Sedang aku menulis ini, banner-banner Zambry yang disimbah cat sedang diturunkan! Ye lah, najib nak datang 18hb ni, maka segala kebaikan akan ditonjolkan dan segala masalah yg timbul disembunyikan. Report polis sudah dibuat oleh pihak-pihak tertentu, maklumat yang aku dapat cctv yg ada di simpang Tesco menunjukan kejadian simbah berlaku dlm jam 3 pagi tadi, cctv blurr takleh cam siapa pembuatnya.
HUMAN RIGHTS & ENVIRONMENTAL JUSTICE: The greatest thing in this world is not so much where we are, but in what direction we are moving.
Minyak Itu Pemberian Allah...
Penulis Tamu OM: Norman
PETRONAS PULA MCM NAK BERPOLITIK
Sambil menunggu bola sepak, sempat tgk berita. Terkejut saya apabila Petronas pula mengeluarkan kenyataan, kemampuan Petronas utk menyumbang kpd negara secara berterusan akn menjadi membebankan jika bayaran royalti kpd negeri2 dinaikkan daripada kadar lima peratus sekarang kpd 20 peratus.

Rahmat Haron: Warisan Belanjawan Hutang
|
Gugusan
Kampung Banda Dalam, Jalan Sultan, Stadium Merdeka, Stadium Negara di
Kuala Lumpur; Pengerang di Johor; Tanah Adat Murum, Peleiran dan Danum
di Sarawak merupakan antara nama-nama terbaru korban pembangunan.
Sebagaimana Kampung Kerinchi dan Kampung Pantai Dalam telah pun ditransformasikan pembangunan menjadi Bangsar South.
Habibseekers: Ulama Tidak Mampu Seperti Blogger?
Selepas bicara Pak Habib - Syed Hussien Al-Attas perihal blogger dari pengalamannya sebagai penulis (kisahnya baca di SH Al Attas: Blogger Santak Raja Macam Tu Je!), ini pula kata-kata sahabat Pak Habib yang hadirnya tanpa diduga. Namanya Habib Rizieq dari Indonesia turut diberi peluang membicarakan didepan bloggers yang bertamu di Wadi Hussien Janda Baik bersama Uncleseekers.
Habib Rizieq : Blogger akan mampu melakukan yg tidak mampu dilakukan ulama , tuan guru, kiyai & para cendiakawan. Mencari redha Allah, blogger harus indipenden walaupun terpaksa melawan arus. Satu-satu ketika kita kena lawan arus, kita lawan arus! Memang melawan arus itu berat, melawan arus itu luar biasa risikonya.
Tulislah Apa Saja.....
Penulis tamu OM: Norman
TAPI JANGAN LUPA TANGGUNGJAWAB KITA PADA ALLAH
Tulislah apa sahaja samada kisah anak, isteri, suami, ibu bapa, soal kerja, politik, percutian dan sebagainya tetapi jgn lupakan utk sampaikan mesej dakwah kita. Kalau tak hari2, dua hari sekali. Kalau tidak seminggu sekali, dua minggu sekali asalkan kita tunaikan tanggungjawab sebagai hamba.
TAPI JANGAN LUPA TANGGUNGJAWAB KITA PADA ALLAH
Gambar Hiasan
Tulislah apa sahaja samada kisah anak, isteri, suami, ibu bapa, soal kerja, politik, percutian dan sebagainya tetapi jgn lupakan utk sampaikan mesej dakwah kita. Kalau tak hari2, dua hari sekali. Kalau tidak seminggu sekali, dua minggu sekali asalkan kita tunaikan tanggungjawab sebagai hamba.
Warna Hijau Bukan Hak Eksklusif PAS
Penulis Tamu OM: Norman
KALAU MENANG JGN LUPA DIRI...
Jika bertanya kpd saya, perjalanan penyokong PR masih jauh lagi walaupun pilihanraya hampir tiba. Jika menang sekalipun prosesnya agak rumit dan memerlukan masa utk kestabilan.
