Showing posts with label KD SRI INDERAPURA. Show all posts
Showing posts with label KD SRI INDERAPURA. Show all posts

GENAP 2 TAHUN IKTIBAR KD SRI INDERAPURA

08.10.2011, Lumut.

Genap 2 Tahun pemergian kapal pendarat terbesar Tentera Laut DiRaja Malaysia.

TRIBUTE kepada semua Ex-Crews & Ex-Commanding Officers yang pernah berkhidmat di KD SRI INDERAPURA 1505 (TLDM) dan juga sebelumnya di USS SPARTANBURG COUNTY LST 1192 (US NAVY).

 
Gabungan Video dari sumber Youtube (tagged US Navy & RMN) dan Wikipedia.

Peristiwa yang tidak akan dilupakan seluruh warga TLDM dan turut dirasai oleh bekas-bekas krewnya dari US Navy. Imbas kembali sejarah sebelum ditauliahkan kepada KD SRI INDERAPURA 1505 kepunyaan US Navy yakni USS SPARTANBURG COUNTY LST 1192 pernah menguji laluan sungai dengan Kapal pendarat terbesar ini melalui Hudson River ke Albany, New York pada tahun 90an. Kapal berusia 40 tahun itu dibina pada 1970 dan ditauliahkan dalam perkhidmatan TLDM pada 1995 dengan kekuatan 324 anggota. Pada tahun 2004, kapal yang sama kelasnya milik US Navy iaitu USS SCHENECTADY LST 1185 menjadi Target (Sasaran) Ujian Senjata USS navy.

KD PARI Tenggelam

Di Malaysia, baru-baru ini dikejutkan kemalangan Kapal KD PARI tenggelam dan isu yang masih terbuka oleh peguam Francis iaitu unsur-unsur korupsi pembelian 2 buah kapal selam KD TUNKU ABDUL RAHMAN & KD TUN ABDUL RAZAK yang juga alami kerosakan teknikal sistem torpedo dan tidak boleh selam dalam waktu 'jaminan'.


 Rosmah Merasmikan KD TUNKU ABDUL RAHMAN

Ini semua membabitkan Wang Rakyat, dan TLDM menjadi mangsanya oleh pihak-pihak tertentu yang tidak menekankan keperluan sebenar TLDM dan hanya memikirkan keuntungan sahaja. TLDM dan Rakyat menjadi mangsa menanggung pembaikannya. Moga segala apa yang berlaku menjadi iktibar buat TLDM, dan masyarkat harus melihat dengan terbuka bukan hanya menuding jari semata-mata kepada pihak TLDM.

ULANGTAHUN KEMUSNAHAN KD SRI INDERAPURA

09.10.2010, TLDM Lumut.

Hari ini adalah hari ulangtahun pertama kemusnahan KD SRI INDERAPURA, TLDM.

KD SRI INDERAPURA DALAM INGATAN
Tribute to all x-CO dan Crews of KD SRI INDERAPURA






KD SRI INDERAPURA: WANG RAKYAT DIKORBANKAN

17.01.2010
Oleh OMan
Sumber Maklumat : OM & KLS Review
Sumber Gambar : OM, KLS Review, Faizal Azelan Blog's & Google Search.

Mengimbas kembali pada tahun lepas sebelum negara dikejutkan dengan kehilangan enjin jet TUDM, kita telah pun disajikan dengan kebakaran 'wang rakyat' yang memusnahkan sebuah Kapal DiRaja yang telah berusia 40 tahun (pada 2010). Kapal ini ini dibina & ditauliahkan pada 1970, dikenali sebagai USS BUTTON BUCK COUNTY (LST1192).

Pada tahun 1994, kerajaan Malaysia telah membelinya dan mentauliahkannya sebagai KD SRI INDERAPURA (1505). Ikuti lanjut artikel di bawah.

Struktur KD SRI INDERAPURA sebelum terbakar.

Berikut adalah petikan dari KLS Review :
KD Sri Inderapura, Buying Cost 53 Million, Refit Cost 54.45 Million

KLS: Malaysian Defense Ministry disclosed that the refit cost for KD Sri Inderapura was RM 54.45 million while its procurement cost was just RM 53 million.

Deputy Defense Minister Abu Seman Yusop told Parliament on Feb 26, that KD Sri Inderapura was bought on December 16, 1994, and had undergone refit program on Feb 2, 2000 at Malaysia Shipyard Engineering Pasir Gudang, Johor.

KD Sri Inderapura is a second hand ship which bought from the United States. Its former name was USS Button Buck County (LST 1192), was built on Feb 7, 1970, and launched on November 7, 1970. In other word, KD Sri Inderapura is 39 year old now.

Abu Seman Yusop said buying this second ship was worth in terms of cost because it could still carry out escort mission at Gulf of Aden.

RMN has totally three support ships, KD Sri Inderasakti, KD Sri Inderapura and KD Mahawangsa. Due to high maintainence cost and those ships are getting old, RMN expected to launch Multirole Support Ship under Ninth Plan. But the procurement program was halted because national economic difficulty.

Hari pertama kebakaran KD SRI INDERAPURA di jeti ARMADA, TLDM Lumut. (08.10.2009)

Hari kedua kebakaran KD SRI INDERAPURA di jeti ARMADA. (09.10.2009)

Berikut adalah gambar di mana KD SRI INDERAPURA di tarik ke tengah laut perairan Selat Dinding untuk mengawal keselamatan di Jeti Armada kerana usaha untuk memadamkan api semakin sukar dan tidak terkawal.












Kelihatan berlaku pencemaran alam udara dan laut, semasa berlaku kebakaran dipercayai kapal telah diisi diesel sepenuh tanker yang mencecah jutaan ringgit.

Hari ke lapan KD SRI INDERAPURA di tengah laut.

TLDM Laksamana Class,Maritim dan beberapa buah 'tug boat' mengawal keadaan di perairan laut berhampiran lokasi Damai Laut Swiss Garden Resort.

Kelihatan kawalan laut oleh PASKAL TLDM dan udara oeleh KD RAJAWALI TLDM.

Berakhirlah KD SRI INDERAPURA berkhidmat untuk TLDM, Sayonara!! SEDIA BERKORBAN!!