A.Samad Said: Jangan pilih pemimpin 'bertelinga satu, berlidah dua'
Sasterawan Negara , Dato A.Samad Said menyeru pengundi Permatang Pasir agar menggunakan kuasa mereka untuk menolak 'pemimpin yang bertelinga satu dan berlidah dua'.
Dalam ucapannya pada sidang media di Markaz Induk PAS hari ini, Permatang Pasir beliau mengingatkan pengundi agar tidak sesekali menjadikan individu yang bertanggungjawab menguncupkan bahasa ibunda sebagai wakil rakyat.
"Kalau ada calon (dalam pilihan raya ini) yang menentang bahasa ibundanya, kita harus tentang mereka dengan tidak mengundi mereka.
"Mengapa kita pilih mereka yang mahu menguncupkan bahasanya. Kita ada undi, jadi kita kena ajar mereka dengan tidak mengundi mereka," ujarnya kepada pemberita.
Beliau melahirkan rasa marah dengan pemimpin yang 'bertelinga satu, berlidah dua', ketika merujuk kepada bantahan kerasnya bersama para tokoh bahasa, penulis dan intelektual serta pelbagai NGO terhadap langkah kerajaan meneruskan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris seperti yang dijalankan sekarang ini.
Sambil menyifatkan langkah tersebut sebagai usaha penguncupan bahasa Melayu, A.Samad Said dalam nada kerasnya sekali lagi mengulangi istilah pemimpin kerajaan Umno-BN sebagai 'pemimpin bertelinga satu, berlidah dua'.
Ketika ditanya pemberita mengenai tujuan kehadiran pada pilihan raya kecil ini, beliau menyatakan ianya merupakan suatu bentuk sokongan moral serta sumbangan ke arah mempertahankan bahasa ibunda.
Beliau dijangka menyertai ceramah di beberapa tempat iaitu Permatang Ara dan Permatang Tengah.
Unuk mengetahui jadual ceramah pada malam ini, sila ke laman rasmi pilihan raya kecil N.11 Permatang Pasir.
Sumber : Thinking Of Life
HUMAN RIGHTS & ENVIRONMENTAL JUSTICE: The greatest thing in this world is not so much where we are, but in what direction we are moving.
Showing posts with label PPSMI. Show all posts
Showing posts with label PPSMI. Show all posts
PPSMI: DESAK MANSUH SEGERA @ P.PASIR!!!!!

Pak Samad di P. Pasir desak mansuh segera PPSMI
oleh : Jimadie Shah Othman (malaysiakini)
Pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) tidak dapat meredakan perasaan tidak puas hati kumpulan seniman dan budayawan yang bergabung dalam Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP).
Jumaat ini, empat hari sebelum pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir berlangsung, penasihat GMP Sasterawan Negara A Samad Said dijadual turun berkempen atas pentas PAS bagi meminta dasar itu dimansuhkan segera.
Awal bulan lepas, kerajaan mengumumkan PPSMI dimansuhkan mulai 2012.
"Saya diberi pentas, bercakap soal PPSMI, tentang perkembangannya. (Tindakan) itu biasa sahaja, oleh kerana (ada) pilihan raya kecil," katanya kepada Malaysiakini hari ini.
"Itu adalah tafsiran (orang ramai). Saya cuma guna pentas (PAS)," tambahnya, apabila diminta pembabitannya bersama parti itu pada pilihan raya DUN itu.
"Andaian orang macam-macam, susah hendak dikikis. Ini bukan baru, dulu pun orang bercakap juga."
Calon PAS Mohd Salleh Man akan bertembung dengan calon BN Rohaizat Othman dalam pilihan raya, 25 Ogos ini.
Setiausaha gabungan NGO itu Hasni Abas pula memberitahu Malaysiakini hari ini, A Samad, atau panggilan mesranya Pak Samad, akan berceramah dan mengedarkan risalah anti-PPSMI.
"GMP akan berada di Permatang Pasir pada 21 Ogos malam.
"Pak Samad dan exco GMP akan ke sana," jelas Hasni, juga pengerusi kesatuan sekerja kakitangan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Hasni menjelaskan, dalam mesyuarat GMP Sabtu lalu bagi membincangkan tindakan susulan badan itu susulan pengumuman pemansuhan PPSMI, badan itu tidak akan mengambil langkah berdemonstrasi sekali lagi – dalam masa terdekat.
"Pak Samad ada usulkan perkara itu. Tetapi kita putuskan tidak perlu buat masa ini, kita tidak mahu (bersikap) provokatif. Kita jumpa dulu," katanya.
Sebaliknya, tambah Hasni, GMP akan menghantar memorandum kepada Kementerian Pelajaran mempersoalkan kelambatan pemansuhan itu, tidak seperti proses pelaksanaannya pada 2003 yang hanya mengambil masa enam bulan.
GMP juga ingin bertemu dengan menteri berkenaan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membangkitkan isu tersebut.

PPSMI: DEMO MANSUH SEGERA!!!!!
Sasterawan negara gesa demo lagi mansuh segera PPSMIAbdul Rahim SabriJul 9, 098:33pm
Bagi memansuhkan serta-merta dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), seorang Sasterawan Negara mencadangkan satu lagi demonstrasi diadakan.Bercakap kepada Malaysiakini malam ini, Datuk A Samad Said menyatakan "tidak begitu senangnya" dengan keputusan kerajaan semalam yang hanya memansuhkan dasar kontroversi pada 2012."
