SAVE THE TELUK RUBIAH! (2)

Trademark MPM tidak boleh digunapakai lagi, ia tidak menjamin kehidupan maritim dan industri pelancongan.
Masih terpacak signboard ini yg bakal ditumbangkan dalam masa terdekat.

DULU, indah ciptaan Tuhan ini, begitu juga manusia-manusia mencipta kenangan indah di Teluk Rubiah.......................

Sumber Gambar: pinganchorage.com.my

KINI, masih ada lagi yg menikmati suasana ini dihujung nyawa tanah itu, namun tahukah mereka akan datang tempat ini hanya tinggal kenangan, tidak boleh lagi beriadah menikmati alam ini...............

Hari ini penduduk melihat asap dari TNB Janakuasa, bantahan tidak dipedulikan, kini penduduk menikmati kepulan asap yg mengikuti speksifikasi alam sekitar katanya, takpe asap itu ikut spec. utk nikmat bersama. Tidak cukup dengan ini, mereka langkah ke Teluk sebelahannya.


DAN SELAMANYA....


Gua ke MPM untuk mendapatkan kepastian dan bertanya tentang bantahan penduduk terhadap projek ini. Pegawai yang berkenaan tiada, urusan 'jamuan raya' sekitar Manjung. Btw, akak MPM tu pun tak setuju ke atas projek itu sbg warga Kg Dato Seri Kamaruddin. Dan menyatakan ia kuasa MB Mahkamah! Jadi UMNO/BN bertanggungjawab merobek alam sekitar di Teluk Rubiah yg penuh kenangan buat mereka yg mengunjunginya apatahlagi penduduk sekitar dan nelayan-nelayan. Dimanakan BANDAR PELANCONGAN dan MARITIM!?!?!


SAVE THE TELUK RUBIAH! (1)

TELUK RUBIAH, SERI MANJUNG, PERAK.
28.09.2010



ULASAN ISU TERKINI OLEH DS NIZAR (1)

Sedutan dari ucapan mangkin oleh DS Nizar kepada sahabat-sahabat di Sitiawan Barat, Perak. Maaf suara kurang jelas.



PENUBUHAN: 10 TAHUN SEBELUM MERDEKA

Ulangtayang dokumentari "10 tahun sebelum Merdeka" untuk kita memperingati jasa-jasa pejuang dan umat malaya yg menuntut kemerdekaan. Hayatilah dengan penuh kefahaman.









HARI MALAYSIA, 16 SEPTEMBER

THE JOURNEY SO FAR

Date: 16th September 2010


Venue: Rumah Anak Bangsa Malaysia - No. 66, Lorong Setiabistari Satu, Bukit Damansara, Kuala Lumpur


Programme:

6.30 - 7.30pm - Registration

7.30 - 8.00pm - Welcome speech and video presentation

8.00 - 9.00pm - Rakyat Voices

9.00 pm onwards - Makan2, Minum2 and Cakap2

You need to be registered to attend this event. For registration, please emailevents(at)sayaanakbangsamalaysia.net


Source : Saya Anak Bangsa Malaysia


SELAMAT HARI RAYA 开斋节快乐



Kpd Warga Muslim Otai Manjung Followers, Otai Manjung Fans , Rakan Facebook dan Tetamu OM,"Selamat Menyambut Eidul Fitri, Maaf Zahir Batin. Moga Allah memberkati kehidupan kalian".

Dan kpd Sahabat Seperjuangan Non-Muslim,"Selamat Bercuti bersama meraikan Hari Raya. Kami hargai sahabat yang mahu mengenal dan mendekati kami walau berbeza agama, bangsa dan negara. Moga persahabatan ini membina ke arah kebaikan bersama".

Terima Kasih kepada semua atas dorongan, pandangan, teguran dan maklumat samada secara terbuka atau melalui email. Moga dapat diteruskan dan dipertingkatkan suara-suara rakyat.

