AYUH ke MLM SENI & BUDAYA ISLAM


Gambar atas sumber : Blog Madah

MALAM KESENIAN & KEBUDAYAAN ISLAM
Jemputan Khas : Azhan Juara Akedemi Nasyid TV9 2009
Anjuran : Surau Madah Fasa 1A Seri Manjung
Tempat : Perkarangan Surau Madah Fasa 1A Seri Manjung.
31.07.2010 Jam : 9.15 Malam.
Maklumat lanjut klik di sini.

Menghargai bantuan brader Basher Mobara dan kerjasama dari Sam UREKA, MSK UREKA dan Meor Cakap Rakyat Group, bagi merealisasikan misi bantuan kepada Pusat Asuhan Tunas Islam dengan cara menjual sambil menderma hasil karya & budaya kesenian rakyat dan juga penghargaan kpd jawatankuasa program ini yang memberi ruang utk bersama menjayakan majlis yang sederhana ini.

Produk yang bakal dijual dgn harga promosi sambil menderma disalurkan ke Tabung Pusat Asuhan Tunas Islam, moga dapat sebarkan program ini kpd rakan taulan. Sokongan semua amat dihargai.

Album DARI RAKYAT UTK RAKYAT dapatkan ORIGINAL dari MEOR. Berhibur dgn luahan rakyat marhaen sambil Menderma. Harga Pasaran RM20.00, Harga Promosi Mlm itu RM15.00 (RM3 disumbangkan kpd Pusat Asuhan Tunas Islam, jumlah kos pembuatan RM10 dan penghantaran RM2)

BUKU dari bilik darjah sekolah UREKA , Harga mengikut Buku.

Dapatkan T-SHIRT UREKA dgn menderma, stok terhad, Harga Pasaran RM25 - RM20, Harga Promosi Malam itu max. RM20- min. RM15 atau tiada had maksima mengikut keikhlasan anda utk menderma yang mana hasil jualan sepenuhnya dimasukkan ke dalam Tabung Pusat Asuhan Tunas Islam atas sumbangan dari semua yg terlibat dlm misi ini. Stok terhad, utk tempahan mengikut harga pasaran.

"Semua orang adalah guru dan alam raya adalah sekolah"

Stok terhad.

Sekolah Rakyat!

HARUSSANI ATAU HARAMSSANASINI?

Harussani terus berselindung ? dialah yang kena umumkan siapa pemimpin PAS yang jumpa dia?

12 Syaaban 1431H.
Drs. Khalil Idham Lim.
KENYATAAN MEDIA, 24 July 2010.

Berhubung dengan kenyataan Tan Sri Harussani dalan akhbar Sinar Harian edisi Jumaat, 23 July 2010 dengan judul "Siapa pemimpin PAS itu, biar saya sahaja yang tahu", saya suka untuk mengeluarkan beberapa kenyataan seperti berikut :

1. Harussani nampaknya bertegas tidak akan mendedahkan identiti pemimpin PAS yang menemuinya yang didakwanya membincangkan penyatuan orang Melayu. Saya melihat dia terus menyembunyikan sesuatu yang telah diketahui umum termasuk diri saya sendiri dan itulah yang beliau sebutkan dalam pertemuan dengan pelajar Malaysia di Adelaide, yang dilakukan di Islamic Dakwah Centre of South Australia (IDCSA), pada 7.00pm, 9 Jun 2010, dalam kuliah khas TSHZ yang bertajuk “Perpecahan Ummah dan Peranan Kita”. Harussani dalam sembang-sembang dengan pelajar Malaysia dalam lawatan itu dengan jelas menyebut siapakah orang PAS yang bertemu dengannya.

2. Saya sangat hairan dengan Harussani yang menunjukkan sikapnya baiknya yang beria-ia dengan pendirian yang disifatkannya demi untuk menjaga hubungan baik dan amanah yang diberikan kepadanya sehingga bermati-matian menyembunyikan siapakah pemimpin itu sedangkan didedahkan kepada pelajar Malaysia semasa di Australia. Adakah amanah yang beliau maksudkan hanya di Malaysia dan diluar negara di boleh mengkhianati amanah itu. Hukum mana pula yang dia pakai ? Harus atau Haram ?

