15.04.2011, Tanah Perkuburan Islam Teluk Rubiah, Seri Manjung.
Sisipan dari isu Lokasi Kilang Bijih Besi Vale, Brazil di Teluk Rubiah: SAVE TELUK RUBIAH!
Setelah mendapat kelulusan dari Pejabat Daerah Manjung untuk membenarkan waris-waris, krew OM mengikuti operasi pemindahan tanah kubur ke lokasi yang disediakan (sebelum ini Syarikat tidak bertanggungjawab tapak baru, namun setelah dibincangkan Syarikat akur agar tidak menjadi satu kekangan). Namun walaupun tersenarai dalam kebenaran, akhirnya pihak 'operasi' tidak membenarkan ikuti, justeru ditunjukkan surat kebenaran, dan diasak atas keputusan itu akhirnya dibenarkan seramai 5 orang dari 10 orang yg diluluskan. Persoalannya siapa yang tidak patuhi undang-undang dan siapa yg berhak ke atas undang-undang? Jelas kuasa Pegawai Daerah sekadar tunduk kepada keputusan pihak luar.
Isu kontravasi yang mendapat perhatian Umat Islam sekitar Manjung dan Penduduk berdekatan. Semalam di Kg. Dato Seri Kamaruddin membuat bantahan pemindahan tapak kubur dalam mempertahankan maruah umat Islam dalam memorandum kepada YB Dato' Seri Zambry Kadir, namun ia sudah terlewat. Bahkan dimaklumkan beberapa JKKKKKK Kampung juga agak terkilan apabila tatacara kelulusan pemindahan tidak merujuk kepada penduduk asal serta waris-waris, ia menikus dalam merencanakan pemindahan ini yang mana sebelum ini ada seorang wakil kampung berdekatan tidak dibenarkan menziarahi tanah perkuburan yang bakal dipindahkan dan dihalang secara angkuh oleh pihak pengurusan yang mewakili Syarikat Bijih Besi (Vale International, Brazil).
Pihak Pengurusan Teluk Rubiah, telah mengumumkan disaat-saat akhir memberi kelulusan untuk melawat pada hari ini (15.04.2011) bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tghari setelah mendapat bantahan orang ramai.
Ketika lawatan Krew OM / Lensa Masyarakat bersama beberapa wakil penduduk dan wakil Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Pasir Panjang, dihadiri satu-satunya keluarga dari Lasah Sg. Siput sebagai Waris. Waris agak terkilan kerana tidak dimaklumkan secara rasmi, perkhabaran hanya diketahui semalam (14.04.2011) dari sanak saudaranya yang menetap di kampung berdekatan Teluk Rubiah. Ikuti SEMBANG WARIS:
JOM IMBAS KEMBALI TANAH RIZAB MELAYU TELUK RUBIAH YANG TELAH TERGADAI! (Maaf, bukan gua nak bangkitkan isu rasis, gua anti rasis! tapi gua mahu bagi sedar itu pejuang kebangsaan melayu yang bagai nak rak kalau tanahnya tergadai, jelas ia hanya perjuangan retorik semata-mata, suck racism!). Ini bukan isu RASIS, ia Negara yang tergadai! Ikuti Faktanya:-
FAKTA YANG PERLU DI KETAHUI MENGENAI EKSPLOITASI GUNA-TANAH KAWASAN CADANGAN PROJEK DAN PERSEKITARANNYA (CADANGAN PROJEK KILANG MEMPROSES BIJIH BESI OLEH SYARIKAT VALE INTERNATIONAL SA DI TELUK RUBIAH, DAERAH MANJUNG, PERAK)
Pada asalnya keseluruhan kawasan cadangan projek dan persekitarannya ialah sebuah kampung tradisional nelayan yang dikenali sebagai Kampung Teluk Rabiah yang berstatus Tanah Rizab Melayu (Malay Reserve) dan juga sebahagian daripada Hutan Simpan Teluk Muroh (Teluk Muroh Forest Reserve).
Eksploitasi keseluruhan kampung tradisional nelayan Kampung Teluk Rabiah dan sebahagian daripada Hutan Simpan Teluk Muroh bermula pada tahun 1983 apabila Kerajaan Negeri bercadang kawasan tersebut dimajukan untuk tujuan pembangunan komersial khususnya pelancongan mewah.
