Selamatkan Sekolah Gandhi! (2)

Save Gandhi School (SK Simpang Empat Sitiawan) - Part 2

 Kamu dapat merantaiku, kamu dapat menyiksaku, bahkan kamu dapat menghancurkan tubuh ini, tetapi kamu tidak akan dapat memenjarakan fikiranku - Mahatma Gandhi

Ada beberapa info yg masuk melalui email, tapi masih terperok dlm inbox sebab masa tak mengizinkan untuk mengesahkan maklumat tu sebelum diulas di blog ini, member yang diberi tugas utk dapatkan segala dokumen berkaitan juga masih buntu! Apa cite bai?! tapi ManjungMari ada la juga 'hidden cikgu' yg roger, kisah dia baca di SINI dan SINI. Sinar juga ada melaporkan, baca di Sekolah 80tahun Ditutup.

Ada yang kata Dindings Indian Association (DIA) nak robohkan sekolah dan nak bina 'Little India' termasuklah rumah kedai yang akan dijual rege lebih RM500k. Secara logiknya, tanah ini akan pindah milik mengikut lot kedai kepada pembeli. Depa jual sebahagian tanah utk bina rumah kedai, hasilnya bina Little India di tapak yang masih tinggal.

Perancangan DIA ini masih kabur sebab tiada sebarang data pengesahan yang datang bergolek ke email aku. DIA halau sekolah sebab dakwa tanah ini milik depa, bukan depa sebenarnya tapi generasi terdahulu, depa hanya menguruskan sebagai pewaris yg bertanggungjawab menjaga amanah. Tidak adillah jika amanah orang terdahulu berhempas pulas untuk mendirikan sekolah di'CAPATI'kan, dey!

Sekeliling sekolah ada kawasan perumahan, kebanyakan anak-anak isi rumah ini bersekolah kat sini. PPD Manjung kata depa takleh buat apa, kuasa tak memihak depa walau ada usaha utk kekalkan sekolah.

Klik Gambar Utk Besarkan

Makpak yang anaknya masih bersekolah kat sini turut membantah penutupan sekolah ini, segala kemudahan menghantar anak sekolah bakal tergugat dan pendaftaran sekolah 'tumpang' juga agak merumitkan keadaan. Lebih kurang 464 murid yang terbabit, ibubapa dan cikgu-cikgu sekolah....terkorban untuk sebuah pembangunan. Kurang-kurangnya depa mohon tempoh kekalkan sekolah sementara waktu hingga kerajaan siapkan tapak & sekolah baru. Simple...depa yang terkorban ini mohon pengorbanan satu pihak lagi agar menilai semula rayuan ini utk selesaikan kerumitan.

 Sitiawan harga nilai tanahnya semakin meningkat, lokasi sekolah ini antara sekolah yang berada di tengah pekan. Selain persepsi kepentingan politik parti pemerintah, percaturan 'duit' mungkin salah satu punca kenapa depa ini & depa itu mahu robohkan sekolah dan meneruskan projek pembangunan di tanah ini. Hmmmmm...... atau barangkali juga pak menteri sudah congak untuk membuat 'perhitungan' ke atas satu lagi projek pembinaan sekolah baru? setakat baiki & tambah, tak masyuk sangaaaat! Kalau dah semuanya dicongak utk keuntungan masing2, negara ini akan terus dikuasai kaum pemodal. Sekarang sekolah samada ditutup atau tidak, pemodal dapat mempengaruhi keputusan terbabit....kapitalis terussss menjalar..

Jom kita ingatkan kembali kepada para depa-depa ini terhadap perancangan sumbangan orang terdahulu. Niat asal orang lama dikianati oleh pewaris hari ini.

Klik Gambar Utk Besarkan

Baca ayat yang digariskan - "it was unanimously resolved to erect a memorial in the form of a school which is indeed a pressing need in the district, to perpetuate the everlasting in memory of Mahatma Gandhi...."
Translate BM: "sebulat suara memutuskan untuk mendirikan sebuah memorial dalam bentuk sebuah sekolah yang merupakan satu keperluan mendesak di daerah ini, untuk kekal dalam ingatan Mahatma Gandhi...."

Sekiranya DIA mahu buat pembangunan ke atas hak depa sebagai pewaris tanah, tak boleh ke kerajaan negeri offer tanah (tapak baru) seluas mana tanah ini atau ikut nilai tanah sebagai gantian? win-win situation...DIA mahu buat apa atas tanah gantian itu, itu depa punya pasal...duit depa! Kerajaan akan dapat kurangkan kos untuk tapak baru sekolah, dan kos bina bangunan sekolah baru yg secara tak langsung warisan penuh sejarah ini kekal dan tidak gugat semua ibubapa, murid & guru sekolah. Duit lebihan tu boleh 'perkasa'kan sekolah sediada, tgk apa yg kurang kasi tambah, apa yg perlu dibaiki kasi baikpulih dan apa yg rosak kasi gantilah! lagi cun kalau tempat ni di'khazanah-negara'kan....

Tapi mahu ke syarikat kontraktor DIA untuk bina rumah kedai di tapak baru yang belum tentu dapat sambutan jualan yang tinggi? Depa mestilah nak kan di tapak sekolah ini sebab ia di tengah kepadatan penduduk, harga boleh lambung tinggi bagus buat pelaburan, buka kedai niaga pun strategik tempatnya, dan kalau susah-susah pun boleh buat rumah burung walit. Semua ini telah dicongak oleh pihak yg sedang mencongak berapa bahagiannya. 