3. Selain itu bila ditanya mengenai kenyataan saya bahawa tujuan sebenar pertemuan dia dengan individu terbabit adalah membincangkan soal perniagaan dan bukannya penyatuan Melayu beliau mengatakan " kalau Khalil kata saya bohong tentang tujuan sebenar perjumpaan itu, beritahu saya siapa pemimpin PAS yang Khalil maksudkan, Ramai orang berjumpa saya".

Dengan jelas sekali lagi Harussani melepaskan tanggung jawabnya dengan berdolak dalih. Saya cuma berhasrat untuk menegaskan sekali lagi bahawa tujuan pertemuan individu terbabit adalah untuk tujuan perniagaan dan tidak sama sekali untuk penyatuan Melayu. Bukan hasrat saya untuk mendedahkan nama terbabit.

Tambahan pula apa manfaatnya penyatuan assobiayah Melayu yang langsung tidak ada kaitan dengan saya sebagai seorang bukan Melayu.

4. Kerana itu kalau dia mendakwa hanya berkerja dan menjalankan tanggung jawab sebagai seorang Islam, kenapakah dia beria-ia sangat untuk penyatuan Melayu, bukannya penyatuan Islam ?

5. Dengan itu saya mendesak Harussani untuk menunjukkan kematangannya dengan tidak berolak-dalih demi untuk mempertahankan pejuangan assobiyah UMNO yang sempit itu. Kenapakah saya pula diminta untuk memberitahu siapa yang jumpa dia sedangkan dia sudah umumkan di Australia dan dia yang lebih tahu dari saya.

KENYATAAN MEDIA, 24 JULY 2010

DRS. KHALIL IDHAM LIM
ADUN Titi Serong.
dicatat oleh drs. khalil idham lim di 3:55 pm

BRADER SUNNY: DULU, KINI & SELAMANYA

BRADER SUNNY THE MUFTI : THE GOOD, THE BAD & THE UGLY

DULU
DULU BRADER SUNNY DISANGKAL (Klik Utk Lanjut)

KINI

SELAMANYA
NOTA BUAT BRADER: Lu isi borang keahlian Parti Kebangsaan Melayu Bersatu atau lu tubuh parti baru Parti Harus Sana & Sini berslogankan 1Hala 1Tujuan 1Harus. 40 ulama dah isi borang, lu bila lagi?!?!?!


RAIKAN KENAIKAN !!

Mari kita raikan bersama pemimpin kerajaan 'Barang Naik', TERIMA KASIH 1MALAYSIA kerana menurunkan subsidi!!

BeNak telah menaikkan nama negara, menaikkan taraf ekonomi, menaikkan semangat 1 malaya, menaikkan imej negara dan semua pencapaiannya telah dinaikkan prestasi yg diutamakan. Oleh itu, utk merasai dan menikmati kenaikan prestasi ini, kami hadiahkan dan kongsikan bersama rakyat yg didaHULUkan dengan kenaikan-kenaikan barang keperluan rakyat! Nikmatilah kenaikan ini bersama pemimpin yang naik tocang dan rakyat yang naik angin! Be eNd kan mereka!

Ilham nak gelek ni bila tgk blog Tunduki Hatimu ......layanzzzzz!
Kredit to : wgq7407

USTAZ IBRAHIM BEBAS!

Bebas: Zulkifli tidak sabar berada di pentas
Mohd Syamil Azhar
LENGGONG, 12 Julai: Kerinduannya kepada keluarga serta rakyat di kawasan Parlimen yang pernah ditandinginya selepas selamat pulang ke tanahair Jumaat lalu, membuatkan Ustaz Muhammad Zulkifli Muhammad Zakaria, 41, yang hampir sebulan ditahan di Mesir, tidak sabar untuk berada di atas pentas.

Lanjut di harakahdaily.

