Showing posts with label PM. Show all posts
Showing posts with label PM. Show all posts

NAJIB JATUH KERANA ROSMAH

By: Norman
*Edited 22:24H, 11.01.2010
1. Mungkin ramai yang tidak setuju jika saya mengatakan DS Najib akan jatuh kerana DS Rosmah. Ini kerana ramai menjangkakan hayat Najib mungkin seusia hayat BN yang diramalkan oleh sesetengah pihak pada pilihanraya akan datang.

2. Pandangan saya kali ini adalah berdasarkan pandangan peribadi. Biar saya bermain dengan firasat sahaja kerana jika anda berada di Kundasang dengan pemandangan yang indah dan diiringi tiupan angin bayu, membuatkan fikiran kita mudah memikirkan sesuatu.

3. Untuk mengambil pemerintahan negara, mungkin ia tidak berlaku pada pilihanraya akan datang ini. Perbezaannya masih ketara untuk kerusi Parlimen atau kerusi Dewan Rakyat. Ketika ini BN mempunyai 132 kerusi dan PR mempunyai 82 kerusi (PAS 23 kerusi/ DAP 28 kerusi/ PKR 31). Jumlah pecahan ini sudah berubah apabila berlaku pilihanraya di Terengganu dan Perak.

4. Manakala kerusi DUN, BN mempunyai 304 dan PR 195 (mengikut keputusan pilihanraya 2008). Jadi jumlah ini bukan sedikit perbezaannya. Namun ia petanda positif untuk PR meneruskan usaha-usaha yang lebih jitu.

5. Bertambah sukar untuk mengambil pemerintahan ini, apabila SPRM juga dilihat menyebelahi BN. Kes di Sabah, bila saya berada di sini barulah saya sedar mustahil untuk PR mengambil alih Sabah apabila ia disokong beratus ribu undi hantu yang kesnya terbiar begitu sahaja.

6. Di Perak, sila lihat draf pilihanraya yang lalu di bawah, peluang untuk mengambil alih kembali pemerintahan di negeri ini agak cerah, begitu juga untuk BN kekal pemerintah juga cerah. Yang jelas secara purata yang mengundi lebih kurang 72%. Lebihan 28% ini yang perlu kita cari. Adakah mereka sudah meninggal, tidak mahu mengundi dan sebagainya.

DUN
BAHAGIAN PILIHAN RAYABILANGAN
PEMILIH
BILANGAN
MENGUNDI
PERATUS
PENGUNDIAN
UNDI
DITOLAK
MAJORITIPARTI MENANG
P.54 - GERIK