Salam Eidul Fitri. Selamat Hari Raya Aidilfitri 开斋节快乐.
Vote For Change!!
1 Syawal 1431H.
Insan di balik tadbir perjuangan : Basher Mobara

KAD UCAPAN RAYA DARI DATO' SERI IR HJ NIZAR

UCAPAN AIDILFITRI 1ST ADMIRAL (R) HJ IMRAN TLDM

Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Hj Abd Hamid TLDM, adalah ketua PAS cawangan Sitiawan Barat, Sitiawan, Perak. Beliau bersara dari TLDM iaitu pada 1 April 2010 yang lalu. Sumber selanjutnya di : Bakal Calon Pakatan Rakyat N52 DUN Pangkor

Video by Otai Manjung ; Editor by Madzamtoklah Madzam

Bakal Calon ADUN Pangkor yang menggegarkan MB Mahkamah, DS Zambry. Kehadirannya menyentap dan menggusarkan pihak lawan, berbagai tekanan dan sekatan cuba dilakukan, namun Panglima tetap dgn perjuangannya. Dulu Yang Menurut Perintah, Kini Yang Menurut PerintahNYA.

Nota : Sekalung tahniah buat PAS Lumut di bawah YDP Hj Noh Ahmad yg membuka ruang kepada non-parti memberi pandangan utk sama-sama mendokong wadah perjuang ini di sekitar Manjung dan memperlihatkan golongan profesional turut serta dalam jemaahnya. Usaha orang terdahulu kini diamanahkan kpd generasi seterusnya.

UCAPAN AIDILFITRI DATO' SERI IR HJ NIZAR (EDITED)

EDITED VERSION by Madzamtoklah Madzam
VIDEO by warga Otai Manjung


Nota : Tq kpd editor yg menceriakan rakaman ini.

THE MAKING OF UTUSAN 1st ADMIRAL (R) TN HJ IMRAN

07.09.2010
Sitiawan.
Gambar sumber :
Warga OM

Rakyat perlukan pemimpin yang bersuarakan rakyat, Moga Allah memelihara mereka dari anasir-anasir yang tidak senang dengan kebangkitan rakyat marhaen, tetapkan kesabaran walau ada sebarang sekatan dan dugaan dr mereka yang gentar terhadap pemimpin menerajui perubahan.





Rakaman ucapan sedang diedit kerjasama oleh : Madzamtoklah Madzam

PEMIMPIN RAKYAT @ MANJUNG

Gambar sekitar Iftar, sumber Fawi Amin.

DS Nizar mengimamkan solat

Setalam Pemimpin Rakyat - Hj Nizar, Hj Noh dan Hj Imran

IMAM

TAHLIL


PAK WAHAB & GANDHI SCHOOL (BKG&SP20)

Gambar oleh Abdul Hadi Bin Mokhtar dan Manjungmari Manjung sedutan dari rakaman Dokumentari 'The Untold Story of Gandhi School' oleh Mohamad Shahhanaz Nazarudin dr UREKA dan admin Otai Manjung Fans. Nantikan keluaran VCD ini.



Pak Wahab bekas pelajar sekolah yg menjadi isu berkenaan tanah warisan rakyat, dahulunya dikenali sebagai Gandhi Memorial School. Beliau merupakan murid terawal era sebelum merdeka masih mengingati cikgunya berbangsa Benggali. Harapannya agar 'pihak yg berkenaan' tidak menggadaikan warisan keringat rakyat terdahulu yg menoreh getah saban hari untuk membeli tanah ini & membina sekolah pada waktu itu. Sehingga kini, ia masih digunakan lagi tanpa sebarang sekatan oleh waris terdahulu, tapi rakyat tidak rela ia di'salahguna'kan oleh tangan-tangan yg tidak bertanggungjawab untuk menjual atau merampas milik tanah ini. Sebagai bekas murid, beliau menyeru & merayu agar pihak berkenaan meningkatkan mutu sekolah sedia ada & pengawasan yg cukup ke atas bahan-bahan sejarah tanpa mengira sentimen politk atau kaum. Kerana ini, Pak Wahab hadir di Bantahan 10,000 Rakyat di Pejabat Daerah & Tanah Manjung walaupun ia telah dibatalkan pada hari sebelumnya. Insan tua yg prihatin, hadirnya tanpa disedari.

Sejarah tersendiri yang beliau tidak boleh lupakan bahawa Bapa kepada Ahli Parlimen @ Peguam M.Kula Segaran (Peguam Isu Gandhi School) adalah kenalan arwah bapanya suatu ketika dahulu di Lumut, kebetulan kini generasi anak mereka pula mempertahankan sekolah yang bersejarah ini. Bagi Pak Wahab, zaman sebelum merdeka tiada isu perkauman malah kaum yang ada begitu akrab menuntut kemerdekaan bersama dilaungkan, bukan laungan HIDUP MELAYU yang dituntut.