OM : Kami dikhabarkan pd hari ditahan di KLIA hanya soalsiasat!@#$%^&*()_+!?!?! dan dibebaskan. Alhamdullillah, Selamat Pulang ke Manjung! May Allah Bless U!

SUASANA PERLAWANAN AKHIR WC2010 LIVE @ MANJUNG

Oleh : Warga OM dan seluruh peminat Bolasepak Duniawi.....
Seri Manjung.

End of the game......

Layan arab version with a beautiful language.....layan lagu, coke la pulak.....@#$%^&*()!_+

Restoran Briyani antara restoran 'otai' di manjung yang masih kekal di tapak lamanya, sepanjang WC 2010 stadium di cawangan barunya berhadapan Al-Ikhsan menjadi tarikan buat warga Seri Manjung mahu juga dari Lekir kerana suasana panas antara penyokong dari seluruh dunia ....kekekeke

Untuk Tatapan umum......layanzzzzz...Subuh sebagai penutup! Spain 1 Netherland 0 , extra-time. Mulai pagi ni sotong naik harga....ahaks ahaks ahaks...karut tul! Gambar dan video di bawah ni memang 'pecah', jgn betulkan skrin anda....

Seawal jam 2359H dikhabarkan sudah penuh, tiket sold out!!

'Grand stand' penuh, tanpa bumbung pun penuh.

Kusyuk, pelbagai ragam dalam 1 misi

Collect duit "tiket"

Tutup Jalan Terus, Stadium dah bayar kat Majlis Perbandaran......!?!?!?!

Lokasi Stadium

Ball of the final match

Netherlands Shot!

Spain Shot!

Spain Shot Again and Again!

End of 1st Half

2nd Half : Spain & Netherlands Shot!

Spain lagiiii!!

Lagi lagi Spain!

Spain Gilaaa...aaa!

Full Time!!

Extra Time : Spain Free Kick

Spain Goallllllllllllll

CHAMPION!!

JUMPA LAGI DI 'BRIAYAZIL' 2014!
- briyani + brazil -

KINI USTAZ IBRAHIM DITAHAN LAGI

09.07.2010
Dari Blog CINA ISLAM.

Ustaz Ibrahim ditahan di KLIA

Saya baru menerima sms dari YDP Lenggong yang memaklumkan Ust. Ibrahim atau nama asalnya Muhammad Zulkifli bin Zakaria telah sampai di KLIA dan dia masih ditahan disana.

Sehingga ini saya masih tidak dapat mengesahkan siap[akah yang menahan dan status tahanan yang dimaksudkan dalam SMS yang asalnya dikirim oleh Ust. Ibrahim yang memaklumkan dia sudah sampai di KLIA dan dia ditahan.


Kelamrian saya melaporkan dia telah dibebaskan di Mesir dan sempat saya menerima makluman sms bahawa kapalterbang yang dinaikinya sempat transit di Kuwait.

Marilah kita mendoakan kesejahteraan dan ketabahan kepada Ust. Ibrahim dalam menghadapi ujian getir ini.

VIDEO BAYANGAN ALTANTUYA KEMBALI LAGI

02.07.2010

TLDM Lumut, Jeti F.O.C : Secara kebetulan berada di sini, bagi menyambut ketibaan Kapal Selam ke2 TLDM yang lebih dikenali dgn nama panggilan manjanya KD ALTANTUYA 2.

Sempat gak ambil gambar dan video dengan cameraphone...itu je yg ada. Jadi quality video dan gambo, bleh la tgk, itu pun dah pilih...yg lain lagi pecah!!

KETIBAAN VVIP

KETIBAAN KD ALTANTUYA 2

HAMPIR KE JETI

LINTASAN TABIK HORMAT

TABIK HORMAT

PENCEMARAN .....no komen

JGN BETULKAN SCREEN ANDA, GAMBO MEMANG MCM NI.