Maklumlah dah 55 tahun rumah pun dan usang, nak baik pulih pastilah mengambil masa . Paip airnya tentulah dah berkarat dan mesti diganti termasuk mangkuk jambannya. Kena panggil Tuan Guru lagi nak halau jin2 yg dah lama duduk di dlm yg sudah seronok tiba2 hdk dihalau kenalah dibuat dgn berhati-hati.

SH Al-Attas: Egonya Blogger Santak Raja Macam Tu Je!
Hari minggu yang lalu aku berkesempatan bersama admin page Kita Semua Unclesekeers turun ke Wadi Hussien Janda Baik sertai Perjumpaan Bloggers, Facebookers & Aktivis bersama Pak Habib- Syed Hussien Al-Attas The Writer (panggilan Abah) & Uncleseekers atas kerjasama MediaPerak.Com.
Aku ke sini naik kereta paling laju dalam dunia dengan penuh ego, yang benarnya kalau korang naik motor Yamaha Ego pun boleh potong kereta aku. Selepas subuh tak sempat bersetubuh, aku ambil Atan yang biru matanya terpancar ego contact lensnya meneruskan perjalanan dari Manjung. Warga MediaPerak yang lain, Hadie egonya tak mahu naik dengan aku, dia, Ummu Aiman, Ummi Anni dan KakYah semua sama egonya tumpang kereta Fawi Amin yang besor egonya...huhuhuuuu.

Kenapa Hina PM Saya....Why Why Why???
Oleh Penulis Tamu OtaiManjung : Norman
Terkejut saya menatap berita utama sebuah akhbar tabloid yg tertera 'Najib Pengecut'. Rupa-rupanya al kisah PM yg dikasihi tidak hadir dlm pergulungan hujah yg dibuat oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim...
Bila saya baca hujah tersebut tidak mampulah utk saya mempertahankan PM yg saya kasihi. Mana boleh bila kita bentangkan belanjawan tetapi kita tidak mahu berhujah utk dlm pergulungan kepentingan rakyat. Maaf PM 'tak dapet nak menolong...' u kena dtg sebagai tanggungjawab u sebagai ketua negara demi utk rakyat.

Visit Perak Year 2012 (2.5): Hentikan Tangisan Penyu Segari!
Projek yang bakal menggugatkan sistem ekologi kali ini terletak di Segari berhampiran dengan Pusat Pengurusan Penyu, Pasir Panjang Segari. Pusat ini terletak 2 km dari
Pekan Segari dan 5 km dari Simpang Jalan Lumut – Pantai Remis. Pantai Pasir Panjang Segari merupakan tempat pendaratan utama penyu di
Negeri Perak. Aku percaya tempat ni ramai yang tak tahu termasuklah orang Manjung sendiri apalagi orang luar...ahh, penyu bukan boleh buat duit! Kurang promosi salah satu puncanya, dan aku terbaca salah satu blog tentang pengalamannya ke sini, itupun terjumpa tempat ni sebab ada dalam 'GPS', kalau dia tak guna gps mungkin terlepas pandang juga, sunyi, lengang & sedih - korang baca kisahnya di Pusat Pengurusan Penyu, Pasir Panjang Segari, Perak
Visit Perak Year 2012 (2.0): Ng Yen Yen bagus!
Teluk Rubiah sudah tergadai dan hilang dari dunia pelancongan, malah akan menjejaskan kawasan pelancongan sekitarnya Teluk Batik & Pulau Pangkor. Baca di bahagian 1 - Visit Perak Year 2012 (1) atau boleh layari cerita yang lebih detail di Teluk Rubiah: Vale of Tears for The Malaysia Project. Cuma di bahagian 1 aku tak bagitau musnahnya Teluk Rubiah berkait dengan 'Rampasan Kuasa Perak 2009', apabila seseorang yang mendapatkan jawatan MB dari kuasa monarki pihak Istana, maka agak sukar bagi MB itu untuk mengatakan tidak apa yang berkaitan dengan kehendak istana. Utk lebih lanjut korang baca di Nizar vs Zambry: Siapa Lulus Teluk Rubiah (1) & Nizar vs Zambry: Siapa Lulus Teluk Rubiah (2).