Apa yang berlaku sekarang ini bukan memansuhkan (terus) PPSMI tetapi pemansuhan berlaku pada 2012, ini hanya pengumuman penangguhan PPSMI," katanya. Beliau diminta menjelaskan lebih lanjut kenyataan awalnya di akhbar web PAS yang menyebut "demonstrasi jalanraya perlu diadakan sekali lagi tanda komitmen seluruh rakyat membantah PPSMI dan mendesak kerajaan segera memansuhkannya."
"Setiap perkara yang tidak dapat diselesaikan di dalam Dewan Rakyat perlu diadakan demonstrasi dan demonstrasi itu halal," Harakahdaily hari ini memetik A Samad sebagai berkata dalam satu wawancara.
Satu demonstrasi besar diadakan 7 Mac lalu, diketuai antaranya oleh A Samad sendiri, bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong memohon baginda campur tangan membatalkan dasar tersebut yang sentiasa dibantah sejak ia diperkenalkan.
A Samad, yang juga penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), dilaporkan berkata "tidak ada sebab bagi kerajaan menangguhkan pemansuhan dasar tersebut hingga ke tahun 2012 sedangkan ketika mahu melaksanakannya ia boleh dilakukan dalam tempoh enam bulan.
"Pengumuman Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kata tokoh sastera itu lagi, bersifat "mengumpan rakyat untuk menghadapi pilihanraya kecil DUN Manek Urai dan juga pilihanraya umum ke-13."
"Apa yang diumumkan oleh Muhyiddin itu hanya menangguhkan pemansuhan PPSMI bukan memansuhkannya terus. "Jika benar mansuhkan, sepatutnya tahun depan semua pelajar Tahun Satu, Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat sudah mula belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu," A Samad dipetik berkata.
"Alasan mengatakan untuk mansuhkan perlu ambil masa tidak logik kerana ketika perdana menteri keempat dahulu (Tun Dr Mahathir Mohamad) mahu laksanakan hanya boleh ambil masa enam bulan, kenapa perdana menteri keenam (Datuk Seri Najib Razak) perlu ambil masa tiga tahun untuk mansuhkan?"
GMP pula menganggap pengumuman kerajaan semalam bermakna "mulai 2010 semua pelajar baru Tahun Satu sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan, sekolah menengah Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 akan memulakan sesi baru tahun (depan) dengan menggunakan bahasa kebangsaan atau bahasa ibunda sepenuhnya."
"Untuk tujuan itu kementerian seharusnya telah bersedia untuk menyediakan buku teks dan bahan-bahan yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa kebangsaan atau dalam bahasa ibunda," kata Pengerusi GMP Datuk Dr Hassan Ahmad.
"GMP penuh berharap agar perubahan ini berlaku bukan sahaja di peringkat sekolah rendah atau sekolah menengah sahaja malah meliputi semua peringkat pendidikan termasuk peringkat universiti."
Untuk menangani kelemahan penguasaan Sains dan Matematik sewaktu PPSMI dilaksanakan, menurut satu kenyataannya hari ini, GMP menggesa Kementerian Pelajaran "mengadakan kelas pemulihan untuk membaiki pencapaian mereka" setaraf dengan mutu dua mata pelajaran tersebut sebelum 2003.
Dr Hassan juga mengumumkan satu majlis Sambutan Pemansuhan PPSMI yang akan diadakan di Stadium Baru Bandar Bangi pada 9 malam 19 Julai ini.Sementara itu Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar pula dilaporkan berkata pengumuman ini bertujuan menjaga "kepentingan kroni" yang membekalkan peralatan pengajaran dan pembelajaran PPSMI.
"Patutnya ia dimansuhkan hingga tamatnya persekolah akhir tahun ini. Maknanya tahun hadapan, dasar itu tidak perlu lagi dilaksanakan. "
Kenapa mereka tidak mansuh segera, jawapannya ialah kerana masih ada projek termasuk membekal buku, laptop dan peralatan sebagainya yang diberi kepada kroni dalam dasar PPSMI ini," katanya seperti dilaporkan Harakahdaily.
Menyifatkan pengumuman itu "tidak boleh dipercayai", Mahfuz juga bimbang keputusan terbaru kerajaan itu tidak akan dilaksanakan "memandangkan dasar kerajaan sering bertukar". Beliau dilaporkan berkata, jika BN berjaya kekalkan kemenangan kerajaan pusat pada pilihanraya umum akan datang, pemansuhan pastinya boleh berubah dengan pelbagai alasan.
"Ini sering berlaku kerana pemimpin yang ada hari ini jugalah yang mengampu dasar PPSMI ini semasa ia diumumkan Tun Dr Mahathir enam tahun lalu," Mahfuz dipetik berkata.
UMNO BUKAN PEJUANG BAHASA BANGSANYA SENDIRI
PPSMI: KOS & MANGSANYA......?!?!?!
6 GENERASI JADI 6 JAHANAM, SIAPA PUNYA HAL?!?!?!
Berapa kos ppsmi setakat ini!
Tidak banyak orang yang tahu!
Atau tidak ada yang berani berkata benar!
Atau semua orang yang terlibat terlalu sibuk membelanjakan wang ini dengan tidak mengira sebanyak mana dan apa yang betul-betul diperlukan.
Namun sumber-sumber yang dapat dipercayai mengatakan bahawa ‘rm 12 bilion adalah anggaran yang tidak jauh lari dari jumlah yang sebenar.”
Kami cuma berkata, berikan:
1 bilion untuk industri buku dalam bahasa Melayu, dan
1 bilion lagi untuk industri terjemahan buku ke dalam bahasa Melayu,
kita akan dapat memandaikan bangsa dengan lebih berkesan daripada menggunakan bahasa Inggeris! Sekaligus, kita memperkasakan bahasa Melayu.
SUMBER : http://profabdullah1.wordpress.com/
Subscribe to:
Posts (Atom)