Showing posts with label UiTM PERAK. Show all posts
Showing posts with label UiTM PERAK. Show all posts

MANJUNG SPORT CENTRE

LAYOUT OF MANJUNG SPORT CENTRE (Google Earth: Jun 2006, Latitude: 4°11'41.73"N / Longitude: 100°39'53.78"E)

Pembinaan Pusat Sukan Manjung dahulunya adalah sebuah padang awam yang mempunyai keluasan 2 padang bola dan sebuah volleyball court. Permulaannya, hanya bangunan Imigresen Seri Manjung yang terletak antara Dewan MPM dan Pejabat MPM hingga kini.
Semasa UiTM Perak (dulu ITM) beroperasi di Seri Manjung, sebahagian kawasan dijadikan Padang Sukan rasmi ITM Perak ketika itu. Ia terbahagi kepada padang rugby, padang bola, hoki, 2 court badminton dan kawasan latihan. Bagi orang awam untuk mengadakan perlawanan bola harus mendapatkan kelulusan Ketua Bahagian Sukan ITM Perak. Beberapa kali, Otai Manjung juga turut pernah mewakili beberapa organisasi di Manjung dalam perlawanan persahabatan dan perlawanan kalah mati.
Kini, kawasan ini telah dibangunkan oleh MPM setelah UiTM Perak berpindah ke Seri Iskandar. Dengan terdirinya infrastruktur ini komuniti Manjung boleh menggunakannya samada kegiatan sukan mahupun majlis-majlis rasmi serta majlis perkahwinan di dalam dewan. Justeru adalah wajib bagi warga Manjung untuk memelihara keindahan, kebersihan dan bersifat anti vandalisme, tambahan pula dewan sukan sementara ini dijadikan tapak sementara Masjid Nurul Hidayah Seri Manjung yang masih dalam penambahbaikan dan memperbesarkan ruang jemaah.
OM: Kejadian yang tak boleh dilupakan, senior OM mengadili perlawanan bola tampar yang mana beliau berdiri di atas kayu yang rapuh, tiba-tiba patah dan 'kemaluan'nya tersangkut di batang besi menyebabkan kecederaan parah. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

UiTM PERAK DESTINATION

PINTU MASUK ITM KAMPUS CAWANGAN PERAK 1986
UiTM Perak sebelum dinaiktaraf dikenali sebagai ITM (Institut Teknologi Mara) ditapak awalnya penubuhan pada tahun 1986. Ketika itu Otai Manjung masih dibangku sekolah rendah, SK Seri Manjung, dan menjadi pelajar 'pioneer' di situ sebagai pembukaan sekolah baru. Kewujudan awal UiTM Perak di Seri Manjung menjadikan populariti Daerah Manjung semakin terkenal dan meningkatkan taraf ekonomi serta peningkatan penduduk.
SUASANA '86 ITM PERAK SERI MANJUNG

Otai Poi mula berkhidmat di UiTM pada tahun 1995-1998, tahun 1998-2000 di 'transfer' ke UiTM Shah Alam dan akhir tahun 2000 kembali ke UiTM Perak di Seri Iskandar. Pada pertengahan 2008 di 'transfer' kali ke dua ke Shah Alam dan akhir 2008 mengambil keputusan untuk berhenti berkhidmat di UiTM untuk pulang kembali ke Manjung.
Otai Atan pula berkhidmat di UiTM Perak pada awal 1997 sehingga kini. Kini, perjalanan Manjung ke Seri Iskandar adalah laluan harian untuk mencari rezeki dan ilmu.
Suasana UiTM Perak
Bangunan Pentadbiran
UiTM Perak Sekarang