N.1 - PENGKALAN HULU11,783 9,254 78.54% 361 4,645 BN

N.2 - TEMENGOR14,446 10,910 75.52% 371 4,617 BN
P.55 - LENGGONG

N.3 - KENERING12,609 9,646 76.73% 176 2,798 BN

N.4 - KOTA TAMPAN10,614 7,761 73.12% 141 2,335 BN
P.56 - LARUT

N.5 - SELAMA13,279 10,346 77.91% 201 355 BN

N.6 - KUBU GAJAH10,985 8,349 76.00% 174 66 BN

N.7 - BATU KURAU15,433 11,902 77.12% 295 2,439 BN
P.57 - PARIT BUNTAR

N.8 - TITI SERONG24,210 19,202 79.31% 276 1,149 PAS

N.9 - KUALA KURAU21,009 16,360 77.87% 378 467 PKR
P.58 - BAGAN SERAI

N.10 - ALOR PONGSU15,144 11,481 75.81% 391 95 BN

N.11 - GUNONG SEMANGGOL15,763 12,440 78.92% 285 2,070 PAS

N.12 - SELINSING16,204 12,314 75.99% 301 547 PAS
P.59 - BUKIT GANTANG

N.13 - KUALA SAPETANG19,699 14,496 73.59% 460 564 PKR

N.14 - CHANGKAT JERING24,864 18,114 72.85% 334 1,102 PKR

N.15 - TRONG10,908 7,690 70.50% 173 916 BN
P.60 - TAIPING

N.16 - KAMUNTING21,675 16,179 74.64% 358 555 BN

N.17 - POKOK ASSAM20,711 14,538 70.19% 228 865 DAP

N.18 - AULONG23,503 16,406 69.80% 371 2,808 DAP
P.61 - PADANG RENGAS

N.19 - CHENDEROH11,848 8,905 75.16% 188 1,039 BN

N.20 - LUBOK MERBAU12,549 9,444 75.26% 150 72 PAS
P.62 - SUNGAI SIPUT

N.21 - LINTANG21,767 15,143 69.57% 387 1,376 BN

N.22 - JALONG25,657 18,008 70.19% 383 5,495 DAP
P.63 - TAMBUN

N.23 - MANJOI39,640 29,814 75.21% 473 348 BN

N.24 - HULU KINTA29,326 22,122 75.43% 629 5,232 BN
P.64 - IPOH TIMOR

N.25 - CANNING31,990 22,854 71.44% 303 5,666 DAP

N.26 - TEBING TINGGI18,074 12,112 67.01% 175 2,515 DAP

N.27 - PASIR PINJI26,583 19,047 71.65% 250 6,339 DAP
P.65 - IPOH BARAT

N.28 - BERCHAM26,587 19,966 75.10% 249 6,010 DAP

N.29 - KEPAYANG21,256 15,072 70.91% 304 490 DAP

N.30 - BUNTONG21,930 15,566 70.98% 258 5,315 DAP
P.66 - BATU GAJAH

N.31 - JELAPANG26,157 19,409 74.20% 402 6,707 DAP

N.32 - MENGLEMBU27,053 20,330 75.15% 243 6,523 DAP

N.33 - TRONOH24,103 16,446 68.23% 340 2,571 DAP
P.67 - KUALA KANGSAR

N.34 - BUKIT CHANDAN14,211 10,518 74.01% 178 1,694 BN

N.35 - MANONG14,114 10,256 72.67% 160 749 BN
P.68 - BERUAS

N.36 - PENGKALAN BAHARU15,262 11,108 72.78% 334 14 BN

N.37 - PANTAI REMIS28,011 19,712 70.37% 354 5,076 DAP
P.69 - PARIT

N.38 - BELANJA14,470 11,154 77.08% 206 2,310 BN

N.39 - BOTA14,389 11,338 78.80% 257 2,068 BN
P.70 - KAMPAR

N.40 - MALIM NAWAR23,276 14,647 62.93% 364 1,362 DAP

N.41 - KERANJI19,857 12,738 64.15% 212 4,435 DAP

N.42 - TUALANG SEKAH16,651 11,578 69.53% 361 1,569 BN
P.71 - GOPENG

N.43 - SUNGAI RAPAT28,830 21,040 72.98% 406 636 BN

N.44 - SIMPANG PULAI26,159 18,887 72.20% 289 3,386 PKR

N.45 - TEJA19,355 13,258 68.50% 367 175 PKR
P.72 - TAPAH

N.46 - CHENDERIANG18,004 12,055 66.96% 544 3,392 BN

N.47 - AYER KUNING20,232 14,481 71.57% 477 3,252 BN
P.73 - PASIR SALAK

N.48 - SUNGAI MANIK20,990 15,492 73.81% 356 1,374 BN

N.49 - KAMPONG GAJAH21,722 16,624 76.53% 401 1,416 BN
P.74 - LUMUT

N.50 - SITIAWAN23,632 16,645 70.43% 363 8,529 DAP

N.51 - PASIR PANJANG26,557 20,188 76.02% 409 4,474 PAS

N.52 - PANGKOR22,574 19,097 84.60% 1,340 5,785 BN
P.75 - BAGAN DATOK

N.53 - RUNGKUP13,912 9,858 70.86% 314 454 BN