Kontra dalam memutuskan cadangan di atas...jika itu diberatkan, maka keuntungan materialistik lebih penting dari sebuah pusat pendidikan.... biar rakyat 'tak bersekolah' pun takpe janji boleh bikin duit! Dulu pewaris lama duk hantar anak pergi sekolah cucu sudah pandai, kini anak cucu dah besar pandai cari duit dengan menutup sekolah.....manusia menyalahguna kepandaian & kuasa demi kepentingan pihak tertentu.....!!
 
Bumi ini mencukupi untuk kesenangan semua orang, tapi tidak mencukupi bagi orang-orang yang rakus ketamakan - Mahatma Gandhi

 Catitan 2010 ketika sembang santai bersama Pak Wahab -

"Pak Wahab bekas pelajar sekolah yg menjadi isu berkenaan tanah warisan rakyat, dahulunya dikenali sebagai Gandhi Memorial School. Merupakan murid terawal era sebelum merdeka masih mengingati cikgunya berbangsa Benggali. Harapannya agar 'pihak yg berkenaan' tidak menggadaikan warisan keringat rakyat terdahulu yg menoreh getah saban hari untuk membeli tanah ini & membina sekolah pada waktu itu. Sehingga kini, ia masih digunakan lagi tanpa sebarang sekatan oleh waris terdahulu, tapi rakyat tidak rela ia di'salahguna'kan oleh tangan-tangan yg tidak bertanggungjawab untuk menjual atau merampas milik tanah ini."

"Sebagai bekas murid, Pak Wahab menyeru & merayu agar pihak berkenaan meningkatkan mutu sekolah sedia ada & pengawasan yg cukup ke atas bahan-bahan sejarah tanpa mengira sentimen politk atau kaum. Kerana ini, Pak Wahab hadir di Bantahan Rakyat di Pejabat Daerah & Tanah Manjung walaupun ia telah dibatalkan pada hari sebelumnya. Insan tua yg prihatin, hadirnya tanpa disedari." -Sept 2010

Sambung... video dokumentari penuh peristiwa 2010 akan menyusul.

Bahagian 1: Selamatkan Sekolah Gandhi !(1)

6 comments:

Selamatkan SK Simpang Empat(Sekolah Ghandi) said...

Pihak sekolah sudah mengedarkan surat petisyen kepada pihak ibu bapa mulai 29 Oktober 2012. Tercatat di suratitu juga agar pihak NGO turut serta bersama petisyen itu. Boleh lihat di facebook SK Simpang Empat

CALIE said...

SAYA BELAJAR DI SEKOLAH GHANDI DARI TAHUN 1969 HINGGA 1975. BEKAS GURU BESAR SAYA MR BALACHANDRAN ADALAH SEORANG YANG BUKAN RACIAL. SAYA AMAT BANGGA SEBAGAI SEORANG BEKAS PENUNTUP SEKOLAH GHANDI NI.SELAMAT SEKOLAH NI

Unknown said...

Selamatkan SK Simpang Empat(Sekolah Ghandi)> nice to hear from u. terima kasih atas info, kami cuba sedaya utk sebaran, Save Gandhi School! tq.

Calie> bro org lama yg prihatin... sama2 kita bantu pihak sekolah & ibubapa.

Anonymous said...

Yang saya hairan sekolah ni ada kerana dapat derma dari dermawan pada masa tu sebelum 1952. Apa kena mengena dengan mereka DIA dapat kuasa meruntus sekolah ni. Saya rasa kebanyakan ajk DIA belum lahir waktu. Minta maaf PARIAH ni lupa yg ramai anak india, melayu dan cina dah jadi doktor, lawyer dll belajar disini. Saya harap Zamry dan Kementerian Pelajaran Negeri Perak bertegas dgn AJK DIA jangan bagi muka. Merka takde hak atas tanah ni.Saya ingat masa saya belajar disini ramai pembesar seperti Raja Muda Perak datang ke sekolah ni merasmi sukan sekolah ni.Zaman masa saya belajar bangunan DIA tempat budak sekolah tunggu bas atau ibu bapa.Bagi saya tempat menbaca surat kabar dan bermain ping pong. Banyak lagi saya bolih tulis tapi itu paqda waktu ni. 5 adk beradik saya belajar disini. SELAMAT SK SIMPANG EMPAT(Sekalh Ghandi)

Anonymous said...

Inilah sekolah aku daripada tadika hingga ke darjah enam...aku teramat rindu pada zaman persekolaha tika itu aku mula sekolah pada tahun 1983 hingga tahun 1990...kemanakah menhilangnya teman-teman ku...seperti..anita..tan hong sang..kelvi nasen..syaifullah..dan ramai lagi..dan kemanakah guru-guru aku dulu adakah mereka ini masih ada..seperti cikgu sharif..teh maliha..puan low..dan ramai lagi terlalu banyak kenangan aku disekolah ini suka dan duka..tika aku balik ke kampung dan memetap di sini selepas sekian lama bekerja dan menjelajah serata negeri dan negara orang akhirnya aku balik juga ke tempat asalku..tika aku melalui kawasan sekolah ini bersama anak-anak aku serta isteri ku..aku menangis kerana sedih sebab sekolah ini telah ditutup...kerana aku ingin menghantar anak-anak aku untuk bersekolah disini bagi menyambung tradisi..namun gagal...sedihh tika aku menceritakan zaman persekolahan aku tika itu kepada anak-anak ku dan juga isteri-isteriku..hanya tinggal kenangan dan seribu rahsia bersama aku..kerana aku lebih memahami akan kenangan aku...

IBU TUTI TKI SINGAPUR said...

saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
sempat saya putus asah dan secara kebetulan
saya buka FB ada seseorng berkomentar
tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
karna di malaysia ada pemasangan
jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
saya minta angka sama AKI NAWE
angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
terima kasih banyak AKI
kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
tak ada salahnya anda coba
karna prediksi AKI tidak perna meleset
saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan

My POST