Gambar Hiasan: Zambry menerima kunjungan Kedutaan Brazil, buah tangan untuk Zambry -Sulam Benang Emas.... hmmmmm baik ada makna tu! Mungkin sbg penghargaan syarikat Vale (Brazil) menakluki alam Teluk Rubiah & sebahagian Teluk Batik.
Visit Perak Year 2012 (1): Hamidah Sukses!
Tahun 2012 adalah Tahun Melawat Perak, ramai yang tahu tapi ada juga yang buat tak tahu atau memang tak tahu menahu langsung. Apa yang tak kena?! Pelancongan dibawah jawatan Hamidah Osman (Sungai Rapat) - Exco Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan & Hal Ehwal Wanita. Seorang Exco Pelancongan sekaligus Exco Industri. Aku tertanya-tanya bagaimana dia nak usulkan & bantah sesuatu kaitan kepentingan dlm portfolio yg dibawahnya, ibarat dia sbg exco industri bawa cadangan buat projek industri di pusat pelancongan, & sbg exco pelancongan adakah dia akan bantah projek industri di zon pelancongan yg diusulkannya?! Oh itu kerja pembangkang kalau nak bangkang & bantah, kerja dia mungkin cadang & setuju je.... aku blurr! Aku nak bawa korang pergi tengok kisah disebalik tempat-tempat pelancongan yang diindustrikan dan bakal diindustrikan....jom!
Gambar Hiasan: Bergaya semua orang besar pergi makan besar. Aku perasan tempat ni semata utk ambil gambar dlm satu majlis, berapa plak kos utk 'studio' gambar ni.....hmmmm, Curi-curi Wang Malaysia!?
Perihal Zambry Kadir VS Belia Masjid Manjung (Politik 1st, Agama 2nd) - Part 3
Perihal Zambry Kadir VS Belia Masjid Manjung (Politik 1st, Agama 2nd) - Part 1
Perihal Zambry Kadir VS Belia Masjid Manjung (Politik 1st, Agama 2nd) - Part 2
Sebelum aku meneruskan kronologi dari PART 2, posting kali ini aku biarkan gambar berbicara pada hari kejadian. Sebab ada la mamat dlm msgnya kat fb kata aku politikkan isu ini, wei! sape politikkan sape! Apa yang cuba dibongkarkan di sini memang kerja orang politik yang mendahulukan kepentingan politik mereka, takkan aku nak salahkan tokey ikan kat pasar. Sebelum tu, aku ulas skit sebelum perbicaraan gambar itu.
Perihal Zambry Kadir VS Belia Masjid Manjung (Politik 1st, Agama 2nd) - Part 2
Persatuan Belia Masjid Daerah Manjung adalah satu-satunya Persatuan Belia Masjid berdaftar di negeri Perak.
Sebelum isu ini, bertahun yang lalu bekas Imam Masjid Daerah Manjung juga pernah menjadi mangsa politik UMNO, aku selitkan kembali cerita kisah Imam iaitu Ustaz Huri Alias. Ustaz ni kalau khutbah semua orang mata segar, yang ngantuk tak jadi lelap, aku tak tahu samada dia baca teks atau dia olah ikut caranya. Tapi kalau dengar pun boleh tahu dia abaikan teks yg disediakan, dia banyak sentuh kelalaian kerajaan dan pengamatan realiti kehidupan manusia hari ini. Pergh! pedas bro! Pakcik-pakcik yang totok pun tercengang mendengarnya.