KD ALTANTUYA 2 AKAN TIBA ESOK DI FOC TLDM LUMUT

01.07.2010
OMan

Pangkalan TLDM Lumut.
Persiapan ketibaan Kapal Selam ke2 KD ALTANTUYA 2 dijangka tiba esok di jeti FOC Lumut! Kelihatan persiapan secara meriah akan dihadiri Sultan dan VVIP yg berkenaan.
SELAMAT MAJU JAYA TLDM!

Diedit Wbmstr.

DEMONSTRASI ANTI ISRAEL DI MANJUNG

21.06.2010
OMan
SERI MANJUNG, KFC GIANT / McDONALD TMN SAMUDERA, 20.06.2010.

Berita Hairan & Utusan Meloya melaporkan hampir '2000' pelajar PASTI AR-RAUDAH, Fasa 1A Seri Manjung berdemo di hadapan Restoran Proksi Israel sekitar Manjung. Walaupun sebelum ini anak-anak kecil ini menggemari produk ini, namun pada hari ini 'ayahnya' menanamkan fahaman bahawa sudah masanya hukumannya di'haram'kan untuk dimakan sebagai tanda protes kepada kekejaman Israel terhadap Palestine walaupun logo halal terpampang di restoran tersebut.

"Kenapa orang lain makan situ, ayah?!?", soalan cepu emas anak kecil ni kpd ayahnya.

"Orang lain tak tahu, atau buat-buat tak tahu! Kalau tahu berdosa!", jawapan ayahnya secara direct dan jelas kerana anak2 kecil ni yg masih tidak faham untuk memahami perinciannya. Begitupun, terima kasih buat cikgu-cikgu di Pasti Fasa 1A, Seri Manjung yang menerangkan erti dosa dan pahala kpd anak2 ini dalam konteks pengajian Islam.

Tambah ayahnya lagi,"Kalau kakak dgn adik makan McD, Pizza dan KFC serupa macam kakak dgn adik 'bunuh' saudara dan kawan-kawan kat Palestine!!".

"Ye ke ayah! Kalau macam tu ayah bawa makan char koew teow je la, akak lapar ni!", anak kecil merayu pada ayahnya.

"OK, lagi sedap", kata ayahnya, dalam hati bersuara,"selamat duit aku!".
Demo ini agak berjaya di mana sekurang-kurangnya 3 keluarga (1 keluarga Melayu, 2 keluarga Cina) tak jadi masuk KFC Giant semasa 2 anak kecil ini berdiri di pintu masuk, malah ada yang ambil kesempatan ambil gambar mereka. Jika dilihat dari rakaman gambar demo ini, kelihatan majoriti umat Islam sendiri yang sedang 'menyantap darah' rakyat Palestine.
Demo tidak berhenti di Giant, langkah berani anak kecil ini atas sokongan ayahnya dianjurkan ke McD Samudera, malah hingga serbu ke dalam restoran bagi menanamkan protes ini kepada pelanggang yang beratur utk order 'darah rakyat palestine'. Ada yang menunduk malu! Ada juga kedengaran suara-suara yang sokong tindakan anak2 kecil ini,"wah comelnya, cayalah!".
InsyaAllah, gerakan boycott israel @ Manjung tidak berakhir di sini, KFC Lumut, KFC Sitiawan, KFC Pantai Remis dan Pizza Hut Sitiawan sasaran seterusnya. Bagaimanapun, persoalan ke mana perginya Parti-Parti atau badan NGO di Manjung yang mewar-warkan boycott israel, tapi apa tindakannya? Jelas, anak-anak kecil ini lebih berani dari mereka yang hanya pandai berkata dari melaksanakannya.
Moga Allah memberi kesedaran kita semua......................JAHANAM ISRAEL!!

PAKATAN BEBAS

17.06.2010
OMan

Perak Darul Kartun @ Katak: Renungkan bersama apa yang terjadi pada pemimpin-pemimpin pilihan rakyat di dalam Pakatan Rakyat yang melompat menjadi BEBAS. Kita semua sudah sedia maklum, segalanya berpunca dari duit yang sebati dalam politik UMNO dan BN.

