BLOGGERS & PAS SANTAI @ MANJUNG

Semalam bersama pimpinan PAS Lumut dalam program "Blogers Lumut Bersama Pimpinan Pas Kawasan" yang julung-julung kali diadakan di manjung dan barangkali merupakan yang pertama diadakan di Malaysia menurut ucapan YDP Pas Kaw Lumut yang mendapat sambutan yang boleh dibanggakan.

Antara Bloggers yang hadir adalah Manjung Corner, Otai Manjung, Manjung Mari,Info Sendiri, Meniti Nur12, Pejuang Muda, DPPKLumut, Madah dan Pusat DUN Pasir Panjang. Yang tidak dapat hadir antaranya, Manjung Center, Putra Aro, Hablumminnas, Taman Melati, Pemuda Pas Sg. Pinang, Nisa Lumut, Tunduki Hatimu dan lain-lain mengikut perkiraan OM dari list Manjung is Live (bicara politik)!.

Cerita lanjut dan gambar, boleh layari Blogers Lumut Bersama Pimpinan Pas Kawasan (blog dppkl), Pergi Jahanam Lah UMNO.. Sedutan Kisah Perjumpaan Blogger Lumut... (blog ManjungMari) dan Bloggers Bertemu di Restoren Hasnah Tomyam (blog Pusat Dun Pasir Panjang).

Peristiwa ini amat dihargai dan ribuan terima kasih kepada Lajnah Penerangan Pas Lumut sebagai penganjur. Sebagai blogger, penghargaan dari ucapan YDP akan dikenangkan dan berusaha kami terus menyampaikan suara-suara kecil ini yang secara tidak langsung menyampaikan segala aktiviti berkaitan di manjung kepada pembaca yang tidak diperolehi di media massa perdana. Malah, YDP akui dengan adanya blog2 ini dapat membantu mesej dan aktiviti Pakatan Rakyat kepada pembaca2 terutama sekitar manjung.

Dalam program ini, para bloggers dapat mengenali Pimpinan Pas Lumut dan secara tegasnya para bloggers bebas berbicara mengikut rentak tersendiri dan mempunyai pengikutnya yang tersendiri. Namun, setiap penulisan adalah menjadi tanggungjawab para bloggers. Keberanian inilah yang menjadi kelebihan para bloggers. Bagi Blog yang mewakili parti, pastinya ia terhad dan harus mengikut landas parti tidak seperti bloggers yang tidak mewakili mana2 parti.

Kejadian ini, mengingatkan OM kembali di zaman reformasi 1999 dan pru10. Ketika itu, OM di Kuala Lumpur yang PAS nya lebih terbuka bila bersepakat dgn PKR. Untuk mengundi OM pulang ke Manjung (dun pasir panjang) dan membantu PAS Manjung berkempen, namun pada ketika itu jurang antara para reformasi dan ahli PAS agak 'kurang mesra', seolah-olah ada halangan. Namun pada hari ini, PAS Manjung lebih memahami kami dan boleh duduk semeja. Detik ini, menjadikan PAS Manjung lebih disenangi oleh puak2 seperti kami ini, dan berjaya menarik 'orang muda manjung' dari golongan yang baru mengenal politik hinggalah yang 'bermain musik dijalanan manjung'.

Inilah keterbukaan PAS Lumut yang OM kagumi. Dengan penuh harapan agar ia berterusan dan berkembang, menerima kritikan dan cadangan dari orang di luar PAS. Sepertimana usul brader Manjung Mari ingin menjemput brader Mat Saman Kati yang mendapat perhatian YDP, OM amat bersetuju bagi mendapatkan pengalaman 'realiti', 'seksi dan blues'nya bagi mengukuhkan ikatan ini dan halatuju bloggers Manjung.

Terima Kasih dan Tahniah PAS LUMUT !! OM sambut cabaran ini dan cuba mendapatkan bloggers bukan melayu di manjung seperti sdr. jason ling dan Bénévole Anonymne dari blog Dato' Ngeh Koo Ham agar bersama untuk menjadikan ia lebih majmuk dan realiti Malaysia.

OM percaya yang hadir tidak menilai hidangan yang disediakan, 'Sedap atau Tidak' seperti wartawan KOSMO yang hampir 'maut dalam misi ke pelantar minyak', tetapi tujuan dan ucapan YDP yang penuh bermakna DIFAHAMI. BTW, memang segalanya sedap malam semalam, free plak tu, begitu jugalah harapan kalau boleh setiap bloggers manjung menulis 'biar sedap dan 'free' (bebas) memberi maklumat, kritikan dan pandangan walau sepatah dua kata.

Terima Kasih sekali lagi, Kalau boleh buat lagi.

*Pak hamidun, nanti om free, om ke ofis tolong masukkan semua xtvt adun pasir panjang yang tak kenal erti penat di blog Pusat Khidmat.

No comments:

My POST