Perihal Zambry Kadir VS Belia Masjid Manjung (Politik 1st, Agama 2nd) - Part 1
Lama benor aku tak update blog sampai aku sendiri tak jenguk blog aku sendiri. Antara sebabnya aku lebih melakukan aktiviti aku di alam nyata dan alam maya di beberapa page facebook yg terpaksa update setiap hari. Dah bersawang blog ni nampaknya, tapi aku tak kisah sebab aku lebih melayan MediaPerak.Com dalam mengharungi isu-isu terutamanya di Perak, itupun orang PR sendiri ramai yang hentam team MediaPerak sebab tak puashati atas kritikan terhadap mereka. Oit! depa kritik sebab nak betulkan apa yg tak betul, buang budaya umno itu sebelum nak tumbangkan umno! Dan jgn jadi umno lebih dari umno, kalau tak serupa je korang!
Aku terpanggil utk menulis perihal isu yg berlaku 3 bulan yang lalu walaupun maklumat yg bocor ini dapat aku kesan pada hari kejadian dan sebelumnya iaitu program Karnival & Perasmian Belia Masjid Manjung yang menjadi mangsa politik Umno Lumut. Dan aku tak heran sebab aku tahu lama perangai umno lumut punya game, dan maklumat org umno sendiri yg bocorkan bukan sapepun! Tgk isu Teluk rubiah, ada jugak mamat umno ajak berdemo isu Teluk Rubiah pasal Vale (Brazil) pasal Vale bagi Tokey Sekinchan Ikan Bakar utk kontrak penyediaan makanan pekerjanya, macam takde orang tempatan yg boleh sediakan.

Kisahnya baca di SINI - Page Selamatkan Teluk Rubiah
VIDEO ZAID & G15 SERTAI PAS KEMBALI KEPADA UMNO
Zaid Hanafiah yang lebih dikenali Zaid Galaksi bersama 14 ahli UMNO
Lekir telah sertai PAS baru-baru ini yang diraikan oleh Dato' Seri IR
Nizar Jamaluddin sebagai Adun Pasir Panjang. Ia memberi impak kepada
UMNO Bahagian Lumut terutama Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Abdul Kadir
sebagai Ketua Bahagian merangkap Menteri Besar Perak yang tidak senang
dengan perkara ini. Bahkan UMNO Lumut melakukan 'spin' dengan mengatakan
Kumpulan 15 (G15) ini telah kembali kepada UMNO.
Kisah mereka sertai PAS dari blog ManjungMari, klik - Kerana mu Zambry, Mereka keluar dari parti UMNO Bahagian Lumut..
Ikuti wawancara santai ini oleh Team MediaPerak.Com bersama Zaid ke atas pertuduhan kembali kepada UMNO, pengalaman ketika dalam UMNO dan penyertaan sebagai ahli PAS.

SAVE TELUK RUBIAH: HIJAU3.0 & BERSIH3.0!
Ayuh Kita Turun Esok 28 April 2012; 12.00tgh KLCC berarak ke Dataran 2.00ptg.
www.facebook.com/SaveTelukRubiah
www.facebook.com/SaveTelukRubiah
ADUAN MASALAH PENDUDUK TERHADAP VALE
Sinar Harian hari ini , 8 Mac 2012 memaparkan aduan penduduk 13 buah rumah Kg. Dato' Seri Kamaruddin (KDSK) yang menghadapi masalah kerosakan peralatan rumah, keretakan dinding dan mengancam keselamatan penduduk serta pelajar sekolah yang berhampiran (baca di Lori Ganggu Ketenteraman Penduduk). Disamping itu ia menimbul rasa tidak selesa penduduk dengan keaadaan bunyi bising dan gegaran dari punca lori-lori yang mengakibatkan keretakan dinding rumah.
Namun Sinar tidak menyatakan laluan lori itu diluluskan oleh Majlis Perbandaran manjung (MPM) bagi laluan lori kontraktor projek Industri bijih besi VALE dan TNB Janamanjung. Aktivis Sahabat Alam Malaysia & Jaringan Aktivis Alam Sekitar Perak (JAASP) turut bersama wartawan Sinar mengikuti aduan pnduduk ini.