Kita dah tahu dan tahu dan tahu, namun apakah jaringan atau tindakan yang PR buat?!?!?! Bila adun PR jatuh miskin, maka tak heranlah ada yg terdesak dgn tindakan yg dulunya dia tentang, tapi hari ini dia sendiri melanggar prinsipnya demi sesuap nasi. Jawapan kita mudah, sering menyalahkan pihak lawan. Ada perkara yang salah dari kita sendiri tidak nampak, masing-masing jaga parti melebihi dari menjaga kehendak rakyat.

Apakata semua ADUN PR Perak pakat-pakat melompat jadi bebas, dan wujudkan PAKATAN BEBAS yg akan mencipta sejarah memerintah negeri ini. Pakatan Bebas dan rakyat pun bebas dari belenggu UBN. Sanggupkah ADUN PR meninggalkan parti masing-masing demi rakyat! Atau tunggu offer baru keluar?!?!Namun di Perak walaupun BEBAS minoriti tapi merekalah yang berkuasa, dan....lumayan beb!!

PALESTINE vs SOUTH AFRICA

12.06.2010
OM

Kibaran bendera di seluruh dunia, berlainan matlamat, satu tujuan mencapai kemenangan!! Dalam mendalami kemeriahan Piala Dunia, ayuh jangan lupakan satu dunia selamatkan Gaza dari rejim Israel! dan ayuh 1Malaysia menjauhkan diri dari perjudian 'halal' dari rejim umno/bn!!

SAVE GAZA versus UMNO's GAMBLE

1 DUNIA 1 SUARA 1 SOKONGAN 1 TENTANGAN Dalam Cetusan Berbeza




Renung-renungkanlah dalam kegembiraan sorakan Piala Dunia, Dunia Palestine semakin terpinggir oleh rejim Israel. Buat warga Manjung wajib kita hindarkan dari KFC Lumut, KFC Giant, KFC Sitiawan, McD Samudera dan PIZZA HUT Sitiawan.

JAHANAM ISRAEL!! HANCUR ISRAEL!! BOYCOTT PROKSI ISRAEL MALAYSIA!!

APABILA BOLA DI KAKI & WANG JUDI DI TANGAN

09.06.2010
OM

Apabila bola sampai ke kaki, maka ada tangan cuba menghulurkan wang pertaruhan secara 'halal'. Benarlah kata-kata MDaud Kilau, " Banyak orang gila judi" dan Salleh Yacob,"Many people crazy gamble", tidak cukup dengan judi 4 angka, 5 angka, berangka-rangka, muncullah cadangan untuk mengeluarkan lesen halal oleh kepemimpinan Islam Melayu 1 Malaysia di negara ini. Alasannya mudah, untuk mengawal perjudian haram, umat Islam terpinga lagi bila adanya perjudian 'HALAL'.

Tatkala bangkitlah pemimpin rakyat sejati menentang cadangan itu bagi kesejahteraan seluruh rakyat di negara ini. Umat Islam dimalukan lagi di negara ini atas perbuatan pemimpin Islam Melayu 1 Malaysia dan dipatahkan usul ini oleh sebuah negeri pimpinan pakatan rakyat yang diketuai pemimpin berbangsa cina yang bukan Islam. Selamat sejahteralah kepada rakyatnya yang Islam di bawah naungannya begitu juga yang bukan Islam. Apabila pemimpin bukan Islam dan bukan Melayu lebih memahami perjudian itu membawa ke arah kecelakaan, terkenalah tempiasnya dan hinanya tok-tok mufti 1 Malaysia termasuklah brader Sunny mufti of State of Silver yang tindak-tanduknya tidak menunjukkan kesungguhan untuk menghalang perjudian di negara ini.