N.54 - HUTAN MELINTANG20,758 14,556 70.12% 636 1,721 PKR
P.76 - TELOK INTAN

N.55 - PASIR BEDAMAR28,745 19,777 68.80% 338 7,914 DAP

N.56 - CHANGKAT JONG23,609 16,962 71.85% 410 899 PAS
P.77 - TANJONG MALIM

N.57 - SUNGKAI17,290 11,719 67.78% 485 1,454 DAP

N.58 - SLIM17,639 13,321 75.52% 335 3,526 BN

N.59 - BEHRANG18,552 13,067 70.43% 512 1,027 PKR
JUMLAH KESELURUHAN1,196,160 871,702
20,416

PURATA KESELURUHAN

72.88% 2.34%



PARLIMEN
BAHAGIAN PILIHAN RAYABILANGAN
PEMILIH
BILANGAN
MENGUNDI
PERATUS
PENGUNDIAN
UNDI
DITOLAK
MAJORITIPARTI MENANG
P.54 - GERIK


26,229 20,493 78.13% 649 5,573 BN
P.55 - LENGGONG


23,223 17,436 75.08% 311 4,919 BN
P.56 - LARUT


39,697 30,589 77.06% 687 1,911 BN
P.57 - PARIT BUNTAR


45,219 35,592 78.71% 618 7,551 PAS
P.58 - BAGAN SERAI


47,111 36,237 76.92% 1,186 3,413 PKR
P.59 - BUKIT GANTANG


55,471 40,301 72.65% 851 1,566 PAS
P.60 - TAIPING


65,889 47,123 71.52% 1,612 11,298 DAP
P.61 - PADANG RENGAS


24,397 18,350 75.21% 362 1,749 BN
P.62 - SUNGAI SIPUT


47,424 33,154 69.91% 1,001 1,821 PKR
P.63 - TAMBUN


68,966 51,844 75.17% 927 5,386 BN
P.64 - IPOH TIMOR


76,647 53,994 70.45% 707 21,942 DAP
P.65 - IPOH BARAT


69,773 50,641 72.58% 829 15,534 DAP
P.66 - BATU GAJAH


77,313 56,270 72.78% 911 24,627 DAP
P.67 - KUALA KANGSAR


28,325 20,773 73.34% 373 1,458 BN
P.68 - BERUAS


43,273 30,821 71.22% 889 1,828 DAP
P.69 - PARIT


28,859 22,598 78.30% 628 2,873 BN
P.70 - KAMPAR


59,784 38,953 65.16% 1,048 2,697 BN
P.71 - GOPENG


74,344 53,303 71.70% 1,279 7,368 PKR
P.72 - TAPAH


38,236 26,811 70.12% 1,662 3,020 BN
P.73 - PASIR SALAK


42,712 32,119 75.20% 950 2,688 BN
P.74 - LUMUT


72,763 55,930 76.87% 1,884 298 BN
P.75 - BAGAN DATOK


34,670 24,414 70.42% 814 2,692 BN
P.76 - TELOK INTAN


52,354 36,739 70.17% 1,153 1,470 DAP
P.77 - TANJONG MALIM


53,481 38,107 71.25% 1,344 5,422 BN
JUMLAH KESELURUHAN1,196,160 872,592
22,675

PURATA KESELURUHAN

72.95% 2.60%


7. Setiap DUN, PR mesti membuat kertas kerja mengenai ke manakah lebih pengundi ini. Senaraikan nama-nama mereka yang mendaftar mengundi. Cuba kesan jika boleh, jika mereka tidak mengundi rayulah mereka untuk berbuat demikian. Jika sudah meninggal, kita laporkan agar kajian kita akan lebih terperinci. Ini soal tanggungjawab dan masa depan.

8. Berbalik cerita Najib, sudah banyak cerita mengenai Rosmah yang kita dengar. Kes lupa dirinya yang dipaparkan di Youtube, pemboros dan sebagainya telah kita baca dan dengar. Bila ibu mertua saya mengetahui mengenainya, dia bertanya, Rosmah tidak pernah pergi kursus protokol ke? Waktu zamannya dulu sewaktu menjadi isteri Menteri, mereka terpaksa menghadiri kursus protokol sebagai isteri Menteri selama dua minggu.

9. Katanya, pernah di satu majlis di Parlimen, Tun Abdul Razak menegur seorang isteri menteri yang memakai gelang emas yang banyak dan rantai leher yang besar. Kesan dari teguran Tun Abdul Razak, tidak berani lagi isteri menteri memakai aksesori yang bermewahan terutama jika membabitkan program bersama Perdana Menteri ketika itu.