Sebelum kejadian ini, tahun lepas 5 Oktober 2011, JAASP telah mengadu kepada Vale terhadap Kontraktornya melanggar undang-undang - memasuki & meletakkan kenderaan berat ke kawasan perumahan Taman Seri Manjung, Fasa 1A. Baca aduan dan laporan di Lori Kontraktor Projek Teluk Rubiah Gugat Ketenteraman Penduduk! (klik)

Laluan yang direstui MPM, ia bukan laluan yang dijanjikan oleh VALE utk laluan pembinaan.
Banner yang dipasang oleh penduduk Kg. Dato's Seri Kamaruddin
Semasa penerangan di dalam Dialog Vale bersama NGO Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Aktivis Team Save Teluk Rubiah (Jaringan Aktivis Alam Sekitar Perak) yang turut disertai oleh Wartawan Free Malaysia Today (FMT) pada 5 Okt 2011 (Klik: Dialog Vale vs Aktivis Alam), Vale berjanji tidak akan mengganggu ketenteraman dengan menggunakan laluan alternatif yang jauh dari perumahan.
Pembentangan laluan alternatif kerja pembinaan Vale dalam sesi Dialog
Pada bulan Februari lalu, aktivis JAASP mengadu laluan di tempat perumahan penduduk tempatan dan Sekolah kepada Pegawai Hubungan Sosial Vale Cik Rafidah. Alasan yang diberi adalah MPM tidak meluluskan lagi laluan alternatif tersebut, ia bukan kesalahan Vale.
Dari alasan itu, JAASP menyatakan sekiranya MPM tidak meluluskan laluan tersebut Vale sepatutnya tidak boleh memulakan lagi kerja-kerja pembinaan sehinggalah MPM meluluskan laluan itu. Malah sebelum ini, laluan dihadapan Sekolah Kebangsaan Seri Manjung, Hospital Seri Manjung & laluan diantara KDSK - Fasa 3A, Seri Manjung telah menerima kesan jalan beralun dan rosak.
Oleh yang demikian, JAASP tidak yakin sepenuhnya dengan kata-kata manis Vale untuk menjaga Alam Sekitar Teluk Rubiah ketika pengoperasiannya nanti, ini kerana perkara seperti ini diperingkat awal lagi telah pun berlaku pelanggaran janjinya.
Himpunan Selamatkan Teluk Rubiah (JAASP) yang diadakan pada 31 Mac 2012
"Dimanakah janji-janji mereka ketika sesi dialog bersama aktivis sebelum melaksanakan kerja pembinaan? Hal ini ternyata penduduk tidak boleh mempercayai kata-kata Vale. Kita gusar dan ragu terhadap Vale apabila pengoperasian kilangnya terhadap alam sekitar yang dijangka bermula pada tahun 2014. Vale harus menghentikan operasi pembinaannya buat sementara waktu hingga kelulusan laluan sebenar diluluskan", kata Penyelaras Himpunan Selamatkan Teluk Rubiah yang diadakan pada 31 Mac yang lalu.
Ini laporan versi Sinar Harian:-
LUMUT - “Cari sahaja laluan alternatif lain, kami sudah tak tahan dengar bunyi bising dan masalah rumah retak,” luah seorang penduduk Kampung Datuk Seri Kamaruddin (KDSK), Ahmad Lotfi Tarmiji, 49.
Menurutnya, kenderaan berat ternasuk lori yang menggunakan laluan di hadapan rumah penduduk sedikit sebanyak menimbulkan rasa kurang selesa dan mengganggu urusan harian.
“Setiap hari lori-lori dengan membawa muatan berat menggunakan laluan di rumah kami sehingga berlaku bergegar.
“Malah banyak harta benda rosak, termasuk dinding rumah retak,” katanya kepada Sinar Harian.
Difahamkan, lori itu menggunakan laluan daripada Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Seri Kamaruddin ke simpang Klinik Desa Kampung Datuk Seri Kamaruddin menuju ke projek pembangunan di Teluk Rubiah. Lori berkenaan mula beroperasi dari jam 7.30 pagi dan berlarutan sehingga ke petang malahan ada sebilangan lori yang beroperasi 24 jam.
Ahmad Lotfi sendiri mengakui keadaan rumahnya kini turut retak sejak dua bulan lalu, malah sambungan paip rumahnya juga tercabut akibat gegaran yang kuat.
“Tanda amaran memperlahankan kenderaan sudah diletakkan oleh penduduk sebelum ini, malangnya tidak diendahkan,” katanya.
Katanya, kenderaan berat yang sering lalu-lalang turut mengundang risiko keselamatan kepada pelajar sekolah.
“Jalan alternatif perlu disiapkan segera supaya lori-lori ini tidak lagi menggunakan laluan hadapan rumah kami.
“Diharap pihak berkenaan mengambil tindakan segera untuk mengatasi masalah ini,” katanya.
Sementara itu, suri rumah, Nor Azizah Shafie, 49, berkata, dia sekeluarga tidak tahan dengan keadaan gegaran kuat daripada lori itu.
“Saudara-mara pernah berkunjung ke rumah dan merasai sendiri gegaran itu namun ternyata mereka tidak tidak selesa dengan keadaan bunyi bising ini.
“Bayangkan kami yang menetap di sini. Kami berharap agar masalah ini dapat diselesaikan segera dan pihak berkenaan tidak lagi menggunakan laluan ini,” katanya.
Katanya, sebanyak 13 rumah terlibat dengan masalah itu dan penduduk terpaksa menanggung akibat kesan daripada pergerakan lori-lori berkenaan.

ESOK 31.03.2012 - HIMPUNAN TELUK RUBIAH
HIMPUNAN TELUK RUBIAH -31.03.2012, 10.30AM di Pintu Masuk Teluk Rubiah
oleh Jaringan Aktivis Alam Sekitar Perak (JAAS Perak)dari gabungan NGO-NGO Persatuan Alam Sekitar Perak, Sahabat Alam Malaysia, Perak Green Pioneer, Media Perak, Perak Consumer Association dan Coalition of Concerned Citizens of Perak (CCCP) dan Kumpulan Aktivis 'Save Teluk Rubiah', Team Bukit Merah serta Team Anti-Lynas. Semua Dijemput Hadir!
Maklumat Lanjut:
BIARKAN BUMI KAMI HIJAU!
SIAPA VALE DI MATA DUNIA! KENAPA MALAYSIA MENERIMANYA?!
VALE DIANUGERAH SYARIKAT PERBADANAN TERBURUK DI DUNIA 2012
IMAM, CROMOK & JERNIH SINARMU (VIDEO)
19Feb2012, Bekas Imam Daerah Manjung (kini Masjid Jalan Hospital Ipoh), Ustaz Mohamad Huri Alias di Konsert Khalifah Seni. Bakat tersembunyi walaupun selama ini namanya menjadi bualan perihal khutbahnya yang cukup lantang serta menghilangkan rasa mengantuk. Pengisian realiti suasana umat hari ini, dan kini Ustaz membuka langkah baru seorang Imam menyampaikan seni dengan izinNYA.
Petikan gitar oleh Ustaz Huri layan Another You-Cromok (Non-HQ) di belakang tabir Konsert Khalifah Seni.
Ustaz Huri Wawancara Hijrah Artis
Ustaz Huri mengalunkan lagu ciptaannya sendiri 'Jernih SinarMU' di Konsert Khalifah Seni (Visual HD)
yang berlangsung pada 19 Feb 2012 di Marina Island Lumut.
Bermunajatku Sepertiga Malam
Memohon Restu DariMU Illahi
Berikanlah Aku Sinar Petunjuk
Yang Akan Menyuluh Suram Hidupku
Pabila Hati Dipalit Gelita
Jalan Yang Hina Menjadi Pilihan
Walaupun Tahu Mengundang Bencana
Namun Semuanya Sudah Terhijab
(Chorus)
Tuhan..Dengarkanlah
Ku Ingin Kembali...
