SIDANG AKHBAR KEMUSNAHAN SERIUS BAKAU PERAK

10.08.2011. Lapangan Tokong Pasir Panjang Laut, Sitiawan.

Sidang Akhbar oleh Presiden Sahabat Alam Malaysia yang diwakili oleh Sdr Meor Razak. Turut serta Wakil Penduduk, Krew OM, Team Lensa Masyarakat, Lajnah Alam Sekitar Pemuda PAS Lumut, Pegawai Pusat Khidmat DUN Pasir Panjang dan beberapa NGO termasuk Persatuan Nelayan Manjung dalam bantahan rasa kekecewaan terhadap Pihak Berwajib terutamanya Kerajaan Negeri Perak yang tidak serius dengan kemusnahan paya bakau terutamanya sekitar daerah Manjung.

Dengan izin Allah, hujan lebat bermula seawal jam 9 pagi memperlihatkan kepada wakil media menyaksikan sendiri kesan-kesan dari lokasi yang dijadikan contoh 'kecil' kemusnahan bakau dan persisiran pantai yang dikonkritkan secara tidak Mesra Alam. Angin kecil pagi itu cukup menyatakan kebimbangan dari wartawan yang hadir dan dapat selami bagaimana penduduk sekitar menghadapi dugaan yang lebih besar tanpa diduga. Ini hanyalah lokasi contoh kecil, bahkan ada yang lebih dasyat sepanjang pantai Negeri Perak. Setelah habis sahaja Sidang Media, hujan berhenti dan para media berkesempatan juga melihat contoh kecil hakisan persisiran pantai dengan lebih dekat dan lapangan yang dahulunya dipenuhi paya bakau ditambak oleh kerakusan manusia yang tidak mempedulikan eko-sistem. Ada yang terkejut besar! dan tertanya siapakah yang meluluskan projek di lokasi contoh ini?!?! Masing-masing tersenyum kerana tahu angkara siapa kalau bukan Si Penguasa yang memerintah Negeri ini.

Terima Kasih kepada Wakil Media dari The Star, BH-Metro-NST, Perak News & Sinar Harian yang turut bersama menyelami permasalahan besar terhadap kemusnahan Bakau, Hakisan pantai serta Pencemaran Alam.


Pembentangan Sahabat Alam Malaysia (SCENE 1/9)


Hujan & Angin KECIL memperlihatkan kesan kepada Para Wartawan (SCENE 2/9)


SIDANG AKHBAR ISU KEMUSNAHAN BAKAU NEGERI PERAK (SCENE 3/9)


SIDANG AKHBAR ISU KEMUSNAHAN BAKAU NEGERI PERAK (SCENE 4/9)


SIDANG AKHBAR ISU KEMUSNAHAN BAKAU NEGERI PERAK (SCENE 5/9)


SIDANG AKHBAR ISU KEMUSNAHAN BAKAU NEGERI PERAK (SCENE 6/9)


SIDANG AKHBAR ISU KEMUSNAHAN BAKAU NEGERI PERAK (SCENE 7/9)


SIDANG AKHBAR ISU KEMUSNAHAN BAKAU NEGERI PERAK (SCENE 8/9)


PERSATUAN NELAYAN MANJUNG TURUT ADU PENCEMARAN LAUT (SCENE 9/9)

Lokasi Sidang Media ini menjadi isu politik dimana UMNO LUMUT aka Pasir Panjang memutarbelit fakta menyatakan sifat rasis mereka menentang pembinaan Tokong ini dan menyatakan angkara Dato Ngeh Koo Ham Adun Sitiawan (DAP) dan disokong oleh DS Nizar Adun Pasir Panjang. Jelas mereka tidak hiraukan permasalahan yang dihadapi Nelayan dan penduduk apabila bakau dilapangan itu dimusnahkan dan pinggiran pantainya dikonkrit yyang tidak menepati hukum alam. Sedangkan jelas semua ini adalah permainan putar belit politik rasis UMNO LUMUT dengan pembongkaran Majlis perasmian atas nama sebuah kawasan pelancongan. Kita tidak menentang pembesaran Tokong, malah menghormati hak mereka, tiada apa salahnya tapi kejumudan rasis itu dimainkan dengan melarikan fakta sebenar. Ini dibuktikan dengan 'Tiket Kupon Makanan' untuk Jemputan Masyarakat Muslim.


Kisah Isu Rasis UMNO LUMUT terhadap Tokong di BLOG MANJUNGMARI
Kisah Keluhan Kemusnahan Bakau di BLOG LEKIYOURROCK9
Laporan Sidang Akhbar di PERAK NEWS

No comments: