LUAHAN TERBUKA BUAT DS NIZAR!


Sahabat Yang Dihormati,

Dato' Seri IR Haji Mohammad Nizar Jamalludin.


ISU KILANG BIJIH BESI TELUK RUBIAH: ADUAN & HARAPAN RAKYAT DARI DUN PASIR PANJANG

Untuk makluman sahabat, kami di DUN PASIR PANJANG sedang sengsara dan membantah cadangan pembinaan kilang bijih besi di Teluk Rubiah yang telah diluluskan oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Kami tidak menentang pembangunan untuk perkembangan ekonomi Manjung, malah mengalu-alukan.

Sebagai seorang engineer (IR) yang bertauliah sahabat lebih memahami pengoperasian kilang Vale SA, Brazil tersebut, kami alu-alukan pelaburan 6 billions itu, tapi biarlah bertempat yg sesuai dgn lokasi Industri, bukan di Zon pelancongan yg ditukar kepada Zon Industri.


Rakyat dan Penduduk Manjung difahamkan diawal perancangan, sahabat sendiri tahu hal ini ia akan terlaksana di Kawasan Perindustrian Lumut Port, Kg. Acheh (tapak sedia ada utk industri) dan jika dulu kerajaan PR terbuka mendengar bantahan rakyat namun isu ini kami seolah tidak dipedulikan oleh kerajaan rampasan kini.

Kami mohon sahabat sebagai harapan warga DUN Pasir Panjang dapat bersama dan menyelami permasalahan kami. Kami menaruh harapan yang tinggi kerana jika PR yg memerintah ia akan membuka ruang bantahan yang TELUS dan TERBUKA sepertimana berlaku di Pulau Pinang dan Selangor. Walaupun diherdik dan luahan rakyat pelbagai bentuk suara, namun kerajaan di sana menerima dan mengambilkira yang selama ini tidak pernah berlaku di bawah pemerintahan BN, ia membuka seluas-luasnya bantahan dan pandangan rakyat. Ia suatu pemerintahan yang MERAKYATKAN.

Kami amat berterima kasih kepada sahabat dan kerajaan PR terdahulu kerana membawa pelaburan dari luar negara untuk kemajuan dan kepentingan rakyat, tapi kini kerajaan rampasan meneruskan tanpa merujuk kembali kepada rakyat terutamanya penduduk sekitar terhadap cadangan lokasinya. Ia akan memberi kesan jangka masa panjang terhadap persekitaran, alam sekitar, hidupan marin, hidupan hutan, hutan simpan, pusat pelancongan, pusat riadah tempatan, masalah sosial dan terutamanya kesihatan penduduk. Kerana kerakusan manusia terhadap kemewahan duniawi, mereka alpa, lalai dan lebih tragisnya tidak mempedulikannya walau ketahuan.


Sahabat,


MB haram dan kerajaan haramnya kini meluluskan lokasi pelaburan yang dibawa oleh sahabat dengan menidakkan bantahan penduduk yang berada di bawah DUN sahabat sendiri. Jurutera Projek syarikat antarabangsa itu pernah memuji bicara, pemahaman dan kepakaran yang sahabat ada yang lebih mudah memahami operasi mereka yang tidak ada pada MB mahkamah. Justeru, mohon jasabaik sahabat untuk mengetengahkan isu ini kepada piahk-pihak yang berkenaan. Ahli Parlimen Beruas, sahabat kepada sahabat telah membawa misi ini ke Dewan Parlimen, namun hanya jawapan pengesahan kelulusan projek dinyatakan oleh kementerian yang terbabit. Sayangnya Menteri Alam Sekitar mahupun Menteri Pelancongan tidak bangkit untuk pertahankan kesucian Rubiah, dibiarkan berlalu pergi tanpa belas. Siapa lagi yang harus kami harapkan?

Kami percaya sahabat seorang yang terbuka malah sahabat pernah menerima pandangan rakyat seperti kami yang hina ini hanya semata mahukan kebaikan dan kemajuan untuk rakyat yang memilih sahabat sebagai wakilnya. Sahabat menerima dgn hati terbuka dan mempertimbangkan dgn senyuman satu ketika dahulu.


Ternyata sahabat seorang yang boleh diterima semua golongan dan kami mahu sahabat terus berjuang utk rakyat, harapan dan doa rakyat mengiringi perjuangan sahabat. Moga sahabat dapat membantu misi ini dan bersama rakyat agar Rubiah terus kelihatan jelita dan anggun walaupun 'ibu dan bapanya telah lama mati ditelan bencana di tanah ini'.

Selamatkan Nyawa Rubiah.
SAVE TELUK RUBIAH!


Ikhlas dari Sahabat,

-proTeSTeR-

(Team Save Teluk Rubiah)

26.11.2010, Jumaat.

RUBIAH VS GALAS VS BATU SAPI!

Kemana hilangnya taring-taring pemimipin rakyat itu, di mana katanya juara rakyat. Rakyat sekitar Rubiah sedang sengsara, Sudah Menjerit tiada yang hadir membantu. Hanya kita-kita sahaja yang peduli... dan bertindak.

Hari ini, selepas ini, gua mulakan kayuhan basikal seorang diri untuk menyampaikan 'BANTAHAN' yang gua kutip sendiri kepada MPM yang menutup pintu rakyat untuk terus bersuara pada hari ini 4November, gua tidak PEDULI lagi PILIHANRAYA GALAS dan BATU SAPI kerana apapun sekali pemimpin itu naik, mereka TIDAK PEDULIKAN RUBIAH. Ini satu pengajaran buat gua.

Maka tidak hairanlah bilamana orang-orang kampung berkata semua pemimpin politik adalah SAMA, benar walaupun tidak semua sifat itu serupa tapi jelas dgn isu ini MEREKA SAMA "TANDUK"nya. Diam Seribu Bahasa.

Dan gua harap Team Save Teluk Rubiah (proTeSTeR) dapat meneruskan misi ini tanpa pertolongan ahli politik yang nyenyak tidurnya, kerana gua tidak akan berhenti di sini dan sedang berurusan dgn adik-adik gua di medan & jakarta, indonesia untuk menggunakan talian hayat 'greenpeace indonesia' sebagai laluan dari pertubuhan dan masyarakat antarabangsa. Pelancong akan lari dari bumi Manjung!

SAVE TELUK RUBIAH!

-Otai Manjung-
Members of TEAM SAVE TELUK RUBIAH (proTeSTeR)

http://facebook.dj/selamatkannyawarubiah/