Terimalah....Rayuanku...
Kerna Sesungguhnya
KAUlah Yang Pengasih
Dan KAU Jua Maha Penyayang
Pabila Kelam Kini Menjadi Jernih
Telah Nyatalah Jalan Yang Terang
Akan Ku Redahi Walaupun Berliku
Hingga Ke Titis Darah Terakhir
(Ulang Chorus)
Memohon Restu DariMU Illahi
Berikanlah Aku Sinar Petunjuk
Yang Akan Menyuluh Suram Hidupku
Pabila Hati Dipalit Gelita
Jalan Yang Hina Menjadi Pilihan
Walaupun Tahu Mengundang Bencana
Namun Semuanya Sudah Terhijab
(Chorus)
Tuhan..Dengarkanlah
Ku Ingin Kembali...
Terimalah....Rayuanku...
Kerna Sesungguhnya
KAUlah Yang Pengasih
Dan KAU Jua Maha Penyayang
Pabila Kelam Kini Menjadi Jernih
Telah Nyatalah Jalan Yang Terang
Akan Ku Redahi Walaupun Berliku
Hingga Ke Titis Darah Terakhir
(Ulang Chorus)
FENOMENA RIBUT HASAN ALI Di MANJUNG (GAMBAR & VIDEO)
27.02.2012, Stadium Seri Manjung.
Video Suasana sebelum hujan ribut petir reda & pengakuan Dr Hasan Ali suasana ini juga berlaku di Melaka malah lebih dasyat lagi (10 kali ganda katanya):
Fenomena yang diakui biasa
berlaku dalam siri road tour JATI oleh Dr Hasan Ali. Rakaman ini
dirakamkan sebelum aktivis ke kawasan perumahan yang dilaporkan
mengalami bencana hujan ribut petir sekitar daerah Manjung. Khemah Pentas di tengah padang tidak dapat digunakan.
Video Suasana sebelum hujan ribut petir reda & pengakuan Dr Hasan Ali suasana ini juga berlaku di Melaka malah lebih dasyat lagi (10 kali ganda katanya):
MALAM DERITA BANGSA (GAMBAR & VIDEO)
05.02.2012, Felcra Changkat Lada, Seberang Perak. (Laporan Tertunda)
Malam Derita Bangsa Anjuran BAPA & PAKSI. Persembahan Kebudayaan Rakyat : Pak Salleh Bakar, Dinsman, PyanHabib Rahman, Rahmat Haron, Mel Wings. Panel Forum: Mohammad Nizar Jamaluddin, Hishamuddin Rais, Mazlan Aliman, Razman Zakaria, Dinsman. Moderator: Muhaimin Sulam.

Lagi Gambar Sekitar di Album Sekitar Malam Rakyat Terluka
Forum Malam Derita Bangsa
Pak Salleh Bakar
Rahmat Haron
Mel Wings
Pyanhabib
Hishamuddin Rais a.k.a TukarTiub
Mel Wings
Dinsman
Penutup Malam Derita Bangsa
1BLACK PERAK (GAMBAR & VIDEO)
Cerita tertunda: 06 Feb 2012, Pohon Demokrasi, Ipoh. Himpunan 1Black Perak memperingati 3 tahun rampasan kuasa kerajaan pilihan Rakyat Perak.
Video Ucapan Pemimpin PR Perak:
Lagi Gambar di FACEBOOK OM
Video Ucapan Pemimpin PR Perak:
Pembukaan: Nyanyian Lagu kebangsaan 'NEGARAKU'
Ucapan Pengerusi Penganjur YB Nga Kor Ming, Wakil PKR Dr. Lee Boon Chye & Wakil PAS Ustaz Abu Bakar.
Ucapan DAP YB Dato Ngeh Koo Ham.
Ucapan Speaker YB Sivakumar.
Ucapan Menteri Besar Pakatan Rakyat YB DS Ir Nizar Jamaluddin.
Subscribe to:
Posts (Atom)