Marahnya pak menteri kepada juak-juak yang menentang usul ini, baginya adalah lebih baik juak-juak ini memberi cadangan bagaimana untuk mengawal perjudian haram dari menharamkannya terus!! hahahaha...hehehehe..seharusaninya kerajaan 1 malaysia tanya brader Sunny apa perlu buat, Sunny buat dek je. Jika usul ini berjaya maka yang beruntungnya orang-orang dan kroni BERJAYA menuju ke tangga kejayaan. Kesannya akan datang segala aktiviti yang telah diharamkan dan tidak sah, bolehlah diusulkan agar disahkan halal. Bila ramai orang mendapatkan khidmat pelacur, maka kerajaan cadangkan lesen pelacuran untuk mengawal HIV, seks rambang, sumbang mahram, hindar kejadian rogol dan pembuangan bayi. Bila ramai yang suka merompak, maka lesen merompak dikeluarkan bagi mengawal wang rompakan di'tax', wajib kwsp ahlinya dan mengawal rompakan bank serta kedai emas di negara ini, jika tidak mengikut syarat lesen merompak akan ditarik dan seluruh persatuan2 penyamun akan mengambil tindakan.

Bola Dunia semakin dekat, dunia perjudian semakin getir! Jika lesen judi bola tidak menjadi, kaki bola sudah tentu tidak risau, dan kaki judi yang kecanduan judi juga tak perlu resah kerana masih boleh berjudi di negara ini secara haram yang sudah tentu hasilnya haram menjadi sasau said MD Kilau......become crazy kata Salleh Yacob.......


Layan SATU MALAYSIA (kredtit to http://www.youtube.com/user/Claybiet)

Sing ONE MALAYSIA (kredit to http://www.youtube.com/user/anakmelayu1988)


Rock 1 MALAYA (kredit to http://www.youtube.com/user/xBadoMx)

SAVE GAZA!! HANCUR ISRAEL!! @ MANJUNG

04.06.2010
Oleh : OMan
Lokasi : Seri Manjung, Office baru Warga OM yang masih belum dirasmikan.



Selamatkan Palestin di Manjung dari warga OM.
HANCUR ISRAEL!! JAHANAM ISRAEL!!

*Mohon MPM tidak 'mencantas' banner ini demi sokongan kepada PALESTIN, bersama menentang kezaliman zionis israel!


SOKONG CALON PANGKOR DARI BLOG MANJUNG MARI

02 June 2010
Oleh: OMan

Gambar di'cilok' dari blog brader Manjung Mari

Mungkin brader MM dah lama 'display' kan banner ini, kerana sudah sekian lama tidak menjebakkan diri dalam blog ini. Begitu juga kian lama tidak bertemu dan berbual dgn brader MM, apatah lagi mengikuti aktiviti rakyat bersama DS Nizar, MB pilihan rakyat melayu, cina, india, benggali, orang asli dan lain2 bangsa di Perak. InsyaAllah akan kembali bersama jika terluang.

Terdetik ingin membongkar serba sedikit dan sokongan kepada bakal CALON N52 DUN PANGKOR ini bila terlihat di blog MM, terima kasih buat brader MM ke atas banner kempen ini. Bagi OM, Laksamana Pertama (B) Tuan Haji Mohd Imran adalah calon yg paling layak untuk bertembung dengan MB pilihan mahkamah bagi Dun Pangkor di masa datang berdasarkan antara pengundinya adalah anggota TLDM, jasanya terhadap TLDM dan kelayakannya sebagai Pemimpin.

Sebagai orang awam yang berurusan dgn unit TLDM, OM juga pernah mohon nasihat dan rujukan beliau atas pekerjaan sekarang ini, dan laluan yang diberi olehnya tidak sama sekali untuk kepentingannya. Terserlah keikhlasannya membantu peniaga-peniaga kecil spt OM, hanya Allah sahaja yang dpt membalas jasa baiknya. Kita hanya berusaha sedaya mungkin, rezeki tetap datang dari Allah. OM tulis ini bukan tujuan membodek, namun itulah hakikatnya. Datanglah manusia berbangsa melayu ke, cina ke, india ke dll bangsa tak kira pangkat, pastinya beliau terbuka dan membantu sedaya mungkin secara pendapat serta nasihat asalkan ia benar mengikut protokol dan menurut prosedur.