10. Jika dahulu sewaktu di bawah kepimpinan Pak Lah, kita bimbangkan Khairy seolah -olah dia bergelar Perdana Menteri. Bila Najib mengambil alih, Rosmah dilihat seolah-olah mengambil alih tugas sebagai Perdana Menteri.
11. Sewaktu kehadirannya di Sabah, saya dapat melihat sendiri 'pak-pak menteri' terpaksa fokus kepada Rosmah yang sibuk bercerita (Gambar-gambar seperti di atas). Ini tidak berlaku di zaman Mahathir atau Pak Lah. Di gambar tersebut, Najib lebih memerhatikan apa yang diceritakan oleh Rosmah.

12. Berdasarkan kepimpinan, Najib dilihat jauh lebih hebat daripada Pak Lah. Najib tidak seperti Pak Lah 'bodoh sombong'. Pak Lah tidak tahu menguruskan negara tetapi tidak mahu mendengar pandangan PR. Najib walaupun dituduh mencuri idea PR, dia akur kepada kemahuan atau agenda PR demi untuk kebaikkan rakyat.

13. Arwah bapanya dulu dilihat hebat kerana mempunyai wawasan yang baik dan begitu mementingkan rakyat. Najib cuba meniru apa yang dilakukan oleh bapanya tetapi sayang dia dihambat dengan masalah peribadi. Arwah Tun Razak dulu pernah berkata kepada mertua saya, "Datuk, pastikan projek-projek ini diberikan kepada syarikat kecil. Tolong selagi boleh peniaga bumiputra yang baru bermula. Jangan berikan kepada VIP, tauke-tauke besar mahupun kerabat raja."
*Gambaran Orang Sabah

13. Di Sabah pula, ramai yang berkata, Rosmah adalah Perdana Menteri Malaysia yang sebenarnya. Alasan mereka hampir setiap hari wajah Rosmah akan terpampang di dada akhbar daripada Pak Menteri yang lain. Ini tidak berlaku kepada 'First Lady' di Amerika atau negara dunia yang lain.

14. Di belakang kejayaan lelaki, juga berdiri seorang wanita. Tetapi jika wanita tidak tahu untuk menjaga air muka atau menjaga kejayaan suami...mungkin karier suami akan berakhir.

15. Khabarnya dari cakap-cakap teman di Kuala Lumpur, TS Muhyiddin dan DS Zahid Hamidi sudah memasang angan-angan untuk mengambil alih kerusi panas tersebut. Mengikut teori mereka, mungkin Muhyiddin dan Zahid Hamidi akan membiarkan selepas pilihanraya akan datang. Jika keputusannya sama atau lebih teruk, pasti Muhyiddin dan Zahid akan bersuara meminta Najib mengundurkan diri.

16. Jadi saya tidak hairan, semakin lama semakin banyak karenah Rosmah dibongkarkan, ahli UMNO sendiri akan menyuruh Najib mengundurkan diri. Mungkin ada ahli UMNO ketika itu akan berkata, jika isteri sendiri susah di kawal, bagaimana Najib mahu mengawal negara. Jadi kita doakan juga agar Rosmah berubah. Jika tidak Najib akan jatuh kerana Rosmah.

17. Ingatlah! Kuasa yang dimiliki oleh wanita boleh menentukan kejayaan atau kemusnahan hidup seorang lelaki. Lihat sahaja punca kejatuhan beberapa lelaki terhebat di dunia yang jatuh kerana pujukan seorang wanita. Napoleon Bonarparte kerana Josophine, Samson kerana Delila, Athony kerana Cleopatra dan Hitler kerana Matahari.

18. Adalah lebih baik Rosmah menjadi seperti Siti Khadijah, Siti Rahmah (isteri Nabi Ayub), Siti Sarah dan Siti Hajar (isteri Nabi Ibrahim). Jadi seperti Siti Nurhaliza (isteri Datuk Seri K)yang diminati oleh masyarakat Malaysia pun dan kira ok....:)