Untuk memajukan pembangunan tersebut, Kerajaan Negeri telah mengguna-pakai peruntukan perundangan mengikut Seksyen 4, Akta Pengambilan Tanah 1960 (No Warta: 264 - Tarikh Penyiaran Warta: 17 Mac 1983) bagi maksud Projek Pelancongan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dalam kawasan Teluk Batak / Teluk Rubiah, Mukim Lumut, Daerah Dinding, Perak.
Sebahagian daripada HS Teluk Muroh pula telah dimansuhkan penwartaannya sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK) seluas kira-kira 487 hektar iaitu daripadanya seluas 274 hektar diberi milik kepada PKNP dan seluas 213 hektar lagi masih berstatus Tanah Kerajaan (No Warta: 1112 - Tarikh Penyiaran Warta: 29 September 1988).
Bagaimanapun kawasan seluas 350 hektar daripada 487 hektar HS Teluk Muroh yang telah dimansuhkan penwartaannya sebagai HSK dijadikan sebagai padang golf dan ‘resort’ serta banglo yang dikenali sebagai ‘Teluk Rubiah Country Club’ dan ‘Teluk Rubiah Resort’.
Mengikut dokumentasi Jabatan Perhutanan, keluasan asal keseluruhan HS Teluk Muroh semasa ditubuhkan pada 26 Oktober 1948 ialah 917.93 hektar. Baki HS Teluk Muroh yang masih ada setelah sebahagian dimansuhkan penwartaannya sebagai HSK ialah seluas kira-kira 430.93 hektar.
HS Teluk Muroh pernah dikelaskan sebagai Hutan Simpanan Dara (VJR) mengikut Seksyen 10 (g), Akta Perhutanan Negara 1984. Sejenis spesies palma yang terancam (Phoenix paladosa) juga telah ditemui berhampiran kawasan cadangan projek (berhampiran Loji Janakuasa Manjung).
Malah mengikut ulasan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Negeri Perak (Jab PERHILITAN Negeri Perak) pula, kawasan cadangan projek masih kaya dengan pelbagai fauna dan avifauna dan kebanyakannya dilindungi mengikut Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972.
Oleh kerana keseluruhan kawasan Kampung Teluk Rabiah dan persekitarannya dicadangkan untuk tujuan pembangunan komersial (pelancongan mewah), Kerajaan Negeri telah memansuh Rizab Melayu Teluk Rabiah seluas kira-kira 163 hektar mengikut Seksyen 4 (i)(b), Enakmen Rizab Melayu (No Warta: 738 - Tarikh Penyiaran Warta: 20 Julai 1989).
Semua penduduk kampung tersebut telah berhijrah ke tempat-tempat lain terutama di sekitar Daerah Manjung. Penghijrahan penduduk dari Kampung Teluk Rabiah dibayar pampasan dan diberi penempatan baru atau mereka sendiri yang berhijrah kerana bertujuan mengubah penghidupan yang lebih baik.
Manakala tanah perkuburan yang ada di bekas Kampung Teluk Rabiah juga dipindahkan.
Apabila sebahagian HS Teluk Muroh yang dimansuhkan penwartaannya sebagai HSK mula dieksploitasi (dibalak) pada tahun 2001, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Perak telah menyuarakan bantahan kepada Kerajaan Negeri kerana kawasan tersebut pada keseluruhannya ialah Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS).
Bantahan tersebut disokong oleh beberapa NGO lain dan Sekolah Membina Semangat Malaysia (OBS Malaysia) termasuk Sahabat Alam Malaysia (SAM).
Kesungguhan dan usaha menyelamat sebahagian HS Teluk Muroh daripada dimansuhkan penwartaannya sebagai HSK oleh NGO yang berkenaan dan sokongan beberapa NGO dan pihak lain, menyebabkan Kerajaan Negeri mewartakan semula sebagai HSK sebahagian yang dimansuhkan seluas hanya kira-kira 89.83 hektar (No Warta 746 - Tarikh Penyiaran Warta: 28 April 2004). Kini keluasan keseluruhan HS Teluk Muroh ialah kira-kira 520.76 hektar.
