berasa terkilan dan berharap cerita itu tidak benar, mengapa Anwar Ibrahim suka pergi kondominium? Mengapa beliau bertemu Saiful di sana dan tidak di pejabat sahaja? Ini yang sedikit meragui saya mengenai Anwar. Saya harap Anwar akan menafikan dia pernah ke kondominium tersebut.

9. Pengundi atas pagar iaitu jumlah pengundi paling ramai yang mengundi, (pengundi atas pagar terbahagi kepada dua, satu tidak menyertai mana-mana parti dan kedua menjadi ahli parti tetapi tidak aktif dan mudah terpengaruh dengan isu semasa) akan menjatuhkan hukuman kepada PR andaikata peguam Anwar gagal menepis atau memberi keraguan yang jelas dalam perbiacaraan ini.

10. Ia amat berisiko kepada parti-parti lain seperti PAS dan DAP. PAS mungkin akan menerima tempias yang lebih teruk. Manakala Keadilan tentu akan karam seperti kapal Titanic. Jadi hujah peguam Anwar akan menjadi penentu kepada kepercayaan pengundi atas pagar. Peminat PAS atau ahli PAS sudah diibaratkan sebagai pengundi tegar yang tidak akan ambil peduli kepada perjalanan kes ini. Jika Anwar bersalah sekalipun tetap ku pangkah bulan tetapi pengundi atas pagar bagaimana?

11. Sebab itu kita doakan agar segera tiba giliran peguam Anwar menyoal Saiful dan seterusnya Anwar dimulakan bicara di kandang saksi untuk kita menilai sejauh mana tuduhan Saiful. Jika masih berkisarkan kepada saksi-saksi pendakwa dan berlaku pula pilihanraya di Perak, PR akan tewas teruk.

12. Saya meminta agar akhbar Harakah, Keadilan dan DAP memainkan peranan untuk menyerang bertubi-tubi terhadap BN. Kita telah dianugerahkan juga kes Datuk Nasir Safar. Banyak yang boleh kita mainkan isu mengenai. Saya tertanya-tanya mengapa penulis blog banyak memainkan isu mengenai Anwar berbanding Datuk Nasir.

13. Tidak sedarkah kita ia adalah bola tanggung yang sepatutnya kita gunakan sepenuhnya. Mengatakan wanita Cina datang ke Malaysia untuk menjual tubuh bukan isu yang kecil. Mohon maaf memang boleh tetapi hati yang terluka bagaimana.

14. Kita juga mesti mempersoalkan apakah tindakan yang akan dilakukan oleh pihak polis. Kita mesti cabar pihak polis untuk mengambil tindakan. Kita mesti persoalkan adakah ini agenda UMNO yang tersirat selama ini.

15. Ketika ini memang BN banyak dihadiahkan bola tanggung yang dicipta sendiri oleh ahli-ahli politik PR sendiri sehingga berjaya mengkucar-kacirkan PR. Apatah lagi ahli politik PKR adalah yang teramai yang membuat perkara bodoh di dalam mainan politik. Inilah akibatnya jika menyertai politik tanpa kesedaran agama yang kuat seperti ahli politik PAS. Ada pula yang seorang ini terlebih jihadnya.

16. Jadi saya menjangkakan PKR akan berkubur jika peguam Anwar tidak mampu memberi hujah yang berkesan untuk mematahkan hujah pendakwa. Jika PKR mampu bertahan sehingga pilihanraya akan datang, banyak ahli politiknya terpaksa disingkirkan.

17. UMNO tahu ahli PKR tidak banyak bezanya dengan perangai ahli mereka. Ahli PKR mudah diperdayakan dengan wang ringgit kerana ahli PKR kebanyakkan berdarah UMNO. Bezanya, jadi ahli UMNO boleh jadi kaya raya tapi jadi ahli PKR cukup sekadar mampu bergelar ahli Parlimen atau DUN atau lebih teruk jadi ahli sahaja yang sentiasa dihambat oleh pihak polis.

18. Maaf kerana terpaksa mengulas setakat ini dan Insyallah saya bersambung esok kerana pagi esok ada pertemuan dengan seorang rakan dari Semenanjung.