Kenalan anggota TLDM dari serendah pangkat hinggalah berpangkat Dato', mahupun yang pernah duduk di bawah jabatan beliau semasa masih dalam perkhidmatnnya, jika ditanya tentang beliau, tiada yang kata teruk atau tidak puashati malah amat menghargainya dalam jasa perkhidmatannya. Begitu juga menurut orang awam yang pernah berurusan dgnnya mahupun bekas anggota TLDM yang sudah pencen.

OM sedia berdiri di belakangnya dan sokongan penuh buatnya!! Jika sebelum ini, lahirnya pemimpin seperti Chin Peng, Nizar, Ngeh, Nga, Zambri, Kong Cho Ha, dll, kini Manjung sekali lagi telah melahirkan seorang Panglima berani dahulunya 'yang menurut perintah' dan InsyaAllah bakal 'yang menurut perintahNYA'. Sedia Berkorban untuk Rakyat Dun Pangkor dan Perak!!

KEHIDUPAN LARA MANJUNG KINI

Oleh OMan
08.05.2010

Salam. Sudah lama tidak hadir di sini, btw thanks to all yg masih setia utk membaca dan all contributors yg selit2kan artikel di sini. Dunia politik juga lama gua tak turuti perkembangannya, kesibukan duniawi berlalu dikejar berciciran, yang ditambat bertaburan.

GERAKAN, tak gerak tak makan, itulah gua dan partner2 gua kerja. Kerajaan ada duit, tapi entah kemana perginya, jika dulu peruntukanan 400juta, kini 40juta untuk rakyat2 miskin macam kita ni utk cari makan dgn kerajaan BeNak. Suap tetap suap, kalau tak suap, menguap la jawabnya. Tukar plan, gegar ahli politik, berapa mau 10% 20% 30%???, rakyat yg kerja dapat la singgit dua utk tampung anakbini makan, belajar, pakai baju pagoda dan tak ber'underware'.

Itulah realitinya bila jualbeli dgn kerajaan BeNak, nak tak nak, nak tak nak, nak tak nak, nak tak nak, tak nak sudah. Apa kabel yang boleh digunapakai, kena guna, besar kabel, besar harganya.

Bila kerja takde, gua muncul kembali di sini. Moga dengan tidak adanya DUIT kerajaan sekarang ini, dapatlah gua membuangkan masa2 gua di sini untuk lepaskan marah gua kat kerajaan yg menyeksa kehidupan gua di sini jika dibandingkan dengan kehidupan melayu yang bermaustautin di Manchester mahupun Liverpool. Mungkin Kelab UMno di sana lebih byk sen dari kerajaan Melayu Malaysia.

Menghormati Hari Berkabung Umno

Sg Buloh(sasaran) : Wahai sekalian ahli Umco yang bernama melayu sedarlah bahawasanya,jika kita inginkan kemenangan pada pilihanraya ini(Hulu Selangor)kita hendaklah sama-sama bekerja untuk mengangkat calon dari MIC. Fahamilah,sekiranya kita meletakkan calon dari Umco kita belum tentu boleh menang.

Kita tidak boleh lupa dengan 'tsunami 2008'. Rakyat telah memberi pengajaran yang berguna kepada ahli Umco supaya menunjukan sikap yang baik. Semua rakyat dari kalangan Melayu,Cina dan India serta tak lupa juga orang Asli ingin melihat kita berubah.Barulah mereka undi Barisan Nasional.Tak mustahil Umco boleh menang pilihanraya ini(oops MIC le calonnya).

Pemimpin-pemimpin Umco telah turun ke akar berumbi bagi mendapat reaksi mereka terhadap calon yang dipilih.Sebulat suara mahukan calon dari parti Umco. Mereka juga ingin melihat perubahan di kawasan ini yang tak pernah diambil peduli oleh calon MIC sebelum pasca pilihanraya 2008.Namun,saya nak bagitauuuu......

Calon Barisan Nasional yang kita akan pilih kompom dari parti MIC tapi dengan restu pengerusi Barisan Nasional(aku le tu)- Dato' Najib