Keluasan HS Teluk Muroh semakin berkurangan apabila Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) telah meluluskan pemansuhan sebahagian lagi hutan simpan tersebut seluas kira-kira 121.16 hektar pada 6 Januari 2010.
Oleh kerana sebahagian guna-tanah semasa kawasan cadangan projek dan persekitarannya masih dilitupi kawasan semula-jadi (lebih 400 hektar kawasan cadangan projek adalah guna-tanah hutan - hutan primer dan hutan sekunder jenis hutan bukit pantai) dan pantai yang tidak terganggu, Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah mewartakan (sebelum cadangan projek ini) sebagai Zon Pelancongan dan kawasan perumahan berkepadatan rendah.
Tetapi pada 23 Februari 2010 Kerajaan Negeri telah mewartakan pengubahan zon daripada Zon Pelancongan kepada Zon Perindustrian tanpa mengambil-kira ulasan dan bantahan berbagai pihak dan ‘stakeholder’ yang berkepentingan semata-mata untuk cadangan projek tersebut.
31.03.2011, Horizon Garden Restaurant, Seri Manjung. Mesyuarat Agung Tahunan PAS Cawangan Sitiawan Barat Tahun 2011 di rasmikan oleh YDP Lumut, Tn Hj Noh Bin Ahmad. Pemilihan berjalan lancar dan menerima masuk Ahli Baru bagi cawangan Sitiawan Barat.
Sekitar Majlis Makan Malam & Mesyuarat Agung Tahunan PAS Cawangan Sitiawan Barat 2011.
Ucapan Aluan Ketua PAS Cawangan Sitiawan Barat, Laksamana Pertama (B) Tn. Hj. Mohamad Imran Bin Hj. Abd Hamid sebelum pembubaran Jawatan Kuasa sedia ada.
Ucapan Perasmian oleh Tn. Hj. Noh Bin Ahmad selaku YDP PAS Kawasan Lumut.
Berikut adalah Jawatan Kuasa Yang Terpilih sessi 2011-2013 :-
KETUA CAWANGAN: Laksmana Pertama (B) Tn Hj Mohamad Imran
NAIB KETUA CAWANGAN: Hj. Rahim
SETIAUSAHA: En. Muhammad Huda
BENDAHARI: Hj. Jamaluddin
KETUA PENERANGAN: Hj. Ahmad Fuad
KETUA J/KUASA PEMUDA: En. Ismail
KETUA J/KUASA MUSLIMAT: Hjh. Che Saliha
AHLI JAWATAN KUASA:
- Hj. Shahruddin
- Hj. Sa'im
- En. Ahmad Nazri
- Hj. Aminuddin
- YM Raja Zailani
- En. Norizat
- Hj. Roslan
- Hj. Ahmad Saifuddin
- Pn. Radiatul
- Hjh. Ishrat
- Hjh Rohani
*Sumber dari rakaman video, jika ada kesalahan adalah tidak disengajakan. SELAMAT MENJALANKAN TUGAS YANG DIAMANAHKAN, MOGA DIRAHMATI ALLAH!
Majlis Makan Malam Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia anjuran PKR Cabang lumut yang bertujuan mengutip dana, menyampaikan sumbangan kepada yang memerlukan, Penghargaan kepada Perjuangan J/Kuasa PKR Lumut terdahulu dan kini serta Ucapan Penerangan isu-isu semasa dalam pelbagai bahasa oleh:-
Sdr Khairil Azhar - Timbalan Angkatan Muda Keadilan Negeri Perak.
MP Shanmugan - Ahli Majlis Pimpinan Negeri Perak merangkap Ketua Cabang PKR Lumut.
Dr. Shanmugan - AJK PKR Pusat merangkap Timbalan Cabang PKR Lumut.
Dato' Ngeh Koo Ham - Ahli Parlimen Beruas merangkap ADUN Sitiawan dan Pengerusi DAP Perak.
YB Kesavan - ADUN Hutan Melintang merangkap Ahli Majlis MPP PKR Pusat.
Dr. Mohd Nur Manuty - Pengerusi PKR Negeri Perak.
Dr. Khairudin Dato' Abd Malik - Timbalan Pesuruhjaya 2 Negeri Perak.