TGNA SANGGAH BRADER SUNNY@UTUSANMELAYU

Brader Sunny,

Salam 1Malaysia dan salam perpaduan buat brader, tiada salam yang seindah ini buat brader. Smlm lu kecoh 1Malaysia dgn hujah tiada nas undi PAS masuk syurga. Muhyiddin plak minta Majlis Fatwa ulas tuduhan Nik Aziz macam Zambry gak.....nak komen tak tahu apa?! Sekali lagi, brader sunny terperangkap dalam mainan politik melayu united. Lu ulas melalui bacaan utusan meloya, itu lah lu, percaya sangat kat utusan melayu, itu suara melayu yang terus layu. Lu kena kencing dengan akhbar pujaan lu, akhbar orang melayu tipu melayu agar terus layu.

Brader Sunny, gua syorkan lu masuk politik, baru lu lebih kenal dalam politik 1Malaysia. Ini lu main cakap je tak kaji politik dalam-dalam. Itu jam lu kena baca blog gua la, dan lu jawab la. Lu nak ngaku lu UMNO, lu takut raja gua pancung lu! Tapi jelaslah lu bersuara untuk UMNO, takyah sorok2 lagi. Gua tahu lu tak puashati dgn gua, tapi lu ingat gua bukan ahli PAS atau UMNO, jadi tak konpom ke syurga la nampaknya. Tapi gua bukan macam lu, lu iman tinggi, pangkat pun tinggi, gaji pun dah tentu tinggi tapi kita serupa, belum tentu ke syurga. Tapi salah ke gua menuju ke 'jalan yang lurus' yang skrang ni lu buat gua pening dgn 'jalan bengkang bengkok lu'. Gua ikut lu, lu tanggung la gua nanti. Kalau gua terjebak dgn 'Jom Heboh', lu boleh diam aje..ok la tu!

Better lu baca balik utusan lu dan malaysiakini.......apakata TGNA sebenarnya.

Nik Aziz perjelas kenyataan ahli UMNO tak masuk syurga
18/08/2009 5:38pm

KOTA BHARU 18 Ogos — Mursyudul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menjelaskan beliau tidak bermaksud anggota UMNO tidak boleh masuk syurga sebagaimana media memetiknya sebagai berkata semalam.

Menteri Besar Kelantan itu menafikan beliau menyebut anggota UMNO tidak dapat masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam seperti yang dibawa oleh Palestin.

“Saya baca dua akhbar arus perdana, ada perkataan Palestin. Saya nafi sekeras-kerasnya. Tak ada. Saya tak biasa guna perkataan ahli UMNO. Ahli UMNO dan penyokong UMNO lain, dua perkataan berbeza,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Nik Aziz berkata, mana-mana umat Islam yang mengasingkan iman dengan Islam tidak akan masuk syurga.

“Usaha UMNO nak sebut Islam saja tapi tak ada iman mustahil diterima Allah Taala,” katanya. - Bernama

Nik Aziz nafi kata 'ahli Umno tidak masuk syurga'
Ogos 18, 09 5:44pm
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan berkata 'ahli Umno tidak masuk syurga' dan akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak media yang memutarbelit kenyataannya itu.

Berikutan itu, katanya, beliau akan berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap media yang didakwanya telah menokok tambah kenyataannya itu.

Sebuah akhbar harian menyiarkan di muka depan kononnya Nik Aziz berkata, ahli Umno tidak akan masuk syurga.

Sebelum ini, akhbar yang sama telah memohon maaf kepada Nik Aziz di muka depannya kerana mentyiarkan kenyataan yang salah tentang Nik Aziz.

Harakahdaily melaporkan Nik Aziz berkata beliau biasanya mengunakan perkataan penyokong Umno, "saya tidak mengunakan ahli Umno. Penyokong lain, ahli lain.

"Saya tidak pernah menyentuh mengenai ahli-ahli Umno, tetapi saya menyentuh dasar yang dibawa oleh Umno," katanya dalam satu sidang akhbar di pejabatnya hari ini.

Nik Aziz berkata, memang mana-mana orang Islam yang mengasingkan Islam dan iman mustahil akan masuk syurga.

"Mana-mana gerakan orang Islam yang hanya mementingkan Islam sahaja tanpa iman, memang mustahil masuk syurga, itu yang saya sebut, tidak langsung maksudkan anggota parti Umno," tegasnya.

Nik Aziz turut menafikan beliau mendakwa parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.

"Saya tidak sebut langsung tentang Palestin waktu tu, ni semua tak lain tak bukan untuk memburukkan saya dan membiarkan saya ni jadi balah (berkelahi) pula dengan Umno,"ujarnya.
Mengenai kenyataan Mufti Negeri Perak, Tan Sri Harussani Zakarian, yang mengulas kenyataannya melalui hanya membaca di akhbar, Nik Aziz berharap agar Harussani mendapat maklumat yang sebenarnya melalui beliau.

1 comment:

Otai Manjung Man said...

testing. ketior testing. tq, ketior.

My POST